"Dan janganlah
kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan
jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah)
kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta
manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)" - Surah
AlBaqarah. Ayat 188.
Hadi kata rasuah
tidak termasuk dalam hudud PAS. Hadi kata rasuah adalah 'mengambil harta secara
sukarela'. Al Quran tidak sebut pun rasuah itu adalah mengambil harta secara
sukarela!! Sukarela? Kalau dia ambil harta bapak dia secara sukarela kita
peduli apa? Tetapi yang dia ambil itu bukan harta bapak dia. Yang dia ambil itu
harta duit rakyat. Sukarela kepala hotak apa?
Kalau orang politik
nak "mengambil duit rakyat" dia buatlah projek besar-besar, yang
harga projek sengaja berlipat kali ganda. Jalan kampung 10 kilometer dia letak
harga berpuluh juta ringgit. Pada hal boleh siap berapa juta ringgit sahaja.
Duit lebih itu dia bagi rasuah kepada pemimpin politik, pemimpin yang rasuah
yang bantu "lulus" bayaran projek. Itu bukan "mengambil harta
secara sukarela".
Itu adalah mencuri
duit rakyat dengan guna kaedah rasuah. Itu adalah perbuatan mencuri atau
merompak juga tetapi tanpa guna senjata api, tanpa guna parang atau pisau. Cuma
kaedahnya lain - rasuah, CBT, salahguna kuasa, menipu white collar crime
dsbnya. Tetapi,ia tetap mencuri juga. - Syed Akbar Ali
Tahukah anda bahawa
Topik 'Rasuah' dibincangkan sebanyak 50 kali dalam Al-Quran,dalam 47 Ayat...
https://www.thelastdialogue.org/.../the-topic-corruption.../