MENGARUT LAH IDEA. IDEA UNTUK PENYATUAN DENGAN PENYAMUN AMAT TIDAK DISENANGI RAKYAT : 🔥TERKINI❗️ NAJIB & ANWAR KERJASAMA SECARA RAHSIA ?
ANWAR SELANGKAH KEHADAPAN : ARAH MP LEMBAH PANTAI MEMPERINCIKAN DEBAT DENGAN NAJIB
Saya telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai, saudara Fahmi Fadzil untuk menyelaras serta memperincikan dengan pihak Dato' Seri Najib Razak berhubung tarikh dan masa sesi debat khas soal negara dan sapura.
Beliau
juga telah diminta berbincang dengan pihak media terkait liputan penganjuran
debat tersebut yang bagi saya harus disiarkan secara meluas.
ANWAR IBRAHIM
TEDIA AIHH
1MDB. TIPU DARI MULA SAMPAI HUJUNG
Lembaga pengarah diperdaya wang pelaburan 1MDB diperoleh semula, kata saksi
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu lembaga pengarah (BOD) 1MDB diperdaya apabila pengurusannya memberi bayangan wang pelaburan 1MDB akan masuk semula ke dalam dana syarikat pada 2014.
Bekas pengarah bukan eksekutif 1MDB, Ismee Ismail berkata demikian ketika diminta peguam Muhammad Shafee Abdullah mengulas mengenai taklimat bekas ketua pegawai kewangan (CFO) 1MDB, Azmi Tahir semasa mesyuarat lembaga pada 20 Okt 2014.Shafee merujuk saksi pendakwaan ke-13 itu kepada taklimat khusus oleh Azmi semasa mesyuarat lembaga, di mana beliau memberitahu lembaga pengarah bahawa USD870 juta telah ditebus setakat Oktober 2014, manakala USD300 juta lagi akan ditebus dalam beberapa hari akan datang.
Ismee berkata, pada masa itu, BOD tidak tahu bahawa wang itu yang dikatakan Azmi masuk ke Brazen Sky Ltd sebenarnya adalah wang yang dipinjam oleh 1MDB daripada Deutsche Bank.
Mahkamah sebelum ini diberitahu bahawa Brazen Sky Ltd adalah syarikat perantara tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan rakan sekutunya untuk menghantar pulang wang pelaburan oleh 1MDB.
Shafee: Anda lihat bagaimana Azmi berbohong kepada lembaga pengarah. Apa yang dia lakukan ialah semua wang yang kononnya masuk ke dalam Brazen Sky, tetapi tidak menjelaskan wang itu kembali ke sebuah syarikat bernama Aabar Investments PJS Ltd. Pengarah 1MDB tidak akan mengetahui aspek ini kerana anda perlu bergantung kepada kejujuran pengurusan anda. Sekarang anda tahu kebenarannya, apa komen anda?
Ismee: Saya rasa perkara yang sama saya katakan tadi. Bulan puasa, tak sedap nak cakap. (tidak sesuai untuk diperkatakan pada bulan puasa ini).
Shafee: Tan Sri, kita sedang berada dalam proses pengadilan. Anda masih perlu bercakap benar sepanjang bulan puasa.
Ismee: Saya telah mengatakan ini pada November tahun lepas dan saya akan mengatakan perkara yang sama. BOD telah dikelirukan.
Mahkamah sebelum ini mendengar keterangan bahawa Aabar Investments PJS Ltd (Aabar BVI) tidak sama dengan Aabar Investment PJS, yang merupakan anak syarikat sebenar International PetroIeum Investment Company (Ipic).
Terdahulu, saksi itu bersetuju dengan cadangan Shafee bahawa bagi melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO), pengurusan 1MDB telah meyakinkan lembaga pengarah untuk meminjam USD250 juta dan USD975 juta daripada Deutsche Bank Singapore, masing-masing pada Mei dan Ogos 2014.
Mahkamah diberitahu bahawa USD223.33 juta dan USD457.98 juta daripada pinjaman itu telah digunakan.
Sebelum ini, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman mengesahkan RM49 juta daripada pinjaman bank tersebut yang diambil oleh 1MDB dimasukkan ke akaun bank Najib Razak di AmIslamic Bank.
Pada hari pertama perbicaraan kes pada Ogos 2019, Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kenyataan pembukaan berkata, pihaknya akan menunjukkan bahawa sejumlah wang yang berasal daripada pinjaman USD250 juta dan pinjaman USD975 juta yang diambil anak syarikat 1MDB, 1MDB Energy Holdings Ltd dari Deutsche Bank Singapore didakwa telah dimasukkan ke akaun bank Najib.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
GEMPAR!! INI SEBABNYA KERAJAAN PH GAGAL MANSUHKAN TOL?
Jaguh Kampung Terlalu Malas Untuk Belajar Bahasa Inggeris (Dolts who are...
Dana SAVE KELANTAN
HUSAM MUSA
Dana SAVE KELANTAN
Usaha
menyelamatkan Kelantan bersama Rakyatnya yg dilanda kemelut terbuka dan
tersembunyi perlu digerakkan bersama.
Platform
Save Kelantan adalah platform bersama merentasi politik kepartian dengan
matlamat membangkitkan kesedaran Rakyat Kelantan terhadap tadbir urus Kerajaan
Kelantan sedia ada.
Langkah
pertama antaranya ialah Membenteras Tebang Habis Balak Dalam Hutan Simpan Kekal
demi menyelamatkan aset Rakyat dan memelihara kelestarian Bumi Kelantan.
