HENTIKAN PERCATURAN DALAM YANG MENJATUHKAN MARTABAT PIMPINAN AMK*






Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak yang menyatakan kekecewaan terhadap komen YB Rafizi Ramli berkenaan Saudara Kamil Munim dalam siri jelajah kempen beliau baru-baru ini.


YB Rafizi adalah Timbalan Presiden KEADILAN – pemimpin tertinggi yang telah membuktikan komitmen dan kebolehannya dalam memimpin parti ini ke medan Pilihan Raya. Maka sebarang pandangan atau kritikan daripada beliau seharusnya dilihat sebagai satu bentuk dorongan untuk perbaikan, bukan disambut dengan kenyataan defensif yang hanya meretakkan perpaduan dalaman AMK.


Kita tidak boleh membudayakan politik ‘hati tisu’ – di mana sebarang teguran dianggap sebagai serangan peribadi. Lebih membimbangkan apabila kritikan terhadap seorang calon dijadikan alasan untuk menunggang nama-nama lain dalam AMK, termasuk pimpinan cabang, semata-mata untuk membina persepsi yang tidak tepat.


Rakyat – terutamanya anak muda – sedang memerhatikan tindak tanduk dan kematangan AMK dalam mendepani era politik baru. Malangnya, kita masih dilihat tenggelam dalam polemik dalaman yang remeh, berbanding menampilkan idea segar, keberanian berpolitik dan strategi yang ampuh untuk meraih sokongan anak muda menjelang PRU akan datang.


Saya menyeru agar semua pihak kembali fokus kepada misi sebenar AMK: memperkukuh kekuatan parti, memenangi hati rakyat, dan menampilkan kepimpinan pelapis yang berwibawa. Bukan terperangkap dalam drama dalaman yang mencalar maruah pergerakan ini.


Arshad Hassni

Calon 

Timbalan Ketua AMK Malaysia


18 Mei 2025



No comments: