Amanah Perlu Hentikan Kerja Yang Sia-Sia


Faezuddin Puad


Saya sebenarnya malas nak tulis benda yang melibatkan parti sendiri, tapi apa yang saya nampak Amanah ini pun macam ada DNA parti lebai, nak buat kerja isim dan sia-sia. Contoh dalam PAS, mereka main dua kolam, mereka nak dengan PN dan dengan MN. Waktu PRU13 pun sama juga, PAS putus hubungan dengan DAP dan PKR tapi masih dalam Kerajaan Selangor. 


Tapi bila kenapa dulu waktu PRU13 Amanah berani, sekarang ini masih lagi hendak bersama dengan parti yang luar dari PH? Saya dah tulis banyak kali, PRU15 nanti sosial media akan main peranan yang besar. Mungkin kita tak boleh ada ceramah berkelompok, mungkin kempen secara fizikal akan di haramkan. Jadi, satu-satunya cara berkempen adalah dalam sosial media.


Amanah kena jelas dengan prinsip progresif dan peduli. Kalau asyik terkenang kuasa yang dah hilang, lepas itu hendak berkerja-sama dengan mastermind pengkhianat, apa dia ini? Dia sendiri tak boleh bagi alasan kukuh kenapa dia berkhianat, buat apa Amanah nak jadi punching bag untuk dia? Kini dah ada dengar yang geng-geng otai reformis hendak langgar kerusi Amanah bertanding. Berbaloi ke nak dapat sokongan mastermind pengkhianat lepas itu terlepas sokongan pengundi pure PH?


Tolong belajar baca sentimen pengundi dulu. Kalau betul hendak berkerja-sama dengan parti mastermind pengkhinat; cuba post dalam Facebook sendiri dulu. Nak kenal langit tinggi atau rendah; nak tengok berkicap atau masak kari. Kalau sentimen dalam facebook sendiri pun tak boleh nak lawan, bayangkan sentimen pengundi atas pagar nanti macam mana nak menang.


Kalau pengundi atas pagar tanya:


"Betul ke dia letak jawatan tapi tak berbincang dengan parti komponen"

"Betul ke dia simpan jawatan PM macam hak peribadi"

"Betul ke dia sengaja letak jawatan sebab dendam peribadi tapi di khianati saat akhir"


Cuba jawap soalan ini dulu.


Faham tak beza move forward dan tinggalkan parti yang tak releven? Nak berjaya kena ambil risiko. Dulu waktu PRU14 boleh aje ambil risiko tinggalkan parti lebai, kenapa sekarang tak boleh? Ingat lebai dulu claim ahli mereka berjuta-juta, tapi kenapa mereka kalah di Selangor? Sebab yang undi mereka bukan ahli parti, tapi rakyat kebanyakan yang nak sokong agenda Islah/pembaharuan. Bila kita tinggalkan parti yang tak releven, bukan bermakna kita perlu kutuk atau hina; buat tak peduli sudah. Dia nak bertanding 50-60 kerusi pun lantak pi kat dia la; nak bertanding 222 kerusi pun nyiru kita tadahkan.

Kalau boleh menang balik 4 kerusi yang ada sekarang ini pun kira ajaib. 


Lagi satu, kalau pembahagian kerusi nanti antara PH, Amanah boleh dapat 50 kerusi, tapi parti tamak tak ada ahli nak 60 kerusi, habis tu Amanah gembira nak jadi tukang pacak benda macam parti lebai ke? Cuba tanya Ahli Amanah Titiwangsa yang tolong berkempen untuk Rinamon, Adakah mereka gembira undi pengkhianat? Inilah yang akan jadi kalau Amanah duk layan kerenah parti kecil yang nafsu besar.


Seriously , saya naik jelek tulis benda yang sama. Kalau pimpinan Amanah macam Yb Khalid Samad, Mahfuz Omar , dan Salahuddin Ayub berani buat keputusan untuk kuatkan PH dan tinggalkan parti di luar PH, saya pun akan turut behenti dari ulas benda sama; It's getting old really quick.


Jangan sampai untung secupak rugi segantang. Kalau nak kata sokongan, Ibrahim Ali pun ada penyokong. Oh, saya anggapkan para pengkhianat sekarang ini macam Ibrahim Ali pasca PRU12 lepas di khianat ATGNA. Lepas tu bertanding PRU13 terus hilang deposit. 


Betul, Anwar Ibrahim ada short-coming dia. Tapi dia tak berkhianat; dia sentiasa kekal dengan agenda reform dia walaupun jadi pembangkang. Dan bila baca komen dia tentang buku Tommy Thomas; kita dapat lihat satu ulasan mahakarya yang sangat-sangat adil dan tidak bias; siap dia boleh lagi pertahankan Jabatan Peguam Negara walaupun dia sendiri pernah di zalimi. Ini ciri-ciri seorang pemimpin yang rakyat hendak. Bukan jenis yang ada dendam peribadi sampai sanggup mastermind pengkhianatan tapi terciduk, atau jenis dinasor yang tak tahu apa tapi pandai berlakon baca doa depan TV. In the end macam cerita pak pandir mandikan anak. 


WallAhualam




DULU KEMPEN..DAPAT FREE SENYUM LEBAR....

 Ahmad Shahril


Patut la dulu siap kempen sebiji pun jangan beli....

rupa-rupa nya tu jongkong emas nak beli mahai ooo......lagi mahai dan manis kalau dapat dari MCA.




HA...TENGOK TAHAP TERUK GABAN

 Image

KALAU BELI BAGI LEBAI CUBA DULU...

 

Vaksin ini didapati tidak berkesan, lalu penggunaannya ditangguhkan serta-merta.

Adakah negara kita turut membeli vaksin keluaran syarikat ini?

May be an image of text that says "COVID-19: Afrika Selatan tangguh penggunaan vaksin AstraZeneca Astro Awani Februari 9, 2021 05:55 MYT AstraZeneca AstraZeneca Barry Schoub, data awal menunjukkan kadar keberkesanan vaksin terhadap varian menurun hingga sekitar 22 peratus. REUTERS JOHANNESBURG: Afrika Selatan tidak akan menggunakan vaksin AstraZeneca dalam sebahagian program vaksinasi negara itu."

UALAMAK TENGKORAK APA FITNAH ORANG?

 

IBRAHIM MAT ISA


Ramai Lebai PAS kaki fitnah!

Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengetepikan taksiran ganti rugi RM50,000 untuk kes saman fitnah Husam Musa terhadap bekas pengetua sekolah agama di Kelantan, Masri Che Yusoff, dan menetapkan nilai lebih tinggi.

Peguam Husam, Faiz Fadzil berkata mahkamah menetapkan nilai ganti rugi baru sebanyak RM150,000, dengan kos RM5,000.


May be an image of 2 people, including Ahmad Zaidi Md Zharif, people sitting and text that says "Ulama Pas diarah bayar gantirugi lebih tinggi kepada Husam kerana memfitnah 10/02/2021 4:00 PM"

 

KAH...WOIII....LAMA DAH DOK KENCIN ORANG MACAM TU LA....PEMOHONG BAGI DUA..BAB SEMBANG SERAH KAT DEPA

 Bila sudah berkuasa bagi alasan takde kuasa penuh pula, PAS ni memang sembang deras


Bila sudah berkuasa bagi alasan takde kuasa penuh pula, PAS ni memang sembang deras

Orang Pas kata, depa tak boleh buat apa² dalam kerajaan PN kerana depa tak ada kuasa penuh.

Itulah alasan depa apabila diasak supaya buat apa yang depa cakap masa jadi pembangkang.

Cuba habaq mai, parti mana yang pernah ada kuasa penuh dalam kerajaan?

Umno sendiri tak pernah ada kuasa penuh sebab berkongsi kuasa dengan MCA, MIC dan parti² Sabah dan Sarawak.

Alasan tak ada kuasa penuh tak boleh pakai. Nak tunggu ada kuasa penuh, bila?

Nak tunggu Pas menang semua kerusi parlimen? Nak lawan DAP di Penang pun depa tak berani. Macam mana nak ada kuasa penuh?

Di Kelantan depa ada kuasa penuh. Tapi depa bagi alasan tak ada kuasa penuh di persekutuan pula.

Buatlah di Kelantan dulu. Tutup semua kedai judi dan arak. Di Kota Bharu MPKB ada kuasa penuh. DAP pun tak ada di Kelantan.

Di Kelantan pun ramai perempuan Islam tak tutup aurat. Tak payah kacau pramugari di KL, buat di sana dulu.

Takkan menteri Pas tak boleh buat apa² kot dalam kerajaan PN? Tim Pres depa “ulama”, takkan orang Umno dan PPBM tak hormat “ulama”.

Kalau Pas rasa tak boleh buat apa², tak boleh buat Islam, tak boleh cegah mungkar, tunggu apa lagi?

Kalau berkawan dengan DAP tak boleh, berkawan dengan MCA boleh? Berkawan dengan kami tak boleh, berkawan dengan geng “semburit” boleh?

Sebab tu aku tulis di atas, bab sembang serah kat depa. Depa, sembang bab Islam, kalah Arab. Sembang bab terbang, kalah gajah. – GD

 




SEBERANG JAYA BUKAN LAGI TEMPAT UNTUK HANG....ELOK CARI TEMPAT LAIN

 


Orang kanan Azmin pertahan cetak bendera PN walaupun tengah darurat

Orang kanan Azmin pertahan cetak bendera PN walaupun tengah darurat

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berpandangan adalah menjadi satu kebiasaan parti politik untuk mencetak bendera parti.

Menurutnya, beliau sendiri telah mencetak bendera dan baju Perikatan Nasional (PN) untuk mempromosikan gabungan itu.

“Biasalah parti politik cetak bendera. Takkan pilihan raya sahaja cetak bendera. Nak tak nak, selepas darurat ada Pilihan Raya Kecil (PRK).

“PRK yang telah ditangguhkan hari itu (ada) beberapa tempat. Jadi (bila ada) PRK, PN pun nak masuk bertanding.

“(Bagaimanapun) nak ada atau tidak Pilihan Raya Umum (PRU) selepas darurat, saya tak pasti. Itu kena tanya perdana menteri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan bendera PN sedang dicetak dan gambar tangkap layar tarikh pelawaan sebut harga daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa lalu berhubung pembekalan dan penghantaran alat tulis untuk kegunaan PRU-15 Pejabat Pilihan Raya Melaka.

Mengulas lanjut, Afif yang merupakan Pengasas Pemuda Negara berpendapat, pembekalan dan penghantaran alat tulis itu adalah proses biasa daripada SPR.

“Saya ingat itu proses biasa. (SPR) kena bersiap sedia,” katanya.

Pada Khamis lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian dan komitmennya untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja penularan pandemik Covid-19 telah reda dan seterusnya mengadakan PRU15.

Gambar tangkap layar tarikh pelawaan sebut harga daripada SPR pada Selasa lalu berhubung pembekalan dan penghantaran alat tulis untuk kegunaan PRU-15 Pejabat Pilihan Raya Melaka. 



SAMA SAMA BINGAI BARU NGAM....ANTARA PEMBANTU DAN PAK MENTERI..

 


Panas! Hussamuddin dedah ada pegawai menteri berotak bingai, ugut media

Panas! Hussamuddin dedah ada pegawai menteri berotak bingai, ugut media

Ketua Kumpulan Karangkraf Hussamuddin Yaacob meluahkan rasa bengang terhadap pegawai sebuah kementerian yang didakwanya melakukan ugutan bagi menghalang kebebasan media.

Katanya, pegawai berkenaan mengugut untuk menamatkan kontrak pengiklanan jika media memberikan ruang kepada individu tertentu dalam laporan mereka.

“Rupanya di tahun 2021 pun masih ada pegawai menteri/kementerian yang berotak bingai, siap boleh ugut media untuk batalkan kontrak iklan dari kementerian tempat dia bertugas jika media beri ruangan kepada si polan dan si polan. Siap ugut nak boikot lagi. Ingat boleh tongkat langit ke?” katanya menerusi Twitter.

Karangkraf merupakan penerbit bagi akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian.

Ketika dihubungi Hussammuddin enggan menjelaskan secara terperinci mengenai ugutan tersebut.

Dalam tweet berasingan, dia berkata kerajaan BN dan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tidak pernah membuat ugutan sedemikian.

“Kami buat akhbar bebas (Watan/ Eksklusif/ Sinar Harian) sejak tahun 80-an lagi. BN/PH pun tak berapa suka dengan pendirian kami, tapi mereka tak pernah ugut malah siap engaged kami. Hubungan kekal mesra, walaupun “benci tapi rindu”. Geng baru ni lain macam pula. TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kena tengok-tengok juga,” tambahnya.

Bercakap dengan Malaysiakini, Hussammuddin berkata laporan berita tidak sepatutnya menjadi alasan untuk menamatkan kontrak sesuatu iklan.

Ini kerana katanya, iklan dan berita adalah dua perkara berbeza.

“Jika iklan yang disiarkan tidak ikut spesifikasi perjanjian, bolehlah pertikaikan.

“Media harus bebas menyiarkan berita selagi tidak menggangu ketenteraman awam dan tidak menghina raja dan agama atau boleh menyemarakkan api perkauman. Juga tidak fitnah,” katanya. 



KAH..KAH...WEIII AGEN CIA....NAK TUNJUK CONTOH...BEKALKAN AIR BERSIH DAHULU..ASAS PAING MUDAH.....NAK PERINTAH DENGAN 18 KETUL....

 


Nik Abduh puji PAS mampu memerintah

Nik Abduh puji PAS mampu memerintah

Dalam tempoh hampir setahun Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN), ia berjaya membuktikan bahawa parti Islam juga mampu memerintah.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, paling asas ialah Pas berjaya mematikan tuduhan dan momokan pihak lawan sejak berpuluh tahun kononnya Pas mustahil mampu memerintah Malaysia yang maju dan majmuk.

Malah, katanya, ada yang mendakwa Pas hanyalah ‘parti lebai’ yang hanya mampu memerintah negeri-negeri di Pantai Timur yang kononnya ‘miskin’.

“Itulah yang pernah berlaku kepada Pas apabila kembali memerintah negeri Kelantan pada tahun 1990 dahulu dengan bermenteri besarkan seorang lebai agama berserban. Pas Kelantan membuktikan sebaliknya.

“Bezanya, Pas Kelantan mengambil masa beberapa tahun yang agak lama untuk meyakinkan rakyat Malaysia akan kemampuannya mentadbir negeri dengan slogan ‘Membangun Bersama Islam’. Tidaklah pelik bagi sebuah negeri pelopor yang merintis laluan awal.

“Pas di Putrajaya pula hari ini melalui liku yang lebih mudah. Pujian bagi ALLAH, dengan rahmat dan kelebihan daripada-Nya, Pas membina keyakinan rakyat Malaysia dengan cepat sekali” katanya dalam kenyatan di Facebook beliau pada malam Selasa.

Sementara itu, beliau berkata, menghampiri setahun di Putrajaya, hampir tiada sindirian dan tohmahan musuh, apatah orang awam bahawa Pas begitu ketinggalan dan lemah kemampuannya menerajui beberapa kementerian yang diamanahkan.

Malah, katanya, Pas dilihat mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah bersama parti-parti rakan dalam PN.

“Tohmahan ke atas Pas hanyalah berputar-putar kepada serangan bertali arus kononnya Pas menjilat ludah sendiri sanggup bersekongkol dengan UMNO untuk memerintah di Putrajaya.

“Ia hanyalah ratiban politik yang begitu mudah dilangsaikan jawapannya,” katanya.





ADUHAI...MALANGNYA NASIB MUHYIDDIN DAPAT MENTERI MACAM RINA HARUN!!


Sejak dua tiga hari lepas telah viral beberapa keping gambar yang menampakkan penampilan terbaru Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun yang kelihatan jauh lebih kurus dan seolah-olah berwajah baru.

Berdasarkan gambar-gambar itu, ramai yang memuji penampilan beliau sekarang dengan menyifatkannya ternampak lebih menarik serta bergaya melebihi gaya artis Neelofa.

Pada mulanya, setelah melihat gambar-gambar tersebut, terdetik semacam ada keraguan dan rasa tidak percaya ia adalah penampilan terbaru Rina memandangkan jauh sangat bezanya dengan wajahnya yang dulu.

Dua tiga orang kawan lain pula mengatakan mungkin ianya adalah gambar edit memandangkan terlihat beliau sekarang hampir tidak sama langsung dengan wajah serta penampilannya yang dulu.

Bukan saja badannya kelihatan jauh lebih kurus, malah wajah, gaya pakaian, bersolek, tudung dan bentuk hidungnya pun sudah nampak lain.

Tetapi, setelah memeriksa laman Facebooknya dan portal rasmi Parlimen Malaysia serta mendapati gambar beliau di situ turut menampilkan wajahnya yang terbaru yang hampir sama dengan gambar-gambar yang tersebar di media sosial itu, maka sahlah Rina yang sekarang bukan lagi Rina yang dulu.

Kemudian daripada itu, bertebaran pula maklumat dan gambar lamanya ketika mengunjungi seorang pakar kesihatan serta kecantikan di sebuah hospital swasta.

Dengan itu, beliau diperkatakan sebenarnya telah menjalani “bariatric surgery” iaitu pembedahan yang bertujuan mengurangkan berat badannya.

Dalam istilah harian, ia disebut sebagai potong usus perut iaitu menjadikan usus perut lebih pendek, sekaligus menyebabkan seseorang itu mudah kenyang walau hanya mengambil seketul cekodok setiap kali waktu makan.

Sekarang barulah difahami mengapa kelibatnya sudah lama tidak kelihatan, rupa-rupanya menghilangnya beliau selama ini adalah kerana menjalani pembedahan.

Persoalannya di sini, perlukah seorang menteri wanita menjalani pembedahan untuk menjadikan penampilannya lebih cantik bak seorang artis atau model?

Dalam hubungan ini, jangan kita lupa bahawa untuk kelihatan cantik, kurus dan menarik dengan menjalani pembedahan, selain bayaran melakukan pembedahan itu memerlukan modal, “kos menyelenggara” kecantikan agar sentiasa nampak segar juga adalah mahal.

Dengan badan sudah jadi slim, muka dan hidung ternampak lain daripada dulu, selain pakaian dan beg tangan baru diperlukan untuk kelihatan lebih sesuai dengan perubahan, alat-alat solek untuk merawat wajah juga tentunya akan bertambah.

Pastinya lebih ghairah untuk nampak kekal kelihatan cantik jika orang-orang sekeliling pula datang dengan pujian yang melimpah-limpah.

Selain itu, dengan usus telah jadi pendek dan tidak perlu makan banyak, pasti juga diperlukan pelbagai vitaman dan makanan tambahan yang mahal untuk memberi tenaga serta kesegaran.

Maknanya, selain banyak kos diperlukan, lebih banyak masa juga akan dihabiskan untuk merawat diri bagi mengekalkan kecantikan.

Maka, sebagai menteri, pemimpin sayap Bersatu dan Ahli Parlimen yang sentiasa sibuk daripada pagi hingga malam, bagaimanakah Rina akhirnya dapat menumpukan masa serta tenaganya terhadap tugas hakikinya membantu dan menjaga rakyat?

Tidakkah dengan mengubah penampilan itu akan menjadikannya selepas ini lebih sibuk terhadap diri sendiri berbanding menjaga rakyat?

Apakah pula nilai tambah sebagai menteri dan wakil rakyat dengan penampilan terbarunya sekarang ini?

Mampukah ia menjadikan rakyat lebih suka kepadanya dan lebih menyokong Bersatu serta Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri?

Andai kata beliau bertanding lagi di Titiwangsa dalam PRU15 akan datang, apakah dengan penampilan baru ini dapat menjamin kemenangannya dengan selesa?

Realitinya, sebagai pemimpin yang dinilai ialah khidmat kepada rakyat, bukannya penampilan seharian.

Rakyat akan menyukai dan terus menyokong seseorang itu jika khidmatnya kekal cemerlang, di samping sederhana dengan gaya yang asli serta bukan tiruan.

Tambahan lagi, dalam konteks Rina, dengan berbadan gempal pun beliau dapat jadi menteri, apa lagi yang mahu dikejarnya dengan mengubah penampilan, walhal yang jauh lebih penting ialah menjaga prestasi serta khidmatnya sebagai pemimpin, selain memastikan kesihatan terjaga dengan lebih banyak bersenam misalnya.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo pernah menjalani rawatan memutihkan wajah, tetapi akhirnya kecundang juga ditolak rakyat dan BN Selangor hilang kuasa sejak 2008 hingga sekarang.

Rosmah Mansor, isteri Najib Razak juga pernah dijadikan bualan dengan penampilan wajahnya yang dikaitkan dengan suntikan botox dan merosotnya sokongan rakyat terhadap bekas Perdana Menteri itu sehingga BN kecundang dalam PRU14 seringkali dihubungkaitkan dengan beliau sebagai salah satu sebab utamanya.

Namun, yang paling sedihnya, bandingkan rupa dan penampilan kedua-dua mereka sekarang berbanding dahulu.

Maka, dalam kes Muhyiddin yang juga sedang mengalami kemerosotan sokongan ketika ini sehingga melimpah ke dinding media sosial Presiden Jokowi di Indonesia, tidak mustahilkah penampilan Rina akan menjadi sebab tambahan kedudukannya lebih ditolak dalam PRU akan datang?

Aduhai…malangnya nasibmu Muhyiddin kiranya itu menjadi kenyataan!! 

(Shahbudindotcom 10/02/2021)



MUHYIDDIN ‘PUKAU’ RAKYAT DENGAN PRU



Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) kekal dengan pendirian tidak mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan, sebaliknya mahu mandat rakyat dikembalikan kepada mereka. Dalam satu kenyataan bersama Majlis Setiausaha PH jumaat lalu, mereka mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sering membangkitkan isu berkaitan pilihan raya.

APA KHABAR BMF!




Untuk rekod, pada Julai tahun lalu, media melaporkan empat buah kilang memproses makanan di sekitar Mengkuang Titi, Sungai lembu dan tanah Liat di Bukit Mertajam, diarahkan tutup selepas pemeriksaan Ops Tegar. Difahamkan kilang tersebut telah beroperasi selama 50 tahun. Sudah tentu pemiliknya sudah menjadi kaya raya. Mustahil mereka tidak mampu mengeluarkan sedikit modal untuk menambahbaik keadaan kilang tersebut.




Syed Saddiq: Mana Laptop?

MYSEJAHTERA NAK BUNUH SELANGKAH?



Sebaliknya pada 3 Ogos 2020, Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa setiap premis perniagaan wajib mempunyai kod QR MySejahtera. “Malang sekali apabila terdapat banyak pihak yang disaman penguatkuasa kerana tidak menggunakan MySejahtera. Arahan MKN itu - yang jelas sengaja dirancang untuk meminggirkan SELangkah - menyusahkan ramai orang,” tegas Dzulkefly yang juga Pengerusi Selangor Task Force Covid 19 (STFC) serta bekas Menteri Kesihatan.





‘Kerajaan Malaysia kini sama seperti Myanmar tidak hormat mandat rakyat’

 ‘Kerajaan Malaysia kini sama seperti Myanmar tidak hormat mandat rakyat’


Najib sanggah dakwaan Dr Mahathir tidak campur tangan dalam badan kehakiman

 


Astro Awani
Najib sanggah dakwaan Dr Mahathir tidak campur tangan dalam badan kehakiman
Najib berkata pada April 1987, UMNO mengadakan pemilihan parti yang menyaksikan pertembungan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan presiden parti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pembatalan pendaftaran UMNO pada 1988 sebagai bukti tidak campur tangan dalam badan kehakiman negara.
Menyokong hujahnya, Najib berkongsi apa yang berlaku pada tahun tersebut hingga menyebabkan UMNO diharamkan dan tertubuhnya UMNO baharu.
Najib berkata pada April 1987, UMNO mengadakan pemilihan parti yang menyaksikan pertembungan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan presiden parti.
Ketika itu Mahathir mempunyai pasukannya sendiri yang dikenali 'Team A' manakala Tengku Razaleigh atau Ku Li mengetuai pasukan 'Team B'.
“Sebanyak 1,500 perwakilan mengundi, dan Tengku Razaleigh dijangka menang selepas kemelesetan 1985, tetapi selepas berlaku ‘blackout’ di bilik kiraan undi Mahathir pula yang menang dengan 761 undi mengatasi 718 undi yang diperoleh Tengku Razaleigh. Perbezaan sebanyak 43 undi," kata Najib.
Najib turut memberitahu, pasukan Tengku Razaleigh mendakwa Mahathir memenangi jawatan tersebut dengan 78 perwakilan yang mengundi datangnya dari 30 cawangan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Pasukan Tengku Razaleigh berkata 78 perwakilan itu tidak layak mengundi dan mencabar keputusan pemilihan UMNO itu di mahkamah.
“Mahkamah memerintahkan penyelesaian di luar mahkamah. Namun, kumpulan Tengku Razaeligh mahu pemilihan baharu diadakan.
“Mahathir pula tidak mahu pemilihan baharu, dan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan UMNO tidak sah, bermaksud pemilihan 1987 itu terbatal dan tidak sah,” katanya lagi.
Najib berkata sebelum rayuan pasukan Tengku Razaleigh itu dapat didengar, Tun Salleh Abas, yang ketika itu presiden Mahkamah Agung, dan semua Hakim Mahkamah Agung digantung. Salleh kemudiannya disingkir.
“Inilah permulaan kepada kehancuran sistem kehakiman.
“Mahathir kemudian menubuhkan UMNO Baru dan memindahkan semua aset parti lama yang tidak sah itu dan ahli-ahli yang mesra kepada UMNO baharu, kecuali Ku Li dan pasukannya,” katanya.
Baru-baru ini, dalam satu wawancara khas bersama portal FMT, Mahathir mengingatkan beberapa keputusan mahkamah ketika beliau menjadi Perdana Menteri keempat tidak memihak kepadanya, khususnya apabila UMNO yang dipimpin beliau diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Feb 1988.
Keputusan itu dibuat selepas 11 ahli UMNO menyaman parti itu pada 1987, menuntut pemilihan parti pada awal tahun sama diisytiharkan tidak mematuhi Perlembagaan dan tidak sah.
Hakim Tan Sri Harun Hashim memutuskan UMNO tidak sah berdasarkan apa yang didakwa oleh Mahathir sebagai “salah laku kecil oleh segelintir cawangan kecil UMNO”.
Mahathir berkata Harun boleh mengambil tindakan terhadap cawangan terbabit namun memilih untuk mengisytiharkan seluruh UMNO sebagai tidak sah, menunjukkan “banyak keputusan mahkamah ketika itu tidak memihak kepada saya.”


‘Walau PN, Muhyiddin teruk dicemuh, pemimpin utama PH usah syok sendiri’

‘Walau PN, Muhyiddin teruk dicemuh, pemimpin utama PH usah syok sendiri’

 


RINA HAMZAH


Bila manusia memiliki lidah bercabang seperti biawak dan berperangai seperti ular membelit. Dia lupa dia dinaikkan kembali oleh dsai, disaat najib kesayangan dia meletakkan taraf madey dibawah tapak kasutnya. Jenis manusia tidak mengenang budi!!!!!


May be an image of one or more people and text that says "Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial Saya terhutang budi dan berterima kasih kepada keluarga @anwaribrahim kerana sanggup membelakangkan apa yg telah berlaku pada masa lalu, untuk menyelamatkan Malaysia. Perjuangan rakyat fokus utama kami berdua."





Ahli Parlimen Port Dickson beri 1,000 tablet kepada pelajar

 

NI BUKAN BOLEH N...LEBAI WALAUNCAI BUKAN BOLEH DENGAR. CEMBURU  BUSUK PERUT. NAK HAQAB KE LEBAI...BELI MERCEDES.....



