GERAKAN REFORMASI DITERUSKAN

 GERAKAN REFORMASI DITERUSKAN






Wan Azizah, Tuan Sabariah kongsi duka kehilangan suami 

 

 

 

 

Solidariti Bersama Anwar- Bahagian 1

Sakmongkol




 Ianya sudah pun bermula. Pemenjaraan Anwar hanya memberi sebab untuk meningkatkan usaha. Ia nya percikan api pemula yang membakar padang rumput kering yang luas. Biarkan sejuta bunga kesedaran menyeri.


Saya terjemahkan suatu tulisan yang disiarkan oleh sahabat saya Walla. Tidak sedikit jejaka UMNO yang menalipon saya mahukan nombor talipon Walla yang mempunyai wajah lebih cantik dari Neelofa dan Siti Nurhaliza.

Saya kata- jangan buang masa. Sudah lama si cantik Walla jadi makanan ketua bahagian dan ketua pemuda UMNO.



Terjemahan.

Sejak bertahun, mereka mahu benamkan Anwar. Sekarang mereka telah menggunakan insitusi kehakiman yang nampak dengan angkuh menepikan isiu2 yang dibangkitkan oleh pihak pembela.

Keputusan hakim yang diberi terdengar seperti suatu monolog pihak pendakwa. Jika Mr Spock dari SS Enterprise mendengar nya, telinga nya yang menegak akan kendur penuh kehairanan.

Tapi apalah yang mahu dihairankan apabila system kehakiman yang sama telah gagal memberi keadilan kepada kes yang melibatkan seorang bangsa Mongol?

Kerakusan untuk menghumban sesetengah orang dari kandang mahkamah tanpa perbicaraan adil membayangkan motif politik.

Dalam kes si Mongolia, motif nya ialah menyembunyi. Dalam Kes Anwar, motif nya ialah mendedah. Memburaikan. Lagi terperinci lagi bagus. Nampak sangat tidak konsisten nya.

Ia membawa kita kepada persoalan mengapa Dr Mahathir menyeru supaya orang ramai menerima keputusan mahkamah sebelum ianya diumumkan?

Dengan menyedari baahwa Anwar Ibrahim akan memusuhi nya jika dibebaskan, mustahil Mahathir menyeru orang menerima keputusan mahkamah jika keputusan itu membebaskan Anwar. Tidak begitu?

Maka, Dr Mahathir tentulah sudah mengetahui dahulu bahawa keputusan nanti tentu akan membayangkan usaha tidak padam dan gigih untuk membuang Anwar dari lanskap politik Malaysia.

Jadi bagaimana Dr Mahathir tahu hukuman nya jika dia tidak diberitahu terlebih dahulu oleh mereka yang mengetahui keputusan hakim?

Soalan nya, mengapa perlu para hakim atau yang tahu keputusan hakim memberi tahu keputusan tersebut kepada mereka yang berkepentingan mendahului pembacaan hukuman kepada orang dalam kandang tertuduh?

Adakah bila Jabatan PM bercakap mengenai keadilan individu, ianya suatu omongan kosong dan publicity stunt? Jadi mana keadilan kepada Anwar Ibrahim?

Yang hilang dari prosiding mahkamah hari iu ialah prinsip bebas dari sebarang kemunasabahan kesangsian./beyond reasonable doubt. Prinsip ini tidak dikupas. Prinsip ini menetapkan, jika terdapat sebesar zarrah pun kesangsian, maka yang tertuduh mesti dibebaskan. Membuktikan tidak bersalah bukan tanggung jawab yang tertuduh. Pendakwa mesti membuktikan kesalahan merentangi prinsip kemunasabahan kesangsian!

Maka yang demikian, Malaysia mungkin merupakan negara pertama didunia, dimana seorang insan didakwa, ditekan dan ditamatriwayatkan dengan menggunakan agakan agakan disamping DNA yang luput waktu.

Tidak syak lagi hyparmarket2 diseluruh dunia berminat untuk mengetahui proses saintifik apa yang telah digunakan untuk melanjutkan hayat hidup barangan2 yang boleh luput.

Kehidupan Anwar Ibrahim yang dicemari oleh musuh politik nya  menjadi suatu kehidupan yang menyeksakan. Dia mungkin melakukan banyak kesilapan semasa dalam UMNO. Bezanya ialah , manakala parti lama nya terus menerus melakukan musibah dan onar seperti membiarkan seorang individu yang penakut lagi bodoh cuba menidurkan masyarakat yang laparkan keadilan dengan menggunakan Akta Hasutan, Anwar membetulkan diri nya untuk menebus kesilapan lampau. Dia lakukan demikian walaupun menyedari bahawa melakukan demikian, dia akan mendedahkan dirinya dan keluarganya berdepan dengan serangan demi serangan tidak bermaruah, seluruh jentera kerajaan yang dikuasai oleh suatu parti politik  yang jahat.

Mereka tidak puas dengan hanya dengan mata lebam. Mereka mahu memancung kepala nya. Selama ini apa sebenarnya yang Anwar telah lakukan? Kecuali memberi pidato yang berapi dan bersemangat diatas pentas yang dibasahi hujan?