Setiausaha Umno Tapah Calon BN PRK DUN Ayer Kuning

 


Mohamad Yusri (tengah) diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning dalam satu majlis di Command Center BN Perak di Kg. Tersusun Hj. Tahir, Temoh di Tapah pada 7 April 2025.

TAPAH, 7 Apr – Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang akan berlangsung pada 26 April depan.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Perak merangkap Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam satu majlis di BN Command Center, BN Perak di Kampung Tersusun Haji Tahir di sini hari ini.

Mohamad Yusri (tengah) diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning dalam satu majlis di Command Center BN Perak di Kg. Tersusun Hj. Tahir, Temoh di Tapah pada 7 April 2025. Foto Muhamad Nazreen Syah Musthafa

Beliau yang merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh memiliki Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Islam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Selain itu, beliau juga mengepalai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu sebagai Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Tapah.



Seru pemimpin parti tidak menghasut sebar kebencian, penyokong Pas pula ‘naik angin’


Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO Malaysia, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilihat menjadi sasaran kecaman penyokong Pas lantaran hantaran beliau bertajuk, “Membenci Adalah Penyakit Hati”.



Khairuddin yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas berkata, setiap pemimpin parti bertanggungjawab untuk memimpin pengikut dan pendukung untuk berpolitik secara adil.


Menurutnya, pemimpin parti juga perlu mendukung mana-mana kebenaran yang datang daripada parti mana sekalipun dan tidak menghasut menyebarkan kebencian sesama rakyat.

Khairuddin Aman Razali

“Akhlak mesti menjadi hiasan diri setiap orang khususnya warga politik.


“Jika seorang pengikut berakhlak buruk dengan maki hamun, dosanya dibimbangi turut ditanggung oleh pemimpin jika tiada usaha menegur dibuat.

“Pemimpin tidak boleh membiarkan pengikut bertindak di luar batas akhlak Islam hanya kerana tindakannya dilihat menyokong satu pendirian parti,” kata Khairuddin.


Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu turut berkongsikan peringatan Nabi Muhammad SAW terhadap pemimpin, “Setiap kamu adalah penjaga (pengembala) dan setiap kamu pasti disoal tentang jagaannya (gembalaannya)”.


“Kita tidak boleh membiarkan haters para pembenci berkeliaran di media sosial tanpa teguran,” kata Khairuddin lagi.





INI LAH DOKTOR ...DIBAWAH . YANG MUFLIS DULU.


W.Faudzin.




 Ini Bukan doktor yang merawat mat belon


Ini ke doktor yang tidak pernah merawat mat belon, tapi berkata mat belon berisiko lumpuh? Patut pun....hahaha



Ini doktor yang tidak merawat gamaknya.



Tarif Trump....PENGUIN ALSO KENA!


           Zunar Cartoonist Fan Club



President Trump turut mengenakan 10% tariff terhadap sebuah pulau yang hanya diduduki oleh para penguin. Pulau yang bernama McDonald itu terletak kira-kira 1,700 km dari benua Antartik dan 4,100 km di barat laut Perth dengan keluasan hanya beberapa kilometer persegi!



AKHIRNYA KES MAHKAMAH PUTUSKAN.

 


Wisata Roh


Sebab apa mujahid cyber PAS , Bard Digi dan semua pengkagum MAHathir tak tunggang isu kemenangan Dr Roland harini?


Sebab Dr Roland kena dakwa zaman kerejaan melayu islam tebuk atap.

Menang kat mahkamah tau harini , bawah kerajaan madani.


Niat non muslim yang mengatakan beksin itu ada mudhorat , akhirnya Tuhan letak kemenangan itu ketika roh madani mentadbir, penunggang agama dan semua geng teori konspirashit jadi kelu lidah la.


Walaun PAS duk hasut melayu supaya perang besar ngan india, akhirnya india menang juga di mahkamah dalam sistem demokrasi. Apalah sangat perjuangan Dr Roland dekat 4 tahun, Anwar Ibrahim walaupun kena lanyak 24 tahun jadi PM tepi, menang juga dalam sistem demokrasi.


Siap Tuhan bagi bonus kekuatan 2/3 majoriti lagi. Benda ni yang haters Anwar tak boleh terima qada' dan qadar. Kalau mereka tak sombong , umno akan duduk kerusi pembangkang.


