Hannah Yeoh: Nak Melanjutkan Masa Mensyuarat Kerajaan Ini Pun Takut, Ker...

Hannah Yeoh: 32 Juta Rakyat Tunggu , Tapi Selepas Mesyuarat Kabinet, Han...KES SAMAN..KES UCAPAN ZAFRUL...BELUM DIBAHAS..

PEMIMPIN PAS DERHAKA

KETUA PENGARAH "DIPERKUDA" DEMI KUASA?

Kerajaan PN lembab beri bantuan kepada PKS: 65,000 hilang pekerjaan - KEADILAN

 


Kelembapan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi bantuan kepada sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menyebabkan pertumbuhan sektor itu merosot teruk pada tahun ini dan tahun lalu.


Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, Berdasarkan laporan terbaru yang dipaparkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pertumbuhan ekonomi untuk PKS telah menyusut sebanyak 7.30 % pada tahun 2020, berbanding penyusutan pertumbuhan negara sebanyak 5.6% dan kategori bukan PKS iaitu 4.6%, yang akan menjejaskan ekonomi Malaysia kerana PKS merupakan industri menyumbang kepada hampir 50% pekerjaan.


"Kegagalan Kerajaan PN menghulurkan bantuan yang berkesan dan tepat menyebabkan berlaku gelombang penutupan PKS dan kadar pengangguran melambung tinggi.


"Dalam 15 tahun kebelakangan ini, pertumbuhan PKS lebih tinggi berbanding kategori bukan PKS kecuali pada tahun 2020. Penyusutan yang mendadak tersebut adalah satu amaran penting untuk kita.


"Menggunakan 1.15 juta PKS di negara kita pada tahun 2020 sebagai kiraan, ia bermaksud pendapatan setiap PKS telah menurun sebanyak RM 35,000 secara purata.


"Antaranya, PKS bidang pembinaan dan perkhidmatan paling teruk terjejas dengan penyusutan nilai keluaran sebanyak 15.4% dan 9.2%," katanya.


Bagi Adun Semambu itu, meskipun sumbangan PKS dari segi pendapatan negara tidak sebanyak firma besar atau pelaburan langsung asing, namun PKS adalah sumber utama pekerjaan dan pendapatan kebanyakan rakyat.


Katanya, walaupun PKS hanya menyumbangkan 39% daripada keseluruhan Keluaran dalam Negeri Kasar (KDNK), tetapi ia merupakan 99% daripada keseluruhan perusahaan di negara ini dan 48.8% tenaga kerja adalah dalam sektor PKS.


"Kesan pandemik Covid-19 pada tahun 2020 telah menyebabkan jumlah pekerja yang diambil PKS mencatat penyusutan pertama kali sejak beberapa tahun, dengan pengurangan sebanyak 65,000 orang tenaga kerja," katanya.


Tambah Lee, Kerajaan Perikatan Nasional terkhilaf kerana mengabaikan kelangsungan PKS dengan memberi tekanan membabi buta, mengklasifikasikan sektor yang boleh beroperasi mengikut sektor perlu dan tidak perlu. Tindakan tersebut, katanya menyebabkan PKS enggan mengambil pekerja baharu dan meledakkan kadar pengangguran


Kata beliau, sepanjang tempoh pandemik, rakyat hanya melihat Menteri Perdagangan dan Industri Azmin Ali lebih sibuk menarik pelaburan asing dan membuka pintu belakang untuk firma besar daripada menjengok nasib usahawan PKS.


"Sekatan terhadap sektor ekonomi yang telah beberapa kali dibuka dan ditutup dalam tempoh dan hanya disedari oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Wan Junaidi dengan mengeluarkan kenyataan berkaitan PKS pada 28 Julai lalu. Tidakkah ia membuktikan bahawa Kerajaan PN hanya mementingkan 1% firma besar berbanding dengan 99% PKS?


"Ketidakberdayaan PKS dalam memerangi pandemik ini, termasuk dengan amalan dua darjat yang berlaku di kalangan pegawai penguatkuasa undang-undang, kesukaran dalam permohonan pinjaman pembiayaan dan sebagainya adalah realiti dan fakta yang terbuka dan diketahui semua," katanya.


Menurut Lee lagi, pada awal bulan Jun, Persatuan Perusahaan Kecil dan Serdahana (SME Association) telah memberi amaran bahawa sekurang-kurangnya 40% PKS akan ditutup disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.


Namun sehingga ke hari ini, selain bantuan kewangan yang tidak seberapa dan penundaan pinjaman, Kerajaan PN masih juga tidak memberikan sebarang dasar atau pelan pemulihan untuk menyelamatkan PKS yang dalam keadaan nazak.


"Saya mencadang agar Kerajaan berhenti menentukan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi dengan perkhidmatan perlu dan tidak perlu.


"Sebaliknya, secara saintifik menggunakan data pandemik yang lalu untuk mengklasifikasikan sektor ekonomi berisiko tinggi dan rendah untuk menetapkan Prosedur Operasi Standard dan menentukan pengoperasian sesebuah sektor.


"Dalam situasi yang tertentu, Kerajaan tidak perlu untuk berpura-pura mereka maha mengetahui. Contohnya, pemilik kedai gunting rambut, salon kecantikan dan kedai aksesori kereta pasti lebih berhati-hati dalam mencegah penularan wabak.


"Ini kerana, sekiranya penularan berlaku di premis mereka, pastinya akan menjejas reputasi yang akan menyebabkan penutupan atau kemuflisan pada bila-bila masa sahaja," katanya.


Sehubungan itu, Lee mengusulkan agar Kerajaan segera menyediakan pelan dan peta pemulihan bagi setiap sektor PKS yang berbeza serta kemudahan dan bantuan yang boleh diberikan oleh Kerajaan.


Hal itu, katanya akan melindungi mata pencarian setiap orang.


"Sektor pembinaan, makanan dan minuman, perkhidmatan dan rekreasi serta sektor yang paling akhir dibenarkan beroperasi sepatutnya mendapatkan bantuan yang lebih besar.


"Kerajaan juga perlu membuat pindaan undang-undang untuk skim bekerja dari rumah, memudahcarakan dan mengurangkan karenah permohonan pinjaman dan bantuan, mengecualikan kos pendaftaran perniagaan dan lesen, menentukan sektor-sektor yang kemungkinan berkembang pesat selepas pandemik ini.


"Saya meragui bahawa pemulihan PKS tidak termasuk dalam agenda utama kabinet dan Majlis Pemulihan Negara. Di saat majoriti PKS di negara kita dan pekerja yang bergantung kepada PKS untuk mencari nafkah di tahap nyawa-nyawa ikan, rakyat pula melihat Kerajaan PN sibuk membuka dan menutup Parlimen untuk mengekalkan kuasanya," sinis Lee lagi.

 

Mempertahankan demokrasi berparlimen era pandamik


Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun Speaker Parliament rotate Members of Parliament Covid-19 positive


Gambar hiasan.

KETIKA artikel ini ditulis, Parlimen Malaysia telah ditempohkan atau ditangguhkan dengan alasan terdapat penyebaran virus Covid-19 dalam kalangan pegawai Ahli Parlimen.

Penangguhan sidang Parlimen pada Isnin 2 Ogos 2021 ke tarikh lain telah dikritik keras oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Bandar Kuching dan Ahli Parlimen pembangkang khususnya, atas alasan penangguhan tersebut walaupun di atas alasan penyebaran virus Covid 19 tetapi tidak dibuat berasaskan dapatan sains dan data kesihatan yang konklusif.

Dalam tempoh pandemik, pelbagai tulisan serta respons negara-negara lain mengungkapkan bagaimana demokrasi harus terus dipertahankan walaupun negara berhadapan dengan situasi kritikal, terkesan dengan pandemik.

Alasan utama mengapa kebanyakan Parlimen di negara-negara lain terus bersidang baik secara limitasi fizikal mahupun dengan dokongan teknologi, adalah disebabkan legislatif masih perlu melaksanakan tugas-tugas mereka membahaskan keperluan, meluluskan peruntukan dan mekanisme menangani pandemik dalam negara masing-masing.

Proses semak dan imbang masih relevan dan kekal menjadi unjuran keutamaan walaupun ketika pandemik.

Namun demikian, apa yang terjadi di Malaysia adalah sejarah yang mengejutkan. Tidak pernah dalam sejarah negara, Kerajaan dan sebuah lagi komponen penting dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia, iaitu Institusi DiRaja saling mengutus penjelasan bertulis di media massa menjelaskan keadaan yang sepatutnya dibahaskan dalam Parlimen.

Dewan yang mulia telah dikelirukan dengan status pembatalan Ordinan Darurat tetapi tidak ada penjelasan atau perbahasan tuntas di dalam Dewan. Ia membawa kepada beberapa episod dramatik lain yang kemudiannya memperlihatkan sisi kegagalan Parlimen berfungsi dengan efektif untuk kepentingan rakyat.

Dalam konteks negarawan yang berjiwa besar, ruang demokrasi yang berfungsi, perbahasan yang membawa kepada agenda luhur untuk kebaikan negara, ia harus dibina dengan ekosistem penguasaan ruang demokrasi yang benar-benar mengangkat prinsip shura (perbincangan) yang baik.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Dr. Ahmad al-Raysuni di dalam tulisannya, Al Shura, The Quranic Principle of Consultation, beliau menggariskan 10 prinsip utama dan kefungsian  dalam tuntutan konsultasi untuk proses demokrasi yang matang iaitu:-

1.            Matlamat shura (perbincangan) adalah untuk menentukan hala tuju yang baik.

2.            Membebaskan diri dari keangkuhan.

3.            Untuk benar-benar menolak penindasan/pemerasan tirani.

4.            Shura, mengajar erti tawadu’ (humility).

5.            Ruang kebebasan diberikan kepada semua untuk perbincangan.

6.            Mewujudkan suasana kebebasan bersuara.

7.            Menggalakkan pemikiran dan proses rencana dengan keupayaan mengungkap                 pandangan.

8.            Mendorong tindakan.

9.            Menimbulkan suasana perpaduan.

10.         Kebersamaan dalam menghadapi cabaran tidak terduga.

 

Mempertahankan kebebasan Parlimen daripada sebarang gugatan yang menafikan keabsahan prinsip semak dan imbang adalah tugas setiap ahli parlimen dan komponen institusi yang terkait dengan fungsi dan peranan Parlimen.

Kendala terbesar demokrasi adalah penindasan terhadap hak bersuara dan kebebasan menyampaikan pandangan apatah lai yang melibatkan kepentingan awam.Kecurangan kali ini pastilah penangguhan sesi perbahasan dan  kerugian ruang masa untuk membuat polisi yang baik untuk negara ketika diuji dengan mehnah pandemik.

Apakah Parlimen kita kalis tribulasi? Tidak, malah setiap kali berhadapan dengan ujian demokrasi, kebebasan dan fungsinya harus diperkukuhkan dengan kekuatan pasak Perlembagaan Persekutuan.

Sebagaimana anjuran Abraham Lincoln dalam kata-kata beliau yang masyhur, “Democracy is a government of the people, by the people and for the people. Apakah kerajaan Perikatan Nasional hari ini mempunyai legitimasi sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai dokongan dalam Parlimen dan rakyat? Apakah segala tindakan kerajaan hari ini adalah demi rakyat?

Semua persoalan ini hanya boleh ditentukan dengan demokrasi yang mengangkat agenda luhur, kebesaran jiwa dan ekosistem yang mewujudkan prinsip semak dan imbang menerusi sidang perbahasan yang berkesan.

Selamatkan Demokrasi Berparlimen di Malaysia!

Fadhlina Sidek
Pengerusi Biro Guaman & Pembangunan Komuniti
Wanita KEADILAN

 

ADA NAJIB TAK SOKONG- DIA DOK NIAGA KES DIA LEPAS KA TIDAK ....SG BULOH DOK NANTI. BERANI DILUAR PARLIMEN SAJA

 

Panas! Ismail Sabri sahkan Najib sokong Muhyiddin


Ismail Sabri sahkan Najib sokong Muhyiddin



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan ketulenan surat 40 Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) menyokong kerajaan bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikeluarkan pada 29 Julai lalu.

Ismail Sabri berkata kandungan surat tersebut adalah benar, ia dibuat selepas pertemuan dengan semua MP BN di Parlimen dan menjelaskan hanya timbul kekeliruan berhubung penggunaan kepala surat.

“Kandungan surat itu bahawa 40 Ahli Parlimen BN menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah benar. Kenyataan itu dibuat selepas saya mengadakan pertemuan dengan 40 Ahli Parlimen terbabit.

“Kekeliruan hanya membabitkan penggunaan kepala surat BN. Kami adalah wakil rakyat BN, justeru berhak untuk menggunakan kepala surat BN.

“Apabila saya hendak mengeluarkan kenyataan, mana boleh saya menggunakan kepala surat lain kerana saya bersama Ahli Parlimen terbabit adalah daripada BN,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu pada Jumaat, terdapat pihak yang cuba mempersoalkan kesahihan kenyataan tersebut, ia termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu, Ismail Sabri menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Ketua Kampung Charuk Puting, Batu Bor, Guai dan Paya Mengkuang di pekarangan Masjid Al-Mutaqin, Cheruk Puting.

Dalam pada itu, Naib Presiden UMNO itu juga menegaskan khabar angin mengenai pembentukan kerajaan interim yang tersebar dalam media sosial itu tidak perlu dilayan.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, isu berkenaan sengaja dimainkan oleh pihak tertentu berikutan penangguhan sidang Dewan Rakyat, esok.

“Orang ramai jangan mendengar serta terpengaruh dengan khabar angin mungkin berlaku pembentukan kerajaan dan Perdana Menteri interim yang disebarkan dalam media sosial.

“Kita jangan melayan dan memainkan isu ini kerana pihak terbabit cuba memecahbelahkan keharmonian rakyat.

“Lagipun, saya difahamkan bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak ada istilah interim… PM interim, kerajaan interim tidak ada dalam Perlembagaan,” katanya.

KEH...KEH....Netizen ‘sekolahkan’ Hadi sembang negara Islam sekular diizinkan penjajah

 


Mahfuz ucap terima kasih pada Pemuda Pas sahkan surat Agong

 Mahfuz ucap terima kasih pada Pemuda Pas sahkan surat Agong


Tindakan Dewan Pemuda Pas yang mahu melaporkan kepada polis berhubung penyebaran surat didakwa sebagai surat Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kepada Perdana Menteri bertarikh 29 Julai lalu hanya mengesahkan kesahihan kewujudan warkah Istana Negara itu.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak hairanlah jika YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah murka terhadap pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana perkara yang menjadi rahsia rasmi itu pun ditularkan kepada umum.

“Terima kasihlah Awang Oii (Ahmad Fadhli Shaari)! Pakcik ingat surat tu palsu. Rupanya Awang tolong mengesahkan surat tu betoi.

“Pak Cik ingat surat palsu. Ish murka sungguh Agong kat Perdana Menteri dan Taki (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) setiausaha agung parti Islam,” katanya dalam catatan terbaru di Twitter miliknya, hari ini.

Terdahulu Timbalan Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari akan melaporkan kepada polis berhubung penyebaran surat didakwa sebagai surat YDPA kepada Perdana Menteri bertarikh 29 Julai lalu.

Menurut Ahmad Fadhli, pembocoran surat rahsia dan terhad tersebut yang disebarkan kepada umum dan didakwa dimuat naik oleh sebahagian pimpinan pembangkang adalah suatu perkara yang bercanggah dengan Akta Rahsia Rasmi.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial berkaitan dengan surat didakwa dihantar oleh Istana Negara kepada Perdana Menteri berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat.

MENIKUS DALAM DEWAN TAPI BERANI DI FB. TUNGGU MASA BERTAHUN TAHUN DALAM PENJARA SUNGAI BULOH NANTI...

 May be an image of 1 person and text

PEMIKIRAN BAHAYA HADI AWANG | Ustaz Ridzwan Abu Bakar

LIHAT JADUAL INI...MELAYU GADUH DENGAN RAJA MELAYU ..DAP TIDAK PULA MENANGGUK DI AIR KERUH.TERUKNYA MELAYU YANG ZIKIR DAP ..DAP ..DAP


May be an image of text that says "Jilid IV Bil. 16 Hari Selasa 10hb Mei 1994 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House Representatives PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KEEMPAT Fourth Session KANDUNGAN RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1994 [Ruangan 2583] Rang Undang-undang Pilihanraya (Pindaan) 1994 [Ruangan 2714] Rang Undang-undang Kesalahan Pilihanraya (Pindaan) 1994 [Ruangan 2732) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 1994 [Ruangan 2793) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat dan Penangguhan [Ruangan 2686) QUTH CAWANGAN JOHOM BAHRU NASIONAL MALAYSIA BERHAD,"

May be an image of text


hHAMDN TAHA


Saya bukan lah nak mempertahan kan parti Dap ni tak ada untung pada kita pun. Tetapi saya benci pada ahli politik melayu yang berbohong dan terus berbohong dan menjadikan dap dan kaum lain juga penjajah sebagai hujah untuk terus berkuasa dan menyalahkan pihak lain. Sedangkan sejarah tidak boleh di padam begitu mudah seperti mana Pas memadam fatwa kembangsaan terhadap amanat Hadi ada sesat di padam di Jakim....

Tahun 94 apabila parlimen meluluskan rang undang undang yang membabitkan kuasa raja dan yang di pertuan agung....di bawa oleh umno....yang mengurangkan umno...yang balun raja pun umno....tetapi ketika mengundi Pas juga turut sokong apa yang di bawa oleh umno dan tertulis di situ antaranya Hadi Awang dari Marang

Tertulis dan terbukti pula parti Dap seramai 14 tidak pula ambil bahagian dan tidak pula menyokong untuk undian itu....jelas terbukti mereka tidak mahu campur urusan pergaduhan melayu dengan raja melayu....jadi batu api pun tidak....

Tiba tiba sekarang Hadi dan keseluruhan pas dan umno berkata Dap ada lah dalang dan derhaka pada raja raja....zikir mereka Dap Dap Dap....ada ketua bahagian umno kenkawan saya juga pun sama apa yang berlaku sekarang ni antara PN dan Agung adalah hasutan Dap....tak ada kena mengena pun

Yang lawan raja ni umno dan pas.....sekarang di terengganu sedang tunggu nak meletop jer hubungan mb pas dan raja....mana ada mb pas hormat raja bohong jer....

 

Nur Aiman Ridwan juara pertandingan nyayian lagu Tamat Darurat

 


MAHIADDIN ADALAH BALA SEBENAR BAGI MALAYSIA

 

Ketika Najib Razak jadi Perdana Menteri, ramai di antara kita ketika itu berasa malu menjadi warganegara Malaysia.

Skandal 1MDB dan pelbagai karenah Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri yang terpapar dalam hampir semua media adalah antara dua isu yang menyumbang kepada perkara itu.

Ke mana-mana saja kita pergi, isu berkaitan 1MDB dan Rosmah tidak pernah lekang menjadi pokok perbualan serta perbincangan yang tidak berkesudahan di kalangan orang ramai.

Setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan pasti ada saja isu-isu baru yang timbul berkaitan 1MDB dan Rosmah yang bukan saja disiarkan di media nasional, bahkan menjangkau ke peringkat internasional.

Skandal 1MDB dan Rosmah boleh dikata mencetus nama yang buruk bagi negara sehingga ada di antara mereka yang ke luar negara tidak mahu mengaku diri mereka sebagai rakyat Malaysia.

Mereka sebaliknya lebih selesa mengaku datang daripada Brunei atau Singapura.

Namun demikian, itulah yang kemudiannya mendorong rakyat berazam kuat untuk menjatuhkan BN dan menamatkan era pentadbiran Najib.

Alhamdulillah, berkat penyatuan rakyat, BN akhirnya berjaya ditumbangkan pada PRU 2018.

Walaupun PH yang menjadi kerajaan selepas itu tidak lama tempohnya iaitu hanya selama 22 bulan dan banyak masalah yang timbul sepanjang tempoh tersebut lebih disebabkan ketidakjujuran Tun Mahathir Mohamad yang mempunyai agenda peribadi terlalu tinggi, selain tidak berpegang pada janji, tetapi kejayaan mengakhiri penguasaan BN tetap suatu sejarah manis yang banyak baiknya untuk rakyat serta negara.

Jika BN tidak ditumbangkan dan Najib masih Perdana Menteri lagi, kita mungkin sukar membayangkan bagaimana tambah bergayanya Jho Low dan Rosmah sehingga ke hari ini.

Itu belum termasuk lagi puluhan pegawai-pegawai Najib yang kerana kalahnya BN itu, maka bekas Perdana Menteri itu sendiri pada hari ini kenal siapa di antara mereka yang benar-benar setia serta mengenang budi dan siapa yang hanya menempek untuk mencari kekayaan semata-mata, lalu sanggup menikamnya semula.

Apabila kuasa PH berakhir yang kemudian digantikan oleh PN melalui pengkhianatan dan pintu belakang, Mahiaddin Md Yasin akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri.

Selama 15 bulan PN berkuasa sehingga ini, meskipun Mahiaddin tidak terlibat dengan skandal mega seperti 1MDB misalnya dan isteri beliau juga tidak seperti Rosmah, tetapi pemerintahannya terlalu banyak kecerlaruan dan caca marba sehingga membuatkan rakyat meluat serta menyampah dengannya.

Tidak cukup dengan sentiasa berselindung di sebalik Covid19 untuk mengekalkan kuasanya, yang terbaru pula sanggup menangguhkan Parlimen pada Isnin depan pun melalui alasan yang sama.

Sudahlah tiada keabsahan dan mendatangkan banyak kesusahan, Mahiaddin juga terlihat sanggup derhaka beberapa kali terhadap titah Yang Dipertuan Agong dek kerana bimbang kuasa dalam genggamannya terlepas daripada tangan.

Bagi rakyat, tindakan derhaka berkali-kali sehingga Agong berasa amat dukacita lantaran diketepikan dalam keputusan kerajaan membatalkan darurat, seterusnya disertai warkah peribadi baginda untuk menjawab kenyataan media PMO, semua itu adalah gambaran kerajaan yang tidak layak untuk mentadbir negara.

Kerajaan tidak seharusnya berbalah dengan Agong selaku Ketua Negara, bahkan sehingga baginda menggunakan ganti nama Beta dalam warkah peribadinya menjawab kenyataan media PMO, ia ialah langkah yang menunjukkan Agong ingin memberitahu Perdana Menteri bahawa baginda adalah Raja dan Ketua Negara bagi Malaysia.

Berbalah dengan istana sehingga menyebabkan berlakunya krisis perlembagaan, disertai dengan tindakan menafikan peranan Parlimen melalui darurat dan kemudian menangguhkan sidang Isnin depan lantaran bimbang asakan blok pembangkang, Mahiaddin sebenarnya telah mempertaruhkan nasib rakyat demi kepentingan peribadi dan jawatan semata-mata.

Sepatutnya, dalam amalan demokrasi, beliau harus sentiasa terbuka dan berlapang dada untuk diuji keabsahan dan sokongan yang dimilikinya di mana kalau lulus ujian, kekallah menjadi Perdana Menteri dan jika gagal, harusnya sedia untuk berundur.

Demokrasi bukan laluan untuk Perdana Menteri berdalih kerana takut dan bacul berdepan realiti dijatuhkan.