POSTED BY AMIR WRLR


Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyediakan 1,000 tablet untuk kegunaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi para pelajar di kawasan Parlimen beliau.

Menurutnya, pemberian tablet tersebut mampu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah dan menengah dalam menanggung kos pendidikan anak-anak pada era pandemik Covid 19.

"Saya sediakan 1,000 tablet untuk pelajar-pelajar, terutamanya golongan B40 dan ini untuk membantu meringankan beban mereka dan memastikan pembelajaran atas talian berjalan.

"Ini juga melambangkan kelemahan kementerian yang tidak menyediakan (peranti) dan sekarang disebut pinjaman. Orang-orang ini (B40) tidak mampu. Dan kalau kita teruskan dengan tahap pendidikan seperti ini walau pun Tv Pendidikan itu penting tetapi terbatas waktunya dan tidak ada interaksi dengan murid.

"Kalau situasi ini tidak ditangani segera oleh kerajaan, khusus Kementerian Pendidikan, saya jangka ianya akan terus melemahkan mutu pendidikan terutama di kalangan pelajar miskin bandar dan desa," katanya di hadapan para wartawan.

Sehubungan itu, Presiden KEADILAN itu mahu kementerian menangani masalah PdPR dengan segera bagi mengelakkan masalah keciciran ilmu dalam kalangan pelajar-pelajar sepanjang pandemik yang mungkin mengambil masa lebih setahun sebelum pulih kepada keadaan normal.

"Ini akan menjadi satu masalah besar yang dihadapi oleh negara untuk setahun dan setahun lebih ini. Pembelajaran anak-anak sangat terbatas akibat kurang upaya oleh pihak kementerian menanganinya," katanya lagi.

Tablet berkenaan diserahkan secara pandu lalu bagi mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan. Turut hadir dalam majlis itu adalah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan pemimpin KEADILAN tempatan.

 

Kecualikan yuran tiga sektor, kurangkan beban rakyat ketika PKP

 


POSTED BY AMIR WRLR


Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang menggesa kerajaan supaya mengecualikan pembayaran terhadap tiga sektor bagi mengurangkan beban rakyat memandangkan bilangan kes Covid-19 masih belum turun kepada tiga digit sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.

Beliau selaku Jurucakap Perumahan, Kerajaan Tempatan & Infrastruktur KEADILAN berpandangan bahawa perkara itu harus dilakukan kerana ramai yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan yang drastik akibat penularan wabak Covid-19.

"Bantuan yang diberikan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) jauh daripada mencukupi.

"Walaupun pandemik sekarang jauh lebih serius daripada awal 2019, PN enggan meneruskan dasar sebelum ini yang boleh meringankan beban rakyat seperti moratorium pinjaman bank, pengecualian sewa perumahan awam dan sebagainya," katanya.

Disebabkan itu, beliau menyeru kerajaan supaya memberi keutamaan untuk menambah pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat dalam keadaan yang tidak menentu ini.

"Saya mencadangkan agar kerajaan kecualikan yuran dalam beberapa sektor selama satu tahun, dengan syarat pengecualian yuran dalam sektor tersebut tidak mendatangkan kacau ganggu awam atau memudaratkan keselamatan awam.

"Sebagai permulaan, saya sarankan supaya kerajaan mengecualikan yuran dan bekukan penguatkuasaan. Bidang yang boleh dikecualikan seperti yuran parkir semua PBT, yuran lesen perniagaan semua PBT dan yuran pembaharuan lesen memandu bagi kelas B2 dan D oleh JPJ.

"Pengecualian yuran dalam sektor-sektor tersebut tidak akan timbulkan kacau ganggu atau kemudaratan kepada keselamatan awam.

"Walaupun yuran yang perlu dibayar tidak begitu tinggi, tetapi denda yang dikenakan merupakan satu beban yang berat untuk rakyat jelata dalam keadaan pandemik sekarang," katanya.

Justeru itu, Lih Kang berharap kerajaan memberi pertimbangan yang sewajarnya demi meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi ketika ini.