PELESU....Hantaran tular berkait bantuan suri rumah palsu, kata JKM

 

Orang ramai dinasihat agar tidak mudah mempercayai maklumat palsu, sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab, menurut JKM.

PETALING JAYA: Hantaran “Tarikh Bantuan Raya JKM Mei 2022 – Bantuan Kanak-Kanak, Suri Rumah, Warga Emas” yang tular di media sosial adalah palsu, kata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

JKM memberitahu orang ramai disaran merujuk laman sesawang rasmi JKM menerusi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat lebih tepat.

“Sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab dengan membuat semakan terlebih dahulu dan merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini,” katanya menerusi kenyataan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) semalam.