ANTARA SRI LANKA & MALAYSIA

 

ANTARA SRI LANKA & MALAYSIA

1. Dua tiga minggu ini, masyarakat antarabangsa dikejutkan dengan isu kemelesetan ekonomi Sri Lanka yang makin meruncing.

2. Stok makanan di Sri Lanka berkurang kerana majoritinya diimport, harga barang naik mendadak dan Kerajaan tiada wang serta banyak berhutang. Sampaikan peperiksaan nasional setara SPM pun dibatalkan, dek kerana tiada kertas.

3. Sejak minggu lepas rakyat Sri Lanka dah turun ke jalanan. Buat rusuhan dan lawan polis kerana tak puas hati dengan Kerajaan. Semalam, seluruh ahli Menteri Kabinet letak jawatan secara en mass (maksudnya sekaligus). Huru hara dah negara mereka.

4. Ada orang tanya saya, adakah ekonomi Malaysia akan jadi macam Sri Lanka, saya katakan Nauzubillah, namun bibit2 apa yang berlaku di Sri Lanka sudah ada di Malaysia.

Saya rumuskan pandangan saya di bawah—

i. Makanan negara kita majoritinya diimport. Sejak dasar pertanian negara tidak diutamakan lagi, food security kita mula terancam. Untuk rekod, peratus peningkatan import makanan menaik setiap tahun sejak tahun 2015 pada kadar 4.1%. Pada tahun 2021, nilai import makanan negara adalah RM55.4 bilion. Antara tertinggi di ASEAN.

ii. Dasar liberalisasi kita yang diperkenalkan sejak tahun 2011, menyebabkan kita banyak bergantung kepada barang import.

iii. Sejak 10 tahun lepas, saham kepentingan warga asing juga meningkat, mengambil alih kepentingan warga tempatan yang makin berkurang saban tahun.

iv. Kadar hutang negara yang meningkat dengan skala besar, dan rizab negara yang makin berkurangan berbanding 10 tahun lepas.

iv. Indeks rasuah negara juga makin merudum sejak 10 tahun lepas. Menunjukkan rasuah, nepotism dan ketirisan makin berleluasa di Malaysia.

5. Untuk rekod, indeks rasuah Sri Lanka juga merudum dari nombor 89 tahun 2018 ke nombor 102 pada tahun 2021. Rakyat Sri Lanka juga bangkitkan isu nepotism dan rasuah yang makin teruk di sana.

6. Saya selalu tekankan korupsi adalah ibu segala kejahatan. Korupsi juga sejenis kanser senyap yang boleh meruntuhkan negara. Dengan adanya korupsi berleluasa dalam masyarakat, produktiviti jadi lemau dan pembangunan terbantut. Itu kajian yang dibuat sejak berzaman.

7. Kalau kita tak berubah, jangan terkejut satu hari nanti kita akan jadi seperti Sudan dan Sri Lanka. Walaupun negaranya kaya dengan sumber asli, tapi rakyat merempat dek kerana teruknya tadbir urus ekonomi.

8. Kena juga ingat, macam mana hebat pun seorang pemimpin tu sembang mengenai ekonomi, macam dia yang terpaling wira rakyat, namun kalau budaya yang nak dibawa adalah cash is king dan korupsi, tolaklah awal2… nescaya negara boleh jahanam!

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

No comments: