MASA TAK ADA KERIAU SATU DUNIA BERAS TEMPATAN TAK ADA. BILA ADA LARI SOROK LAM GUA....APA PUNYA PIANG



 


Pengurus Besar NAFAS ajak rakyat rancakkan kembali pembelian beras tempatan

SITI NUR ZAWANIMay 18, 2025

Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Faris Ariffin menyeru orang ramai untuk merancakkan kembali pembelian beras tempatan demi menyokong pendapatan pesawah dan memperkukuh kedaulatan makanan negara.

Menurut beliau, meskipun rakyat Malaysia secara purata mengambil kira-kira 76.7 kilogram beras setahun seorang, namun hampir 50 peratus bekalan beras negara masih diimport dengan kadar Self-Sufficiency Rate (SSR) setakat ini hanya sekitar 56.2 peratus.

“Malaysia hanya menghasilkan sekitar 1.5 juta tan beras setahun, sedangkan kita makan hampir 3 juta tan.

“Jurang ini bukan sekadar statistik, ia jurang kedaulatan makanan. Ia melibatkan keringat pesawah tempatan dan kebergantungan kepada pasaran global yang tidak menentu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Faris berkata, kerajaan telah mengedarkan 4 juta kampit beras tempatan demi memastikan rakyat mendapat bekalan pada harga mampu milik iaitu RM26 bagi 10 kilogram, antara yang terendah di rantau Asia Tenggara.

“Tapi nilainya jauh lebih besar. Di sebalik setiap kampit beras itu, ada pesawah yang bangun seawal subuh, berendam lumpur dan membanting tulang menanam harapan untuk kita terus makan. Tapi adakah kita memilih untuk menyokong mereka?,” soal Faris.

 

 

Beliau menegaskan bahawa apabila rakyat memilih beras tempatan, ia bukan sekadar pembelian, tetapi satu bentuk sokongan langsung yang boleh meningkatkan permintaan, melonjakkan produktiviti industri, dan memperkukuh kedudukan sektor padi negara.

Beberapa negara luar seperti Jepun, Korea dan Perancis telah membuktikan kejayaan kempen makanan tempatan dengan pelbagai pendekatan antaranya dari sistem pasaran terus ke pengguna.

“Kalau mereka boleh, kita pun boleh. Dan semuanya bermula dengan satu pilihan kecil. Pilih beras tempatan. Setiap ringgit yang dibelanjakan adalah isyarat kepada pasaran bahawa kita percaya pada kualiti petani kita sendiri,” katanya lagi.

 




No comments: