Nur Aiman Ridwan Bin Norazmi yang menyanyikan lagu Hentikan Darurat telah menjadi juara dalam pertandingan Nyanyian Lagu Tamat Darurat yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Rayuan Penamatan Proklamasi Darurat.
Aiman Ridwan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,5000, kata Pengerusi Jawatankuasa Tamat Darurat, Khalid Abd Samad hari ini.
“Lagu juara akan menjadi lagu rasmi Tamat Darurat dan akan digunakan untuk kempen Tamat Darurat,” kata Khalid yang turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.
Tempat kedua yang akan mendapat hadiah wang tunai RM1,250 pula adalah Muhammad Aliff Azhan Bin Mohd Izwandy yang menyanyikan lagu Hentikan Darurat.
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Azni Yanti Binti Hashim yang menyanyikan lagu Hentikanlah yang sebelum ini menjuarai pertandingan mencipta lagu Tamat Darurat.
Tujuh penanyi telah memenangi hadiah saguhati benilai RM250 setiap satu iaitu Afea Deanna Binti Baharudean yang menyanyikan lagi Hentikanlah, Puspa Atira binti Shahrin (Hentikanlah), Syahrul Indra Waq (Hentikan Darurat), Mustika (Eyka)(Hentikanlah), Izwan Firdaus (Hentikan Darurat), Noor Hartini Binti Abdul Hanid (Hentikanlah) dan Arief Bryan Carlos (Hentikan Darurat).
Dalam pertandingan ini yang bermula 16 Julai itu, peserta boleh memilih dua lagu pilihan telah disediakan kepada peserta.
Dua lagu tersebut adalah lagu tema Tamat Darurat, berjudul Hentikan Darurat dan juga lagu Hentikanlah iaitu lagu yang telah menjuarai pertandingan mencipta lagu Tamat Darurat tempohari.
Pertandingan nyanyian telah tamat pada tengah malam 29 Julai, ditambah sehari atas permintaan peserta dan dipersetujui oleh pihak Juri.
Menurut Khalid, ada 22 peserta yang menghantar nyanyian mereka, namun tiga nyanyian ditolak kerana menghantar nyanyian yang bukan lagu pertandingan.
Pertandingan ini adalah ekoran pertandingan mencipta lagu Tamat Darurat yang berakhir bulan lalu.