DAP FOKUS BANTU RAKYAT. BUKAN MEMBEBANI RAKYAT.

 


Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menegaskan bahawa parti itu tidak takut dengan ancaman atau serangan politik yang dibuat oleh pihak tertentu yang mahu menentangnya secara besar-besaran. Beliau berkata DAP akan terus fokus pada isu penting untuk rakyat, termasuk usaha melawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, bukan menyerang individu atau parti lain secara perkauman.






Anthony juga menasihati ahli parti supaya tidak melayan serangan yang tidak membina, tetapi terus berpegang kepada matlamat asal parti, iaitu berkhidmat kepada rakyat dan membantu membina negara.




PENDEDAHAN...SKANDAL..



 

TITAH AGONG JADI PANDUAN. KDN HARUS CEKAP BANTERAS SCAMMER BERLELUASA.

 




Amiruddin Ahmad

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berbincang sesuatu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Kuala Lumpur pada 19 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Titah tegas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar rasuah diperangi secara menyeluruh tanpa melindungi sesiapa akan dijadikan garis panduan utama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memperkukuh tatakelola serta menutup ruang ketirisan dan salah guna kuasa.Ianya termasuk membanteras kes scammer yang berleluasa.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata titah Seri Paduka Baginda membawa mesej jelas bahawa usaha membanteras rasuah mesti diterjemahkan melalui pelaksanaan tegas dan berintegriti demi memastikan amalan itu tidak terus merosakkan negara.


“Beliau berkata titah itu selari dengan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan keadilan sosial hanya boleh dicapai melalui tadbir urus yang telus.”


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata titah Seri Paduka Baginda membawa mesej jelas bahawa usaha membanteras rasuah mesti diterjemahkan melalui pelaksanaan tegas dan berintegriti demi memastikan amalan itu tidak terus merosakkan negara.

“Apabila Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri menyampaikan mesej yang sama, ini menjadi kekuatan besar untuk mengingatkan semua pihak tentang bahaya rasuah,” katanya selepas Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15, di sini hari ini.

Sultan Ibrahim dalam titah berkenaan menegaskan perang terhadap rasuah mesti dijalankan secara besar-besaran, tanpa sesiapa dilindungi, dan tindakan tidak boleh tertumpu hanya kepada penerima rasuah; pemberi, ejen serta pihak bersubahat juga perlu disiasat dan dikenakan hukuman setimpal.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 19 Januari 2026. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Saifuddin Nasution berkata titah itu turut menyentuh secara khusus beberapa agensi di bawah KDN, sekali gus memperkukuh komitmen kementerian untuk meneliti dan menambah baik pelaksanaan proses perolehan bagi mengelakkan ketirisan dan salah guna kuasa.

“Semua perolehan KDN, terutamanya projek pembangunan dan perbelanjaan berskala besar, akan dilaksanakan secara telus dan berintegriti. Saya sentiasa mengingatkan pegawai agar menghayati amalan tatakelola yang baik: jangan bocor, jangan tiris, jangan seleweng, jangan boros dan jangan rasuah,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima sembah “Hormat Diraja” oleh pasukan Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Kuala Lumpur pada 19 Januari 2026. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Saifuddin Nasution menegaskan penekanan itu akan diteruskan melalui perhimpunan bulanan dan mesyuarat bersama pegawai kanan kementerian bagi memastikan garis panduan kerajaan dilaksanakan secara berkesan.

“Tugas kita bukan sekadar mendengar titah Tuanku tetapi benar-benar menghayatinya dalam pelaksanaan di peringkat kementerian,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memeriksa barisan pasukan Kawalan Kehormat Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Besi pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Kuala Lumpur pada 19 Januari 2026. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata kementeriannya akan menumpukan usaha meningkatkan mutu pembinaan rumah mampu milik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Beliau berkata kerajaan MADANI amat bersyukur apabila sektor perumahan turut diberi perhatian serius oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Kuala Lumpur pada 19 Januari 2026. Foto Bernama

“Di bawah RMK13, KPKT akan mengangkat mutu pembinaan rumah mampu milik ke tahap kualiti lebih tinggi supaya rumah ini bukan sahaja mampu milik, tetapi juga berkualiti. Itu hasrat kita,” katanya kepada pemberita selepas istiadat berkenaan.

