Ahli Parlimen Port Dickson beri 1,000 tablet kepada pelajar

 

NI BUKAN BOLEH N...LEBAI WALAUNCAI BUKAN BOLEH DENGAR. CEMBURU  BUSUK PERUT. NAK HAQAB KE LEBAI...BELI MERCEDES.....



POSTED BY AMIR WRLR


Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyediakan 1,000 tablet untuk kegunaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi para pelajar di kawasan Parlimen beliau.

Menurutnya, pemberian tablet tersebut mampu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah dan menengah dalam menanggung kos pendidikan anak-anak pada era pandemik Covid 19.

"Saya sediakan 1,000 tablet untuk pelajar-pelajar, terutamanya golongan B40 dan ini untuk membantu meringankan beban mereka dan memastikan pembelajaran atas talian berjalan.

"Ini juga melambangkan kelemahan kementerian yang tidak menyediakan (peranti) dan sekarang disebut pinjaman. Orang-orang ini (B40) tidak mampu. Dan kalau kita teruskan dengan tahap pendidikan seperti ini walau pun Tv Pendidikan itu penting tetapi terbatas waktunya dan tidak ada interaksi dengan murid.

"Kalau situasi ini tidak ditangani segera oleh kerajaan, khusus Kementerian Pendidikan, saya jangka ianya akan terus melemahkan mutu pendidikan terutama di kalangan pelajar miskin bandar dan desa," katanya di hadapan para wartawan.

Sehubungan itu, Presiden KEADILAN itu mahu kementerian menangani masalah PdPR dengan segera bagi mengelakkan masalah keciciran ilmu dalam kalangan pelajar-pelajar sepanjang pandemik yang mungkin mengambil masa lebih setahun sebelum pulih kepada keadaan normal.

"Ini akan menjadi satu masalah besar yang dihadapi oleh negara untuk setahun dan setahun lebih ini. Pembelajaran anak-anak sangat terbatas akibat kurang upaya oleh pihak kementerian menanganinya," katanya lagi.

Tablet berkenaan diserahkan secara pandu lalu bagi mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan. Turut hadir dalam majlis itu adalah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan pemimpin KEADILAN tempatan.