Pas Kelantan tolak jatuh kerajaan dengan cara keganasan
Aku pun pening dengan PAS ni. Sekejap masa nampak ramai yang turun , last minutes suruh ahli turun.Ni cerita apa pulak yang kata tak mau keganasan.Arap Spring.Siapa yang ganas dan siapa yang arab spring? ganas berapa dah mati dan banggunan dibakar.
Dari dok bercakap tak tentu hala, ahli parti pun pening. ahli PAS bukan kisah sangat pun.Malah ramai yang hadir menyatakan sokongan. habuus tu Mat Sabu,Khalid Samad Husam Musa,Mahfuz yang hadir tu adakah mereka ni ta tau nak bezakan ganas ka tak ganas.
Aku rasa jaga kelantan bagi elok selepas TG Nik Aziz dah lepaskan jawatan. Kot jadi macam terengganu. dan kedah.Bagi setahun lingkup, bagi setahun lingkup.Kedah 3 tahun dulu dahorang ramai percaya nak tumbang. Tapi tak berbuat sesuatu pun.
kalau banyak bercakap , BAIK DUDUK DIAM SAHAJA LAH. BAGI YANG NAK HADIR TURUN HADIR. JAGA SAJA LAH APA YANG PATUT. SENANG LENANG. 5 TAHUN LAGI PILIHANRAYA LAGI. KAN KE MUDAH. SEMUANYA TERJAGA......TAK GITU?
KOTA BHARU - Pas Kelantan senada dengan beberapa pemimpin parti itu
menolak usaha pihak tertentu yang 'cuba' menjatuhkan kerajaan yang
dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan cara
keganasan dan demonstrasi jalanan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah
berkata hari ini usaha untuk menjatuhkan kerajaan secara "Arab Spring"
itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak
keburukan kepada negara.
"Kita di Kelantan sendiri pun tidak pernah membincangkan sama ada perlu
untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan bagi Pas
Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut
kaedah demokrasi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Nik Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan itu,
berkata jika perhimpunan itu dilakukan secara aman untuk mengkritik
kerajaan ia tidaklah menjadi kesalahan bagi pengikut parti itu berkumpul
menzahirkan bantahan itu.
"Ada dua perkara yang berbeza sama ada kita berkumpul untuk mengkritik
kerajaan dan ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu tidak
mengapa tetapi kita sudah sepakat termasuk dalam DAP yang tidak setuju
untuk kita jatuhkan kerajaan dengan cara kegananasan," katanya.
Baru-baru ini Pas Pusat juga berpendirian tegas tidak akan menyokong
sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro
pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata Pas berpendirian begitu
kerana di negara ini masih terdapat prosedur lain terutamanya melalui
mahkamah atau petisyen untuk mencabar keputusan PRU13 itu.
Sementara itu Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul
Aziz turut menolak usaha seumpama itu dan menyifatkan tindakan tersebut
sebagai gopoh. - Bernama