Mereka terdesak untuk kembali berkuasa'


SAIFULLAH AHMAD
07 MAR 2023

Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga habis penggal


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Perpaduan pimpinannya akan bertahan sehingga tamat penggal pentadbiran.

Perdana Menteri sekali gus menempelak kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa kononnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang."

Apa saja yang dikata oleh Presiden PAS saya yakin gabungan ini akan bertahan hingga habis penggal.

"Ia (kenyataan itu) tidak lebih hanya retorik politik," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucaptama Sesi Interaksi Perdana Menteri bersama Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia secara maya sempena Sesi Pemukiman Wisma Putra, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Berita lanjut menyusul


BUAT HADI- MUNG TAK PAHANG LAGI ? NATAM MUNG


 

TERBAIK- SULTAN SELANGOR PUJI PENDIRIAN ANWAR




Anwar Ibrahim PM Rakyat

  · 

Sultan bukan sekadar nampak pendirian PMX, malah mengenali keperibadian beliau hingga melontarkan pelbagai pujian.. Sebenarnya rakyat juga menyedari kebaikkan PMX, cuma segelintir sahaja yang terpedaya oleh dakyah fitnah hingga terpesong pemikiran..

#MalaysiaMadani

 

SELANGOR LAKAR SEJARAH MELANTIK SEOANG WANITA SEBAGAI NAZIR MASJID NEGERI




KLANG: Selangor melakar sejarah selepas Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melantik seorang wanita sebagai nazir masjid di negeri ini, hari ini.

Pelantikan Presiden dan Naib Canselor Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), Prof Datuk Dr Noor Inayah Yaakub itu menjadikannya wanita pertama di Selangor menjadi nazir bagi Masjid Ikram IUKL, Bangi.

Noor Inayah, 53, yang ditemui media berkata, beliau bersyukur atas kurniaan watikah pelantikan yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan menyifatkan lantikan itu satu tanggungjawab besar.

"Alhamdulillah, saya menerima pelantikan ini dengan rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana saya difahamkan tahun ini hingga 2025, saya satu-satunya nazir wanita yang dilantik di Selangor bagi sebuah masjid institusi iaitu masjid di IUKL.

"Ia sekali gus mengangkat martabat wanita sebagai nazir dan kita melihat pengurusan masjid itu tidak memberikan apa-apa sekatan sekiranya wanita menjadi peneraju.

"Saya masih lagi belajar, melihat kepada terma lantikan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan MAIS, saya antara ahli jawatan kuasa Baitulmal Selangor sudah tentu akan terus mendapat bimbingan daripada pihak berkuasa negeri dan jawatan kuasa masjid itu sendiri," katanya.

Terdahulu, beliau antara 900 nazir dan imam masjid di seluruh Selangor yang hadir menerima kurniaan watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin di Majlis Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid di Selangor sesi 2023 - 2025 di Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Secara keseluruhannya, seramai 386 nazir dan 870 imam membabitkan 435 masjid di seluruh Selangor yang dilantik MAIS bagi sesi 2023 hingga 2025.

Bagaimanapun pada majlis hari ini, hanya 900 nazir dan imam yang hadir menerima watikah pelantikan berkenaan.

Mengulas jawatan nazir yang cukup sinonim dengan golongan lelaki terutama membabitkan institusi agama yang kebanyakannya dipelopori mereka, Noor Inayah berkata, mungkin pelantikan wanita sangat jarang berlaku, tetapi beliau mendapat sokongan daripada rakan lain yang berpengalaman dalam bidang berkenaan.

"Setakat ini, ia tidak mencabar kebolehan seorang wanita sebagai nazir kerana ia lebih kepada pengurusan dan tadbir urus masjid lebih-lebih lagi di institusi.

"Walaupun saya satu-satunya wanita dilantik sebagai nazir, insya Allah dari sudut pengurusan masjid, tiada halangan dan masalah seorang wanita menjadi nazir," katanya.

Katanya, selepas diberi amanah sebagai nazir masjid, beliau berharap masyarakat setempat dapat dirapatkan dengan golongan intelek dan mahasiswa dalam universiti, menjadi sebagai satu kariah.

 

AMAZON SEBENARNYA TELAH MELAKUKAN RUNDINGAN SEJAK BEBERAPA TAHUN DAHULU SEBELUM KERAJAAN INI DIBENTUK DAN MEREKA MULAI SETUJU UNTUK MASUK.


 

KENAPA BANJIR TAK VIRAL DAN BAGAIMANA PENGURUSAN BANJIR DILAKUKAN KERAJAAN PERPADUAN


 

ADA GOLONGAN SUPER KAYA ENGGAN BAYAR ATAU MEMBAYAR IKUT SUKA HATI


 

MENCARI LA KAU ARAU


 

SAYA BUKAN KLUSTER MAHKAMAH YANG LAIN


 

JUALAN TIKET ZAMAN PN


 

MOF jangan izin usaha punggah kekayaan, tipu kontrak - Anwar



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Kewangan (MoF) mengangkat martabatnya dan digeruni kerana memiliki prinsip tata kelola yang tegas. Berucap pada majlis perhimpunan MoF di Putrajayahari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan tidak mahu perkara mensia-siakan di dalam MoF sebaliknya mahu ia kembali melaksanakan tanggungjawab dengan tegas dari segi perolehan, pengagihan, peruntukan dan seumpamanya.


Cobaan Muhyidin Menipu Makamah Setelah Di Saman Anwar Ibrahim.

‘Jangan serang kami’, tak setuju hantar memo pada sultan, Anwar beritahu...



Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta Abdul Hadi Awang menghantar memorandum kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sekiranya tidak bersetuju dengan larangan ahli politik memberikan kuliah, ceramah agama dan khutbah Jumaat di seluruh masjid serta surau negeri itu.

MGNews: PM Nasihat Hadi Jangan Singgung Raja-Raja Melayu, Kalau Tak Puas...

Aset 1MDB RM28.93 bilion dipulangkan kepada kerajaan Malaysia


Sehingga kini, RM28.93 bilion iaitu lebih 70% aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat dikembalikan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

4 MINIT TADI: PMX DSAI UMUM KEPUTUSAN PALING MENGEJUTKAN MUHYIDDIN !! 73...

Giliran Anwar jawab - Maknanya dulu Pagoh tak adil?


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata secara prinsipnya dia tidak menolak peruntukan sama rata kepada anggota parlimen kerajaan dan pembangkang. Anwar berkata dia sentiasa konsisten berkaitan perkara itu dan menafikan menolak tuntutan yang dibuat ahli parlimen pembangkang.

UMNO DIBERI PENGECUALIAN UNTUK TIDAK DIPERTANDINGKAN DUA JAWATAN UTAMA.

 


Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada UMNO berhubung usul tiada pertandingan bagi dua jawatan teratas parti berkenaan dalam pemilihan akan datang.


Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



KALUT NAK TEBUK ATAP ORANG.ATAP SENDIRI NAK KENA TEBUK DAH.



 

HADI MESTI BERANI SEPERTI ANWAR JIKA BENAR MAHU TUMBANGKAN KERAJAAN

 

Presiden Pas, Hadi Awang adalah satu-satunya pemimpin blok pembangkang PN yang paling gemar dan sentiasa ghairah bercakap mengenai usaha menebuk atap bagi menumbangkan kerajaan.

Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin dan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin pun tidak sekerap dan seghairah beliau bercakap untuk menjatuhkan kerajaan.

Berbanding topik lain seperti ekonomi, pelaburan, pengangguran, pendidikan, malah berkenaan banjir yang sedang melanda beberapa negeri sekarang, Hadi Awang boleh dikata tidak bercakap langsung mengenainya.

Tetapi, bila bab menjatuhkan kerajaan dan menumbangkan Anwar Ibrahim, matanya sentiasa saja bersinar-sinar untuk bercerita.

Peliknya, ketika kempen pilihan raya diadakan sebelum ini, tidak pula beliau keluhatan ghairah berkempen ke seluruh negara untuk memenangkan PN dan mengelakkkan Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

Keghairahan beliau hanya mula muncul setelah keputusan pilihan raya diumumkan dan diumumkan tiada parti yang cukup majoriti secara sendirian untuk menubuhkan kerajaan.

Ketika itu, dalam perjumpaan yang sepanjang masa berlangsung di kediaman Mahiaddin, kelibat beliau sentiasa saja ada kelihatan.

Kadang-kadang, awal pagi lagi beliau sudah sampai di rumah Pengerusi PN itu.

Kerajinannya itu hampir kalah jika dibandingkan dengan semangatnya untuk hadir ke Parlimen.

Kemudian setelah kerajaan perpaduan terbentuk, Anwar dinobat sebagai Perdana Menteri dan sehinggalah sekarang, pantang ada peluang, sasaran pengucapannya tidak lain ialah untuk menjatuhkan kerajaan dan menumbangkan Anwar.

Ishh…ishh…ishh….

