[SINAR LIVE] Analisis PRK DUN Pelangai

CINA TAK JADI PERINTAH....KAH..KAH...KAH.....TN IBRAHIM JADI MB TEPI LAGI

 

CHE IBRAHIM


Tahniah... hubungan BNPH semakin menampakkan keserasiannya meskipun Pas semakin kuat mainkan isu undi BN dapat Dap.







BN MENANG



Saluran 31/31 

PRK Pelangai 


*BN - 7324*

PN - 4375

Bbs - 43


BN Menang dengan majoriti = *2949* SYUKUR ALHAMDULILLAH & TAHNIAH



PENGGUNAAN QARINAH SEBAGAI BUKTI DALAM KES JENAYAH


CHE IBRAHIM


Ulama sepakat mengatakan qarinah boleh diterimapakai sebagai satu keterangan bagi kes kes mal dan muaamalat. Namun ulama berselisih pendapat penggunaan qarinah sebagai bukti bagi kes kes jenayah.

Dalam kes hudud dan qisas, ulama sepakat mengatakan qarinah tidak boleh dijadikan bukti yang cukup untuk membuktikan satu perbuatan jenayah kecuali bagi kes Zina. Maknanya bagi kesalahan kesalahan membunuh, minum arak, qazaf, mencuri dll, qarinah tidak diterima pakai sebagai satu beban bukti.

Berbeza dgn kes zina, ada ulama yang menjadikan qarinah mengandung tanpa suami adalah satu bukti yang cukup untuk mensabitkan tuduhan zina kecuali tertuduh boleh menimbulkan keraguan yang menasabah dalam pembelaannya.

Jika tertuduh didapati mengandung atau melahirkan anak, sedangkan dia bukan seorang perempuan yang bersuami, maka pendakwa boleh menuduhnya sebagai telah melakukan Zina. Tertuduh boleh membela diri dengan apa apa pembelaan yang boleh menimbulkan keraguan seperti dia dirogol semasa tidur yang nyenyak, ada orang memasukkan air mani ke dalam kemaluannya atau seumpamanya. Namun pembelaan dia mengandung kerana berzina dgn jin sebagai contoh, ianya bukan satu pembelaan yang boleh menimbulkan keraguan, maknanya satu pembelaan yang ditolak.

Begitu juga dalam isu qazaf, qarinah samasekali tidak diterima sebagai satu pembelaan untuk melepaskan seseorang itu dari kesalahan qazaf kecuali dia berjaya membuktikan dengan keterengan 4 saksi lelaki, bahkan sabitan mahkamah itu sendiri bukan satu qarinah.

 

TITM KEKAL MB TEPI

 

Asyraf umum BN berjaya pertahan Pelangai

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa BN mendahului pencabar dengan majoriti 2,949 undi.


Pada PRU15, BN mempertahankan DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi. (Gambar UMNO)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan Barisan Nasional berjaya mempertahankan DUN Pelangai pada PRK kali ini.

Catatan beliau di Twitter setakat 8.13 malam tadi menulis calon Barisan Nasional, Amizar Abu Adam, mendahului dua pencabarnya dengan majoriti 2,949 undi.

Pada PRU15 lalu, BN mempertahankan DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi.

Semua pusat mengundi ditutup pada 6 petang tadi, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya menjangkakan peratusan keluar mengundi mencapai 70%.




ORANG FELDA DAH BIJAK

 


ZAINUDDIN OMAR

BN - 7324

PN - 4375

Alhamdulillah pengundi Pelangai bijaksana tak termakan fitnah PN.






 

DUA PERJUMPAAN RAHSIA BERLAKU HARI INI?

Bicara Sanusi bermula Januari depan | 15 MINIT MMTV 4 Oktober 2023

[bongkar] SEMAKIN TERLONDEH SATU PER SATUKOTOR & GOYAH LOKMAN ADAM!

BN MENDAHULUI






 

KENAPA USTAZ PAS BIARKAN PENGIKUTNYA MUNAFIKKAN ORANG?



1. Memanglah ciri2 munafiq ada 3, tapi walaun tak boleh suka2 panggil individu tertentu Munafiq bila pada persepsinya 3 ciri tu dah ada.


2. Merata-rata walaun menulis dan buat poster kata Anwar Munafiq. Kau lagi hebat dari Nabi ke? Ulamak PAS tak ajar ke?


3. Ada walaun sambung "munafiq ni lagi teruk dari kapir! neraka terbawah!" Astaghfirullah. Kau sedar tak apa kau tulis ni?.


4. Ni ciri2 Khawarij suka 'downgrade' tahap iman orang lain. Suka panggil kafir, munafiq, anti-islam, musuh Islam, musuh Allah, sekular, liberal.


5. Aku pun boleh kata, pada persepsi aku 3 ciri munafiq telah ada pada pemimpin PAS, tapi aku tak boleh kata pemimpin sekian2 itu telah Munafiq.


6. Berbohong - Haji Hadi dulu kata boleh berbohong masa Nik Abduh bohong dalam skandal Video Ana Tahu. Dia berbohong bahawa dia telah berbohong.


7. Khianat - Lantik 70 Menteri dan ramai Duta Khas makan gaji buta bukan kerja Khianat kepada negara ke? 


8. Mungkir Janji - Dulu pemimpin PAS janji mansuh PTPTN kenapa tak laksana janji tu?


9. Kerana taksub, Walaun kerap kali petik satu dua insiden dan judge keimanan atau kemunafikan lawan mereka. Kau dah belah dadanya kah?


10. "Barangsiapa memanggil seseorang dengan sebutan "kafir" atau ia memanggilnya "musuh Allah" sedangkan orang itu tidak demikian, maka tuduhan itu kembali kepadanya." (HR. Muslim, Kitabul Iman)


Ahmad Mursi



LAWATAN AKHIR DI UAE BERTEMU DIASPORA MALAYSIA

 












Mengakhiri lawatan kerja di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) , saya sempat mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia yang berada di sini.


Platform itu saya gunakan bagi menyampaikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia lebih menarik sebagai destinasi pilihan pelabur termasuk dari UAE.


Sayugia, ini boleh menjana peluang ekonomi lebih baik untuk dimanfaatkan rakyat namun memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakannya tanpa mengira perbezaan latar belakang mahupun perbezaan pendapat.


Sewaktu sidang akhbar sebelum berangkat pulang, saya maklumkan bahawa lawatan ke UAE ini sebagai membuahkan hasil yang baik dengan berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion (AS$8.6 billion).


Kini terpulang kepada pimpinan kerajaan serta kementerian dan agensi terbabit untuk bertiwikrama menjadikannya realiti, intiha ia akan menguntungkan negara dan rakyat kita sendiri.


Sekalung penghargaan kepada ramai tokoh-tokoh penting di UAE yang mewakili sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan termasuk Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan beberapa menteri kanan selain pemegang taruh dana kekayaan berdaulat UAE, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC) , MASDAR, dan syarikat-syarikat perniagaan terbesar di UAE seperti Mubadala, Lulu Group International, Aldar dan ILC.


Tidak dilupakan kerja keras dari pihak MITI, MATRADE, Wisma Putra, Kedutaan, pemain industri Malaysia dan lain-lain lagi dalam menjayakan misi ini. Sampai jumpa lagi UAE! 


#MalaysiaMADANI



Anak muda mula keluar mengundi, peratusan meningkat 51%



Oleh: Abdullah Zaid


Peratusan mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai mula meningkat pada tengah hari apabila anak muda dilihat keluar berbaris di beberapa pusat mengundi.


Tinjauan di Sekolah Kebangsaan Felda Kemahal dan Sekolah Menengah Chemomoi mendapati suasana meriah dengan kehadiran para pengundi yang semakin bertambah berbanding waktu pagi.


Sepanjang pemerhatian jam 1 petang, trafik berjalan lancar dengan peningkatan pengundi anak muda yang mula membanjiri di luar premis tempat pengundian.

Perantau yang pulang diharap memberi undi ke BN

Dalam pada itu, kelihatan anggota keselamatan dan sukarela mengawal kenderaan dengan baik dan memberi keutamaan kepada pengundi golongan tua untuk memudahkan mereka masuk ke pusat pengundian.


Turut kelihatan, kenderaan membawa pengundi ke pusat pengundian yang disediakan parti yang bertanding mengambil dan menurunkan pengundi di sana sini.


Selain itu, di ruang ‘pondok panas’ BN dilihat meriah dan padat dengan jentera yang bertungkus lumus membuat persiapan minit akhir bagi menyambut kemenangan calon mereka.


Hasil tinjauan juga mendapati, penempatan dan kediaman pengundi DUN Pelangai dihiasi dengan bendera blok kerajaan itu dan plakad sekali gus memberi kelebihan buat calon BN Datuk Amizar Abu Adam mengekalkan kemenangan di kerusi tradisi BN.


Sementara itu, semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh menjangkakan peratusan keluar mengundi hari ini mencecah 75 peratus dengan keputusan dijangka diketahui pada 9 malam ini.

KENAPA MAHIADDIN MARAH PMX. KEMANA HILANGNYA 1.5 BILLION USD WANG 1MDB YANG BERJAYA DITUNTUT



Gino Marvela.


 Kemana hilangnya $1.5bilion dollar dari wang 1MDB yg berjaya di tuntut tidak masuk ke poket kerajaan. Dan pengubahan wang haram ini berlaku ketika Muhyiddin Yasin jadi PM8.


Mengapa pula tiba-tiba Muhyiddin Yasin begitu sangat marah kepada Anwar PMX apabila peguam Muhyiddin sendiri yg terlibat di siasat oleh SPRM. 


Kuuupp baaaa...cak!!! Kidi kidi kuup baaa!!! 😁



KENAPA SANUSI BENCI SANGAT JIKA APEK CINA MENGAJAR DI MASJID?



1. “10 tahun lagi apek seluar pendek ajar agama di masjid”. Kata sanusi tujuan momokkan orang Melayu agar takut dengan Cina.


2. Bukan sebab itu ajaran Islam tapi strategi politik PAS kumpul undi Melayu. 


3. 15 Tahun DAP di Pulau Pinang, tak berlaku pun seperti itu.


4. Kalau Sanusi ikut manhaj Dakwah Almarhum TG Nik Aziz, nadanya "Satu hari nanti Cina Muslim akan ramai mengajar di Masjid. Alhamdulillah". Tapi PAS telah tersesat jauh.


5. ATGNA hingga siapkan 'Masjid Beijing' di Rantau Panjang seperti tokong Cina bermenara. 


6. Mesej dakwahnya "Islam ni bukan Melayu punya tapi semua bangsa". Aspek ini yang telah luput dari PAS. PAS kini Parti Assobiyyah.


7. Video lama TGNA jelaskan perihal Masjid Beijing: "Islam sampai tanah Melayu 500 tahun dulu, tapi sampai di China 1,000 tahun lebih awal. Ketajaman permusuhan kaum Melayu-Cina bukan cara Islam. Kita nak timbulkan rasa persaudaraan, rasa harmoni, rasa simpati antara Melayu dan Cina".


8. Tak cukup dengan itu, TGNA buat pula Ekspo Cheng Ho. Laksamana, Diplomat, Pelayar Muslim bangsa China Era Dinasti Ming. 


9. Allahu. Menitis air mata rindu saya dengar video lamanya ini dan kenangkan wajah PAS sekarang.


10. Kita sepatutnya hairan bagaimana orang macam Sanusi berkhutbah di Masjid. Watak bengis, mencarut, menghina, fitnah, berbohong, menghasut benci sesama kaum, qazaf dan bertakbir!. Ini bukan watak 'Pejuang Islam' tapi watak 'Pejuang Khawarij'.


Ahmad Mursi



MASA PN BUKAN MENCARI.TAPI MENYAKAW.

 


Nilai pelaburan diraih selepas lawatan PM Malaysia ke UAE..


