MASA MANA PULAK PH BERUNDING ? BIAR BETOI DIN..ATAU PARTI KAU YANG LEBIH LEBIH ? RASANYA PRK TAK TERLIBAT KOT

 

PRU15: Kerjasama Pakatan Harapan dengan parti dalam kerajaan belum dimuktamadkan - Salahuddin



Irwan Muhammad Zain
PRU15: Kerjasama Pakatan Harapan dengan parti dalam kerajaan belum dimuktamadkan - Salahuddin
Datuk Seri Salahuddin Ayub berkaa, perbincangan dengan parti lain termasuk Bersatu tidak boleh dihalang kerana ia sebahagian daripada polisi dalam Pakatan Harapan. - Gambar Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan mana-mana parti dalam kerajaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) belum dimuktamadkan, kata Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Salahuddin menjelaskan, sebarang perbincangan dengan mana-mana parti termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang diteliti oleh pucuk pimpinan PH
Menurut Ahli Parlimen Pulai itu, perbincangan dengan parti lain termasuk Bersatu tidak boleh dihalang kerana ia sebahagian daripada polisi dalam PH.
"Ada orang tanya tentang perbincangan dan khemah besar yang sedang diusahakan itu adakah ia termasuk dengan Bersatu dan parti-parti lain yang hari ini menjadi pembangkang di peringkat negeri walaupun mereka bersama di peringkat federal (Persekutuan).
"Itu yang kita sedang teliti dan kita boleh mengadakan perbincangan, itu polisi dalam Pakatan Harapan, boleh jumpa, boleh minum kopi, boleh ziarah itu tidak ada masalah.
"Tetapi setakat ini saya ingin umumkan belum ada apa-apa yang kita boleh dimuktamadkan lagi tentang rakan-rakan yang lain yang berada disebelah kerajaan.
"Kita akan perkemaskan dahulu kekuatan kita diperingkat pembangkang ini supaya PH benar-benar dilihat dan kembali membina keyakinan rakyat," katanya kepada Astro AWANI.
Pada Ahad, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan usaha partinya mengadakan pertemuan dengan parti lain dalam membentuk kerjasama bagi menghadapi PRU15 menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.
Kata Muhyiddin, pihak terbabit juga menyatakan kesediaan dalam mengadakan perbincangan, yang digambarkan akan memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, usaha membina kembali keyakinan rakyat amat penting kerana ia adalah sebahagian gerak kerja PH dalam usaha menarik sokongan dalam PRU15 kelak.
Beliau berkata, keyakinan yang dibina mampu menarik rakyat untuk keluar mengundi dan seterusnya menambah peratusan keluar mengundi.

Ku Li jumpa Amanah Kelantan, rancang strategi tawan Kelantan?

 

Astro Awani
Ku Li jumpa Amanah Kelantan, rancang strategi tawan Kelantan?
Tengku Razaleigh dilaporkan bakal membuat pengumuman penting rentas parti selain program bersama rakyat Kelantan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Satu pertemuan antara Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan telah menimbulkan tanda tanya, adakah satu strategi baru sedang disusun untuk merampas Kelantan dari Pas.
Perbincangan antara Tengku Razaleigh atau Ku Li dengan pimpinan Amanah yang diketuai Pengerusi Amanah Kelantan, Muhammad Hussin itu diadakan di Kota Bharu.
Majlis berbuka puasa dianjurkan untuk membayangi perbincangan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) Kelantan dan Tengku Razaleigh.
Selain Muhammad Hussin, turut hadir dalam acara itu ialah bekas pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah, Ketua Pemuda Amanah negeri, Hazmi Hassan dan barisan anggota jawatankuasa Amanah negeri.
Untuk rekod, Pas berjaya menawan Kelantan pada Pilihan Raya Umum tahun 1990 selepas bekerjasama dengan Parti Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh.
Malaysiakini melaporkan, Tengku Razaleigh bakal membuat pengumuman penting rentas parti selain program bersama rakyat Kelantan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed dalam satu tulisan di Facebook memberi gambaran mengenai perkara itu.
"Insya-Allah di Kelantan satu usaha sedang digerakkan untuk mengabung berbagai parti, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan anak-anak Kelantan yang berkebolehan untuk menawarkan satu kerajaan alternatif kepada rakyat Kelantan selain daripada kerajaan Pas.
"Selebihnya terserah kepada rakyat Kelantan untuk kekal bersama Pas atau memilih tawaran yang dihidangkan sebagai satu percubaan untuk berubah.
"Parti politik hanya satu persaingan untuk menawarkan apa yang terbaik yang boleh dilakukan.
“Agama, perkauman dan pelbagai tawaran hanya perasa dan penghias hidangan yang boleh menyebabkan pengundi terpedaya dan tersilap pilih," katanya.
Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan Tengku Razaleigh berkaitan pertemuan dan kerjasama yang dikatakan sedang diusahakan.

NASIB ADA CINA KAPIAQ NI YA...HARAP LEBAI...KAH..KAH....MENGARUT

 Ingat lagi rider panda yang saya beri motor dash tahun lalu?

Saya berada di Kelantan atas urusan kerja, jadi saya amik kesempatan melawat Anas di kampungnya.
Dah setahun tak jumpa.
Syukur Anas dan keluarga sihat walafiat. ❤️
Anas kini sedang cari kerja baru. Dalam pada itu, dia buat grab food dulu. Motor itu dia jaga dengan cermat, jadi kuda mencari rezeki halal. 🤲🏽
Dia bagitau saya, jadi rider ni untuk sementara je. Cita-cita dia nak jadi engineer.
I have faith in you Anas.
Jalan teruih!
May be an image of 2 people, motorcycle and outdoors


 

Hati-hati halalkan penanaman ketum, hem, kata Ayob Khan

Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kerajaan membelanjakan RM45 seorang setiap hari untuk 36,000 banduan di pusat pemulihan dadah di seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Beberapa faktor perlu dikaji sebelum memutuskan untuk menghalalkan penanaman hem dan ketum bagi tujuan perubatan, termasuk kos merawat penagih, kata Bukit Aman hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotiknya, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebagai contoh, kerajaan membelanjakan lebih RM500 juta setahun untuk 36,000 penagih dadah di bawah jagaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Ada pihak menganggap menanam pokok ketum boleh meraih keuntungan RM180 juta setahun.

“Namun, kita perlu juga meneliti dan mempertimbangkan kos-kos lain, selain keuntungan yang disasarkan daripada ketum.

“Bayangkan di negara kita terdapat 130,000 penagih dadah dan sekitar 36,000 orang daripadanya sedang menjalani program rehabilitasi di AADK.

“Kos purata yang dibelanjakan untuk seorang penagih adalah RM45 dan untuk setahun ia mencecah lebih RM500 juta,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Ayob Khan berkata, kerajaan perlu meminda undang-undang tertentu seperti Akta Racun 1952 dan Kanun Tanah Negara untuk membolehkan dadah ini dihalalkan.

“Ada negeri yang tidak membenarkan penanaman ketum, manakala ada yang membenarkannya. Penanaman pokok ketum tidak salah, tetapi memetik, memproses, menjual dan menggunakannya adalah salah di sisi undang-undang.

“Lagipun isu tanah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, yang mana ia memerlukan pindaan undang-undang tanah negeri masing-masing,” katanya.

Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin berkata, Kabinet tiada halangan untuk membenarkan penanaman ketum dan hem bagi tujuan perubatan.

Tetapi, katanya, Kabinet meminta pihaknya berbincang dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung cara meluluskan tanaman itu.

“Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik dan cerah, terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam bidang perubatan. Sekali lagi saya ingin ingatkan ini bukan lulus untuk minum air ketum, sebaliknya untuk tujuan perubatan.

“Masyarakat jangan salah faham, kita luluskan ketum bukan untuk minum, tetapi untuk jual kerana ketum dan hem dapat permintaan tinggi di luar negara,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

SIASAT HAKIM TINDAKAN TIDAK BERPERLEMBAGAAN, SPRM PERLU LIHAT DIRI KPNYA LEBIH DULU

 

Saya Hassan Abdul Karim seorang ahli Jawatankuasa Mengenai Rasuah (JKMR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi memantau SPRM berasa kesal terhadap campurtangan SPRM menganggu kebebasan badan Kehakiman dengan tindakan SPRM melakukan siasatan terhadap hakim Mahkamah Rayuan Yang Arif Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

SPRM sebagai agensi pencegahan rasuah bertanggungjawab untuk sama-sama mempertahankan kebebasan badan kehakiman Malaysia.

Hakim-hakim Mahkamah di Malaysia mesti dilindungi dari tindakan sewenang-wenang pihak Eksekutif bagi membolehkan mereka menjalankan fungsi kehakiman tanpa rasa takut dan pilih kasih.

Apa yang dilakukan oleh SPRM sekarang terhadap Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, seorang hakim Mahkamah Rayuan Malaysia bukan sahaja satu pelanggaran prinsip pemisahaan kuasa antara badan eksekutif dan juga badan kehakiman, tetapi ia juga merupakan satu serangan sebuah agensi eksekutif ke atas badan kehakiman.

Tidak dinafikan di bawah undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, hakim-hakim yang sedang berkhidmat boleh dilucutkan jawatannya jika berlaku salah laku, termasuk kesalahan bersifat jenayah seperti rasuah.

Tetapi ada kaedahnya yang khusus di mana tindakan sedemikian boleh dilakukan iaitu melalui sebuah Tribunal Bebas yang dibentuk oleh Kerajaan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Kes Tribunal Bebas yang berkaitan pemecatan Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara adalah satu contoh.

SPRM perlu menyedari bahawa Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia atas lantikan Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.

SPRM tidak boleh perlakukan sesuka hati ke atas seorang Hakim Mahkamah hanya berdasarkan wujudnya satu laporan rasmi polis dilakukan ke atas hakim tersebut.

Peruntukan Perlembagaan Persekutuan jelas meletakkan kaedah bagaimana seorang hakim boleh dibicarakan dan dilucutkan jawatannya.

Sekiranya tindakan SPRM sekarang menyiasat hakim dengan sesuka hati berterusan maka akan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan hakim-hakim untuk melaksanakan peranan dan tugas mereka di mahkamah.

Perlu difahami sekarang telah wujud persepsi bahawa tindakan ke atas Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ini ada kaitannya dengan keputusan Hakim tersebut ke atas kes pertuduhan terhadap mantan Perdana Menteri Najib Razak dalam Kes SRC International di mana Hakim Nazlan telah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda lebih RM210 juta terhadap Najib Razak.

SPRM sewajarnya tidak terlibat dengan usaha balas dendam pihak-pihak tertentu terhadap Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

SPRM peru sedar bahawa terdapat usaha yang konsistent pihak tertentu yang tindak-tanduk mereka boleh dianggap sebagai serangan terhadap kebebasaan kehakiman apabila terdapat cubaan dilakukan untuk mencemarkan integriti hakim yang membicarakan kes Najib Razak dengan tujuan keputusan kes SRC International itu dibatalkan dan satu perbicaraan semula diadakan.

Perlu diingatkan bahawa keputusan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam Kes SRC International yang mensabitkan kesalahan Najib Razak telah disahkan oleh sebuah panel tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan.

Kepada SPRM, saya menyeru supaya memandang kepada diri SPRM sendiri. Beberapa laporaan polis secara rasmi telah dibuat ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam baki berkait isu pembelian saham yang mencurigakan yang menimbulkan kemungkinan berlaku satu kesalahan di bawah Akta SPRM.

