LIVE Dialog 'Demo Tanya Ambo Jawab' Bersama Dato Husam Musa | 13 Nov 2015



RAFIZI TUNJUK INVOICE

Alvin hina al-Quran, Teresa sifatkan perbuatan gila dan keji


alvin tan
KUALA LUMPUR 13 NOV: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok marah dan kesal atas perbuatan ‘gila’ dan keji Alvin Tan yang menghina al-Quran hingga menyakiti perasaan umat Islam di negara ini.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu menegaskan perbuatan itu tidak mewakili kaum Cina dan bukan Islam kerana tiada manusia waras akan melakukan perkara sekeji itu.


teresa kok“Perbuatan gila Alvin Tan itu merosakkan keharmonian masyarakat majmuk kita. Dia juga memalukan Malaysia,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Berdasarkan kenyataan yang diemel kepada media, Teresa merujuk perkataan gila dan keji sebanyak masing-masing dua kali bagi menggambarkan perbuatan Alvin itu.

Alvin mengulangi penghinaannya terhadap Islam apabila menghina al-Quran, kitab suci bagi umat Islam dengan  membawa naskhah itu ke tandas sebelum mengotornnya hingga menimbulkan kemarahan ramai selepas perbuatan berkenaan tersebar melalui facebook.

Alvin yang mencari populariti melalui rakaman seks dengan teman wanitanya sebelum ini turut beberapa melakukan perbuatan yang menghina Islam hingga terpaksa melarikan diri ke luar negara.


Lagi Ahli Amanah Terima Ugutan Bunuh

 

 

Kesal tindakan ugut Othman

KUALA TERENGGANU – Tindakan pihak tertentu mengugut Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Harapan Terengganu, Othman Ismail diselar Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Raja Bahrin yang kesal dengan tindakan itu menegaskan budaya ugutan ke atas mana-mana individu adalah amat serius dan tidak patut berlaku dalam sebuah negara demokrasi.


Beliau menolak keras tindakan itu berkata, sekalipun terdapat perbezaan pandangan, tindakan mengugut bukan penyelesaiannya tetapi ia patut dibincang secara bijaksana tanpa libatkan kekerasan.

“Tiada ajaran agama mana sekali pun yang membenarkan perbuatan dan kekerasan sebegini rupa,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Sinar Harian, di sini.

Sebelum ini, satu laporan polis dibuat Othman mendakwa menerima ugutan, di Balai Polis Kuala Terengganu, di sini.

Othman memberitahu ugutan itu diterima melalui aplikasi WhatsApp oleh seorang individu yang didakwanya sebagai ahli Pas dan berasal dari Selangor.

Antara mesej diterimanya berbunyi ‘Cikgu Man telah murtad, wajib hukum bunuh’.

Raja Bahrin memberitahu bahawa sebelum ini budaya mengugut turut berlaku di negeri Kelantan apabila beberapa pemimpin politik di negeri terbabit juga diugut dengan cara yang hampir sama.

Tanpa mengaitkan dengan mana-mana parti, Raja Bahrin berharap pemimpin-pemimpin parti terlibat perlu mengambil perjalanan terhadap isu yang berlaku supaya ia tidak menjadi budaya dalam politik di negara ini.

“Ketua pihak berkenaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung hendaklah menahan pihak mereka dari berbuat demikian.

Apa-apa perbezaan, pandangan patut dibincang dengan hujah dan bukan diugut dengan kekerasan. Inilah ajaran Islam sebenarnya yang kita banggakan.

Jangan benar budaya takfiri melanda negara Malaysia ini,” katanya.

ULASAN GB

Berlakunya semua ini gara-gara "fatwa" Presiden PAS yang menganggap mereka yang keluar dari sebagai "pengkhianat" dan "perlu dihapuskan."

Dahulu pada Amanat Hj Hadi yang dibuat pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kpg Banggol Peradong, telah berlaku isu kafir mengkafir.

Amanat Haji Hadi itu berbunyi:

Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah

kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’
.

Sekarang tidak lagi, malah Haji Hadi secara terbuka menyatakan beliau ingin menjadi Penasihat kepada UMNO.Presiden UMNO, menurut Haji Hadi tidak seburuk Firaun. Oleh itu boleh bekerjasama dengannya.

Muncung senjatanya kini dihalakan kepada AMANAH. Berikut transkrip ucapan Hj Hadi :

…parti, yang disebut parti yang khianat daripada perjuangan. Org yg khianat dlm perjuangan, lebih teruk drp lawan. Lawan, kita boleh tahaluf dgn lawan. Orang yg khianat dgn perjuangan tak ada pilihan; samada dia balik, atau dia dihapuskan; dia bertaubat! Ini cara perjuangan Islam, itu …tak boleh! Orang yg direkod dia khianat perjuangan, tak boleh… Sedangkan Nabi pun, tak beri peluang kpd yg khianat ni, tak ada tahaluf. Yang tahalufnya dgn yg lawan, yg bukan asal kita. Daripada asal kita dia menyeleweng, samada dgn kita atau pun, dia bertaubat ataupun, dia balik kepada kita. Ini dia. Itu pilihan, antara dua tu sahaja. Kerana mereka ni, mereka yg sudah duduk bersama kita, yg tahu kita, yg memahami kita, bukan org yg tak tahu kita! Tiba-tiba dia lari, dia keluar … kalau dia nak tahaluf (tak jelas….)

Berikut GB perturunkan petikan kata-kata Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusof AL-Qardhawi.


Ini kata-kata dari Imam Syahid Hassan Al-Bana:


Dan ini pula penjelasan dari Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Sedunia, Shaikh Ali Muhyiddin Al-Qardhagi yang disampaikan melalui Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin

Bukankah "fatwa-fatwa" Presiden PAS yang dikuti dan dipegang oleh ahli-ahli PAS itu ternyata melamapau (guluw) dan tidak sewajarnya diikuti?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Yang melampaui batas itu akan tetap menerima balasanNya.

Husam: ‘Dari Anak Emas Nik Aziz kepada musuh Pas’



Husam: 'Dari Anak Emas Nik Aziz kepada musuh Pas'

Husam: ‘Dari Anak Emas Nik Aziz kepada musuh Pas’


Dewan Ulama PAS sudah menunjukkan jalan keluar kepada Datuk Husam Musa selepas serangan terhadap presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

Bagaimanapun jika perkara itu benar-benar berlaku, adakah ia akan menguntungkan parti Islam itu?

Penganalisis politik sendiri berbeza pendapat tentang impak pada PAS jika Husam, yang dianggap anak didik ikon PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, keluar parti.

Prof Ahmad Atory Hussain berpandangan mana-mana parti politik memerlukan seseorang yang “radikal” bagi memastikan ia kekal relevan.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, jika semakin ramai golongan yang “lantang” meninggalkan parti, PAS akan dilihat dikuasai sesetengah golongan sahaja.

“Tinggallah PAS dengan golongan ulama yang konservatif.
“Bagi sesetengah pihak, ada yang suka orang yang agresif kerana penting bagi parti untuk dapatkan idea baru. Tapi saya lihat PAS tak begitu gemar orang yang mempunyai idea-idea baru,” katanya.

Atory juga melihat tindakan anggota parti itu keluar parti berlaku kerana usaha menjadikan PAS parti yang sesuai dengan peredaran semasa dilihat sebagai tindakan menentang.

Bekas pengajar berkaitan politik dan pentadbiran awam itu juga melihat keadaan yang melanda PAS kini sama seperti yang pernah berlaku dalam Umno.

“Kita bimbang trend ini berlaku dan akan menjadi seperti negara Arab yang mana golongan bijak pandai lari.

“Dan apa yang jadi di negara Arab sekarang, tinggal pak lebai yang memerintah,” katanya.

Ahli akademik 59 tahun itu juga menyatakan kebimbangan PAS menjadi sebuah parti pak turut jika Husam dan anggota parti yang sealiran dengannya mula meninggalkan parti Islam itu.

“Pandangan saya, semua parti sukakan orang yang yes man (pak turut). Lagi ramai yes man lagi bagus pada mereka,” katanya sambil ketawa.

Kesan tidak baik

Sementara itu, penganalisis politik Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berpendapat Husam wajar keluar daripada PAS kerana tidak lagi “sehaluan” dengan pendirian parti.

Ketua kluster governans, perundangan dan pengurusan awam, Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata, sebagai anggota PAS, Husam tidak patut memburukkan parti secara terbuka.

“Kalau berterusan begini (kritik parti) akan timbul masalah dan dari segi jangka masa panjang, (ia) akan bawa kesan tak baik pada parti.
“Kalau ingin terus bersama PAS perlu ada mekanisme yang lebih baik supaya tidak menjadi isu besar dalam PAS.

“Kalau tak mahu keluar parti tak perlu cakap secara umum apa kelemahan parti,” katanya.

Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga berkata, kenyataan yang dibuat Husam membayangkan PAS kini kucar-kacir.

Katanya, kritikan terhadap bukanlah satu masalah tetapi sekiranya ia menimbulkan ketegangan, individu tersebut tidak sesuai terus berada dalam parti tersebut.

“Ramai ahli dari parti lain kalau tak senang dengan pimpinan buat kenyataan di luar (parti). Kalau kerap sangat sehingga membawa kepada isu besar, tak sesuai ada dalam parti,” katanya.

Justeru itu, bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14, Dr Nik Ahmad menasihatkan PAS supaya memastikan tiada “duri dalam daging” dalam parti.

“(Anggota) Yang tak beri kebaikan harus keluar.

“Proses untuk mencari duri dalam daging ini perlu bagi berdepan pilihan raya umum ke-14. Saya rasa semua parti perlu melalui proses ini bagi bersiap sedia hadapi pilihan raya akan datang,” ujarnya lagi.

Keputusan di tangan Husam

Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu ditimbulkan Husam, termasuk mengkritik Presiden Hadi dan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Ketika ramai pemimpin kanan parti itu meninggalkan PAS, termasuk bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, Husam antara yang masih setia bersama parti itu.

Husam melalui politik penuh warna-warni bermula daripada seorang pegawai Nik Aziz sehinggalah kepada kepada seorang exco kanan Kelantan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu terkenal dengan kempen menuntut royalti minyak negeri itu sebelum ini.
Persoalannya jika Husam terasak keluar dengan kasar, adakah keadaannya nanti ibarat yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang?

Husam akan mengumumkan keputusannya di Kota Bharu malam ini.


Perjanjian rasmi sedang disediakan, kekalutan di Selangor selesai



Perjanjian rasmi sedang disediakan, kekalutan di Selangor selesai

Perjanjian rasmi sedang disediakan, kekalutan di Selangor selesai


Berikutan desakan Parti Amanah Negara agar Pas memeterai satu perjanjian dengan Pakatan Harapan (PH) di Selangor bagi mempersetujui dasar bersama, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memberi jaminan bahawa Pas akan sentiasa mengikut dasar bersama yang ditetapkan oleh Pakatan Rakyat sejak 2008.

Mengenai perjanjian bersama komponen PH, Azmin berkata, formaliti ke arah itu sedang disediakan. Pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad mengalu-alukan kenyataan Azmin itu yang diharap akan menyelesaikan pertikaian mengenai status Pas dalam kerajaan negeri.

“Oleh itu, mengikut pandangan MB Selangor, perjanjian baharu antara PAS dan Pakatan Harapan adalah tidak perlu

“Amanah menerima baik pendirian MB yang kerajaan Selangor bukan kerajaan Pakatan Harapan seperti kerajaan Pulau Pinang atas sebab keterlibatan PAS dalam kerajaan Selangor.

“Namun, Pakatan Harapan tetap diiktiraf dan mempunyai tempat di dalam pentadbiran negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan mengulas hasil pertemuan antara deligasi Amanah diketuai Presiden Muhammad Sabu dan MB Selangor semalam.

Mengenai kenyataan oleh bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa baru-baru ini yang mendakwa terdapat usaha dalam Pas untuk bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan di Selangor, Khalid berkata, hal itu tidak ditujukan kepada PKR mahu pun Azmin sebaliknya terhadap presiden Pas.

“Tuduhan Husam (bahawa) ada usaha membentuk kerajaan dengan Umno tidak ditujukan terhadap MB Selangor, tetapi terhadap presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

“Amanah memperakui MB Selangor tidak mengetahui tentang hasrat ini kerana ia disebut di dalam mesyuarat PAS Pusat, dan bukan semasa perbincangan presiden PAS dengan MB,” katanya.
Beliau memberi jaminan Amanah akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan negeri Selangor dan memohon jasa baik Azmin membantu meredakan perbalahan antara Amanah dan PAS.