Nga turut berkongsi bahawa kerajaan kali ini merupakan yang pertama dalam sejarah mencapai dan melepasi sasaran menyediakan 500,000 unit rumah mampu milik di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Sultan Ibrahim dalam Titah Diraja turut menekankan bahawa RMK13 yang bermula tahun ini perlu memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, khususnya dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam.


Selain titah YDP Agong terkait rasuah, KDN juga harus meneliti laporan yang berkaitan dengan scammer , dimana ianya melibatkan ratusan juta ringgit. Ia bukan sahaja merugikan rakyat , malahan ianya boleh membawa kepada  berbagai perkara terkait keganasan, pembiayaan politik yang menentang pemerintah dan juga lain lain perkara yang dianggap sebagai satu kesalahan pengubahan wang haram dan ditakuti membiayai aktiviti menentang kerajaan.



Tiada Pergeseran, Anthony Loke Muat Naik Gambar Bersama Ahmad Zahid

 


Anthony Loke bergambar bersama Ahmad Zahid dan beberapa anggota Jemaah Menteri lain di Dewan Rakyat pada 19 Januari 2026. Foto Facebook Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memuat naik gambar bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid serta beberapa anggota Jemaah Menteri lain hari ini, membuktikan tiada pergeseran antara dua parti dalam Kerajaan Perpaduan itu.

Ini sekali gus ‘memadam’ kontroversi membabitkan kenyataan Ahmad Zahid semalam bahawa DAP mempunyai dua kem dan disahkan oleh Anthony Loke menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Anthony Loke memaklumkan, beliau menghadiri Majlis Perasmian Sidang Parlimen Penggal Kelima, Parlimen ke-15 bersama rakan-rakan Kabinet pagi tadi.

Turut kelihatan dalam foto berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Menurutnya, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam sebuah kerajaan, namun itu tidak mengganggu fokus utama kerajaan dalam mentadbir negara.

“Walau apa pun perbezaan dalam kalangan kita, Kerajaan Madani terus kukuh dan stabil demi sebuah pentadbiran yang boleh memajukan negara dan mensejahterakan rakyat,” katanya.

Hantaran itu dilihat sebagai isyarat bahawa pimpinan kerajaan memilih pendekatan matang dengan mengutamakan kestabilan politik dan kepentingan rakyat.

Anthony Loke sebelum ini menafikan wujud beberapa kem dalam DAP yang mengeluarkan kenyataan bercanggah.

“DAP tidak mempunyai pasukan A, B atau C. Sebaliknya, kami hanya mempunyai satu pasukan iaitu ‘Team DAP’,” katanya pada Konvensyen Tahunan DAP Selangor.



LINE CLEAR.TITAH YDP AGONG SIASAT SEGERA KES BERPROFIL TINGGI.


 

Siasat rasuah dengan segera, adakan laluan khas mahkamah, titah Agong

Yang Di-Pertuan Agong Sultan Iskandar menitahkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat kes rasuah dengan cepat.


Kerajaan juga dititahkan untuk menyediakan hakim dan proses mahkamah yang cepat untuk mengadili kes rasuah.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menyiasat dengan cepat dan sempurna.


“Sediakan hakim yang berpengalaman dan laluan khas mahkamah supaya perbicaraan selesai segera,” titah beliau kepada kerajaan.

Baginda bertitah demikian dalam istiadat pembukaan penggal kelima majlis parlimen kelima belas pagi ini.


Terdahulu baginda menzahirkan kekecewaan akibat daripada kes rasuah yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia.


Baginda menyifatkan kakitangan kerajaan sebagai pemegang amanah yang menjadi penderhaka apabila terjerumus di dalam rasuah.





Ditolak Umno, PAS-Bersatu kembali berpeluk - Tersedar atau terdesak? Mes...

MP PAS USTAZAH SITI MASTURA CAKAP RASA BERDOSA RAKYAT SUSAH BELI BERAS! ...



Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad, menyelesaikan bayaran sebanyak RM830,034.75 merangkumi ganti rugi, kos guaman dan faedah kepada veteran dan pemimpin DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok susulan kalah saman fitnah seperti diputuskan Mahkamah Tinggi, 4 Disember lalu Pembayaran dilakukan melalui cek ke akaun firma guaman yang mewakili ketiga-tiga plaintif, Datuk Sankara Narayanan Nair, semalam. Peguam mewakili Siti Mastura, Yusfarizal Yussoff, berkata meskipun pembayaran sudah dibuat, pihaknya memohon wang berkenaan disimpan dalam akaun peguam plaintif sehingga proses rayuan di Mahkamah Rayuan diselesaikan.





MISTERI IZZAH DIAM! Rafizi Dedah Rahsia Kenapa Nurul Izzah Sengaja Dihil...

WOIII PI LAWAN DAP KAT MANA MANA KERUSI DAP


 

HAH... TAK MO KASI KE AKU

 


LANGKAWI BAWAH KEDAH.. KWDAHNPH KA PERINTAH?

 


Ketua Bahagian UMNO Langkawi, Datuk Mohd Nazifuddin Najib mendakwa UMNO tidak dilayan sebagai rakan setara dalam Kerajaan Perpaduan dan perkara itu semakin jelas dirasai oleh parti itu.






Menurut anak kepada bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan, parti itu dirunding ketika diperlukan, tetapi diketepikan selepas itu.


Dakwanya, UMNO juga digunakan apabila convenient, tetapi diabaikan apabila tidak lagi menguntungkan.


#MalaysiaGazette 


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com




4 LORI NAK PILIH SEKOQ PUN TAK DAK.. LAGI ZEMBANG BAB MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI.


 

PH BOLEH JA BUAT LA NI. PRETASI MENTERI PAS MASA JADI KERAJAAN. 33 BULAN. 




SEMBANG KARI.... 





BETUL CAKAP AKMAL. PAS CAKAP ELOK ELOK JA PADA UMNO. GAMAKNYA ZAMAN NI DIA BELUM LAHIR DSN BELUM MATANG.

 




Betul cakap Akmal. DAP mana pernah kata yang elok tentang UMNO. Ini contohnya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




CINA DAP STEVEN SIM SEMUA ORANG TAU.. BANYAK BUDAK MELAYU TANPA MENGIRA BANGSA DIA BANTU. TAPI YANG SEKOQ NI SELAIN WALAUN DERMA 800K...DIA JUMPA ORANG SUSAH DIA SEMBANG DALAM PODCAST TANPA ADA BUKTI PUN.


 

TAK MAU ULAS. HANYA GAMBAR BERBICARA.

 


MMMMMM..FAWWAZ...KIOK..KEPALA BATAS NI LEN KALI HANG BUAT VIDEO...AWAT TAK BAWA CREW PI AMBIK VIDEO BAGAI..HANG NI KAKI FITNAH...


 

KEH KEH KEH....

 


KUALA LUMPUR, 18 Jan - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong menyindir PAU yang menurutnya terlalu banyak memberi tumpuan kepada DAP berbanding isu dalaman parti itu sendiri.





Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata hampir setiap ucapan di perhimpunan berkenaan menyebut DAP, termasuk nama pemimpin parti itu, sehingga seolah-olah DAP menjadi topik utama PAU.


Woo turut mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin UMNO yang mendakwa parti itu tidak pernah bekerjasama dengan DAP, sedangkan kedua-duanya kini berada dalam Kerajaan Perpaduan.


“Tapi yang paling penting adalah kekalkan semangat profesionalisme waktu bekerja. Usah sengaja katakan “tak pernah bersama” demi tunjukkan taring, ini namanya tipu diri sendiri,” ujar Woo. 


Beliau turut mengingatkan UMNO agar tidak terus memainkan naratif lama yang dianggap sebagai “musuh rekaan”, sambil menegaskan bahawa pengundi kini semakin matang dan mampu menilai keikhlasan parti politik.


#BeritaKS




ADA PAS NAK BERKONGSI DENGAN UMNO DI GANU? JANGAN MIMPI.

