Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 5 April 2022 (BERGAMBAR)









Kenyataan Media

Majlis Presiden Pakatan Harapan

5 April 2022

Pakatan Harapan Beri Komitmen Penuh Untuk Luluskan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti)

Pimpinan utama Pakatan Harapan telah mengadakan satu pertemuan bersama Perdana Menteri pagi ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung status pembentangan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti) yang dijadualkan pada 11 April 2022.

Perdana Menteri telah memberi komitmen bahawa tidak ada perubahan kepada notis mesyuarat persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 11 April 2022 sepertimana yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen.

Majlis Presiden Pakatan Harapan memberi komitmen penuh bahawa kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan memberi sokongan bagi tujuan meluluskan Pindaan Perlembagaan ini.

Ketua Pembangkang juga telah membangkitkan isu MySejahtera yang dimiliki sebuah syarikat negara asing. Isu ini perlu diberi penjelasan penuh kepada Dewan Rakyat.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Hj Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Anthony Loke

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Madius Tangau Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

 

No comments: