'Lakukan perkara yang betul, pengundi Atas Pagar akan kembali'





 

Pengundi Atas Pagar merupakan penentu kemenangan kepada KEADILAN atau Pakatan Harapan (PH) dalam sekian banyak pilihan raya.



Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor, golongan Atas Pagar yang membentuk 15 - 20% pengundi berdasarkan kawasan tidak keluar membuang undi. Hal ini menyebabkan KEADILAN dan Amanah kalah di banyak DUN yang sebelum itu dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu.



Bagaimanapun, strategi Rafizi Ramli yang akan menumpukan kepada kehendak dan isu pengundi Atas Pagar menyebabkan beliau dan pasukannya menang pada Pemilihan KEADILAN 2022.



Bagaimanapun, menurut Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang, kemenangan Rafizi bukanlah bermakna golongan Atas Pagar yang menyokong perjuangan Rafizi tetapi bukan anggota KEADILAN akan kembali dengan mudah untuk keluar mengundi pada PRU akan datang.



"Sekarang mungkin orang lihat apa yang Rafizi bawa itu, apa yang dia suarakan itu, adalah suara mereka.



"Jadi mereka rasa ok sokong Rafizi. Tetapi selepas itu mereka akan tengok apakah Rafizi atau KEADILAN lakukan. Kalau apa yang parti lakukan tak sama dengan apa yang kita war warkan, saya rasa mereka mungkin tidak balik (keluar mengundi) juga," katanya.



Bagi Lih Kang, parti perlu berhati hati dalam mendapatkan semula sokongan dengan mengetengahkan polisi yang betul. Katanya jika berlaku kesilapan dalam memberi isyarat kepada golongan Atas Pagar maka berkemungkinan sokongan mereka tidak boleh diraih.



"Kita kena hati hati sebab ini adalah tentang pilihan raya. Ini boleh tentukan kita kalah atau menang



"Saya rasa yang penting adalah suara (sebenar) rakyat," katanya.



Berbanding Umno yang mempunyai pengundi tegar dan tidak memperdulikan perkembangan politik semasa, KEADILAN dan Amanah mempunyai pengundi dalam kalangan golongan profesional dan yang tidak berparti membentuk 15 - 20% pengundi.



Pada PRU 14 lalu PH berjaya meyakinkan golongan Atas Pagar ini untuk menumbangkan BN bagi membentuk Malaysia yang lebih baik.



Namun persaingan politik selepasnya menyebabkan golongan berkenaan tidak lagi berminat untuk keluar mengundi dalam siri PRN.

 

BAGAIMANA PERANCANGAN SINGAPURA MENJAGA RAKYATNYA BERKAITAN MAKANAN

Singapura, negara yang tanahnya sekangkang kera. Ayam cukup dalam pasaran, harga terkawal, makanan lain mencukupi. Apa mereka buat?
(1) Mereka tubuh badan khas Singapore Food Agency (SFA) khas untuk memantau rantaian makanan dan kecukupan bekalan.
(2) GLC mereka terlibat dalam industri makanan asas dan ada subsidi terus dari Kerajaan, dengan itu mengekalkan harga rendah.
(3) Mereka galakkan peniaga tempatan buka ladang di luar negara dan bantu eksport masuk ke Singapura.
Qatar dan Arab Saudi, negara padang pasir, tanahnya kering kontang. Untuk pastikan rantaian makanan terjaga dan rakyat cukup makan, apa mereka buat?
(1) Kerajaan beli tanah di New Zealand dan USA, usaha kan ladang sendiri untuk bawa masuk makanan.
(2) Pelbagaikan negara pengimport makanan, tidak hanya bergantung kepada 1-2 negara.
Malaysia, negara kaya sumber asli. Tanahnya subur dari Perlis ke Sabah. Tetapi 65% makanan kita diimport dari luar. La ni tak cukup pula.
Di mana silap nya?
Saya percaya kita perlu kembalikan negara sebagai negara pertanian juga. Bukan sahaja negara industri. Ikutlah Jepun dan Thailand, mereka kekalkan industri pertanian sebagai industri induk negara, untuk kawal rantaian makanan. Walau pun ketika ini, mereka sudah menjadi negara industri.
Kita ni, masa zaman Tun kita bertukar dari jadi negara pertanian ke negara perindustrian. Zaman Najib kita tukar pula nak jadi negara perdagangan.
Nak membangun boleh janganlah sampai industri pertanian disisihkan.
La ni, Pak Menteri bagi solusi, kalau harga mahal, tanamlah sayur dan belalah ayam sendiri 😢
Cer bayangkan kalau Menteri PH yang cakap lagu ni. Sudah pasti penuh sarat wall FB kita dengan makian
dan hinaan. Cytro belah sana buat kerja bagi rakyat benci Kerajaan.
La ni harga naik dan ayam tiada pun newsfeed kita senyap sunyi.
Kata mereka kami ok je harga naik, janji bukan DAP 😅

LIYANA MARZUKI
May be an image of 1 person and text that says "Sinar Harian EDISI MB Perak saran rakyat tanam sayur, ternak haiwan sendiri 31 May 2022 altomate.io Special Offers at RM999 OPEN Sinar Harian Saarani Mohamad GOPENG Kerajaan Perak menyarankan supaya rakyat di negeri itu menanam sendiri sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri susulan kekurangan bekalan makanan yang dihadapi ketika ini. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah itu juga merupakan antara inisiatif bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga beberapa produk pertanian dan penternakan ketika ini."

Singapura sejak merdeka hanya ada 3 orang Perdana Menteri.

 


LIYANA MARZUKI


Singapura sejak merdeka hanya ada 3 orang Perdana Menteri.

Setiap kali tukar PM, PM yang sebelumnya akan dilantik sebagai Menteri Kanan/ Senior Minister.

Bila dah masuk PM ke-3, PM pertama dilantik sebagai Menteri Mentor dan PM ke-2 dijadikan Menteri Kanan. Sampai begitu sekali mereka susun agar pelan pembangunan negara diteruskan.

Sebelum PM baru dilantik, mereka pastikan PM baru ini betul2 bersedia. Semuanya ada kelulusan Ivy League dan lalui semua pusingan berkhidmat dalam pentadbiran Kerajaan. Daripada Kementerian Pengguna, Perdagangan hinggalah Kewangan.

Baru2 ni PM Lee Hsein Loong, 70 tahun, dah umumkan beliau akan bersara. Mereka telah namakan Lawrence Wong, 49 tahun, yang sekarang memegang portfolio Menteri Kewangan sebagai bakal PM Singapura ke-4. Muda belia lagi bakal PM Singapura.

Yang pasti, Singapura merdeka selepas kita. 60 tahun berlalu, sekarang Singapura merupakan antara negara terbaik dunia dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan.

Cuba tengokkan mereka punya “SUCCESSION PLAN”. Ini pada saya rahsia kejayaan mereka yang negara lain boleh contohi.

Tapi di Malaysia, yang dah khianat mandat rakyat dan berpeluang jadi PM sekali, mintak diangkat jadi PM lagi sekali.

Yang dah dua kali jadi PM pun, dah start bunyi macam nak naik jadi PM tiga kali.

Yang bekas PM dah kena hukum penjara pun, meroyan tiap2 hari di FB untuk kekal relevan, mana tahu ada peluang diangkat kembali.

Ya rabbi…

Politik kita dah jadi toksik. Politik merry-go-round nak jadi Perdana Menteri.

Selagi dinosaur tak sedar diri, selagi itulah Malaysia stuck lagu ni….

#ohmalaysiaku #saynotopersonalitypolitics

 

'Mengucap panjang lihat cucu sarat mengandung mati ditembak'


THE VOICE

Setoonpdrs4626hma1ggl00466gfc01053951hh102  · 

'Mengucap panjang lihat cucu sarat mengandung mati ditembak'

PASIR MAS: "Dia (cucu) hanya memberitahu mahu keluar untuk mengurut, selain meminta saya supaya menjaga tiga anaknya kerana mengalami lenguh badan akibat mengandung.

"Saya tak sangka dia tidak pulang dan hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa ditemui," luah Zawiah Sulong, 68.

Zawiah adalah nenek kepada seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan yang ditemui mati dengan kesan tembakan pada perut dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Kampung Repek, di sini, petang semalam.

Beliau berkata, cucunya berusia 26 tahun itu keluar sekitar jam 8 malam kelmarin dan tidak pulang keesokan harinya menyebabkan dia sendiri cuba mencari dengan pergi ke rumah rakan mangsa.

"Malah, saya cuba menghubungi ibunya yang tinggal di Kampung Bechah Kelubi, Bukit Panau, namun diberitahu anaknya itu tidak pulang ke sana.

"Perkhabaran itu meresahkan saya sehinggalah ada saudara beritahu kereta milik cucu tersadai di tepi jalan. Saya segera ke lokasi dan terkejut melihat kehadiran polis dan orang ramai.

"Barulah saya tahu kejadian sebenar. Mengucap panjang melihat cucu kesayangan kaku di dalam kereta sudah tidak bernyawa lagi," katanya tiga anak arwah berusia tiga hingga 10 tahun.

Zawiah berkata, ketiga-tiga anak mangsa masih berada dalam keadaan terkejut, malah anak paling bongsu asyik menangis 'mencari' ibunya itu kerana mereka sangat rapat.

"Dia (mangsa) seorang cucu yang sangat baik dan peramah, tidak suka keluar malam kecuali jika ada urusan penting saja.

"Selain itu, dia juga tidak pernah bercerita jika ada bermusuh atau sebagainya. Saya reda dengan apa yang terjadi dan perlu kuat demi untuk terus menjaga anak mangsa yang masih lagi trauma dengan kejadian ini.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bechah Kelubi seperti mana permintaan ibu kandungnya sebaik segala proses bedah siasat selesai," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, dia berharap pembunuh cucunya itu dapat segera ditahan dan dikenakan hukuman yang setimpal.

 


 

Hati-hati dengan drug mule yang berkeliaran di-airport.

 

Hati-hati dengan drug mule yang berkeliaran di-airport.

Catatan ini saya tulis pada tahun 2018 semasa berada di Vienna Airport setelah sebulan berkembara di negara-negara Eastern Europe.

Selepas check-in kami mencari tempat yang tiada ramai orang untuk dinner sandwich sardin (sardin lagi!!).

Banyak seat kosong kerana flight kami malam, memang tak ramai travellers di Vienna airport pada masa itu.

Sambil menikmati sandwich sardin, seorang perempuan datang dan duduk sebelah saya, walhal banyak lagi kerusi lain yang kosong.

Dalam hati terlintas takkan ada orang nak mengorat saya dalam umor sebegini 😛(mesti kembang wife saya bila dia baca ni).

InsyaAllah saya tak mudah cair dengan ujian tiga “TA”.

Saya memberitahu rakan-rakan:

“Korang tengok perempuan sebelah saya, mesti dia menyampuk sat lagi. She is up to something.”

Memang betul jangkaan saya kerana perempuan tersebut memulakan perbualan,

“Where are you going sir” tanya wanita tersebut.

“Bangkok, you?” saya bertanya balik secara polite.

“I am going to Colombo, can you help me sir” jawab beliau.

Saya dah agak dan memang dah bersedia memintas persoalan beliau.

“If you are asking for money, i am so sorry i can’t give you any” ucap saya.

Memang dah banyak kali sebagai traveller saya terserempak dengan orang yang tidak dikenali terlalu baik dengan kita.

Mesti ada udang disebalik mee.

“No No sir, i don’t want your money. I want your help to carry some baggage for me”.

Memandangkan saya ke Bangkok dan beliau ke Colombo sudah tentu kami berlainan flight.

Dia nak minta saya tolong bawakan barangan dia melepasi security checkpoint.

Dalam kepala saya, dah sah dia ini seorang professional drug mule.

“You know, it is very dangerous to carry someone’s baggage especially in airports. It could be illegal stuffs you are carrying. You know the consequences, right” saya memberitahu beliau.

“I am not saying you are carrying any illegal stuffs but if someone ask you to carry their baggage through security, would you do it” saya berleter lagi.

Saya nampak beliau diam sahaja dan menarik bag beredar dari situ.

Saya perhatikan beliau mundar mandir, agaknya mencari mangsa.

“Dosa” paling besar di airport adalah membawa baggage orang lain tanpa anda ketahui apa di dalamnya, apatah lagi dari orang yang tidak dikenali.

Terlalu ramai yang sudah terkena tahan dan merengkok dalam penjara atau dihukum mati kerana membawa dadah dari sindiket drug mule ini.

Pernah ada satu tour agency Malaysia meminta tolong seorang dari guest mereka membawa satu barang ke Australia tanpa diberitahu apa barangannya.

Beliau ditahan di airport kerana membawa barangan tersebut berupa Australian dollars melebihi dari had yang dibenarkan.

Adalah elok untuk kita berperangai baik tetapi ada masa perlu berkurang ajar terhadap mereka yang cuba menggunakan kita.

Semoga kisah ini bermanfaat.

Catatan oleh:

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

FB: Zainuddin Omar

 

RAKYAT TAK DESAK. TAPI KLUSTER MAHKAMAH DESAK...MACAM LA UMNO BOLEH MENANG....TAK ADANYA MACAM ZAMAN DULU DULU...

 

Rakyat tak desak PRU15 diadakan lebih awal, ia hanya desakan politik, kata KJ





Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (tengah) bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Melaka, Sambutan Hari Denggi Asean dan Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan di Melaka hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pelaksanaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat hanya “desakan politik” berbanding “desakan rakyat”, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Ahli Parlimen Rembau itu, berkata negara kini masih berada pada fasa peralihan endemik, belum memasuki fasa endemik untuk membenarkan aktiviti tanpa kawalan kesihatan, termasuklah ceramah besar-besaran.

Katanya, sehingga kini Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih dikuatkuasakan dan pelaksanaan PRU15 dalam masa terdekat hanyalah desakan ahli politik yang tidak memikirkan soal kesihatan rakyat.

“Saya sebagai menteri kesihatan masih mengisytiharkan Malaysia sebagai kawasan pandemik Covid-19 dan dalam fasa peralihan endemik, maksudnya kita masih lagi adakan beberapa sekatan seperti memakai pelitup muka.

“Kalau nak jaga kesihatan awam, kita tunggu beberapa bulan lagi hingga ke fasa endemik dan saya lebih selesa (PRU15 diadakan) sebagai menteri kesihatan pada waktu itu, lagipun tiada desakan daripada rakyat, sebaliknya lebih kepada ahli politik,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki yang konsisten mendesak PRU15 diadakan dengan alasan mandat rakyat harus dikembalikan.

BILA TANDA AKHIR ZAMAN-CUACA TAK MENENTU

 


JAMZURI ARDANI










Kemarau paling buruk di California, banjir besar di Florida. Kemarau di India, banjir di Bangladesh.

Di Brazil, petani-petani mengeluh kerana perubahan cuaca yang sukar diramal menyebabkan kerugian besar ke atas sektor pertanian di negara tersebut.

Rantaian bekalan makan dunia semakin meruncing apabila cuaca Bumi semakin tidak menentu.

 

UNTUK MAKLUMAT NIK AMAR. BUKAN SENGAJA DISENSASIKAN ,TAPI POLIS YANG MAKLUMKAN...JANGAN KATA POLIS SENSASIKAN PULAK...MENYALAHKAN ORANG SAJA KERJANYA.

 

Kelantan catat trend peningkatan jenayah seksual, kata polis






Pemangku Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun, berkata sepanjang tahun lalu, sebanyak 228 kes membabitkan jenayah seksual termasuklah seks luar tabii dilaporkan di negeri berkenaan.

PETALING JAYA: Polis Kelantan menyatakan kebimbangan berhubung trend peningkatan jenayah seksual di negeri itu mengambil kira banyak menerima laporan berkait kes berkenaan, kata Pemangku Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun.

Katanya, perlakukan jenayah itu membabitkan gangguan seksual, rogol, cabul dan sumbang mahram.

“Sepanjang tahun 2021 sebanyak 228 kes membabitkan jenayah seksual termasuklah seks luar tabii telah dilaporkan.

“Bagaimanapun sejak Jan hingga Mei tahun ini sebanyak 76 kes jenayah seksual telah dilaporkan berbanding 84 kes untuk tempoh yang sama tahun lalu,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Semalam, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah, berkata sikap suka mensensasikan kes rogol dan sumbang mahram khususnya membabitkan Kelantan menjadi punca negeri itu menjadi “sohor”.

Katanya, selain sikap warganet itu, laporan dibuat media juga dikatakan menambah kehangatan berhubung isu berkenaan.

Zaki ketika mengulas lanjut, berkata polis akan terus berusaha memberikan kesedaran kepada masyarakat berkait dengan jenayah seksual khususnya dalam kalangan pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata, golongan ibu bapa juga disaran memainkan peranan dalam mengelakkan jenayah ini berlaku kepada anak-anak mereka.

Katanya, pada masa sama individu yang menjadi mangsa kepada jenayah ini perlu terus diberikan bimbingan untuk mereka kembali bangkit daripada kejadian itu.

“Pendedahan yang dibuat ini bertujuan untuk mendidik supaya masyarakat faham betapa bahaya kesan jenayah ini kepada anak-anak.

“Kita harap ibu bapa dapat mengambil iktibar dalam usaha mencegah perkara ini daripada terus berlaku,” katanya.


Jawatan kosong di Proton, gaji cecah RM2,000 – RM6,000


 


Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Proton mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Yang Ditawarkan

Juruteknik Automotif

  • Gaji: RM2,000-RM6,000 (Rujuk Maklumat Penuh Gaji)
  • Lokasi: Rujuk Iklan Rasmi

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kelayakan akademik

Mempunyai pengelaman bekerja

Cara Memohon Jawatan

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati  di website proton..

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan terus ke website proton..

Maklumat Syarikat

Teknologi automobil yang menjadi kebanggaan dan simbol inovasi dan dedikasi Malaysia. 1985 menandakan tahun penting dalam sejarah Malaysia apabila kereta nasional pertama negara, Proton Saga, dilancarkan untuk orang ramai.

PROTON lebih daripada sekadar sebuah syarikat kereta kerana penubuhannya sebagai pemacu utama pembangunan negara telah menyaksikan jenama itu mempercepatkan keluk pembelajarannya melalui pemindahan teknologi dengan perkongsian strategik dan kerjasama teknikal.

Hari ini, PROTON terus mereka bentuk dan membina kereta yang kekal sebagai impian sukar difahami bagi kebanyakan negara, tetapi menjadi kenyataan untuk Malaysia pada tahun 1985 dan sejak itu memacu landskap industri automotif Malaysia.

Umno kembali bergolak, terkini 3 ketua Puteri Umno negeri dipecat tanpa sebab

 


Umno kembali bergolak, terkini 3 ketua Puteri Umno negeri dipecat tanpa sebab

Pemecatan Ketua Puteri UMNO Perak, Suzmaniza Sulaiman secara mengejut menyebabkan gerak kerja sayap UMNO itu sedikit terganggu.

Mengakui perkara itu, Suzmaniza berkata, keputusan menggugurkannya sebagai Ketua Puteri UMNO negeri hanya dimaklumkan pada selepas Mesyuarat Agung Khas UMNO 15 Mei lalu.

Menurutnya, selain Perak, Ketua Puteri UMNO Selangor dan Johor turut menerima nasib sama digugurkan daripada jawatan masing-masing.

“Saya sebenarnya agak terkilan dengan pengguguran ini kerana tidak ada sebarang alasan diberikan malah sehingga kini tiada sebarang surat pemecatan dikeluarkan oleh Puteri UMNO Pusat.

