Pemuda Pas minta siasat kenapa bocor, bukan kenapa derhaka dikesali netizen
Selepas tidak sampai 10 minit kenyataan media timbalan ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadli Shaari dibuat naik, lebih 70 komen dibuat dan hampir keseluruhannya kesal dengan kenyataan itu.
Abu Bakar menulis mudah sahaja, “Mabokkk” ketika mengulas kenyataan Fadhli itu kerana sebelum ini Pemuda Paslah juara yang menentang sebarang unsur penderhakaan kepada Agong.
Jamie Jamie memberikan penekanan agar yang disiasat adalah ahli Parlimen yang menderhaka apabila menulis, “Siasat juga MP yang menderhaka.. jangan buat-buat bodo plak ye.”
Abie Karma pula menulis, “Gila sungguh. Tolong lar jangan membunuh intelektual masyarakat.” ketika mengulas kenyataan ini.
Mohd Azam pula menulis, “Belajarlah berkata benar walaupun pahit…Selama mana nak hidup dalam keadaan yang penuh dengan kepura-puraan..”
Ahli Parlimen Pasir Mas itu dalam kenyataannya hari ini berkata, penyebaran surat yang didakwa sebagai surat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada YAB Perdana Menteri bertarikh 29 Julai tempoh hari adalah suatu perkara yang amat serius dan menggugat kestabilan dan keharmonian negara.
Dewan Pemuda PAS Malaysia memandang serius perkara ini dan menggesa siasatan polis dibuat bagi mengenalpasti punca kebocoran surat ini.
Suatu laporan polis akan dibuat bagi menggesa siasatan dibuat, untuk melihat samada wujudnya unsur khianat dan sabotaj dari penyebaran surat tersebut.
Dewan Pemuda PAS Malaysia turut mengarahkan semua Dewan Pemuda PAS Negeri dan Kawasan untuk membuat laporan polis tersebut, katanya dalam kenyataan itu.
Kandungan surat Yang Dipertuan Agong kepada Mahiaddin itu hampir sama dengan kandungan kenyataan media yang dibuat oleh Istana Negara baru-baru ini.
Kedua-duanya melahirkan rasa kesal dengan tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang membuat pengumuman di Dewan Rakyat, Darurat sudah ditarik balik pada 21 Julai lalu padahal Baginda belum mengesahkannya.