(2021) Muhyiddin Yassin - RM0 (Tiada)😂

(2023) Anwar Ibrahim - RM40.6 bilion


Masih ada WALAUN yang nak kata PMX tak buat kerja?



PEGUAM BAKAL DIDAKWA MENERIMA SOGOKAN UNTIK PENYELESAIAN KES GS DAN 1MDB

 



Muhyiddin lantik lawyer Rosli Dahlan untuk deal dengan Goldman Sachs dan bawa balik duit 1MDB.  


Rosli telah menafikan dakwaan menerima sogokan daripada penyelesaian RM16.63 bilion Goldman Sachs dengan 1MDB dan kerajaan berhubung peranan bank pelaburan itu dalam skandal 1MDB.


Harap jangan harapkan pegar tapi pegar makan padi. 


**************

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki telah mengesahkan siasatan berterusan terhadap seorang peguam yang terlibat dalam usaha kerajaan untuk mendapatkan semula aset 1MDB.


Ketika dihubungi, Azam berkata peguam itu merupakan salah seorang daripada beberapa individu yang disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Haram 2001.

Azam tidak menamakan peguam yang sedang disiasat.


Malaysiakini sebelum ini memetik sumber yang mendedahkan bahawa 12 pegawai dari badan antirasuah itu telah melakukan serbuan terhadap firma guaman Rosli Dahlan Saravana (RDS) pagi tadi.


Sumber itu juga menegaskan Rosli Dahlan, yang juga rakan kongsi RDS, merupakan peguam utama Bersatu dan pengerusi PN, bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.


Sumber itu mendakwa pegawai SPRM menuntut hak untuk menggeledah dan merampas dokumen firma itu dan sebelum ini, pegawai penguat kuasa juga cuba menyerbu pejabat undang-undang Chetan Jethwani & Co, yang juga mewakili Muhyiddin.


Dalam mengesahkan serbuan itu, Azam berkata SPRM menafikan kehadiran pegawainya ke premis peguam tersebut "menyalahi mana-mana akta yang berkuatkuasa."


"Kerana pihaknya mematuhi peraturan serta menyedari privasi antara peguam tersebut dan klien-kliennya," katanya.


Secara berasingan, sumber lain yang rapat dengan SPRM berkata peguam yang tidak dinamakan itu didakwa menerima sejumlah wang rasuah yang dikatakan telah dilaburkan dalam sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pelaburan tidak berlesen, dan telah dikenakan tindakan oleh Bank Negara pada 2021.


“Pegawai SPRM hadir di firma guaman hari ini untuk mendapatkan dokumen berhubung siasatan,” kata sumber itu.


Sumber itu berkata peguam terbabit sebelum ini dilantik oleh 1MDB untuk membantu mendapatkan semula aset yang dicuri.


Untuk rekod, pada 2021, Rosli telah menafikan dakwaan menerima sogokan daripada penyelesaian RM16.63 bilion Goldman Sachs dengan 1MDB dan kerajaan berhubung peranan bank pelaburan itu dalam skandal 1MDB.



JALAN SUDAH DITURAP DAN BERCAHAYA KINI. HARAP KERAJAAN 33 BULAN..YELLEK..

 

Mohd Wazir.





Alhamdulillah. Sekarang Lebuh Raya Timur-Barat Gerik dah boleh diratingkan dari C kepada menghampiri A disebabkan hampir 85% jalannya sudah diturap baru. Pemanduan pun lancar, siang/malam/hujan tak perlu fikir lagi terjun lubang dan sebagainya. 


2 3 hari lepas pun, walaupun terpaksa merentasi lebuh raya ini mulai jam 12.00 tengah malam dan dalam keadaan hujan, hati tetap tenang dan pemanduan tetap lancar hingga sampai ke destinasi.


Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak yang mengusahakannya. Next time, buat lebih baik dengan penyediaan jalan dari 1 lorong kepada 2 lorong untuk kedua-dua arah.


Yeah ❤️



APA YANG ZALIMNYA ANWAR BILA PEJABAT PEGUAM MAHIADDIN DISERBU SPRM?


Dalam reaksinya terhadap serbuan SPRM terhadap firma guaman Rosli Dahlan Saravana (RDS), Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yassin menyifatkannya sebagai salah guna kuasa.


“Ini salah guna kuasa sedangkan dia peguam yang pertahankan diri saya. Untuk tujuan apa SPRM pergi sana (buat serbuan)?


“Ini seolah-olah ada gambaran sesuatu nak dilakukan. Ini salah guna kuasa pihak tertentu,” katanya pada pentas akhir ceramah mega PRK Pelangai malam tadi.


Serentak itu, beliau menggesa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim agar segera menghentikan “kezaliman” itu dan memfokuskan tumpuan kepada ekonomi negara serta membantu rakyat.


“Anwar cukuplah. Jangan teruskan kezaliman ini. Berikan tumpuan menyelamatkan ekonomi negara dan beri bantuan supaya rakyat terbela,” katanya lagi.


Rosli Dahlan yang merupakan rakan kongsi RDS adalah penasihat utama Bersatu dan juga peguam yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Mahiaddin.


RDS mewakili Mahiaddin dalam kes saman fitnah bekas Perdana Menteri itu terhadap Anwar berkaitan isu pelupusan hutang Felda.


Laporan awal sebelum ini menyebut, seramai 12 pegawai SPRM menyerbu pejabat RDS di Publika, Kuala Lumpur untuk mendapatkan beberapa dokumen bagi tujuan siasatan yang pada awalnya tidak disebutkan.


Kemudian, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan serbuan tersebut dan mengatakan ia adalah berkaitan siasatan yang ada hubungan dengan usaha kerajaan untuk mendapatkan semula aset 1MDB.


Tanpa menyebut namanya, Azam berkata, peguam tersebut merupakan salah seorang daripada beberapa individu yang disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Haram 2001.


Azam juga menafikan kehadiran pegawainya ke premis peguam tersebut “menyalahi mana-mana akta yang berkuatkuasa.”


“SPRM mematuhi semua peraturan serta menyedari privasi antara peguam tersebut dan klien-kliennya,” kata beliau lagi.


Secara berasingan, sumber lain yang rapat dengan SPRM menaklumkan, peguam itu disiasat kerana didakwa menerima sejumlah wang rasuah ketika dilantik membantu 1MDB mendapatkan semua sebahagian asetnya yang dicuri sebelum ini.


Beliau dikatakan dilantik mewakili 1MDB dalam urusan tersebut ketika Mahiaddin menjadi Perdana Menteri.


“Pegawai SPRM hadir di firma guaman RDS hanya untuk mendapatkan dokumen berhubung siasatan,” kata sumber itu.


Untuk rekod, pada 2021, Rosli telah menafikan ada menerima sogokan daripada penyelesaian RM16.63 bilion antara Goldman Sachs dengan 1MDB dan kerajaan berhubung peranan bank pelaburan itu dalam skandal 1MDB.


Berdasarkan semua rentetan di atas, adalah terbukti serbuan SPRM terhadap RDS semalam adalah untuk menyiasat berkaitan kes rasuah dalam usaha 1MDB mendapatkan semula asetnya yang dicuri dan penyelesaian dengan Goldman Sachs.


Ertinya, bukanlah serbuan SPRM itu atas isu-isu lain atau kes yang berkaitan dengan Mahiaddin dan Bersatu, jauh sekali melibatkan pertikaian antara Presiden Bersatu itu dengan Anwar.


Mungkin dalam hal ini, ada maklumat baru telah diperolehi oleh SPRM yang memerlukan mereka melakukan serbuan dengan segera, meskipun Rosli pernah menafikannya.


Jadi, di mana zalimnya Anwar dan SPRM dalam hal ini?


Apakah membanteras rasuah suatu kerja zalim?


Bahkan, menghalang siasatan dan membuat tuduhan yang bukan-bukan seperti dilakukan Mahiaddin itulah sebenarnya suatu kezaliman. – ShahbudinHusin 07/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/