“Tindakan ini sedikit menjejaskan semangat rakan-rakan Puteri UMNO Bahagian kerana kami sudah bergerak bersama-sama dan merancang pelbagai program apatah lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Suzmaniza berkata, beberapa perancangan telah dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana kehilangan jawatan secara tiba-tiba antaranya memperkukuhkan jentera pilihan raya Puteri UMNO, selain turun padang ke bahagian-bahagian bagi melihat persiapan jentera Puteri.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan sudah mengemukakan beberapa calon dalam kalangan Puteri UMNO untuk diangkat sebagai calon pada PRU15 nanti.

Katanya, tiga nama sudah dikemukakan kepada UMNO Perak untuk diletakkan sebagai calon di kerusi yang dirasakan sesuai untuk ditandingi wakil Puteri UMNO.

“Saya harap Puteri UMNO Perak di bawah kepimpinan baharu dapat bergerak dengan proaktif dan merancang pelbagai program untuk memperkasakan Puteri UMNO.

“Paling penting, kita berharap Puteri UMNO akan diberi peluang bertanding pada PRU15 nanti, bukan hanya tiga orang calon tetapi mungkin lebih dari itu,” katanya yang memegang jawatan tersebut sejak tahun 2018.

Puteri UMNO Perak mendapat ketua baharu apabila Ketua Puteri UMNO Bahagian Lenggong, Rohaida Mohamad Yaakub dilantik ke jawatan tersebut menggantikan Suzmaniza.


MB NUSI BAKAL TUMBANG DI KEDAH


 

ISTERI YANG MENUTUP KEMISKINAN SUAMINYA..


Ada sebuah kisah, ada seorang suami yang menangis sedikit teresak di sisi sahabatnya.

Lalu sahabatnya bertanya "Kenapa kau menangis ?"

Suami itu menjawab "Isteri aku sedang demam".

Sahabatnya bertanya lagi "Seberapa

hebat

sayangnya engkau kepadanya ? Hingga dia demam sahajapun engkau sudah menangis seperti ini".

Suami itu menjawab lagi "Kau tak kenal isteri aku itu bagaimana.."

Dia pun mula menceritakan,

"Aku ini miskin. Aku ni tak ada kerja tetap. Setiap hari keluarga aku hanya makan kacang, itupun jika aku dapat balik awal"

"Pernah ketika aku tak dapat balik rumah, isteri aku hanya ada 2 pilihan sahaja sama ada dia akan berpuasa atau minum air putih sepanjang hari.."

"Satu hari, aku sekeluarga dijemput oleh mertua aku ke rumahnya, memang isteri aku dari kalangan keluarga yang agak berada.."

"Masa aku sedang duduk-duduk berbual bersama mertua dengan hidangan yang lazat dan enak, mata aku tak nampak di mana isteri aku berada lalu aku bertanya kepada mertuaku sama ada dia nampak isteri aku ada di mana.."

Ibu mertua aku menjawab,

"Isteri kamu ada di dapur, dia mencari kacang. Katanya dia sudah agak jemu dengan lauk daging, ayam dan semacamnya sehingga dia teringin cuma nak makan kacang"

Ayah mertuaku yang mendengar terus mencelah,

"Terima kasih banyak-banyak kerana jaga anak kami. Secukupnya diberi nafkah dan seeloknya dijaga sampai ayam dan daging pun dia terasa jemu".

"Saat itu dadaku terasa sesak sekali. Aku seupayanya menahan agar tidak menangis. Sekalipun hati aku sebenarnya tidak dapat menahan tangisan".

"Lalu saat sudah balik ke rumah, setibanya di rumah aku terus memeluk erat isteriku sambil menangis teresak-esak".

"Wahai isteriku. Sebegitu sekali kau menjaga keaiban dan kekurangan suamimu hatta di pandangan ayah ibumu sendiri. Sedangkan ku tahu terlalu banyak kekurangan yang ada padaku sehingga dirimu selalu hampir tak makan seharian".

Isteri aku menjawab,

"Ku harus menjalankan tanggungjawabku. Tanggungjawabku adalah menjaga sepenuhnya kehormatanmu wahai suami. Soal tanggungjawabmu kepadaku, aku sentiasa berdoa agar Allah lah yang akan mempermudahkan untukmu melaksanakannya. Kerana aku menjadi isterimu, keranaNya".

Sumber : Ustaz Uthman Daud