Dalam
konteks menjaga kelestarian Bumi Kelantan dari terus diperas untuk kekayaan
cepat segelintir puak, kami berhasrat melaksanakan Satellite Mapping
keseluruhan Hutan Simpan Kekal di Kelantan, membantu orang kampung membuat
bantahan berkesan melalui undang-undang untuk menjaga tadahan bekalan air
bersih mereka, mencetak bahan-bahan maklumat untuk edaran bagi membangkitkan
kesedaran Rakyat, menjalankan kempen media sosial dan lain-lain aktiviti Save
Kelantan dari masa ke semasa.
InsyaAllah
ia akan diikuti oleh inisiatif-inisiatif lain Save Kelantan dalam isu-isu
seperti AKSB dan bekalan air bersih, perumahan, perlombongan, royalti
petroleum, peluang kerja anak muda, kebersihan dan masalah sosial yang lain -
ke Arah Kelantan Maju Jaya.
Dana yang
anda sumbangkan akan diuruskan secara pruden dan telus InsyaAllah.
Kutipan
dan ke mana ia dibelanjakan akan dipaparkan di laman web Save Kelantan nanti
InsyaAllah.
Kami
yakin akan keprihatinan Anak Kelantan dan masyarakat awam terhadap tugas
mencabar membetulkan amalan buruk, kelesuan pemerentahan dan nasib Negeri
Kelantan di masa depan.
Selain
sumbangan dana, semua dialukan memberikan buah fikiran dan berganding bahu
bersama menjayakan Save Kelantan.
Sumbangan
anda boleh disalurkan melalui :
SV
KELANTAN GLOBAL
Akaun
Maybank
553010665478.
Saya
sangat berterima kasih dan menghargai sumbangan anda walau sekecil mana
sekalipun.
Husam
Musa
3
Ramadhan 1443
5 April
2022
( VIDEO TELAH DIPERBAIKI-UPLOAD ) Zunar presents, an Oscar Slap production... MOVIE Of the YEAR!
MUAT TURUN DAN DAFTAR SEBAGAI PENGUNDI ATAS TALIAN
5 April 2022
MUAT TURUN DAN DAFTAR SEBAGAI PENGUNDI ATAS TALIAN
Dalam Pemilihan 2018, ada 20,000+ undi yang tidak dikira.
Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada ketika itu memberi
alasan ia berpunca dari masalah teknikal yang menyebabkan pelayan (cloud
server) tidak mengesan undi-undi itu. Masalah 20,000+ undi yang tidak dikira
ini dibawa ke Biro Politik tetapi keputusannya pada ketika itu untuk tidak
mengambil apa-apa tindakan.
Sementara saya aman dan tenang sahaja, KEADILAN akhirnya
dikhianati oleh pemenang-pemenang hasil dari keputusan pemilihan yang meragukan
sebegini. Hampir semua anggota JPP pun meninggalkan parti menyertai mereka yang
khianat.
Kita meletakkan harapan yang besar kepada JPP kali ini yang
dipengerusikan Dr Zaleha, veteran lama parti untuk memastikan peristiwa ini
tidak berulang lagi. Sebab itu saya menyokong sepenuhnya usaha JPP untuk
mengadakan pemilihan atas talian walaupun ia dianggap rumit.
Ada beberapa kebaikan sistem pemilihan atas talian ini.
Pertama, ia memberi kebebasan kepada anggota biasa untuk memilih
calon-calon tanpa perlu dipengaruhi oleh pimpinan di peringkat cabang dan
lain-lain. Hak itu adalah hak individu setiap anggota. Jika pemilihan secara
fizikal, ada perayu undi yang cuba berkempen ketika anggota biasa ingin
mengundi.
Kedua, ia mengurangkan risiko pengundi yang digerakkan tetapi
tidak ambil tahu mengenai perkembangan parti. Keadaan ini mewujudkan “warlord”
politik di peringkat akar umbi yang boleh mempengaruhi keputusan pimpinan parti
mengikut kumpulan mana yang menjanjikan kedudukan
terbaik
kepada mereka (tidak semestinya pemimpin yang
terbaik
akan diangkat).
Maka, kita wajar berusaha supaya seberapa ramai anggota memuat
turun aplikasi ADIL dan mendaftar sebagai pengundi atas talian. Proses
pendaftaran mengambil sedikit masa kerana saya difahamkan JPP perlu mengesahkan
identiti setiap anggota dengan memadankan kad pengenalan dan gambar profil.
Setakat hari ini, saya difahamkan tidak sampai 5% dari anggota
parti telah mendaftar sebagai pengundi atas talian. Ia mendedahkan parti kepada
pemilihan oleh segelintir sahaja yang tidak mewakili sentimen anggota parti keseluruhannya.
Tarikh akhir untuk memuat turun aplikasi ADIL dan mendaftar
sebagai pengundi atas talian ialah 8 April 2022 (dua hari dari sekarang). Anda
boleh muat turun di capaian berikut:
Apple:
https://apps.apple.com/us/app/adil/id1609854829
Google:
https://play.google.com/store/apps/details...
Jangan berlengah lagi. Muat turun aplikasi ADIL dan daftar
sebagai pengundi atas talian jika anda betul-betul mahu pasukan baru yang lebih
kreatif mendekati pengundi.
Jika anda hanya pandai sembang di WhatsApp atau Facebook tetapi
tidak pun mendaftar sebagai pengundi atas talian, anda memang juara sembang
kencang (tapi tidak ada kesan)!
RAFIZI RAMLI