Susulan kenyataannya sebelum ini bahawa Anwar akan tumbang tidak lama lagi dan kenyataan itu dipertikaikan banyak pihak kerana dianggap bertentangan dengan titah Yang Dipertuan Agong, Hadi tetap mempertahankan kenyataan tersebut.

Kata beliau, menjatuhkan kerajaan adalah perkara biasa dalam politik.

“Itu satu kenyataan daripada segi politik dan biasa berlaku dalam politik, undi tidak percaya dan dapatkan SD (Akuan Bersumpah), penyokong kerajaan berpaling tadah, itu berlaku.

“Kita melihat ada tanda-tanda yang menunjukkan dalam kerajaan campuran yang ada ini perasaan tidak puas hati bersama-sama komponen sendiri, ada berlaku.

“Sebab itu ia tidak mustahil akan berlaku,” tambahnya.

Kadang-kadang, terutama dengan adanya akta lompat parti di mana peralihan sokongan Ahli Parlimen secara individu tidak lagi terpakai, bahkan akuan bersumpah atau SD pun sudah tak laku, disusuli wujudnya perjanjian persefahaman melibat lima parti teras yang membentuk kerajaan perpaduan sekarang – PH, BN, GPS, GRS dan Warisan – geli hati pun ada dengan gelagat Hadi ini.

Hakikatnya, daripada segi logik akal adalah sukar untuk melihat Anwar dapat dijatuhkan, kecuali ada parti yang bertindak menarik sokongan.

Tak puas hati seorang dua tidak memberi kesan apa-apa.

Pilihan yang tinggal dan paling munasabah untuk menukar kerajaan hanyalah melalui PRU dan undi rakyat setiap lima tahun sekali.

Sebab itu, kalau kita perhatian, Mahiaddin selaku Pengerusi PN dan Hamzah selaku Ketua Pembangkang lebih menumpukan kepada isu-isu kepentingan rakyat atau menyerang Anwar sebagai Perdana Menteri berbanding bercakap mengenai tebuk atap dan menjatuhkan kerajaan di tengah jalan.

Kenapakah hanya Hadi seorang yang tidak henti bercakap tentang tebuk atap?

Apakah beliau tidak memahami realiti?

Atau Hadi sebenarnya ingin dirinya pula berbanding Mahiaddin atau Hamzah ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri?

Meskipun hak Hadi untuk terus bercakap mengenai tebuk atap atau menjatuhkan kerajaan, malah tidak pun menjadikan elaun Ahli Parlimennya dipotong, ingin dipesan adalah lebih baik agar beliau segera tampil secara membuktikan kata-katanya itu.

Lakukanlah seperti Anwar dulu yang berani mengadakan sidang media mengenai cukup sokongan telah diperolehinya untuk mengambil alih kerajaan.

Jangan asyik sembang kosong saja tapi tak juga berlaku apa-apa.

Mahu juga dilihat siapa yang sedia bersama dan ingin bergotong-royong dengan beliau untuk memanjat dan menanggalkan atap itu?

Buktikanlah segera, asyik-asyik cakap saja, takut nanti isteri dan anak-anaknya sendiri di rumah pun turut sama loya menyaksikan drama yang tiada “ending” ini. – ShahbudinHusin 07/03/2023.



INSYALLAH TAK AKAN JATUH

 


MOHD IKHMAL

Di TikTok tular beberapa posting kononnya terdapat percubaan untuk menukar Perdana Menteri yang dikabarkan akan berlaku sebelum Raya.

Dikabarkan juga percubaan ini didalangi oleh beberapa pihak yang mula cemas ekoran terdapat sesetengah pimpinan mereka didakwa di mahkamah.

Malah ada juga pimpinan mereka tanpa segan silu mengakui terdapat cubaan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Entah apa lah yang difikirkan oleh mereka ini. Mulut mereka tak lekang mempersoal tentang rampasan kuasa berbanding berfikir bersama-sama untuk memajukan negara.

Tatkala Amazon, Tesla dan pelbagai syarikat besar mula mengintai ruang untuk melabur di negara kita, sebarang tindakan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada hanya bakal mengundang sekali lagi ketidaktentuan politik.

PRU15 sudah lama berakhir. Kerajaan pun sudah dibentuk. Tak puas hati? Tunggu PRU 16!!!

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar

 

MEREKA YANG BUAT HUTANG , MEREKA YANG SURUH KITA UBAH POLISI YANG TELAH KITA BUAT DAN SEDANG JALANKAN.


Rafizi Ramli

 Perkara yang diulang-ulang ahli parlimen Perikatan Nasional ialah kononnya pentadbiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak ada apa-apa perancangan besar yang menjadi “game changer” kepada ekonomi negara.

Kadang-kadang saya pun hairan dengan lagak mereka yang banyak menjadi anggota pentadbiran Kerajaan Persekutuan selama 33 bulan.

Bila mereka kuat mengecam kerana kebimbangan mereka kepada kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan (yang hutangnya mencecah RM1.5 trillion), mereka tidak sedar ke yang hutang itu berpunca dari mereka?

Kemudian mereka riuh pula mengenai “game changer”.

Bagi saya, kita tidak perlu “game changer” yang bunyinya besar tetapi menyusahkan rakyat. Contohnya, “game changer” Jana Wibawa yang akhirnya terburai sebagai jalan singkat untuk segelintir ahli politik kumpul duit sedang rakyat angkat bendera putih akibat kesusahan di zaman PKP.

Ada beberapa perkara asas yang perlu dilaksanakan dengan disiplin untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negara:

1) Jangan makan rasuah dan pegang amanah sebaik mungkin

2) Belanja secara berhemah dan pastikan program kerajaan disasarkan kepada golongan terbanyak, bukan segelintir elit

3) Selesaikan punca masalah dan bukan cari jalan pintas yang memburukkan keadaan dengan berbelanja wang rakyat

4) Jangan tambah hutang negara kerana ia diwariskan kepada generasi masa depan

Ini pendekatan saya dan Insya Allah sedikit demi sedikit ia akan memperbaiki keadaan buruk yang ditinggalkan kepada kami.


Ruginya Amalan Kita Jika. .

 

Ruginya Amalan Kita Jika. .

1. Hasad dengki kepada orang.

2. Menghina orang.

3. Takabbur dengan orang.

4. Bergaduh dengan orang.

.

Antara penentu bagi amal kebaikan kita diterima Allah bergantung kepada sebaik mana hubungan kita sesama manusia. Akhlak dengan amalan, ibarat kuku dengan isi. Andai terkopek kuku di atas, meranalah isinya di bawah. Andai buruknya akhlak, boleh jadi sia-sialah amalan yang dilakukan.

Jadi ruginya amalan kita jika...

1. Hasad

Rasulullah mengingatkan, “Berwaspadalah kamu tentang hasad! Sesungguhnya hasad memakan semua kebaikan, sebagaimana api memakan kayu.” (Riwayat Abu Dawud)

Hasad ialah perasaan tidak selesa jika melihat orang lain merasai sesuatu nikmat. Sebaliknya dia mengharapkan nikmat itu lenyap daripada saudaranya. Alangkah ruginya, solat yang dilakukan seharian, gugur begitu saja sebaik saja merasa iri hati melihat jiran berperabot baharu!

2. Menghina orang.

Nabi mengingatkan, "Cukuplah seseorang itu dikira melakukan kekejian dengan menghina saudara Muslimnya!” (Riwayat Muslim)

Perbuatan lahir daripada sikap. Orang yang menghina orang lain ialah orang yang ada sikap mudah memandang hina orang lain. Awas. Bahaya sekali sikap memandang rendah orang lain!

.

Rasulullah mengingatkan hal ini dengan mengisahkan, “Ada seorang lelaki berkata, ‘demi Allah, Allah tidak akan mengampunkan si fulan!’ Dia memandang hina saudaranya memandangkan tabiat saudaranya yang sering bermaksiat.

Lalu Allah berkata, “Siapakah yang berhak menetapkan pada-Ku untuk tidak mengampunkan si fulan? Sesungguhnya Aku telah ampunkan si fulan, dan Aku gugurkan segala amalanmu!” (Riwayat Muslim)

3. Takabbur

Daripada sikap mudah memandang hina orang lain, terbentuklah satu lagi sikap keji iaitu takabbur. Takabbur ialah rasa diri lebih baik, mulia daripada orang lain. Awas, cukuplah dengan sekelumit takabbur di hati, tertutuplah pintu syurga untuk kita.

Rasulullah bersabda, "Tidak akan masuk syurga, siapa yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah rasa takabbur!”

Seorang sahabat bertanya, "Bagaimana dengan seseorang yang sukakan bajunya yang elok-elok, sandalnya yang elok-elok..”

Rasulullah pun bersabda, “Sesungguhnya Allah Maha Cantik, sukakan kecantikan. Takabbur itu, menyanggah kebenaran (kerana ego) dan menghina orang lain!” (Riwayat Muslim)

4. Bergaduh dengan saudara Muslim

Rasulullah mengkhabarkan, “Dibukakan pintu syurga setiap hari Isnin dan Khamis, lalu diampunkan semua manusia yang tidak mensyirikkan Allah, kecuali orang yang saling bertelingkah. Maka, diseru, ‘Tangguhkan dua orang ini sehingga mereka berbaik. Tangguhkan dua orang ini sehingga mereka berbaik.’” (Riwayat Muslim)

Marilah sama-sama kita menjaga hubungan baik sesama kita. Mudah-mudahan diredai Allah, dan tidak rugi amalan kita.