Lantaran sudah berkali-kali berdalih dan dan mengelak untuk kedudukannya diuji, tahap meluat dan menyampah rakyat kini sedang memuncak terhadapnya.

Kalau dengan mengelak dan berdalih itu kerana beliau seorang Perdana Menteri yang hebat, mampu membuatkan rakyat gembira dan negara sentiasa sejahtera, tidak mengapalah juga.

Ini tidak, sementara bermati-matian mempertahankan jawatannya itu, rakyat sebaliknya makin sengsara dengan kes bunuh diri dan kematian terus mencatat angka yang tinggi setiap hari.

Lalu, di mana logiknya Mahiaddin mahu terus bertahan lagi?

Di dalam negara, kelakuan Mahiaddin sekarang ini tidak kurang membuatkan rakyat mula rasa malu dan meluat dengan perangainya.

Kalau di era Najib, ramai yang malu mengaku sebagai warganegara Malaysia berikutan isu dalam negara telah membusuk hingga ke merata dunia, di era Mahiaddin pula lebih ramai yang mahu berpindah ke luar negara.

Ramai yang kini malu berperdana-menterikan Mahiaddin yang langsung tiada perasaan malu untuk terus kekal berkuasa, walau tiada keabsahan, mengguna pelbagai helah untuk menutup Parlimen, menjadikan Covid19 sebagai alasan dan sehingga sanggup derhaka kepada Raja.

Celaru dan huru-haranya negara ini tidak lain adalah disebabkan ketidakmampuan dan kegagalannya, ditambah-buruk lagi kerana beliau punya muka tak malu yang enggan menyedari bahawa dianya adalah seburuk-buruk Perdana Menteri berbanding semua pendahulunya.

Negara di bawah kepimpinannya sedang bergerak ke belakang dengan langsung tiada kemajuan dan rekod baik sejak 15 bulan lalu.

Berbanding Covid19, bala sebenar bagi kita sebenarnya ialah Mahiaddin itu sendiri. 


(ShahbudinHusin 01/08/2021)



Imej ‘kerajaan beta’ tercalar teruk akibat kegagalan dan penderhakaan

 

Imej ‘kerajaan beta’ tercalar teruk akibat kegagalan dan penderhakaan

Mahiaddin memang tak ada cukup sokongan utk kekal pm. Tapi hal itu sukar dibuktikan di luar parlimen.

Istana tahu kerajaan yg ada sangat tidak stabil. Situasi ini tidak baik dari sudut kepercayaan pelabur asing.

Imej negara dari sehari ke sehari semakin merudum. Imej “kerajaan beta” tercalar teruk.

Jadi istana mahu kedudukan mahiddin diputuskan di dalam parlimen. Itulah semangat demokrasi.

Justeru, istana mahu ordinan darurat dibentang, dibahas dan diundi di parlimen.

Itu antara mekanisme yg ada untuk menentukan kedudukan mahiaddin ketika ini.

Istana tahu, apa pun keputusan undian terhadap ordinan, itu bukanlah hal yang sangat penting.

Ordinan itu diterima atau ditolak, sampai masa akan terangkat dengan sendiri.

Hal yg lebih penting ialah kedudukan sebenar sokongan terhadap mahiaddin.

Mahiaddin cari jalan elakkan undian. Jalan terakhir ialah tutup parlimen atas alasan penyakit.

Lebai bukan kisah sangat dengan imej “kerajaan beta” yg semakin teruk.

Lebai kira nak dapat jawatan saja. Lepas tu cari dalil untuk kekal berkhianat.

Cogankata perjuangan lebai, “berkhianat bersama lebai”.

Ustaz Zolkharnain Abidin

KEH..KEH..KEH BANGANGGANGGGGGGGGNYA MAMAT NIH..SIASAT KENAPA BOCOR DAN BUKAN KENAPA DERHAKA ...

 

Pemuda Pas minta siasat kenapa bocor, bukan kenapa derhaka dikesali netizen

Mana pergi Speaker, dah letak jawatan ke, tanya Kadir Jasin