Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu menegaskan perbuatan itu tidak mewakili kaum Cina dan bukan Islam kerana tiada manusia waras akan melakukan perkara sekeji itu.
“Perbuatan gila Alvin Tan itu merosakkan keharmonian masyarakat majmuk kita. Dia juga memalukan Malaysia,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Berdasarkan kenyataan yang diemel kepada media, Teresa merujuk perkataan gila dan keji sebanyak masing-masing dua kali bagi menggambarkan perbuatan Alvin itu.
Alvin mengulangi penghinaannya terhadap Islam apabila menghina al-Quran, kitab suci bagi umat Islam dengan membawa naskhah itu ke tandas sebelum mengotornnya hingga menimbulkan kemarahan ramai selepas perbuatan berkenaan tersebar melalui facebook.
Alvin yang mencari populariti melalui rakaman seks dengan teman wanitanya sebelum ini turut beberapa melakukan perbuatan yang menghina Islam hingga terpaksa melarikan diri ke luar negara.