Perkongsian fb Muhammad Luqman Makhtar


LIHAT MENU INI. ADA YANG KATA TAK SEDAP..NANTI JANGAN GUNA AIR OREN YA SEBAGAI KUAH..NANTI ORANG KATA ANDA GILA.

 


Cuba tengok. Menu Rahmah ni. Siap sotong lagi. Macam ni nak kata berkualiti rendah? Macam ni nak kata tekan peniaga Melayu?

Kerajaan tak wajibkan letak sotong pun. Asalkan ada sumber protein. Tapi peniaga nak letak sotong sebab apa? Sebab dia yakin tak rugi.

Yang bising tekan peniaga Melayu, bising peniaga akan rugi bukanlah kelompok peniaga, tapi mereka yang berhati hitam. Guane boh?

 

Raja Gelap 


RASA HEBAT LETAK NAMA P U.PERASAN MASUK SYURGA....MACAM LA SYURGA MAK BAPAK KO YANG PUNYA... .

 


Dia macam dah confirm masuk syurga. Sebab tu selamba kata nak ketawakan orang di sana ( di akhirat la kot). Jangan kita sama-sama menangis kat sana nanti dah la. Hidayah milik Allah. Dan Allah juga mampu bolak-balikkan hati kita. Guane boh?

 

Raja Gelap 


PATUT DIA DOK CAKAP BUKAN BUKAN PADA ANWAR DAN SEKARANG SERING MENGKRITIK...

 

Mukhlis Eddie


Harta Atok RM188 billion ... Penyamun paling besar ni 😁




GILA TUANG AIR OREN DALAM MAKANAN SEBAGAI KUAH.


 

Peringatan Allah datang bukan mesti dalam bentuk bala bencana atau mala petaka. Ia boleh datang dalam macam-macam sifat.

Contohnya bila kita bercakap semakin merapu-rapu. Cakap perkara yang buatkan orang semakin benci ataupun tertawakan kita.

Malangnya tak ramai daripada kita yang mengambil pengajaran daripada setiap kejadian. Guane boh?

Raja Gelap 

.

TIADA FORMULA AJAIB UNTUK BERJAYA


Bang Mat





Tengah hari tadi saya dibawa melawat Kilang Beras PLS Marketing (M) Sdn. Bhd yang terletak di Sekinchan, Selangor.

Di situ saya dapat melihat kawasan sawah padi yang sekata, tersusun dan subur menghijau.

Melalui penggunaan teknologi terkini, benih dan baja yang terbaik serta sistem saliran yang efisyen, hasil tanaman padi mereka terus meningkat dan stabil dari setahun ke setahun. 

Saya juga tidak melepaskan peluang melihat sendiri bagaimana tapak penyediaan benih semaian padi dilakukan oleh pihak kilang. 

Kemudian anak padi ini akan ditanam apabila cukup tempoh dengan menggunakan jentera yang pastinya akan menjimatkan masa dan tenaga.

Saya masih lagi ingat ketika zaman dahulu, anak padi disulam menggunakan kudrat manusia. Ketika itu, ramai tenaga kerja diperlukan dan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Hari ini semuanya sudah canggih dan masa juga dapat dijimatkan.

Apa yang saya belajar hari ini adalah, kita tidak perlukan formula ajaib untuk berjaya. Apa yang kita perlukan adalah kesungguhan dan kerajinan serta keterbukaan untuk mencuba teknologi baru.

#cukupdanterjamin

#teamkpkm

 

ORANG YANG MEMFITNAH BIASANYA AKAN MENDAPAT BALASAN SEMULA.



 Sebenarnya kan, orang yang sangka buruk kepada orang lain adalah orang yang berniat buruk. Contoh penipu. Dia akan sentiasa takut ditipu sebab dia sendiri selalu menipu.


Jadi macam dalam tangkap layar ni, walaun yang fitnah kata patin dalam hidangan Menu Rahmah itu sebenarnya patin lombong, beranggapan begitu sebab kalau dia sendiri yang jadi peniaga, begitulah yang akan dia buat.


Tapi yang aku tertarik sebenarnya sebab tak silap aku, ini dikongsikan sendiri oleh Ameer Ali Mydin, pemilik rangkaian pasaraya besar Mydin. Ameer Ali ni seorang jutawan.


