Hati-hati dengan drug mule yang berkeliaran
di-airport.
Catatan ini saya tulis pada tahun 2018 semasa
berada di Vienna Airport setelah sebulan berkembara di negara-negara Eastern
Europe.
Selepas check-in kami mencari tempat yang tiada
ramai orang untuk dinner sandwich sardin (sardin lagi!!).
Banyak seat kosong kerana flight kami malam, memang
tak ramai travellers di Vienna airport pada masa itu.
Sambil menikmati sandwich sardin, seorang perempuan
datang dan duduk sebelah saya, walhal banyak lagi kerusi lain yang kosong.
Dalam hati terlintas takkan ada orang nak mengorat
saya dalam umor sebegini (mesti kembang wife
saya bila dia baca ni).
InsyaAllah saya tak mudah cair dengan ujian tiga
“TA”.
Saya memberitahu rakan-rakan:
“Korang tengok perempuan sebelah saya, mesti dia
menyampuk sat lagi. She is up to something.”
Memang betul jangkaan saya kerana perempuan
tersebut memulakan perbualan,
“Where are you going sir” tanya wanita tersebut.
“Bangkok, you?” saya bertanya balik secara polite.
“I am going to Colombo, can you help me sir” jawab
beliau.
Saya dah agak dan memang dah bersedia memintas
persoalan beliau.
“If you are asking for money, i am so sorry i can’t
give you any” ucap saya.
Memang dah banyak kali sebagai traveller saya
terserempak dengan orang yang tidak dikenali terlalu baik dengan kita.
Mesti ada udang disebalik mee.
“No No sir, i don’t want your money. I want your
help to carry some baggage for me”.
Memandangkan saya ke Bangkok dan beliau ke Colombo
sudah tentu kami berlainan flight.
Dia nak minta saya tolong bawakan barangan dia
melepasi security checkpoint.
Dalam kepala saya, dah sah dia ini seorang
professional drug mule.
“You know, it is very dangerous to carry someone’s
baggage especially in airports. It could be illegal stuffs you are carrying.
You know the consequences, right” saya memberitahu beliau.
“I am not saying you are carrying any illegal
stuffs but if someone ask you to carry their baggage through security, would
you do it” saya berleter lagi.
Saya nampak beliau diam sahaja dan menarik bag
beredar dari situ.
Saya perhatikan beliau mundar mandir, agaknya
mencari mangsa.
“Dosa” paling besar di airport adalah membawa
baggage orang lain tanpa anda ketahui apa di dalamnya, apatah lagi dari orang
yang tidak dikenali.
Terlalu ramai yang sudah terkena tahan dan merengkok
dalam penjara atau dihukum mati kerana membawa dadah dari sindiket drug mule
ini.
Pernah ada satu tour agency Malaysia meminta tolong
seorang dari guest mereka membawa satu barang ke Australia tanpa diberitahu apa
barangannya.
Beliau ditahan di airport kerana membawa barangan
tersebut berupa Australian dollars melebihi dari had yang dibenarkan.
Adalah elok untuk kita berperangai baik tetapi ada
masa perlu berkurang ajar terhadap mereka yang cuba menggunakan kita.
Semoga kisah ini bermanfaat.
Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: Zainuddin Omar