Saya berasa kesal sehingga ke hari ini, tidak ada siasatan dilakukan ke atas Tan Sri Azam Baki. Malah cadangan dari JKMR yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim agar Tan Sri Azam Baki direhatkan dengan bercuti supaya satu siasatan bebas dapat dilakukan langsung tidak dihiraukan oleh SPRM.

.

SPRM perlu sedar bahawa tugas JKMR di mana saya salah seorang anggota Jawatankuasa tersebut adalah untuk memantau perjalanan SPRM. Malahan dibawah Seksyen 14 Akta SPRM dinyatakan dengan jelas bahawa JKMR bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri dalam segala hal tentang rasuah di Malaysia ini.

Maka atas tanggungjawab inilah saya membuat pernyataan ini untuk menasihati SPRM supaya menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan amanah dan mengikut peruntukan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Merangkap Ahli Jawatankuasa Mengenai Rasuah (JKMR) SPRM

24 April 2022



Matawang ringgit terus jatuh, ini 4 persediaan tindakan rakyat hadapi krisis ekonomi

 

Matawang ringgit terus jatuh, ini 4 persediaan tindakan rakyat hadapi krisis ekonomi

Prestasi ringgit menjadi sangat tidak menentu buat masa sekarang.Ringgit dijangka akan diniagakan sekitar 4.3165 hingga 4.3475 berbanding dolar AS minggu ini ketika artikel ini ditulis.

Dari minggu ke minggu, ringgit adalah lebih rendah berbanding dolar US pada 4.3230/3270 yang direkodkan semasa Jumaat berbanding 4.2330/2380 dalam minggu sebelumnya.

Ringgit merosot mencecah paras 4.30 berbanding dolar AS pada Jumaat, paras kali terakhir yang pernah disaksikan semasa Jun 2020.

Daripada segi prestasi dari tahun ke tarikh, mata wang tempatan itu telah menyusut 2.75 peratus, mencerminkan sentimen global yang lemah dan seiring dengan yuan China.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama dari Jumaat ke Jumaat.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1633/1667 daripada 3.1198/1242 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, melemah berbanding yen Jepun kepada 3.3652/3686 daripada 3.3465/3510.

Kekuatan mata wang tempatan itu turut jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5641/5693 daripada 5.5308/5374 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.6710/6753 daripada 4.5776/5830 sebelum ini.

Melihat daripada trend ini yang beterusan disamping masalah hyperinflasi dan krisis makanan yang sedang melanda dunia pasca pandemik COVID-19,adalah tidak mustahil jika ringgit bakal jatuh sehingga RM5.70 berbanding Dollar menjelang hujung tahun 2022.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan penurunan nilai Ringgit ketika ini, secara dasarnya ianya memberi kesan kepada aktiviti pelaburan samada kesan secara langsung atau tidak langsung seperti;-

Kesan Langsung.

  • Kos awalan pelaburan menjadi lebih kompetitif kepada pelabur asing kerana nilai matawang asing menjadi lebih tinggi berbanding nilai Ringgit Malaysia.
  • Peningkatan kos pengeluaran kerana harga import bahan mentah yang tinggi disebabkan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia.
Kesan Tidak Langsung
  • Penutupan kilang ii. Penstrukturan syarikat bagi mengurangkan kos operasi syarikat. iii. Penangguhan perancangan pelaburan baru atau pelaburan tambahan.
  • Pengecilan tenaga kerja atau pemberhentian pekerja bagi industri yang terkesan.
  • Memperlahankan pertumbuhan sektor-sektor lain seperti hartanah, peruncitan, pengangkutan dan industri sokongan yang lain.

Kelebihan penurunan nilai matawang ringgit malaysia :

Nilai mata wang yang rendah juga memberikan kebaikan kepada negara kita Malaysia. Nilai mata wang yang rendah telah membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing di dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya. Kerajaan telah menyusun beberapa tindakan untuk memastikan perolehan daripada eksport meningkat seterusnya memastikan Imbangan Akaun Semasa kita sentiasa positif.