Kalau Dr Roland kalah , GGTK haters Anwar akan jaja nilah kerajaan setan, berkiblat WHO , bla bla bla. Toksah bicara makrifat la dalam sistem demoncrazy ni... Begitulah suara cerca dan hinaan yang masuk di beranda PM.


Bila menang , mereka twist baek nye nak cover malu , alah PN ke PH ke semua kerajaan sama. Semua guna sistem setan, bla bla bla lagi....


Menang bising , kalah pun bising.

Bagi bantuan memekak , tak bagi bantuan apatah lagi.

Demikianlah perangai walaun yang acah tak sokong mana-mana parti.

Betul-betul bermental miskin..


Saya kalau puak wahabi mas0n tak tunggang isu belon , jujur cakap masih tenang raikan cinta bersama yang tersayang kat dalam gua. Tapi bila you dah seru , kita sahut. Geng makrifat kitab kuning dah turun gunung , tunggu masa je lah nak kena lipat.


WR



ADAB TAK DA... NAK BUAT MACAMANA?


 

KESILAPAN TERBESAR ABANG BELON.

 


TERKINI - KES MAHKAMAH TERKAIT PENGGUNAAN VAKSIN TERHADAP RAKYAT MALAYSIA.


Asiah Abd Jalil


 Ini adalah kes yang baru sahaja diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan (mahkamah tertinggi negara) pada bulan Mac 2025 yang lepas.







Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Kerajaan Malaysia dan memutuskan bahawa tindakan doktor tersebut tidak menyalahi sebarang undang-undang. 


Kes ini berkaitan Ivermectin yang digunakan oleh doktor dan klinik tertentu untuk merawat COVID-19 semasa pandemik dahulu.


Pada masa itu KKM telah melarang penggunaan Ivermectin, kerana kononnya tiada kajian yang membuktikan keberkesanan Ivermectin dalam merawat COVID-19.


-----


Dalam masa yang sama, kerajaan wajibkan rakyat disuntik vaksin COVID-19, kalau nak bekerja, bergerak, rentas negeri, masuk pejabat kerajaan, masuk premis awam, dan lain-lain.


Walhal vaksin tersebut pun tiada kajian konkrit yang membuktikan keberkesanannya untuk merawat COVID-19. Ia hanya diluluskan secara tergesa-gesa atas dasar kecemasan sahaja. 


Negara dah order 88 juta dos vaksin COVID-19. Sebanyak RM5 bilion dana KWAN (Kumpulan Wang Amanah Negara) digunakan. Takkan nak biar vaksin tu basi dan membazir, ye dak? 


Maka disuruhlah rakyat cucuk berdos-dos vaksin. 


-----


Fast forward 5 tahun kemudian. Sekarang ni kita semua bolehlah bermuhasabah.


Kerajaan pimpinan PM tebuk atap, Muhyiddin Yassin. Nak tutup Parlimen, sampai isytihar darurat. 


Kementerian Kesihatan Malaysia dan dokter-dokter (doktor + promoter) vaksin. Cahaya di hujung terowong katanya. 


Khairy Jamaluddin, yang dah jadi DJ Hot FM tu. 


Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah yang dah pencen.


Apa khabar diorang semua?



ORANG LAMA DAH CAKAP. KALAU JENIS TAK BOLEH BUAT BAIK NI.. MACAM LEPAS ANJING TERSWPIT SAJA.


 

DARI ORANG SIMPATI, SAMPAI ORANG JADI JELAK. TAMBAH PULAK YANG DIBELAKANG TU JEMUAN BELAKA.

 


BAGUS YA PROJEK NI YA. BAGI AKU SIKIT. PULOH TAHUN DAH TAK DA SAPA BAYAQ AKU NIH...


 

U TOUCH U GO DR ASHRAF WAJIDI



 Saya sudah minta pegawai saya siasat segera jika benar peristiwa ini berlaku di MRSM. Jika benar pelajar-pelajar ini adalah pelajar MRSM, tiada kompromi lagi, tindakan tegas pasti akan diambil. Saya sudah mengingatkan banyak kali semenjak diberikan amanah menjaga MARA, “YOU TOUCH YOU GO!” Tiada tempat untuk pembuli atau yang cuba membudayakan ‘BULI’ dalam apa jua bentuk di MRSM.


#YouTouchYouGo




85% PELANCONG TIDAK MELAWAT TASIK KENYIR. INI LAPORAN DI KAWASAN SEKITAR.