Nampak tak jutawan sendiri tak suka posting yang memperlekehkan usaha membantu mengurangkan beban marhaen. Tapi yang belum jutawan pula yang berlebih-lebih menghina.


Kalau kita sendiri tak mampu buat baik, tak apalah. Tapi jangan kita perlekehkan usaha orang lain. Apa lagi sampai tahap menghina. Setidaknya, malulah kepada diri sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


DARI TERUS MENGIGAU, MARI BANTU BANGUNKAN NEGARA

 Dr Agus.

1.  Kelmarin, Presiden PAS menyatakan pihaknya berhak merancang menumbangkan kerajaan tanpa halangan daripada mana-mana pihak. Bayangkan jika yang kata macam ini adalah DS Anwar Ibrahim semasa PN berkuasa? 

2.  Tentunya yang akan tersembur dari mulut pendokong PAS adalah DS Anwar tidak menjunjung titah agong, derhaka kepada institusi raja, pengkhianat mandat rakyat, bersekongkol dengan DAP hendak menghapuskan institusi raja-raja, dan pelbagai macam dalil lagi bagi mengukuhkan hentaman mereka. 

3.  Dalam kenyataan yang sama juga, Presiden PAS menyatakan “tukar kerajaan [adalah] perkara biasa dalam politik.”Apa yang biasanya dengan pertukaran kerajaan? 

4. Dalam sistem demokrasi, tukar kerajaan adalah melalui pilihan raya. Selepas pilihan raya, semua parti perlu bekerjasama untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat dan negara. Nanti pilihan raya akan datang, serahlah semula mandat pada rakyat untuk membuat pilihan. Takkan itu pun tidak faham. 

Teruk sangatkan kerajaan sekarang sehingga perlu diganti?

5.  Kerajaan perpaduan YDPA sekarang ini adalah terbaik untuk Malaysia. PMX kita selang beberapa hari mengangkat sumpah jawatan mengadakan usul percaya di parlimen, membina hubungan luar negara yang baik, dan membawa masuk banyak syarikat gergasi seperti Intel Amazon untuk melabur. Jika ubah kerajaan, dibimbangi semua pelabur akan tarik keluar pelaburan mereka.

6.  Kerajaan ini terbaik kerana tidak ada kontroversi ICERD dan Statute Rome, pemimpinnya tidak terlibat rasuah, tata kelola kerajaannya baik, dan memberi keutamaan kepada membantu rakyat miskin.

7.  Kerajaan ini melakukan yang terbaik dalam menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 dengan Sabah dan Sarawak.

8.  Kerajaan ini menekankan perpaduan rakyat dengan menolak ekstremisme agama dan kaum, rasisme, penderhakaan terhadap YDPA, menolak penunggang agama dan bangsa. 

 

9.  Dengan kebaikan kerajaan ini, nasihat saya kepada Presiden PAS dan penyokongnya cukup-cukuplah berpolitik. Hormatilah titah YDPA. Jika hendak berpolitik pun, tunggulah PRU ke-16 nanti, biar kerajaan stabil dulu. Buat masa sekarang jadilah oposisi yang konstruktif untuk membangunkan negara.

10. Rakyat sedang susah sekarang, mangsa banjir perlukan bantuan, peniaga, usahawan dan kontraktor sedang menghadapi suasana penuh cabaran. Hentikan hal-hal yang tidak ada faedah. Biarlah kerajaan perpaduan ini kekal untuk menjalankan tugas mereka tanpa diganggu gugat bagi memulihkan negara kita. 

11. Tumbangkah kerajaan perpaduan? Dengan adanya Akta Anti Lompat Parti, sukar untuk PAS melakukan hal ini, apatah lagi kerajaan perpaduan telahpun mempunyai majoriti dua pertiga di parlimen. Jika begitu senarionya, berhentilah mengigau untuk menjatuhkan kerajaan ini. 

12. Tumpulah kepada menyokong usaha kerajaan untuk mengangkat Malaysia Madani bagi mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu, negara yang lebih maju dan hebat semula. Kita mahu cepat bergerak ke depan supaya kita can progress as a nation. 

13. Dengan kenyataan Presiden PAS kebelakangan ini, saya bersyukur kerana yang menjadi PM kita ialah DS Anwar Ibrahim. Saya tidak boleh bayangkan kesejahteraan negara kita, jika yang memerintah hari ini ialah parti yang selalu berfikir dan merancang untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan ini melalui tebuk atap atau pintu belakang.

