PGA Tambah Tiga Lagi Batalion Baharu Di Sabah, Sarawak – Saifuddin Nasution

 


Saifuddin Nasution menyempurnakan pemakaian lencana batalion baharu pada majlis peluncuran Batalion 21 PGA Keningau, 22 PGA Kunak dan 23 PGA Sri Aman di PGA Briged Sabah di Kinarut, Papar pada 18 Mei 2025.

PAPAR, 18 Mei – Tiga lagi Batalion Pasukan Gerak Am (PGA) baharu, masing-masing dua di Sabah manakala satu lagi di Sarawak ditubuhkan bagi meningkatkan kawalan keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peluncuran Batalion 21 di Keningau dan Batalion 22 di Kunak di Sabah serta Batalion 23 di Sri Aman, Sarawak itu secara keseluruhannya menjadikan jumlah anggota kepada 12,000 membabitkan 23 batalion.

“Signifikan peluncuran hari ini merupakan bukti yang jelas lagi terang, komitmen berterusan PDRM untuk menjalankan tanggungjawab memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.

“Tiga perkara penting boleh disimpulkan dalam signifikan acara hari ini termasuklah pertama mengesahkan tahap kesiap-siagaan pasukan untuk menghadapi cabaran atau ancaman keselamatan.

“Kedua, memperkukuh kehadiran pasukan keselamatan di kawasan strategik manakala ketiga, membuktikan iltizam kerajaan dalam memperkukuhkan infrastruktur keselamatan,” katanya selepas meluncurkan Batalion 21 PGA Keningau, Batalion 22 PGA Kunak dan Batalion 23 PGA Sri Aman di PGA Briged Sabah, di sini, hari ini.

Saifuddin berkata menerusi Rancangan Malaysia Ke-12, sebanyak RM103 juta disalurkan kepada PGA bagi proses pembaikan infrastruktur, naik taraf pos dan perolehan aset termasuk menaik taraf penempatan sementara Batalion 21, Batalion 22 dan Batalion 23 PGA.

Katanya, kementerian juga meluluskan peruntukan kerja penyelenggaraan dan perolehan peralatan melibatkan pos-pos PGA di seluruh negara dengan kos RM45 juta pada 2023 dan RM43.5 juta pada tahun 2024.

“Dana ini bagi menyediakan fasiliti dan prasarana yang lebih kondusif untuk kelancaran penugasan dan kesejahteraan kehidupan petugas barisan hadapan,” ujarnya lagi.




Rafizi Beri Bayangan Akan Letak Jawatan Menteri Ekonomi

 


Rafizi dan Desmond Lee ketika majlis MoU mengenai JS-SEZ di Johor Bahru pada 11 Januari 2024. Rafizi mungkin berundur sebagai Menteri Ekonomi tidak lama lagi.

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi memberi bayangan bersedia berundur dari Kabinet dengan menyatakan perkhidmatannya sebagai Menteri Ekonomi mungkin tidak akan lama.

Beliau menyatakan perkara itu ketika menekankan bahawa kesinambungan sesuatu dasar tidak seharusnya bergantung kepada pentadbiran semasa atau kehendak peribadi ahli politik tertentu.

“Kehadiran saya di sini bersifat sementara, dan akhirnya akan ada menteri ekonomi lain yang menggantikan saya.

“Namun apa yang saya ingin tegaskan ialah, kesinambungan dasar tidak seharusnya bergantung kepada pentadbiran semasa atau kehendak peribadi ahli politik tertentu,” katanya ketika berucap pada Persidangan Rakan Kongsi Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), di sini, hari ini.

Bayangan itu disuarakan dipercayai ada kaitan dengan perjalanan pemilihan parti KEADILAN 2025 yang menyaksikan ramai pimpinan kanannya kalah di cabang dan beliau sendiri ditentang anak Presiden, Nurul Izzah Anwar bagi jawatan nombor dua parti.



Aiyooo Ramanan debat dan akar umbi dua perkara berbeza???

KETIBAAN JET SU-57 RUSIA !! Rakya Malaysia Ramai-Ramai Tengok Lebih Deka...





13/05/2025 Alor Setar Airport (AOR/WMKA)

Kerajaan persekutuan lengahkan SOP perlombongan nadir bumi (REE) di Kedah? Ini jawapan Nik Nazmi


 


HarapandailyMay 19, 2025

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan tohmahan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa kelewatan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi perlombongan unsur nadir bumi (REE) disengajakan dengan niat menghalang kemajuan negeri-negeri SG4.

Beliau menjelaskan bahawa SOP aktiviti adalah di bawah bidang kuasa negeri.

“Berkaitan kenyataan kononnya SOP bagi eksplorasi REE masih belum disediakan, perlu ditegaskan bahawa aktiviti eksplorasi adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

“Sebagai contoh, di Kedah, ia telah termaktub dalam Enakmen Mineral Kedah 2004 melalui Lesen Mencari Gali dan Lesen Menjelajah. Oleh itu, isu ini tidak seharusnya dibangkitkan seakan-akan tiada garis panduan yang wujud.

“Tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan sengaja melambatkan pembangunan negeri adalah satu tohmahan yang tidak tepat.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa komited memastikan pembangunan sektor mineral dijalankan secara bertanggungjawab dan lestari, bukan sahaja demi kemajuan ekonomi, tetapi juga demi kesejahteraan generasi akan datang tanpa mengira mana-mana negeri.

 

Nik Nazmi turut menjelaskan SOP perlombongan REE sudah pun diedarkan kepada semua kerajaan negeri pada 20 Disember 2023.

“NRES ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas. Isu ini telah dijelaskan secara terbuka melalui kenyataan media bertarikh 29 Oktober 2024. SOP Perlombongan REE di Malaysia telah disediakan dan diedarkan kepada semua Kerajaan Negeri melalui surat bertarikh 20 Disember 2023. SOP ini merangkumi panduan lengkap dari sudut teknikal, pematuhan alam sekitar, pemulihan kawasan lombong serta kawal selia pengeksportan.

“SOP yang dimaksudkan adalah dokumen rujukan menyeluruh berasaskan perundangan sedia ada. Ia telah disusun untuk membolehkan Kerajaan Negeri menyesuaikan pelaksanaannya mengikut undang-undang negeri masing-masing.

“Sehubungan itu, sebarang kelewatan atau kekangan pada peringkat negeri tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya di bahu Kerajaan Persekutuan.”

Nik Nazmi menambah larangan aktiviti perlombongan terhad kepada kawasan hutan simpan kekal, rizab perlindungan dan kawasan sensitive alam sekitar sahaja.

“Kementerian turut menegaskan bahawa sebarang aktiviti perlombongan REE adalah dilarang di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS), dan kawasan rizab perlindungan. Bagaimanapun, aktiviti di kawasan lain masih boleh diteruskan, tertakluk kepada pematuhan dasar, akta dan garis panduan yang ditetapkan.”

 

Pendedahan penuh: Sebab saya putuskan untuk tolak PN, halatuju saya menu...

SIAPA MUSUH DALAM SELIMUT DALAM PKR MEMBOCORKAN & MENDEDAHKAN SURAT SULIT?

LEBAI LAWAN TITAH SULTAN


 

Pemimpin Pas Perak didakwa ingkar arahan Sultan, ceramah di masjid tanpa tauliah?


SITI NUR ZAWANIMay 19, 2025

Dua pemimpin utama Pas Perak didakwa melanggar garis panduan JAIPk apabila memberi kuliah agama di masjid yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) tanpa memiliki tauliah yang sah.

Perkara itu didedahkan bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung pelanggaran tersebut.

Menurutnya, dua individu yang terlibat ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Suhaimi Wafir yang juga pensyarah kanan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), dan Setiausaha Pas Perak, Fairuz Hafiz Othman yang merupakan seorang guru di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Garis panduan yang dipinda pada 2023 dengan perkenan Sultan Perak secara jelas menegaskan mana-mana individu yang tiada tauliah Jabatan Mufti dilarang menyampaikan kuliah agama di mana-mana premis masjid atau surau Jumaat berdaftar di bawah MAIPk,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau menegaskan bahawa tindakan dua pemimpin tersebut bukan sahaja melanggar peraturan agama, malah dilihat sebagai satu bentuk penderhakaan terhadap titah Sultan Perak.

Katanya, sikap biadap dua pemimpin Pas Perak itu amat dikesali kerana Sultan Perak baru sahaja bertitah pada Februari lalu, menekankan kepentingan menjaga kesucian institusi masjid dengan mematuhi garis panduan ditetapkan.