Graeter Terengganu Development



LKAN MERUSMUSKAN BAHAWA KEGAGALAN MENGURUSKAN PROJEK DI KAWASAN TERSEBUT


 Sekarang kita akan dedah kenapa Tasik Kenyir kehilangan pelancong secara drastik sejak 2019. Rekod rasmi menunjukkan jumlah pelancong menurun daripada 808 ribu pada 2017 kepada hanya 133 ribu pada 2022




MARINA PENGKALAN GAWI BWENILAI 330 JUTA TIDAK DIGUNAKAN WALAU PUN TELAH DISERAHKAN PADA TAHUN 2021. 




Admin akan guna Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022


LKAN simpulkan kejatuhan mendadak jumlah pelancong ke Kenyir berlaku kerana kegagalan mengoperasikan projek-projek di kawasan tersebut 


SEMAKAN DAPATI BAHAWA 2 DARI 6 PROJEK BEBAS CUKAI... 4 LAGI GAGAL. 



Terdapat 3 projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan nilai RM612juta


2 projek siap iaitu Marina Pengkalan Gawi dan Kuarters Kastam. Tetapi Marina Pengkalan Gawi bernilai RM330 juta tidak digunakan oleh kerajaan negeri walaupun dah diserah pada 2021. Ia dibiarkan tanpa beroperasi 


Menurut LKAN, Marina ini boleh digunakan sebagai tapak utama penganjuran acara besar bagi menarik pelancong


Kuarters kastam bernilai RM37.5 juta pula dijadikan pusat pengajian oleh kerajaan negeri pada tahun 2020.


Ia tidak mencapai maksud asal pembinaan


Sementara satu lagi projek iaitu Bebas Cukai Pulau Bayas bernilai RM243 juta pula terbengkalai. Projek ini telah terlewat beberapa kali namun masih berjalan sebelum ini. Namun pada 2019, ia dilaporkan terbiar dan rosak


Semoga kerajaan negeri dipermudah mengurus dan memakmurkan semula Tasik Kenyir


#MajuTerengganuKu




MAKLUMAT PALESU. TAPI ADA ORANG SUKA SEBARKAN.

Fathi Aris Omar


 Ada orang sebar maklumat palsu atau mengelirukan, kau orang percaya. Apabila polis nafi, kau tuduh kerajaan hendak sorok pula! 







Semua dakwaan perlu keterangan jelas, bukti atau tampil ke depan untuk kenal pasti kesahihan. Kalau setakat dakwaan, tiada sesiapa boleh sahkan. 


Dalam kes kematian, pasti ada laporan polis dibuat sebelum dikebumi. Seseorang yang melecur atau cedera pasti dirawat di klinik swasta atau hospital kerajaan, pasti ada laporan di situ. 


Katakanlah mangsa tidak dapat rawatan, kemudian meninggal dunia, pasti ada laporan kepada polis untuk dapat permit urus jenazah! Nampak? 


Masalah kita begini sahaja. Kita mudah percaya sumber tidak rasmi dan tidak sahih di media sosial tanpa desak sumber mendedahkan bukti sahih. 


Yang ini kita percaya. Telan bulat-bulat dan yakin. Sementara yang rasmi pula, dengan keterangan dan bukti, kau orang ragui atau enggan percaya.



STAF DAH TAK MAHU BELA MKLSB LAGI


CnP


 Bekas staf pun dah tak nak pertahankan MKLSB

KEBODOHAN MELAMPAU MEMBULI ORG MELAYU





Pembangkang guna hujah “jual kepada Cina”, padahal MKLSB sendiri buang semua staf yg 99% Melayu! Bila? 31 Mac: RAYA PERTAMA! 


Malah mantan kakitangan syarikay tersebut menafikan berunsur perkauman dan menganggap ia sekadar tukar baju sehaja.


Analoginya mudah, jika kontrak kantin sesebuah IPTA itu berakhir ia perkara biasa disambung syarikat baru. Dtg dari mana kata KL Tower itu digadaikan kpd bangsa lain sdgkan ia tetap hak kerajaan dan hanya bertukar pengurusan.


Paling menggila apa kena bertukar pengurusan dikatakan menjual hak org Melayu. Cannot brain betul lah bila kata ‘Benteng Terakhir Orang Melayu…. ingat perangai peniaga Rambo je mcm ni…


Rupanya jutawan2 yg sudah sekian lama hidup dlm kemewahan dgn konsensi sama pun menggunakan kaedah sama… 


Maaf kata pengurusan yg lama… 3 bulan lepas saya pergi membawa keluarga ke KL Tower selepas 20 tahun tidak ke sana. 


Maaf kata saya beritahu isteri… pengurusan ini sgt teruk di mana Lif2 mereka seperti tidak diselenggarakan dgn baik… tidak percaya anda boleh pergi esok.


Sdgkan setiap hari berbaris panjang pelancong menaiki Tower ketinggian lebih 400 meter tersebut. Tentulah pengurusan dpt keuntungan besar. Bagi saya pengurusan sebelum ini gagal menguruskan KL Tower dgn baik utk menjaga imej antara ikonik negara.


Begitulah sikap kapiltalis… memperbodohkan org Melayu sdgkan dia sudah hidup kaya raya dgn konsesi puluhan tahun sebelum ini. Guna api perkauman utk kesenangan diri menghasut keharmonian kaum.



SI TAR SENIK YANG KENA BANTAI KAW KAW.

 

Norshidah Mohd Daud.


Aku sebenarnya malas nak post page ape yangg si bastard Tukul Besi aka Tar Snake ni like 






Tp sebab kak Awie Noraliza Binti Ali dah tolong screenshot, aku post jugak la


Kita share pahala sama2 ye sebab dedahkan keseytanan olamak barbie PAS PIS PUS ni


Berani dia nk on akaun Tukul Besi tu? 😏


Pagi2 wat live kuliah subuh smbil mintak derma utk terangkan kubur


Mlm2 dia melancap depan facebook sebab bini ramai pun x layan nafsu dia


Camne la bini nk layan, punai dia pendek 


Beli Titan Gel pun x jd pape



MENARA KL DIRAMPAS DIJUAL KEPADA CINA? BENARKAH PERKARA YANG SEDANG DIVI...

PM Anwar, Presiden Prabowo Bincang Isu Tarif AS, Bantuan Kemanusiaan Kepada Myanmar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 6 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 6 Apr – Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, di sini, membincangkan mengenai isu serantau yang penting termasuk tarif baharu yang diterapkan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara ASEAN.

Perdana Menteri berkata, pertemuan itu juga menyentuh usaha dan tindakan bersama dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Myanmar yang terkesan akibat bencana gempa baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 6 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Semoga semangat Aidilfitri terus memperkuat hubungan persaudaraan dan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia atas nama keamanan dan kesejahteraan serantau,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, pesawat khas yang membawa Prabowo serta delegasi, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 5.52 petang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 6 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ketibaan Prabowo disambut Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Shahrol Anuwar Sarman, yang kemudiannya melintasi barisan kawalan kehormatan statik oleh 28 pegawai serta anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai Kapten Nor Saifullah Mahmad @ Mohammed.

Prabowo kemudiannya menghadiri majlis makan malam secara tertutup sebelum berlepas pulang malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan kehadiran Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 6 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ini adalah lawatan ketiga Prabowo ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Oktober 2024.

Media antarabangsa hari ini melaporkan pertemuan kedua-dua pemimpin itu adalah kunjungan sempena Aidilfitri serta penghormatan kepada Anwar sebagai Pengerusi ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 6 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Malaysia secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN bermula awal tahun ini, dengan Tema Kepimpinan ASEAN 2025 Malaysia adalah ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.

Sebelum ini, Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN sebanyak lima kali iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan tertutup bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 6 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pada 2023, Indonesia adalah rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM111.21 bilion (USD24.39 bilion).

Dari Januari hingga Oktober 2024, jumlah dagangan dua hala telah mencecah RM95.50 bilion (USD20.75 bilion) berbanding RM94.37 bilion (USD20.69 bilion) dalam tempoh sama pada 2023.

Anwar sangat dihormati Prabowo, ini isu dibincangkan PMX dan Presiden Indonesia



Presiden Indonesia Prabowo Subianto sangat menghormati Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dinyatakan Setiausaha Kabinet republik itu, Teddy Indra Wijaya.

Menerusi kenyataan Teddy sempena kunjungan Presiden Indonesia ke Kuala Lumpur bagi menyambut Aidilfitri, Anwar, 78, merupakan sahabat baik Prabowo, 74.

“Prabowo sangat menghormati Anwar sebagai pemimpin senior ASEAN yang berpengalaman luas.