IKLAN DALAM FB ATAU MEDIA SOSIAL LAINNYA.

 




Aku rasa sebab iklan kerja keluar dalam surat khabar. Sama ada kertas atau pun portal berita. Sebab tu tak ramai yang tahu.


Rasanya majikan kena buat iklan di TikTok. Atau kalau ada yang nak buat content iklan kerja di TikTok pun ok juga.


Mungkin majoriti remaja lebih banyak scroll TikTok berbanding portal berita. Sebab kalau berita palsu dan gossip cepat je mereka tahu. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


AKIBAT TAK DAPAT MASUK TV KE ??? DENGAR DENGAR APA DIA CAKAP- DIA LOKLAQ SEBENARNYA...TAPI TAK BOLEH LA NO...NAK BUAT LAGU MANA...TUNGGU TEBUK ATAP PULAK LA KO NAK BOLEH CERAMAH LAM TELEBISEN


 

Terima kasih PM, kalau boleh naikkan bantuan banjir kepada RM100 juta - ...TAK PAYAH SEBAB SALURAN BANTUAN PERLU BERJIMA CERMAT.INGAT MACAM HANGPA KA ? BILLION BLLION MASUK AKAUN


"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang luluskan segera bantuan RM50 juta kepada Johor tetapi saya cadangkan naikkan kepada RM100 juta kerana keadaan banjir kali ini teruk sama sekali," kata YB Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yasin

KOYAK MAMAK TONGKANG NI- TAK MAKAN MACAM HANGPA- PH NI KALAU NAK MAKAN TAK JADI MACAM HANG. - APA KOMEN ? TAK PAYAH BAYAQ PUN KALAU NAK JATUHKAN PERASUAH NI.IKLAN TOLONG BAYAQ..

 


YAYASAN ISLAM PULAU PINANG BANTU PELAJAR TAHFIZ - NEGERI MANA LAGI YANG BANTU SEPERTI PULAU PINANG


 

ADA DUA NAMA CINA DALAM PROGRAM JANA WIBAWA. SILA DENGAR


 

WALAUN JANGAN KOYAK- TARIKH DAN TAHUN BERBEZA


 

KERAJAAN YANG DIKATAKAN TAK CUKUP-SEBENARNYA IANYA DAH JADI AKADEMIK


 

GEMPAR TERKINI🔥 NURUL IZZAH MENGEJUT PEMIMPIN PAS ?

Mail Bera Pasang Kaki Untuk Singkirkan Zahid Dan Jatuhkan Kerajaan?

KENAPA SELEKTIF DALAM MEMANIPULASI FAKTA ? KERAJAAN RAMPASAN KUASA DAN KERAJAAN PAS TIDAK MENJADI KERAJAAN SEPENUHNYA


 

KES CUBA NAK TIPU WALAUN- BILA SPRM SISASAT- AKHIRNYA WALAUN KENA TIPU BILA KENA BAYAR SAMAN


 

DEPA BUAT TAK APA KALAU KITA BUAT SEMUA SALAH-KITA TAK MAHU ULAMAK MACAM HADI


 

USTAZ NI TARBIAH- MASJID UNTUK PUPUK ISLAMIAH-BUKAN POLITIK KEPARTIAN


 

MANTIK DALAM BRODER NI HENTAM KERAJAAN PN WALAUN DULU


 

Pernahkah DAP pertikaikan titah Raja2… HADI DERHAKA ?



Norman Radzuan


Sebelum ini ketika diminta mengulas arahan larangan org politik berceramah di Masjid dan Surau bertarikh 2 Mac dikeluarkan ekoran Sultan Terengganu berdukacita apabila ada ahli politik tertentu mengajar agama atau menjadi khatib dan imam solat tanpa kebenaran pihak berkuasa….


Hadi menjawab, “Saya akan teruskan ceramah seperti biasa di surau2  dan masjid2. Ya, (akan teruskan) macam biasa," jelasnya


Hari ini Hadi mengakui PAS merancang ‘jatuhkan’ Kerajaan Perpaduan dan katanya tiada siapa boleh halang.


Ditanya jika cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan bertentangan dgn titah Yang Dipertuan Agong yg mahukan kestabilan, Timbalan Pengerusi PN itu berkata ia 'tidak boleh dijadikan sebagai kata putus'.


Hadi langsung tiada memikirkan nasib rakyat yg tengah bergelut utk bangkit dari Pandemik. Perdana Menteri dan teamnya sdg sibuk utk menarik pelabur2 asing. Tapi Hadi kerana kerakusan kuasa sanggup ‘mensabotaj’ ekonomi negara dgn merancang secara terbuka yg boleh menggugat keyakinan pelabur.


