JALAN HIDUP KITA TAK SAMA DENGAN ORANG LAIN, SINGKIRKAN ORANG NEGATIF



Hidup ini terlalu singkat untuk kita sibuk memikirkan ha-hal yang bodoh. Biarlah orang nak mengata di belakang kita. Biarlah orang nak reka cerita pasal kita. Cakap macam-macam, kata bukan-bukan pasal kita. Biarkanlah. Jangan kisah. Jangan ambil peduli. Bukan maksud kita bodoh atau takut. Cuma kalau kita layan. Kita balas. Kita dendam. Apa beza kita dengan mereka?. Jika tak mampu nak didik orang2 negatif ini, jauhkan diri dari mereka untuk jaga iman kita.


Untuk hidup tenang kita perlu singkirkan orang-orang yang menyesakkan kepala. Bercakap yang menyakitkan hati. Hanya mahu kita saja menjaga hatinya. Jenis tak mahu kalah. Singkirkan, kita tak perlu orang macam ni, hanya menyusahkan. Takde manfaat pun untuk hidup kita. Menghindari orang negatif bukan kerana kita mementingkan diri, tapi kita tak boleh memajukan diri bila dikelilingi orang begini. Jauhkan diri kita dengan orang negatif, mereka hanya memberi masalah bukan solusi.


Nikmati hidup kita, buat amal yang secukupnya. Teruskan ke depan capai cita-cita dan cinta kita. Bahagiakan keluarga kita. Dan jangan layan orang yang nak jatuhkan kita. Jangan biarkan orang negatif mengambil tempat dalam kepala. Singkirkan perbuatan mereka dan kata-kata mereka. Tak perlu kita ingat-ingat lagi. Jiwa kita akan lebih tenteram. Tak perlu cerita pada sesiapa. Allah lebih tahu apa yang kita rasa. Luahkan di dalam setiap doa kita.


Sehina-hina kita pada pandangan manusia. ALLAH lebih tahu, siapa lagi hina. Peduli cakap manusia, biarkan ALLAH menilai segala-galanya. Kenapa kita buat baik pun ada orang tak suka. Inilah kehidupan, tak semua kita buat orang suka. Tapi kita kena tahu, ALLAH dah atur terbaik untuk kita. Dalam Dunia ni, orang takkan faham kita. Kalau cuba puaskan hati orang, sampai mati pun tak boleh buat apa.


Nilaikanlah seribu kali diri sendiri sebelum anda menilai orang lain, kerana kita seringkali terlupa manusia masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Masing2 ada masalah tersendiri. Jika tak suka di nilai maka, berhentilah menilai orang lain.


Tak perlu nak mengata orang sangat, kalau diri sendiri pun tak perfect. Jangan ada rasa diri kita ni sentiasa bagus dari orang lain. Dan juga jangan rasa diri kita sentiasa betul dan orang lain salah. Bila kita selalu rasa diri kita sentiasa betul, mungkin kita ada masalah hati.


Aku ada dosa, kau pun juga ada dosa. Antara banyak atau sikit je jadi ukuran perbandingan. Tak perlu mendabik dada untuk meletakkan diri kita lebih mulia dari orang lain. Usah jadi manusia yang nampak silap orang lain, tetapi tidak nampak silap sendiri.


Kita tak boleh hidup keseorangan di atas muka bumi ini. Carilah sahabat yang sentiasa boleh membantu kita, bukannya yang cuba menjatuhkan kita. Lebih baik menjauhi dari orang yang merasa dia saja yang betul, dan kita sentiasa bersalah.



HUSAM MUSA : KERTAS SIASATAN DIBUKA KES BALAK KELANTAN

 

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) mengesahkan kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan berlakunya kes pencerobohan balak yang dikatakan berlaku di kompartmen 25 Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.

Pengarahnya Abdul Khalim Abu Samah turut mengesahkan JPNK juga mengeluarkan waran pemberhentian kerja pembalakan bagi dua syarikat yang diberi lesen.
Selain itu, katanya, tindakan menyita kayu-kayu balak terbabit juga diambil.
"JPNK sudah menyita kayu-kayan di kawasan hutan berkenaan.
"Dekat kawasan itu ada dua lesen dan kedua-dua lesen itu kami sudah keluarkan waran memberhentikan kerja," katanya kepada media selepas majlis pembukaan Seminar Ekspedisi Saintifik Pergunungan Lojing Kelantan 2022 di Kota Bharu, hari ini.
Terdahulu Malaysiakini melaporkan, polis menerima laporan berhubung kes pencerobohan balak yang didakwa berlaku di HSK Nenggiri.
Ia dibuat selepas pendedahan Pengerusi Save Kelantan Husam Musa yang mendakwa berlaku kecurian balak di kawasan berkenaan selain wujudnya pembalakan membabitkan hutan dara.

BETUL BETUL LUAR OTAK






Ini tak pasti. Pemikiran luar kotak atau pemikiran luar otak. Sama ada KBAT atau CBAT.

Nazri Aziz cadangkan agar musim banjir dijadikan pesta untuk tarikan pelancong atau pelancongan suka rela (volunteer tourism).

Aku malas nak ulas panjang. Bukan tak menarik idea dia. Agak menarik kalau dilihat seimbas lalu. Tapi ada perkara perlu difikirkan.

Pertama, banjir kita bukan banjir air jernih macam satu video yang aku pernah lihat berlaku di luar negara. Tapi banjir lumpur.

Lumpur pula datang bersekali dengan kayu balak. Jangan salah faham. Aku tak kata pembalakan punca banjir. Sebenarnya banjirlah yang jadi punca pembalakan.

Banjir yang berlaku juga ada meragut nyawa. Bukan sesekali tapi setiap kali. Bukan hanya seorang dua tapi berbelas bahkan berpuluh.

Jadi banjir yang berlaku di negara kita bukannya indah tetapi musibah.

Cuba beritahu aku, berapa ramai manusia berakal senget seperti Nazri yang hendak berpesta tatkala musibah sebegini melanda?

Cuma menariknya, Nazri kata, kalau kita dah tahu ia akan melanda setiap tahun, kenapa kita tak jadikan ianya seperti satu pesta.

Apa yang menarik?

Kenyataan Nazri membawa makna setiap tahun kerajaan tahu banjir akan melanda. Jadi jika begitu, sepatutnya setiap tahun kerajaan telah bersedia untuk hadapi bencana ini. Tapi kenapa yang berlaku adalah sebaliknya?

Daripada jadikan ianya pesta, dengan kerajaan nak kutip duit semasa rakyat ditimpa musibah, kan lebih baik kalau kerajaan persiapkan jentera untuk bantu rakyat.

Cadangan Nazri ni boleh diumpamakan seperti kenakan bayaran untuk menziarah jenazah. Tak tahu orang lain, tapi pada aku ianya sangat kejam.

Pelik manusia sebegini masih diberi peluang untuk berada dalam arena politik Malaysia. Sepatutnya dah lama dilenyapkan. Guane boh?

Raja Gelap

 

AUN...JOM BAKAQ KILANG- KAH..KAH.....DULU HANGPA SEMBANG DERAS SANGAT...LA APA MACIAM ? PADANG MERBOK LA APA LAGI.....

 

JAMZURI ARDANI

Ucapan tahniah lagi buat kerajaan Melayu Iseley ...

Carlsberg akan mengembangkan lagi operasi kilang arak di Malaysia dengan pelaburan baru berjumlah RM110 juta iaitu yang terbesar sejak 30 tahun lepas.




FOKUS BAJET KOMISEN, ABAI BAJET MAINTANANCE







NORMAN RADZUAN


Kita tiada budaya penyelenggaraan (maintenance culture)

FOKUS BAJET KOMISEN, ABAI BAJET MAINTANANCE

Kelemahan paling ketara yg menjadi budaya buruk di negara kita ialah kita mengamalkan budaya rasuah tetapi tidak mengamalkan budaya penyelenggaraan (maintenance culture).

Lihat di negara kita terutamanya bangunan kerajaan byk yg rosak (bangunan cat pudar, bilik kotor, lif rosak, lampu rosak, pintu rosak) lambat dibaiki atau tidak ada bajet utk dibaiki. Tapi jika bajet keramaian, bos pencen, bos tukar daerah, lawatan sambil belajar, jamuan mesyuarat bukan main sakan dibelanjakan.

Lihat lif2 di flat apartment di Malaysia baru 3 tahun dari 3 lif hanya tinggal 1 sahaja boleh pakai. Selebihnya dah 2 tahun rosak dibiarkan begitu sahaja.

Bab lif punya lah teruk budaya kita… kerosakan tersebut terpaksa dipanggil media (wartawan) utk pihak2 tertentu mengambil tindakan. Jika tidak sampai kiamat la lif tu dibiarkan rosak. Pelik ada maintenance fee, ada Ahli Majlis, ada YB pun tak jalan… cara berfikir org kita mcm negara dunia ke 3.

Lihat Stadium Nasional Bukit Jalil, bilik air teruk dan pengurusan padang pun teruk hingga menjadi sawah bila hujan. Stadium Shah Alam jgn cakap la dah mcm rumah hantu. Dari Menteri hingga pengurusan Stadium tak ada perasaan malu langsung.

Lihat tandas awam atau tandas masjid di Malaysia. Baru setahun sudah rosak utk di flush. Air bertakung dan busuk seolah olah tiada penyelenggaraan. Byk Masjid nampak hebat bangunannya tapi bilik air punya la teruk.

Dulu saya suka Bas Intrakota dan saya antara penggunanya. Tapi baru setahun dah pintu tak boleh tutup, kotor dan bas kadang2 bunyi enjin dah bising.

Pasal bas kotor ini sewajar setiap kali bas pulang ke stesen mestilah dicuci. Kemudian syarikat bas mesti ada unit maintenance bagi memastikan bas mereka diselenggara dgn baik.

Pernah tak anda terfikir adakah syarikat bas di Malaysia ini mereka ada peruntukkan utk mesin pencuci bas (bus wash) seperti di barat? Saya yakin tiada sb maintenance culture bukan budaya kita.

Kadang2 yg paling saya sakit hati lampu jalan atau di stesen LRT… jika seminggu bergelap tidak mengapa tetapi jika 2-3 bulan jalan2 utama ini bergelap… saya yakin tiada kesedaran dan bajet penyelenggaraan tiada.

Cuba kita lihat bangunan2 di kota London. Walaupun bangunan2 mereka ada yg berusia 100-200 tahun tetapi tetap utuh, bersih dan jauh lebih baik sesetengan bangunan di negara kita.

Lihat bas double decker London ada yg berusia 20 tahun tapi masih dlm keadaan baik. Sebab apa? Sebab mereka ada maintenance culture.

Begitu juga di HK. Jika anda menaiki feri ikonik mereka dari tanah besar ke pulau HK… walaupun feri itu berusia 50 tahun tetapi jauh lebih baik dari feri ke Pulau Pangkor. Bukan sekadar feri itu boleh digunakan tetapi ia bersih dan akhirnya menjadi tarikan utama pelancongan.

Kita tiada maintenance culture ini… yg kita ada adalah budaya rasuah. Sebab itu bangunan, stadium atau apa yg disebutkan tadi semua cepat rosak dan ada yg tidak boleh digunakan lagi.

Di UK mereka ada polisi tentang maintenance. Kerajaan mereka sejak dulu membudayakan penyelenggaraan di dlm masyarakat mereka. Sebab itu negara ini bangunan2 yg berusia ratusan tahun masih bagus dari segala serbi.

Bagi kerajaan UK… menangguh pembaikan kerosakkan hanya meningkatkan kos pembaikan. Atau tidak melakukan servis penyelenggaraan hanya akn meningkatkan kos pembaikan.

Contoh bumbung bangunan hendaklah diselenggara utk mengelakkan keserosakan yg akn mengakibatkan kos yg tinggi. Atau jika berlaku kebocoran hendaklah dibaiki segera jika tidak mungkin bumbung roboh akibatnya kos pembaikan melambung tinggi.

Di negara kita bila buat sesuatu projek yg difikirkan berapa komisen. Direct nego agar kroni dpt bahagian masing2. Soal maintenance lain cerita… bila projek penuh dgn rasuah ia tidak dibina mengikut spesifikasi yg akhirnya ia cepat rosak. Lebih parah bajet maintenance pula tiada dlm bajet tahunan.

Sebab itu buat jalan raya tak sampai setahun pecah sana sini. Lepas itu tiada penyelenggaraan… bila dibiarkan jalan raya semakin teruk dan memerlukan kos yg tinggi utk dibaiki. Akhirnya jalan raya Malaysia terutama di Sabah seperti di bulan.

Kita kena mengenal pasti faktor2 yg perlu dilaksanakan utk menerapkan budaya penyelenggaraan. Faktor komitmen pengurusan atasan adalah faktor yg paling utama.

Mereka perlu ada kesedaran dlm diri bahawa kerja adalah sebagai suatu amanah dan tanggungjawab yg perlu dilaksanakan. Bukan makan gaji buta, makan rasuah (makan komisen). Nak ubah kena ubah otak2 pemimpin yg hanya fikirkan maintenance diri dan bini.


MULA TEH TARIK PERCUMA......KALI NI AIR KETUM PULAK DAH...

 Pehh...untung ore kelate gomen bagi air ketum.

May be an image of drink
Air paip AKSB pagi ini. Jangan kata nak minum, memasak, nak basuh tangan pun tak tergamak kau.!!
Tak kesian ke dgn kedai makan, restoran yg terpaksa tutup kedai kerana air keruh pekat macam air kencing lembu?
Natam ni Amar.!! 😡

KERAJAAN MELAYU ISLE NI NAK NAIK GILA APA ? HARGA AYAM AKAN NAIK LAGI BULAN DEPAN?

 


Gila! Harga ayam bakal naik lagi bulan depan


Harga ayam dijangka naik bulan depan apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata susulan jangkaan kenaikan harga ayam, Kementerian Kewangan (MOF) sedang merangka pemberian bantuan kepada golongan memerlukan, yang akan dimuktamadkan hujung bulan ini.

“MOF akan laksanakan sesuatu untuk bantu mereka yang memerlukan, dalam berdepan dengan kenaikan harga ayam di pasaran,” katanya kepada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini hari ini.

Pada masa ini kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.

Sebelum ini dilaporkan pihak penternak berharap kerajaan mengapungkan harga ayam susulan penamatan subsidi kepada mereka. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berkuat kuasa 1 Julai, Putrajaya tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam.

Nanta berkata penamatan skim harga maksimum ayam bukan bermaksud kerajaan tidak mempedulikan pengguna, tetapi ia boleh menjejaskan industri ternakan ayam dalam jangka masa panjang, termasuk keadaan negara tidak lagi dapat mengeluarkan sumber ayam sendiri dan terpaksa mengimport.

“Sebab itu perlu diteliti secara mendalam, dan seharusnya kita hentikan harga maksima dan bantu pengguna yang berpendapatan rendah cara lain, bukan lagi subsidi pukal,” katanya, memetik Bernama.

Nanta dalam pada itu mengingatkan pemain industri agar tidak menggunakan kesempatan menerusi harga apungan dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Apabila harga ayam diapungkan, katanya KPDNHEP akan turut memantau aspek harga dan jika perlu akan menggunakan kuasa di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 sekiranya terdapat peniaga mencatut, yakni mengambil untung suatu barangan atau perkhidmatan secara berlebihan.

“Saya harap pihak industri tidak akan mengambil kesempatan dan menaikkan harga terlalu tinggi. Kita boleh terima sekiranya ia dilaksanakan dengan berpatutan, kerana kita pun tahu bahawa kos operasi telah meningkat,” katanya.

Pada majlis perhimpunan bulanan itu, Nanta menyerahkan watikah pelantikan kepada 12 daripada 16 Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) 2022-2023. Ditubuhkan pada 2000, MPPN dianggotai wakil persatuan pengguna, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan bagi membincangkan isu kepenggunaan.


RANKING SEKOLAH

 

Ada rakan baru semalam masa saya berforum, minta saya ulas mengenai ranking sekolah.

Saya dah kongsi dengannya tapi rasanya saya boleh kongsi di sini juga.

Sistem kita sekarang, kita pilih kesemua budak pandai2 kita letakkan dalam satu sekolah. Bila ramai dapat straight A kita tepuk tangan dan gelar mereka terbaik. Tapi bukankah itu perkara logik yang akan berlaku?

Dah semua budak2nya pandai belaka. Cikgu pula dihantar antara yang terhandal. Kemudahan pula cukup belaka. Kalau tak jadi yang terbaik, memang something wrong la!

Jangan salah faham. Bukan saya menentang. Cuma itu sistem normal yang kita ada.

Namun, kalau nak berfikir di luar kotak. Pada saya sekolah itu menjadi terbaik, apabila sekolah tu mengajar kanak2 orang asli atau pendalaman. Ada pula yang membimbing fakir miskin, anak yatim dan golongan rentan.

Tapi kerana berkat Cikgu dan Sekolah, kalau tak ramai dapat straight A’s pun, ramai yang masuk ke menara gading dan jadi orang berjaya.

Senang nak mengajar budak yang dah sedia kala pandai.