 

 “Tindakan dua pemimpin kanan Pas ini lebih teruk kerana jelas mencabar dan tidak hormat Titah Tuanku Sultan Perak. Mereka berdua selayaknya digelar penderhaka kepada Sultan Perak,” ujarnya.

Hasnul turut memohon agar tindakan tegas diambil terhadap kedua-dua pemimpin Pad itu kerana didakwanya terus memberi kuliah sepanjang Mei 2025 meskipun telah diberi amaran oleh pihak berkuasa agama negeri.

“Saya mohon tindakan keras dikenakan kepada mereka kerana melanggari peraturan walaupun terdapat surat peringatan yg dikeluarkan oleh JAIPk pada 21 April 2025.

“Saya ada bukti yang jelas bahawa mereka tiada tauliah tetapi mereka langgar garis panduan tanpa memikirkan kesan buruk,” ujarnya lagi.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh JAIPk atau Pas Perak berhubung dakwaan tersebut.

 


TAPI SUATU KERIKA DULU, JIHAD MAKANAN PUN TELOQ TAK ADA.. TU ZAMAN PAS BERSATU JADI KERAJAAN.

 


Ini memang betul kerana saya selalu masuk supermarket untuk bezakan dengan harga kita semasa di luar negara. 


Misalnya di Bolivia sebiji telur berharga RM0.70 dan di Argentina RM0.90. 


Syukur anda dilahirkan di Malaysia.




INGATAN UNTUK SEMUA PARTI.... SEMUT AKAN HURUNG GULA


 

TAPI BAKAL KLUSTER MAHKAMAH JUGA

 


BERSATU juga bagus.





Ribut takde

Angin takde 

Tau² dah tukar.


Tapi disebabkan semua dalam tu baka pengkhianat so. Tukar siapa pun tetap namanya parti Pengkhianat Nasional. 🤣🤣🤣🤣🤣




ADOIIIII LA....


 

𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗕AN𝗬A𝗞 𝗔𝗗𝗨𝗔N 𝗞𝗘𝗣𝗜𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 : 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 "𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗖𝗔𝗟 𝗞𝗔𝗠𝗜𝗞𝗔𝗭𝗘" 𝗦𝗘𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗕𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗟𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗗𝗜𝗚𝗨𝗡𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗦𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗬𝗚 𝗕𝗔𝗜𝗞


MENURUT DSRR banyak aduan dari dalam pemilihan di peringkat cabang kerana kebykan KC dipenggal dgn badan masih kumpulan mereka seolah-oleh wujud manipulasi sistem. 𝗔𝗱𝗮 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗰𝗿𝗲𝗲𝗻 𝗥𝗲𝗰𝗼𝗿𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗺𝗮𝗸 𝗱𝗴𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗻𝗮𝗺𝘂𝗻 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮.


DSRR sendiri cuba membawa suara akar umbi dalam saluran parti tapi aduan pun tidak ditangani dgn segera melainkan last minute dan tidak menjawap kemusykilan ahli yg mengundi.


Semua proses ikut saluran dalaman parti telah beliau lalui dan 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗮𝗸𝘀𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗞𝗔𝗠𝗜𝗞𝗔𝗭𝗘 utk mendedahkan kpd umum 𝗮𝗴𝗮𝗿 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 akhirnya boleh jadi begini.


Tonton dan dengarkan penjelasan DSRR yg terpaksa mengambil 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗞𝗔𝗠𝗜𝗞𝗔𝗭𝗘 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗱𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁, 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 dan penyokong mereka.


Wallahualam.


-Zus Din 

19052025



HAT NI MESTI KABINET SANUSI NI... DEPA PI BAGI PIL CIKITTEIK ON PASAI PA.... CIRIT HABIH..


 

THE MUHONG MAN OF KEDAH

 


RAFIZI- JANGAN GUNA BOT S UNTUK NAIKKAN RANKINGS SOKONGAN


 

PANAS!! - TIGA SEKALI RAFIZI BALUN MALAM TADI | Rafizi tak takut Pecat ke?

Ucapan Penuh Tokmin Aminuddin Harun di Jelajah HIRUK @ Perak

Ucapan Penuh Rafizi Ramli di Jelajah HIRUK @ Perak

Ini fakta MyKiosk yang cuba disembunyikan, nombor 4 tu semua buat tak nampak





SITI NUR ZAWANIMay 18, 2025

1. Dana disalur oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tetapi perolehan dan pelaksanaan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk peserta dan pemilihan 795 kontraktor.

2. Dilaksana di peringkat PBT dengan proses sebut harga terbuka. PBT bertanggungjawab penuh atas pemilihan kontraktor berdaftar CIDB G1/G2.

Nota: Menurut aktivis politik, Mohd Ikhmal Iskandar, di Manjung, Perak ada penyokong tegar pembangkang dapat berniaga di MyKiosk

3. MyKiosk 1.0 memperuntukkan kos sebanyak RM15,000 dan MyKiosk 2.0 pula RM25,000.

Ini kerana terdapat penambahbaikan seperti sistem solar, struktur boleh pindah, lampu LED dan rekaan mesra peniaga.

4. Peniaga diberikan pengecualian sewa selama enam bulan bagi memulakan perniagaan tanpa tekanan kewangan.

 

Selepas tempoh itu barulah mereka perlu membayar sewa. Itu pun serendah RM300 sahaja sebulan.

5. MyKiosk 1.0 sudah mencapai 𝟖𝟒.𝟑𝟓% pengisian. Manakala MyKiosk 2.0 yang baru 4 bulan sudah capai 𝟔𝟏.𝟓%.

6. MyKiosk bukan projek ‘bagi ikan’ tetapi ia projek ‘beri pancing’

7. Hampir semua kontraktor yang dapat projek ini adalah kontraktor Bumiputera. Hanya kontraktor CIDB G1/G2 dibenarkan.

8. Hampir 800 kontraktor seluruh negara diberi peluang dapat projek dari kerajaan. Ini bermakna kerajaan tidak membiarkan satu syarikat kontraktor sahaja untuk memonopoli projek MyKiosk ini.

 



MASA TAK ADA KERIAU SATU DUNIA BERAS TEMPATAN TAK ADA. BILA ADA LARI SOROK LAM GUA....APA PUNYA PIANG



 


Pengurus Besar NAFAS ajak rakyat rancakkan kembali pembelian beras tempatan

SITI NUR ZAWANIMay 18, 2025

Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Faris Ariffin menyeru orang ramai untuk merancakkan kembali pembelian beras tempatan demi menyokong pendapatan pesawah dan memperkukuh kedaulatan makanan negara.

Menurut beliau, meskipun rakyat Malaysia secara purata mengambil kira-kira 76.7 kilogram beras setahun seorang, namun hampir 50 peratus bekalan beras negara masih diimport dengan kadar Self-Sufficiency Rate (SSR) setakat ini hanya sekitar 56.2 peratus.

“Malaysia hanya menghasilkan sekitar 1.5 juta tan beras setahun, sedangkan kita makan hampir 3 juta tan.

“Jurang ini bukan sekadar statistik, ia jurang kedaulatan makanan. Ia melibatkan keringat pesawah tempatan dan kebergantungan kepada pasaran global yang tidak menentu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Faris berkata, kerajaan telah mengedarkan 4 juta kampit beras tempatan demi memastikan rakyat mendapat bekalan pada harga mampu milik iaitu RM26 bagi 10 kilogram, antara yang terendah di rantau Asia Tenggara.

“Tapi nilainya jauh lebih besar. Di sebalik setiap kampit beras itu, ada pesawah yang bangun seawal subuh, berendam lumpur dan membanting tulang menanam harapan untuk kita terus makan. Tapi adakah kita memilih untuk menyokong mereka?,” soal Faris.

 

 

Beliau menegaskan bahawa apabila rakyat memilih beras tempatan, ia bukan sekadar pembelian, tetapi satu bentuk sokongan langsung yang boleh meningkatkan permintaan, melonjakkan produktiviti industri, dan memperkukuh kedudukan sektor padi negara.

Beberapa negara luar seperti Jepun, Korea dan Perancis telah membuktikan kejayaan kempen makanan tempatan dengan pelbagai pendekatan antaranya dari sistem pasaran terus ke pengguna.

“Kalau mereka boleh, kita pun boleh. Dan semuanya bermula dengan satu pilihan kecil. Pilih beras tempatan. Setiap ringgit yang dibelanjakan adalah isyarat kepada pasaran bahawa kita percaya pada kualiti petani kita sendiri,” katanya lagi.

 




KERJA WALAUN - Projek MyKiosk: Baru mula dah dihukum gagal?




Projek MyKiosk: Baru mula dah dihukum gagal?

HarapandailyMay 18, 2025

OLEH MIQDAD ZAKARIA

Bilakah projek kiosk ini bermula dan bilakah penyerahan kiosk berlaku?