“Beliau (Anwar) telah memegang jawatan lebih awal, lebih berusia, dan merupakan rakan akrab kepada Presiden,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri merangkap Pengerusi ASEAN memaklumkan beliau menerima kunjungan silaturahmi daripada Prabowo lewat petang semalam.

Beliau yang menyifatkan Prabowo sebagai sahabat lama menyatakan mereka berbincang mengenai isu-isu serantau yang penting.

Jelas Anwar, perbincangan mereka menyentuh mengenai dampak tarif baharu yang diterapkan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara-negara ASEAN.

Turut dibincangkan dalam suasana lebaran yang penuh keberkatan ini, mengenai usaha dan tindakan bersama dalam memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Myanmar yang terkesan akibat bencana gempa baru-baru ini.

“Semoga semangat Aidilfitri terus memperkuat hubungan persaudaraan dan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia atas nama keamanan dan kesejahteraan serantau,” kata Perdana Menteri lagi.

Untuk rekod, semasa Presiden Prabowo melawat Malaysia pada 27 Januari lalu, Anwar menyifatkan Prabowo sebagai seorang sahabat setia yang sentiasa bersamanya dalam keadaan senang dan susah.

Sebelum itu, pada 9 Januari lalu, semasa pertemuan di kediaman ibu bapa Prabowo di Jakarta, Presiden Indonesia berkenaan menyatakan penghormatan terhadap Anwar.

“Adalah suatu kehormatan besar menerima sahabat saya, Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, di kediaman ibu bapa saya di Kertanegara 4, Jakarta,” kata beliau di akaun rasminya.

Difahamkan, keakraban persahabatan kedua-dua pemimpin berkenaan bermula sejak era 1990-an, ketika Anwar menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri manakala Prabowo pula ketika itu merupakan Jeneral dalam ketenteraan Republik Indonesia.

Pensyarah UIAM jawab Hadi


 

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abu Hafiz Salleh Hudin menyifatkan tulisan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai sangat berterabur.

Mengulas Minda Presiden hari ini yang bertajuk “Perkukuhkan kuasa Islam di Malaysia untuk selamatkan negara”, Abu Hafiz berkata, artikel tersebut mempunyai mukadimah yang agak panjang tetapi cuba dikaitkan dengan isu yang dibawa.

Menurutnya, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang telah melambakkan 11 ayat al-Quran dalam tulisan itu secara terpisah dengan kesimpulan yang tersasar.




Sehubungan itu, Abu Hafiz mempersoal Hadi apabila menamakan Perlembagaan Persekutuan sebagai perlembagaan sekular dan merendahkan martabat kuasa Islam.

“Anda telah menjadi Ahli Parlimen selama tujuh penggal sejak 1990.

“Saya ingin bertanya, Perlembagaan yang digambarkan sekular dan merendahkan Islam itu adalah Perlembagaan yang Presiden melalui Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.

“Seorang yang masih Ahli Parlimen menyerang Perlembagaan yang beliau sudah pun berjanji selama tujuh kali untuk mempertahan dan melindungi Perlembagaan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Abu Hafiz berpendapat tulisan Hadi itu sangat berbaur politik bukan murni sebagai satu teguran yang baik.

“Anda telah bersumpah mempertahankan dan anda label ia sebagai satu Perlembagaan sekular dan merendahkan kuasa Islam, tapi kemudian mengambil gajinya,” tempelak beliau lagi.

Terdahulu, Hadi mendakwa terdapat “perjuangan yang mahu meminggirkan Islam mutakhir ini yang merupakan suatu bentuk pengkhianatan yang dibawa oleh beberapa buah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)”.

Menurutnya, perjuangan itu hendaklah “ditentang dan dihapuskan kerana boleh merosakkan negara dan hubungan masyarakat kini yang berada dalam keadaan baik”.

“Tindakan melampau tidak mengenang budi umat Islam terhadap mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar.

“Usaha untuk meminggirkan Islam, melemahkan kedudukannya, bahkan juga mahu memurtadkannya merupakan perancangan penjajah yang telah dilaksanakan ketika kekuasaannya dahulu.

“Maka, kumpulan yang meneruskan perancangan penjajah itu ialah makhluk perosak yang wajib diharamkan, kecuali bukan Islam yang tidak ekstrem maka mereka tetap dihormati dan dipelihara,” kata Hadi lagi.