Tapi kalau budak yang daif dan terhad abilitinya, itu satu cabaran besar kepada sekolah. Kalau sekolah berjaya menaikkan taraf hidup mereka melalui pendidikan, itu pada saya makna tingginya kualiti sistem yang kita ada.

Pelajar straight A dari Taman Tun yang boleh tuisyen beberapa kali seminggu, ada beza pencapaiannya dengan budak straight A yang asal dari Kampung Manjoi. Di mana buku tambahan pun dia tak mampu beli. Tuisyen apatah lagi.

Budak kampung tu lah kita patut sanjung.

Makanya, perlu juga adakan award untuk sekolah luar bandar dan pendalaman yang berjaya merubah nasib anak bangsa hingga mereka berjaya.

Bukan hanya dikira dengan bilangan straight A semata2.…

There goes my sepuloh sen Description: 😊

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

TANPA BUANG MASA, RAFIZI GERAK KEMPEN PRU15 MELALUI AYUH MALAYSIA BERMULA 1 JULAI

 

Saya akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu bermula 1 Julai 2022 sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Jangkaan saya ialah Dewan Rakyat akan dibubarkan seawal Ogos atau September 2022 untuk membolehkan Bajet 2023 dibentangkan oleh kerajaan baru.

Tumpuan utama saya ialah untuk meyakinkan pengundi-pengundi dari tiga kumpulan iaitu:

1. Pengundi tegar KEADILAN dan Pakatan Harapan di kerusi-kerusi utama yang perlu dipertahankan

2. Pengundi atas pagar yang akan mengundi di kerusi-kerusi utama yang perlu dipertahankan

3. Pengundi kali pertama (dari kalangan pengundi muda bawah 25 tahun dan mereka yang tidak pernah mengundi selama ini) di kerusi-kerusi utama yang perlu dipertahankan

Saya berpendapat bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan boleh menjadi blok terbesar di Dewan Rakyat selepas PRU15 sekiranya:

i. Jumlah pengundi tegar pelbagai bangsa yang sebelum ini mengundi KEADILAN dan Pakatan Harapan dapat ditingkatkan untuk mencecah 70% jumlah keluar mengundi (dari purata 60% sedia ada sejak beberapa pilihanraya negeri, iaitu peningkatan 10%)

ii. KEADILAN dan Pakatan Harapan berjaya memikat kembali 5% dari pengundi atas pagar yang beralih sokongan selepas PRU14 dalam tahun 2018 dahulu untuk kembali mengundi KEADILAN dan Pakatan Harapan

iii. KEADILAN dan Pakatan Harapan berjaya mendapat 30% dari jumlah pengundi kali pertama pelbagai kaum

Saya akan berkempen menggunakan pentas Ayuh Malaysia memandangkan tahap kelesuan pengundi terhadap parti-parti sedia ada adalah tinggi.

Kempen akan bermula dengan satu latihan peringkat nasional kepada sukarelawan-sukarelawan Ayuh Malaysia yang akan diadakan pada hari Sabtu, 2 Julai 2022 dari jam 2 petang ke 5 petang di Kuala Lumpur.

Kami meletakkan sasaran 30,000 sukarelawan dari seluruh negara untuk berkempen bagi KEADILAN dan Pakatan Harapan di kerusi-kerusi marginal.

Latihan peringkat nasional akan memberi tugasan dan latihan kepada sukarelawan-sukarelawan dalam bidang khusus seperti Ejen Tempat Mengundi (PACA), kempen rumah ke rumah, kempen menelefon pengundi dan kempen media sosial.

Saya menjemput seberapa ramai rakyat Malaysia yang pernah menjadi sukarelawan, atau yang ingin menyumbang untuk hadir sebagai sukarelawan dan melalui latihan pusat pada 2 Julai ini.

Mereka yang berminat boleh mula mendaftar minggu ini dan butiran pendaftaran akan diberikan di laman www.ayuhmalaysia.org

Ayuh Malaysia juga akan mengadakan satu majlis kutipan dana pada hari yang sama, Sabtu 2 Julai 2022 bermula jam 8 malam bertempat di SJKC Chung Kwo, Kuala Lumpur. Tiket-tiket boleh mula dibeli minggu ini secara atas talian di laman www.ayuhmalaysia.org

Majlis kutipan dana itu adalah untuk melancarkan Tabung Trak bagi membiayai perbelanjaan menyediakan sebuah trak kempen untuk dibawa ke seluruh negara, seperti mana saya pernah berkempen di atas trak selama dua tahun sebelum PRU14 yang lalu.