Persoalannya adakah ini satu penderhakaan kpd Raja2 Melayu? Sdgkan Agong menitahkan jgn ada lagi cubaan menggugat menjatuhkan kerajaan sedia ada kerana negara ini perlu pulih dari ekonomi yg tenat. 


Malangnya Hadi mengakui dia sedang cuba jatuhkan kerajaan ini. Cuba bayangkan jika DAP berbuat demikian, saya ingat siang malam pagi petang pengikut mereka menjerit Cina Derhaka. Atau penuhlah Padang Merbok dgn laungan Islam dan Raja2 Melayu terancam.


Sebab itu org Melayu nilaikan sendiri siapa yg derhaka kpd Raja2 Melayu. Siapa yg sanggup menghalang laluan Raja Nazrin memasuki Istana? Siapa yg sanggup menulis di kain rentang ‘ Kami nak Idris… natang.’


Saya pun tak tahu bagaimana begitu taksubnya org Melayu kpd Hadi. Hingga dahulu org Melayu berpecah belah solat dua imam, kenduri kahwin ada yg tak boleh hadir kerana berlainan fikrah dan bermacam mcm2 lagi terjadi.


Tanya saya bahaya jika tidak dikawal. Kerajaan perlukan gabungan Ulama2 dan para Mufti utk mengekang doktrin seperti ini sebelum ia menjadi parah. 


Kita perlukan perpaduan dan sebuah negara yg harmoni demi ekonomi rakyat. Saya tidak nampak rakyat Sabah dan Sarawak akan menerima dan bersetuju jika kerajaan negeri mereka mahu bersama PAS.



ANWAR IBRAHIM- ISMAIL SABRI NO- PAK ARAB NI DOK KERIAU


 

MASA DIA JADI PM JANA WIBAWA PAJAK PADA 2 KAUM CINA DAN MINTA RASUAH- ITU NYATA .BERAPA BANYAK PULA BUMIPUTERA YANG DIA JAYAKAN ?


 

KISAH RAKYAT SUSAH MEREMPAT- MAKA KERAJAAN AKAN BERUSAHA SELAMATKAN RAKYAT MISKIN TEGAR


 

KASIH SEORANG AYAH.-SUAMI KAMU PERLU MENYAYANGI KAMU,JIKA TIDAK KAMU ....

 Kasih sayang seorang ayah yang tidak boleh dibeli dimana-mana ❤️




Penang Viral


Tular video seorang ayah yang sanggup mendukung anak perempuannya untuk meredah hujan sebelum akad nikah..


Netizen- "untuk suaminya, jagalah isterimu sebagaimana ayahnya menjaganya" - Netizen



Lebih 200 guru tidak lapor diri, tolak penempatan ke Sarawak


Kementerian Pendidikan memaklumkan, guru kelahiran Sarawak diberikan keutamaan untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen.

Seramai 3,227 guru “one-off”, merangkumi 2,621 guru lantikan tetap dan 606 guru lantikan secara “Contract of Services (CoS)” ditempatkan di Sarawak sehingga September tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Seramai 222 daripada 3,227 guru “one-off” yang diberi penempatan ke Sarawak tidak melaporkan diri atau menolak tawaran itu sehingga 30 Sept tahun lepas, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM menerusi jawapan lisan di laman sesawang Parlimen hari ini memaklumkan 3,227 guru “one-off” itu merangkumi 2,621 guru lantikan tetap dan 606 guru lantikan secara “Contract of Services (CoS)” yang ditempatkan di Sarawak.

“Urusan pengambilan guru akan dilaksanakan berterusan dari semasa ke semasa tertakluk kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran,” menurut kementerian itu.

Ia bagi menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai bilangan guru pengambilan “one-off” dan CoS yang tidak melapor diri atau menolak tawaran ke Sarawak serta tindakan diambil KPM untuk mengisi kekosongan itu.

Menurut KPM guru kelahiran Sarawak diberikan keutamaan untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen.

Bagi pembangunan profesionalisme guru baharu, KPM telah melaksanakan Program Pembangunan Guru Baharu untuk membimbing dan membantu secara profesional dan berstruktur bagi membolehkan guru baharu mengadaptasi persekitaran, budaya dan komuniti sekolah.

“Guru baharu juga menerima bimbingan secara berterusan daripada guru mentor yang dilantik dalam meningkatkan kompetensi profesionalisme terutamanya kemahiran dan kepakaran bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran (PdP) dapat disampaikan dengan lebih berkesan,” kata KPM.