GERAKAN REFORMASI DITERUSKAN
Solidariti Bersama Anwar- Bahagian 1
Sakmongkol
Ianya sudah pun
bermula. Pemenjaraan Anwar hanya memberi sebab untuk meningkatkan usaha. Ia nya
percikan api pemula yang membakar padang rumput kering yang luas. Biarkan sejuta
bunga kesedaran menyeri.
Saya terjemahkan
suatu tulisan yang disiarkan oleh sahabat saya Walla. Tidak sedikit jejaka UMNO
yang menalipon saya mahukan nombor talipon Walla yang mempunyai wajah lebih
cantik dari Neelofa dan Siti Nurhaliza.
Saya kata-
jangan buang masa. Sudah lama si cantik Walla jadi makanan ketua bahagian dan
ketua pemuda UMNO.
Terjemahan.
Sejak bertahun,
mereka mahu benamkan Anwar. Sekarang mereka telah menggunakan insitusi kehakiman
yang nampak dengan angkuh menepikan isiu2 yang dibangkitkan oleh pihak pembela.
Keputusan hakim yang
diberi terdengar seperti suatu monolog pihak pendakwa. Jika Mr Spock dari SS
Enterprise mendengar nya, telinga nya yang menegak akan kendur penuh
kehairanan.
Tapi apalah yang
mahu dihairankan apabila system kehakiman yang sama telah gagal memberi
keadilan kepada kes yang melibatkan seorang bangsa Mongol?
Kerakusan untuk
menghumban sesetengah orang dari kandang mahkamah tanpa perbicaraan adil
membayangkan motif politik.
Dalam kes si Mongolia,
motif nya ialah menyembunyi. Dalam Kes Anwar, motif nya ialah mendedah. Memburaikan.
Lagi terperinci lagi bagus. Nampak sangat tidak konsisten nya.
Ia membawa kita
kepada persoalan mengapa Dr Mahathir menyeru supaya orang ramai menerima keputusan
mahkamah sebelum ianya diumumkan?
Dengan menyedari
baahwa Anwar Ibrahim akan memusuhi nya jika dibebaskan, mustahil Mahathir menyeru
orang menerima keputusan mahkamah jika keputusan itu membebaskan Anwar. Tidak begitu?
Maka, Dr
Mahathir tentulah sudah mengetahui dahulu bahawa keputusan nanti tentu akan
membayangkan usaha tidak padam dan gigih untuk membuang Anwar dari lanskap
politik Malaysia.
Jadi bagaimana Dr
Mahathir tahu hukuman nya jika dia tidak diberitahu terlebih dahulu oleh mereka
yang mengetahui keputusan hakim?
Soalan nya,
mengapa perlu para hakim atau yang tahu keputusan hakim memberi tahu keputusan tersebut
kepada mereka yang berkepentingan mendahului pembacaan hukuman kepada orang
dalam kandang tertuduh?
Adakah bila Jabatan
PM bercakap mengenai keadilan individu, ianya suatu omongan kosong dan
publicity stunt? Jadi mana keadilan kepada Anwar Ibrahim?
Yang hilang dari
prosiding mahkamah hari iu ialah prinsip bebas dari sebarang kemunasabahan
kesangsian./beyond reasonable doubt. Prinsip ini tidak dikupas. Prinsip ini
menetapkan, jika terdapat sebesar zarrah pun kesangsian, maka yang tertuduh
mesti dibebaskan. Membuktikan tidak bersalah bukan tanggung jawab yang
tertuduh. Pendakwa mesti membuktikan kesalahan merentangi prinsip kemunasabahan
kesangsian!
Maka yang
demikian, Malaysia mungkin merupakan negara pertama didunia, dimana seorang
insan didakwa, ditekan dan ditamatriwayatkan dengan menggunakan agakan agakan disamping
DNA yang luput waktu.
Tidak syak lagi
hyparmarket2 diseluruh dunia berminat untuk mengetahui proses saintifik apa
yang telah digunakan untuk melanjutkan hayat hidup barangan2 yang boleh luput.
Kehidupan Anwar Ibrahim
yang dicemari oleh musuh politik nya menjadi
suatu kehidupan yang menyeksakan. Dia mungkin melakukan banyak kesilapan semasa
dalam UMNO. Bezanya ialah , manakala parti lama nya terus menerus melakukan musibah
dan onar seperti membiarkan seorang individu yang penakut lagi bodoh cuba
menidurkan masyarakat yang laparkan keadilan dengan menggunakan Akta Hasutan,
Anwar membetulkan diri nya untuk menebus kesilapan lampau. Dia lakukan demikian
walaupun menyedari bahawa melakukan demikian, dia akan mendedahkan dirinya dan
keluarganya berdepan dengan serangan demi serangan tidak bermaruah, seluruh jentera kerajaan
yang dikuasai oleh suatu parti politik yang jahat.
Mereka tidak
puas dengan hanya dengan mata lebam. Mereka mahu memancung kepala nya. Selama ini
apa sebenarnya yang Anwar telah lakukan? Kecuali memberi pidato yang berapi dan
bersemangat diatas pentas yang dibasahi hujan?