Nilai matawang yang rendah akan menambah tarikkan pelancong datang ke Malaysia untuk melancong dan berbelanja kerana dapat wang pertukaran Ringgit Malaysia yang banyak. Kerajaan juga, bagi merancakkan kemasukan modal daripada luar telah menyusun pelbagai pelan untuk mempromosi sektor perlancongan negara kita.

Keburukan penurunan nilai matawang ringgit Malaysia :

Hakikat sebenarnya, kejatuhan nilai matawang memberi impak kesan buruk melebihi daripada kesan baik. Tidak ada negara di dunia yang mahukan nilai wangnya rendah. Kejatuhan nilai matawang memberi lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan terutama kesan buruk kepada rakyat berpendapatan kecil sesebuah negara.

Antara kesan negatif penurunan nilai matawang RM iaitu :

  1. Barangan Import lebih mahal.

Barangan import yang dijual dalam malaysia lebih mahal kerana Malaysia akan mengeluarkan lebih nilai wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai tukaran ringgit yg jatuh. Ini menyebabkan harga barangan import atau yang mengandungi komponen import yang tinggi akan meningkat. Pembekal barangan import tidak akan menanggung kerugian kesan dari kejatuhan nilai Ringgit ini akan memindahkan beban tersebut kepada pengguna. Jadi harga barangan import akan meningkat mahal.

  1. Harga barangan akan naik

Harga barangan keperluan juga meningkat naik kesan daripada kejatuhan nilai matawang, cukai barangan dan perkhidmatan SST, harga minyak yang tinggi dan sebagainya. Kesan kenaikkan harga barangan akan meluas kepada semua barangan keperluan di sebabkan kejatuhan matawang ringgit malaysia.

  1. Kuasa beli rakyat di luar negara berkurang.

Kuasa beli rakyat di luar negara atau pelancong Malaysia berkurang dengan penurunan nilai matawang Malaysia. Perbelanjaan yang lebih mesti dikeluarkan untuk bercuti atau hidup di luar negara kerana kuasa membeli barangan di luar negara adalah berkurang.

Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberikan kesan yang ketara kepada mahasiswa kita yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil, bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan sebagainya.

  1. Inflasi

Inflasi akan berlaku apabila barangan Import yang lebih mahal akan meningkat harga barangan import menyebabkan inflasi tarikan permintaan. Firma atau pengeksport mempunyai kurang insentif untuk mengurangkan kos kerana mereka boleh bergantung kepada penurunan nilai bagi meningkatkan daya saing. Kebimbangan adalah dalam penurunan nilai jangka panjang boleh membawa kepada produktiviti yang lebih rendah kerana penurunan dalam insentif dan berlaku inflasi.

  1. Penurunan Harga Minyak.

Harga minyak berkadar songsang dengan nilai dolar amerika. Jadi bila nilai dolar naik, harga minyak turun dan nilai matawang malaysia juga mengalami penurunan. Penurunan harga minyak akan menjejaskan pendapatan Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak mentah.

Kita tidak dapat meramal bilakah krisis ekonomi akan berakhir. Kita juga tidak boleh menjangka krisis ekonomi akan semakin pulih atau semakin buruk. Langkah persediaan dan berjaga-jaga hendaklah diambil dari sekarang sebagai perlindungan di masa depan.

Langkah persediaan menghadapi krisis ekononi :

  1. Persediaan sikap

Sikap kita perlu diubah agar fokus kepada perkara yang bermunafaat seperti pelaburan matawang dan emas daripada terlalu memikirkan krisis ekonomi. Jauhi berita-berita yang tidak sahih yang tersebar melalui media sosial seperti whatsapp, facebook dan sebagainya yang membuat fikiran berserabut, tidak berguna dan membuang masa.

Formula untuk bahagia dan berjaya dalam hidup ialah 5S iaitu Selalu, Senyap, Senyum, Sabar dan Syukur. Maksudnya dalam hidup ini kita mesti Selalu Senyum Sabar Senyap dan Syukur. “Selalu” bermaksud terus bertindak dan tindakan berterusan (konsisten). Sikap yang akan membolehkan kita bahagia walaupun mempunyai masalah atau mempunyai kesempitan wang ringgit iaitu senyum, sabar,syukur dan senyap. Senyap maksudnya tidak bercakap hal tidak baik, tidak berfaedah atau berhenti berbicara atau menulis berita tentang krisis ekonomi dan sebagainya yang tidak memberi faedah tanpa disusuli tindakan proaktif, tapi sebaliknya hanya mungkin akan mengundang kebencian dari kawan-kawan.

Pilihlah untuk berbahagia bukan bererti kita tidak peduli terhadap masalah-masalah di sekeliling kita ataupun memaksakan senyum di wajah kita, akan tetapi kita meluangkan lebih waktu untuk fokus pada hal-hal indah yang dapat memberikan kita kesenangan, membuat kita tersenyum dan bersyukur atas kehidupan ini.

  1. Persediaan tindakan hadapi krisis ekonomi.

Setelah persediaan sikap dan mental maka tindakan seterusnya ialah persedian tindakan menghadapi krisis ekonomi akibat kejatuhan nilai ringgit malaysia. Langkah persediaan pertama adalah berjimat cermat. Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia, kenaikkan harga minyak dan SST (cukai barangan dan perkhidmatan) menyebabkan harga barangan naik dan kuasa membeli berkurang jadi langkah penjimatan mesti dilakukan segera seperti langkah penjimatan perbelanjaan harian dengan hanya membeli barang keperluan penting, penjimatan minyak petrol dengan mengurangkan perjalanan, penjimatan tenaga elektrik dan penjimatan dalam semua aspek kehidupan.

Kita juga perlu mengurangkan pembelian barangan import dan melancong ke luar negara pada masa krisis ekonomi ini. Melancong ke luar negara yg mempunyai nilai matawang tinggi atau membeli barang import pada masa kejatuhan duit malaysia adalah merugikan kerana kita memperolehi nilai tukaran yang sedikit.

  1. Persediaan dana simpanan .Penyimpanan emas fizikal adalah persedian terbaik untuk menghadapi krisis ekonomi berbanding penyimpanan wang ringgit. Pengeluaran sebahagian simpanan wang adalah tindakan bijak semasa kejatuhan nilai wang kerana penyimpanan duit ringgit dalam bank mengurangkan nilai wang. Pembelian emas fizikal dan dijadikan simpan jangka panjang adalah warisan nenek moyang kerana harga emas akan meningkat, selamat, mudah dijual dan dibawa kerana berharga dan laku seluruh dunia. Bertindak lah membeli emas fizikal dan menabung emas pada harga rendah.Jangan tertipu dengan scammer pelaburan emas pula.Emas fizikal bermaksud emas yang dapat kita sentuh,usap dan cium.Lebih berbaloi beratur dikedai emas daripada beratur di balai polis untuk membuat repot ditipu scammer pelaburan emas.
  2. Persediaan bekalan makanan. Buatlah persediaan simpanan barangan keperluan asas yang mencukupi kerana ada ketikanya,walaupun mempunyai emas tetapi anda tetap tidak dapat menukarkannya dengan bahan makanan sekiranya terjadi krisis makanan yang teruk.Tidaklah keterlaluan sekiranya anda mula bercucuk tanam di sekeliling rumah untuk mendapatkan sayur-sayuran.Yang tinggal di luar bandar dan kawasan kampung juga bolehlah menternak sendiri sumber protein seperti ayam,itik & kambing untuk bekalan kegunaan sendiri.

Akhir kata,artikel ini hanyalah analisa penulis bedasarkan situasi semasa ekonomi negara kita dan dunia.Ianya bukanlah satu bentuk nasihat pelaburan.Pertimbangkanlah keputusan anda sendiri sebaik-baiknya.Berjimat cermat dan rancanglah kewangan anda sebaik-baiknya.Mencari wang bukanlah juga mudah bagi kebanyakkan orang.Semoga ekonomi negara kita dan ekonomi dunia kembali pulih secepat yang mungkin dan kita mampu hidup seperti dulu.

IKUT PENGETUA DAN GURU BESAR SESEBUAH SEKOLAH. KALAU JENIS GILA NAK MENUNJUK...RASAKAN GURU LAH...

 Kerjaya guru ini sebenarnya menyeronokkan bagi yang meminati. Aku percaya lebih separuh yang jadi guru hari ini memang meminati kerjaya ini.

Namun apa yang terjadi, tugas guru hari ini bukan hanya mengajar, bahkan terbeban dengan tugas perkeranian. Terlalu banyak kertas kerja.
Terbaharu, aku diberitahu guru kena rekod BMI para murid dan jika overweight atau obese, kena pula ada pelan intervensi. Kenapa jadi begitu?
Benda ni bagus. Bukan aku tentang. Tapi kaedah perlaksanaan tak bersesuaian. Sepatutnya ia diurus oleh pasukan daripada KKM. Bukan guru.
KPM memandang seolah para guru ini bekerja 24 jam sehari, tidak berkeluarga, tak punya suami atau isteri dan anak sendirii. Sebab itu dilambakkan segala jenis tugas.
Sepatutnya setiap sekolah ada pasukan pejabat sendiri. Yang menguruskan segala perkara yang berkaitan rekod dan kertas kerja.
Macam baru-baru ini aku buat laporan kematian ayah aku. Sepatutnya ada kerani yang buat. Akan lebih cekap. Bukan polis. Abang polis kerjanya berlari, menembak cekaplah.
Aku faham alasannya nanti soal gaji. Tapi duit yang bayar gaji menteri ramai-ramai, duta khas taraf menteri, penasihat itu, penasihat ini, dan banyak lagi boleh pula? Semua jawatan itu tak penting.
Jawatan penting seperti ini boleh kata tak ada duit pula. Sedangkan jawatan ini untuk kepentingan rakyat. Begitulah bila pemimpin penting diri.
Mereka yang tak kenal rapat dengan guru, takkan faham beban yang ditanggung. Sibuk ungkit cuti guru banyak. Cuba la sendiri jadi guru. Guane boh?
May be an image of 6 people and text that says "Anuar Ahmad 4d Follow NUTP maklumkan lebih 10,000 guru telah mohon untuk bersara awal Menurut NUTP lagi angka hampir sama banyak dengan guru bersara wajib. Maksudnya, 20,000 orang guru samada bersara wajib. Ambilan guru baru setiap tahun tidaklah seramai guru-guru yang tamat perkhidmatan. Lama kelamaan jika tidak diuruskan, akan berlaku kemerosotan bilangan guru dalam perkhidmatan di sekolah Sekarang dengan murid akibat kekurangan guru, bayangkan bilangan semakin nanti. #sekolahkuSejahtera https://bit.ly/3jPEKMU T HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINION WIHRM30,000' ix 'Trend mengejut' guru bersara awal membimbangkan, kata NUTP Parkaran April ,2022 759 Shares 717"

IMEJ SATELIT MENUJUKKAN KAWASAN NENGIRI TELAH GONDOL


 Ketua Amanah Kota Bharu telah menunjukkan Imej satelit membukti tanah di kawasan Nengiri telah digondolkan..

May be an image of ‎map, sky and ‎text that says "‎FOREST STATUS OF COMPARTMENT 47 NENGIRI FOREST RESEARVE ACQUIRED ON 30.03.22 1Pr #SaveKelantan 47 45 STATUS: PLANTATION PLANTATION.FOREST 46 TOTAL AREA: 225 HA MAXIMUMLG: aצם 53‎"‎‎
22 Ramadhan / Hari ke 22
Mata Air Musa a.s dan Mata Air Kita -
Usah Menempa Kemusnahan Sendiri
قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَآؤُكُمْ غَوْرًا فَمَن يَأْتِيكُم بِمَآءٍ مَّعِينٍۭ
"Katakanlah: 'Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu meresap ke dalam Bumi menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air melimpah yg mengalir bagimu (semula)?' ".
Al Mulk : 30
Ayat ini menggerunkan bagi sesiapa yg mampu merenung.
Ancaman yg dibawa oleh Ayat ini bukan kenyataan dari United Nation - yg mungkin benar akan terjadi mungkin tidak.
Ia datang dari Maha Pencipta Yang Maha Berkuasa Penuh. Yg memiliki 'single command' yg tak mampu dipertikai atau dihalangi KekuasaanNya. Hujung jatuh info akan datangnya tak bertepi.
Sumber air yg asalnya melimpah ruah akan kering meresap ke dalam Bumi pada titik terdalam. Sehingga keperluan paling asas ini sirna.
Kata مَّعِينٍۭ / ma'iin - membawa makna air yg mengalir atau melimpah, sehingga dapat dipandang mata.
Seperti kebanyakan anak-anak sungai dan sumber mata air-mata air di hutan-hutan kita. Begitu indah, mengasyikkan.
Deru mereka se akan Tasbih. Bersih dan jernih, mengalir bebas tersedia untuk diminum dan diguna pakai se maunya.
Hutanlah yg menjadi rakan kewujudan mereka. Apa lagi hutan hujan tropika seperti yg kita miliki.
Ia khazanah berharga yg tak ada nilainya.
Pada Ayat ini, dua kali kata مَآ /maa' atau air, wujud.
Sekali 'air (kegunaan) kamu'/ مَآؤُكُمْ / maa'ukum - merujuk kepada air kegunaan kita manusia. Yg selalu kita ambil mudah/'take for granted' yg ia akan ada selama-lamanya. Pada hal tidak!
Sekali 'dengan air yg melimpah ruah mengalir'/ بِمَآءٍ مَّعِينٍۭ.
Merujuk kepada nostalgia lama manusia pada satu akan datang mengenai keadaaan masa yg telah berlalu. Teringat dulunya sumber air melimpah ruah sehingga alirannya ada di mana-mana dan dapat dilihat mata.
Kerana itu, pada masa itu mereka mengambil mudah.
Sekalipun hutan-hutan asli dimusnahkan dengan sangat luas, aliran air itu tetap akan ada, pada sangkaan mereka. Apa nak kisah.
Pada hal, Allah mentadbir alam ini antaranya dengan hukum sebab akibat yg jelas - memperingatkan tidak begitu. Sangkaan itu salah sama sekali.
Pemusnahan oleh tangan-tangan kamu akan berakhir dengan meresapnya air itu ke dalam Bumi.
Panas matahari selepas hilangnya hutan-hutan itu menjadikan Bumi separuh mati dan menelan air-air itu ke titik terdalam - غَوْرًا / ghauran.
Pada masa itu, menangis tak berguna lgi.
Ia tidak akan terjadi esok. Namun, ia tetap akan terjadi jika peringatan Allah ini tidak diendahkan.
Antara dua masa dan dua keadaan ini, Ayat ini membawa kita merenung. Keadaan masa akan datang penuh kesusahan dan keadaan masa lalu penuh kenikmatan. Tetapi diabaikan Peringatan Allah.
Husam Musa
22 Ramadhan 1443H/ 24 April 2022
=====
(Nota : imej satelite di bawah dari kawasan Hutan Simpan Kekal Nenggiri yg diluluskan untuk penebangan habis. Ia menunjukkan bukit-bukit yg telah ditereskan dan hutan yg telah dibersihkan. Terdapat aliran anak-anak sungai yg masih kelihatan yg kini terdedah dan telah terganggu)
*Foto satelite bertarikh 30 March 2022 di Kompartmen 47 Hutan Simpan Nenggiri. Tidakkah ia memusnahkan?