Majlis kutipan dana itu akan diteruskan di Johor Bahru pada hari Khamis, 7 Julai 2022 (8 malam) dan Pulau Pinang pada hari Sabtu, 23 Julai 2022 (8 malam). Program serupa ke bandar-bandar lain akan diumumkan kemudian.

Selain dari dua majlis ini, bermula minggu ini, siaran kempen Ayuh Malaysia akan bermula setiap 2-3 hari di laman media sosial bermula hari Jumaat, 24 Jun 2022 ini.

Kandungan utama siaran kempen Ayuh Malaysia akan tertumpu kepada kupasan idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah-masalah utama yang dihadapi rakyat Malaysia sekarang termasuk lima teras kempen Ayuh Malaysia yang telah diumumkan sebelum ini.

Saya akan mengumumkan jadual kempen mengikut bandar dan kerusi-kerusi Parlimen minggu ini. Kempen ini meliputi dua pendekatan:

i. Kempen dengan trak secara ceramah kepada orang ramai untuk menarik minat rakyat kepada penyelesaian masalah secara membina dan kesan undi mereka kepada pentadbiran negara

ii. Diskusi dengan kumpulan tertentu mengenai isu-isu khusus yang diadakan di dalam dewan untuk mengupas pandangan pakar dan orang ramai dalam mencari penyelesaian kepada masalah-masalah negara

Kempen akar umbi sebegini akan disiarkan secara langsung melalui laman media sosial untuk diikuti seluruh rakyat Malaysia.

Saya sedang mengkaji beberapa masalah teknikal penganjuran kempen di peringkat akar umbi untuk mematuhi segala SOP yang masih perlu dititikberat sepanjang kempen ini.

Saya menyeru semua sukarelawan dan pendukung KEADILAN/Pakatan Harapan yang bersama-sama kempen saya dahulu untuk turut serta dalam kempen yang bermula 1 Julai 2022 ini.

Walaupun keadaan telah banyak berubah, saya percaya kesungguhan kita mendekati rakyat akan dapat memenuhi sasaran kempen untuk meningkatkan kadar keluar mengundi serta menarik minat pengundi atas pagar dan pengundi kali pertama.

Nantikan pengumuman-pengumuman kempen minggu ini untuk membina gelombang baru Ayuh Malaysia.

RAFIZI RAMLI


Timbalan Presiden PKR.



GEMPAR!! - AZMIN ALI KEMBALI KE PKR ? - MAHU LEMAHKAN GANDINGAN ANWAR IB...


Terdapat beberapa teori, mengenai tujuan pertemuan Azmin Ali, dengan 2 wakil PKR ini! Pertama, berkemungkinan sebagai wakil Muhyiddin Yassin, bagi membincangkan kerjasama khemah besar, untuk menghadapi PRU 15 nanti! Kemungkinan kedua, Azmin Ali sudah insaf, dan memohon untuk kembali kepangkuan PKR! Suatu langkah yang pasti akan menimbulkan keributan besar dalam kepimpinan baru PKR, terutamanya timbalan Presidennya yang baru dipilih, Rafizi Ramli! Apa pun, yang pasti Azmin Ali akan membuka semula luka pengkhianatannya kepada pendokong PKR , dan pakatan harapan!






RAFIZI BONGKAR! SANDIWARA PALING HEBAT! HUTANG PINDAH KE RAKYAT!



Jun 20, 2022 RAMAI YANG TIDAK PERCAYA DENGAN PENDEDAHAN DARIPADA RAFIZI RAMLI!! NAMUN AKHIRNYA SEDIKIT DEMI SEDIKIT KEBENARAN ITU DIBONGKARKAN DI DALAM MAHKAMAH!!

Wang UKSB: 'Kenapa hanya Zahid pendosa, adalah Muhyiddin maksum?'



Premiered 81 minutes ago Nur Jazlan Mohamed hari ini mempersoalkan mengapa hanya presidennya Ahmad Zahid Hamidi didakwa menerima rasuah daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB). Sedangkan kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu, terdapat lima lagi ahli politik lain yang didakwa terlibat, termasuklah Muhyiddin Yassin.

'Takkan SPRM tak tahu ada ahli politik terima wang dari UKSB?'