 



KUALA LUMPUR, 17 Jan - UMNO Terengganu sedia menjalin kerjasama politik dengan PAS sebagai sebahagian strategi untuk memperkukuh semula kedudukan parti itu selepas mengalami kekalahan dalam dua pilihan raya umum lalu.





Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata pendekatan tersebut sejajar dengan cadangan Musyawarah Nasional yang menggesa perbincangan menyeluruh melibatkan pelbagai pihak bagi memperkasa agenda politik Melayu.


“Kita bersedia. Kalau melakukan perubahan untuk kepentingan agama, bangsa dan negara, dengan memikirkan kepentingan semua, kenapa tidak?


“Walaupun kita te­ngok mungkin ini satu masalah besar pada kita, tetapi keutamaannya adalah agama, bangsa dan negara,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.


Menurutnya, landskap politik semasa menuntut sikap lebih realistik dan fleksibel, terutama bagi mengembalikan pengaruh UMNO di Pantai Timur yang kini didominasi PAS.


Rozi menegaskan keutamaan UMNO Terengganu ketika ini adalah memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti tersebut sebagai pilihan utama pentadbiran negeri, meskipun berdepan cabaran sebagai parti pembangkang.


#BeritaKS



ELEHHH PAS MELAKA..4 LORI SEKOQ TAK KADI PENGERUSI PN..KO SIBUK PARTI ORANG OA HAL?

 


PAS MELAKA GESA DAP MELAKA LETAK JAWATAN TIMBALAN SPEAKER DUN, EXCO





PAS Melaka menggesa DAP negeri itu membuktikan pendirian moral dan integriti politik mereka dengan melepaskan jawatan EXCO dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.


Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik PAS Melaka, Datuk Kamaruddin Sedik, berkata ia selari tindakan berprinsip oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang meletak jawatan EXCO Melaka secara sukarela.


Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Melaka berkata, Dr Muhamad Akmal sudah mengotakan janji dengan berundur daripada jawatan itu kerana berpegang kepada prinsip mendahulukan tanggungjawab memperjuang serta mempertahankan agama, bangsa dan raja Melayu.


Katanya, tindakan diambil Dr Muhamad Akmal tanpa tekanan daripada pimpinan UMNO atau kerajaan negeri itu membuktikan keberanian dan kejujuran Ahli DUN (ADUN) Merlimau terbabit dalam berpolitik.


"Bagi saya, tindakan itu adalah sindiran sangat tajam kepada DAP yang kini perlu membuktikan tahap moral mereka sendiri.


"Sekurang-kurangnya, sudah tiba giliran DAP Melaka pula untuk melepaskan jawatan EXCO serta Timbalan Speaker DUN," katanya ketika dihubungi hari ini.


Terdahulu, Dr Muhamad Akmal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, berkuat kuasa minggu depan.




PENYATUAN BUKAN UNTUK MENJATUHKAN BANGSA LAIN

 


PAS menyatakan akan meneliti cadangan kerjasama atau “gabungan besar” yang dicadangkan Presiden UMNO untuk menyatukan orang Melayu. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata cadangan itu akan diperhalusi kerana ia dibuat secara terbuka dalam Perhimpunan UMNO.






Namun, beliau mempersoalkan maksud dan tujuan sebenar cadangan tersebut memandangkan UMNO pada masa sama masih mengekalkan sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH). Menurutnya, situasi ini seolah mengelirukan rakyat.


Amanah pula menyatakan kesediaan untuk menyertai kolaborasi tersebut, namun menegaskan ia mesti berlandaskan prinsip perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk.

Menurut Amanah melalui Pengarah Komunikasi Khalid Samad, kerjasama itu tidak seharusnya dijadikan alat untuk menjatuhkan kaum atau pihak lain, sebaliknya perlu menjadi ruang dialog matang dan membina demi kepentingan negara.


Dalam masa sama, Bersatu pula mengambil pendirian terbuka tetapi berhati-hati. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin memaklumkan cadangan tersebut akan diteliti terlebih dahulu, dan setakat ini belum ada sebarang rundingan rasmi atau mandat diberikan kepada mana-mana pemimpin untuk berunding dengan UMNO. Bersatu menegaskan sebarang keputusan hanya akan dibuat melalui saluran rasmi parti dan kepimpinan tertinggi.