Projek MyKiosk 1.0, yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), bermula pada awal Ogos 2022 dengan sesi libat urus untuk mendapatkan idea dan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan. 

Pelaksanaan fizikal projek ini bermula pada Julai 2023, apabila KPKT meluluskan 3,173 unit MyKiosk kepada 113 pihak berkuasa tempatan, dengan peruntukan sebanyak RM49.14 juta daripada RM50 juta yang disediakan oleh kerajaan perpaduan. 

Menjelang Disember 2024, sebanyak 7,243 unit MyKiosk telah diluluskan di seluruh negara, memberi manfaat kepada lebih 7,000 keluarga, terutamanya dalam kalangan kumpulan B40 dan perusahaan mikro serta kecil. 

Secara ringkas, Projek MyKiosk 1.0 bermula dengan perancangan pada Ogos 2022, pelaksanaannya pada Julai 2023, dan mencapai pelaksanaan penuh menjelang akhir 2024.

 

 

Projek MyKiosk 2.0 pula yang merupakan kesinambungan daripada MyKiosk 1.0, dilancarkan KPKT pada tahun 2024.

Pelaksanaan fasa pertama projek ini bermula pada awal tahun 2024, dengan unit-unit MyKiosk mula dipasang dan diserahkan kepada peniaga kecil dan mikro di seluruh negara. 

Sebagai contoh, pada 27 Februari 2025, penyerahan kunci kepada peserta Program MyKiosk 2.0 telah berlangsung.

Secara keseluruhan, MyKiosk 2.0 bermula pada awal tahun 2024 dan terus dilaksanakan sepanjang tahun tersebut, dengan penyerahan unit kepada peniaga berterusan hingga ke tahun 2025.

Maknanya projek Mykiosk 1.0 bermula diserahkan kepada PBT oleh kontraktor pada akhir tahun 2024 dan telah diluluskan kepada rakyat sebanyak 84.35%.

Adapun projek Mykiosk 2.0 pula bermula diserahkan kepada PBT awal tahun 2025 dan telah diluskan kepada rakyat sebanyak 61.5%.

Jadi,

Projek Mykiosk bukanlah seperti yang didakwa kononnya sebagai projek gajah putih kerana projek ini baru sahaja dilaksanakan.

Bahkan bukan kosong terus tanpa peniaga dan terbiar 100% sehingga belasan tahun.

 


 

Aktivis Jabatan Amal pun niaga di kiosk KPKT


 

HarapandailyMay 19, 2025

Aktivis Jabatan Amal Pas merupakan salah seorang peniaga MyKiosk di Taman Putra Perdana yang ditonjolkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai contoh kejayaan inisiatif kementerian ini.

Aktivis tersebut berniaga mee celup, cendol dan ABC.

“Alhamdulilah, boleh simpanlah. Sekarang dah ada ini, ringan sikit beban tu,” dia berkata mengenai stok barangan yang boleh disimpan di dalam kiosk.

Dia turut menceritakan berkaitan kelebihan mempunyai kiosk di lokasi tetap.

“Bila dah tetap, customer tahu lokasi.

“Terima kasih banyaklah kepada kerajaan.”

 

Dia merupakan salah seorang daripada lima peniaga MyKiosk di dalam video TikTok KPKT yang telah ditemuramah.

Projek MyKiosk bertujuan untuk membantu golongan B40 dan juga peniaga mikro, kecil dan sederhana dengan menyediakan ruang niaga yang selesa, selamat dan standard.

Meskipun kos membina MyKiosk ialah RM25,000 kadar sewa untuk para peniaga tidak lebih daripada RM300 dan para peniaga juga boleh memperoleh pengecualian daripada sewa selama enam bulan.

 

HKL, HPP antara hospital awam terbaik di Malaysia menurut Newsweek



K PRAGALATHMay 19, 2025

Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Pulau Pinang (HPP) merupakan antara dua hospital awam yang tersenarai dalam senarai 50 hospital terbaik Malaysia di dalam Senarai Hospital Terbaik Newsweek.

“Ini bukan sahaja satu pencapaian signifikan untuk kedua-dua institusi malah merupakan satu yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia,” kata Senator Dr A Lingeshwaran dalam satu hantaran Facebook.

HKL memperoleh 84.97% skor di tempat keempat manakala HPP memperoleh 70.44% di tempat ke-34.

Tiga tempat teratas dalam senarai dimenangi oleh hospital swasta.

Sunway Medical Centre, Subang memperoleh 89.50%. Ini diikuti oleh Gleneagles Hospital Kuala Lumpur (87.99%) dan Subang Jaya Medical Centre (86.35%).

Hospital awam lain yang turut tersenarai ialah Hospital Umum Sarawak di tempat ke 27 (71.67%) Hospital Putrajaya di tempat ke-29 (71.59%) dan Hospital Sultanah Aminah di tempat ke-35 (70.42%).

 



 

BUKAN MEMPOLITIKKAN.


WALAU DISERANG RAF TETAP DIKENANG SEBAGAI PERANCANG DALAM PKR.

 


Demi tumbangkan Rafizi,PKR terpaksa telan dengan tuduhan nepotisma , tak adil, menindas dan tipu.Imej PKR semakin buruk di mata rakyat.Moga semuanya pulih kembali selesainya pemilihan.



Awalnya Rafizi digambarkan ditolak akar umbi bila 200 cabang calonkan NIA sebagai TP PKR.Ternyata naratif dimainkan itu salah, Rafizi bertambah popular.Lihat saja page² atau wall sesiapa yang serang atau perli Rafizi ,pasti ribuan komen dtg pertahankan dia.Semuanya secara organic dan tidak di arahkan.Influencer² pun mula nak tunjuk natural kerana takut hilang pengaruh.


Persepsi pemilihan PKR curang kembali di perkatakan .Semua peserta yg tlh move on kembali pertikaikan proses . Sistem Blockchain yg sepatutnya keputusan segera tetapi terpaksa tunggu 20 jam walau Cabang cuma ada 3-5ribu pengundi saja.Permintaan ahli yg screen recording untuk membuka peti undi tidak di layan malahan apps ADIL juga tidak sediakan lagi screen recording setelah dikemaskini.


Jawapan2  JPP tak dpt puaskan hati pengadu.Menakutkan sekali ,kita yang kat luar ni pun akan berfikir gerakan tumbangkan Rafizi itu ujud.Semuanya di rancang dah lama.


Rafizi kalah pun takpe lah kalau mcm ni.Tak ada apa yang nak Ramanan banggakan kalau team dia menang.




𝗝𝗔𝗨𝗛𝗜𝗟𝗔𝗛 𝟮𝟭 𝗙𝗜𝗞𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗣𝗡-𝗣𝗔𝗦.



✍️  Ahmad Mursi


1. Menganggap musuh politik Murtad kerana tidak sokong RUU355, Kanun Jenayah Syariah Kelantan atau 'Hukum Allah' ikut kefahaman PAS.


2. Anggap selain MP & ADUN PAS itu 'Musuh Islam' walhal mereka juga umat Islam dan pejuang Islam.


3. Gunakan dalil Al-Quran perihal orang kafir atau munafik Akidah dituju pada orang beriman.


4. Melabel lawan politik seperti 'puak sekular, puak liberal' yang mana dalam pemahaman mereka, puak ini murtad.


5. Menuduh musuh politik 'Lawan Al-Quran'. Hukum lawan Al-Quran ni Murtad lah.


6. Mudah menghukum hal batin (iktikad) lawan politik dan menuduh Munafik walhal Nabi pun hukum hal yang zahir seperti solat. Hal batin hanya apa yang diwahyukan kepadanya.


7. Berkongsi bahan media yang sengaja gambarkan musuh politiknya telah murtad.


8. Anggap Sokong PAS sahaja masuk syurga, sokong parti lain masuk neraka.


9. Anggap keluar dari PAS dianggap keluar Islam dan terus dianggap musuh Islam dan pengkhianat Islam yang mesti diperangi atau wajib bertaubat masuk PAS semula.


10. Anggap mereka sahaja berhak tahaluf siyasi dengan non-muslim. Pihak lain dianggap bersama kafir harbi dan menentang Islam.


11. Anggap Parti Politik yang bertahaluf dengan PAS sahaja Mukmin yang sejati. Bila tidak lagi bersama PAS, maka dianggap 'musuh Islam'.


12. Doa laknat musuh politik atau doa yang sepatutnya dituju kepada musuh Islam dalam medan peperangan. Walhal lawan PAS juga ramai mukmin.


13. Keadilan Islam hanya wujud jika PAS jadi Kerajaan. Bila parti lain memerintah, maka PAS ada-adakan pelbagai 'kezaliman terhadap Islam'.


14. Anggap pilihanraya medan pertembungan Akidah dan PAS sahaja pihak mukmin. Isu akidah diguna untuk serang lawan politik.


15. Anggap inisiatif baik kerajaan berkenaan hal ehwal Islam (cth Bank Islam) tidak Islamik kerana hanya PAS layak lakukan kebaikkan untuk Islam (yang PAS tak buat pun).


16. Anggap penyokong parti lain 'nama ic je Islam' tapi sebenarnya murtad.


17. Halalkan perbuatan dosa seperti Qazaf, celaan, fitnah kepada musuh politik yang mereka anggap 'musuh Islam' walhal ianya haram walaupun terhadap non-muslim.


18. Melampau mencela pemimpin yang sah semata-mata untuk keluar dari ketaatan yang diwajibkan dalam banyak Hadith Nabi selagi tidak diarahkan berbuat Maksiat.


19. Sewenang-wenang anggap mereka layak mati syahid kerana menentang parti lain yang juga mukmin.


20. Anggap parti yang pertahan 'Perlembagaan Penjajah, Peraturan Kafir dan Jahiliyyah' ikut kefaham PAS layak diperangi walhal PAS juga pertahankan Perlembagaan.


21. Holier-than-thou. Takabbur seperti mana sikap Iblis "Aku lebih baik dari Adam. Kau ciptakan aku dari api dan Adam dari tanah".


• Bertaubat dan jauhilah Fikrah Khawarij kerana Nabi saw sebutkan 'mereka keluar dari agama seperti keluar anak panah dari busurnya' dan dalam Hadith Soheh 'Khawarij anjing-anjingnya Ahli Neraka' HR Ahmad.



SETAKAT INI RAFIZI MENDAHULUI

 

Rakyat Bijak


Naratif yang cuba dimainkan supaya jika menang, takde lah nampak pelik kan. Apa pun DSRR tetap pilihan rakyat.






HENTIKAN PERCATURAN DALAM YANG MENJATUHKAN MARTABAT PIMPINAN AMK*






Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak yang menyatakan kekecewaan terhadap komen YB Rafizi Ramli berkenaan Saudara Kamil Munim dalam siri jelajah kempen beliau baru-baru ini.


YB Rafizi adalah Timbalan Presiden KEADILAN – pemimpin tertinggi yang telah membuktikan komitmen dan kebolehannya dalam memimpin parti ini ke medan Pilihan Raya. Maka sebarang pandangan atau kritikan daripada beliau seharusnya dilihat sebagai satu bentuk dorongan untuk perbaikan, bukan disambut dengan kenyataan defensif yang hanya meretakkan perpaduan dalaman AMK.


Kita tidak boleh membudayakan politik ‘hati tisu’ – di mana sebarang teguran dianggap sebagai serangan peribadi. Lebih membimbangkan apabila kritikan terhadap seorang calon dijadikan alasan untuk menunggang nama-nama lain dalam AMK, termasuk pimpinan cabang, semata-mata untuk membina persepsi yang tidak tepat.


Rakyat – terutamanya anak muda – sedang memerhatikan tindak tanduk dan kematangan AMK dalam mendepani era politik baru. Malangnya, kita masih dilihat tenggelam dalam polemik dalaman yang remeh, berbanding menampilkan idea segar, keberanian berpolitik dan strategi yang ampuh untuk meraih sokongan anak muda menjelang PRU akan datang.


Saya menyeru agar semua pihak kembali fokus kepada misi sebenar AMK: memperkukuh kekuatan parti, memenangi hati rakyat, dan menampilkan kepimpinan pelapis yang berwibawa. Bukan terperangkap dalam drama dalaman yang mencalar maruah pergerakan ini.


Arshad Hassni

Calon 

Timbalan Ketua AMK Malaysia


18 Mei 2025



SANUSI BERGAMBAR DI TEMPAT REE..





 #ICYMI Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan gambar menunjukkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengadakan lawatan tapak di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik pada 19 Februari lalu.


Saifuddin mendakwa, pendedahan gambar itu sekali gus membuktikan Muhammad Sanusi sememangnya mempunyai pengetahuan mengenai kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.


BACA: https://www.sinarharian.com.my/article/271715/berita/nasional/saifuddin-dedah-gambar-lawatan-sanusi-ke-tapak-ree