𝗞𝗘𝗝𝗔𝗗𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗬𝗔.






Sekitar jam 145 petang ini, semasa anak dan isteri saya memasuki kereta untuk meninggalkan sebuah pusat membeli belah di Putrajaya, secara tiba-tiba seorang lelaki mengheret anak saya dan mencucuknya dengan jarum suntikan.


Semakan menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isteri saya. Pada hemat saya, mereka telah merancang serangan itu lebih awal.


Serangan itu melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya. Mereka telah menunggu lebih awal dan bergegas menyerang anak saya pada ketika yang sesuai.


Anak saya telah dibawa segera ke Hospital UPM untuk rawatan. 


Pihak polis juga telah berada di tempat kejadian sejurus kejadian. Saya dan keluarga saya telah pun memberi kenyataan kepada pihak polis.


Sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian, siasatan dan keputusan pemeriksaan doktor sewajarnya dikeluarkan oleh pihak polis dan Hospital UPM.


Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PDRM dan Hospital UPM yang telah membantu keluarga saya melalui kejadian ini.


Sepanjang saya menjadi seorang ahli politik berprofail awam, inilah kali pertama keluarga saya menjadi sasaran serangan dan ugutan seperti ini. Saya percaya serangan ini adalah satu amaran kepada saya supaya tidak bersuara lantang dalam beberapa isu tertentu.


Terima kasih kepada semua yang telah menghantar mesej dan bertanya khabar. 


Insya Allah, sementara saya akan mengambil langkah susulan untuk meningkatkan kawalan keselamatan, saya juga tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas saya seperti biasa.


𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜

𝟭𝟯 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱



PN MEMPERBODOHKAN DIRI! HERO MALAYA PEMBULI MEMALUKAN!

TERKEDU ARAU!! - PMX BUKAN LAWAN HANG LA SHAHIDAN | Rasuah Tebatan Banji...

'Apa pula kait saya?' - Sindiran Loke buat MP Pasir Mas 'panas'

PEMUDA UMNO MINTA MAAF! MANA LAPORAN POLIS AKMAL? SALAH TETAP SALAH!

HAIWAN DALAM PARLIMEN....


 

Meskipun bukan negeri jelapang, negeri ini sumbang hampir 7% beras negara


 


Selangor merupakan antara penyumbang terbesar pengeluaran padi dan beras negara yang menyumbangkan hampir tujuh pengeluaran beras negara meskipun bukan negeri jelapang.

“Pada tahun 2023, keluasan bertanam padi di Selangor adalah 36,994 hektar dan menyumbang pengeluaran padi sebanyak 161,271 tan metrik,” kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Walaupun negeri Selangor bukan jelapang utama negara, namun negeri ini menyumbang hampir 7% kepada pengeluaran beras negara.

“Pada tahun 2023, Negeri Selangor mencatat prestasi pengeluaran padi tertinggi iaitu 4.577 tan metrik per hektar berbanding paras purata nasional sebanyak 3.542 tan metrik per hektar.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat kepada Kalam Salan (PN-Sabak Bernam).

Kalam bertanya mengenai pelan jangka panjang bagi memastikan Selangor mampu menyumbang kepada paras sara diri beras negara (SSL) khususnya melalui penggunaan teknologi pertanian moden.


Mohamad turut menjelaskan tiga langkah jangka panjang oleh kementeriannya untuk membantu Selangor dalam pengeluaran padi seperti berikut:

  • menambah baik kemudahan infrastruktur pengairan dan saliran
  • menggalakkan penggunaan jentera dan dron dalam penanaman padi
  • latihan teknologi untuk pesawah melalui Farmer Field School selama enam bulan.





RMK13: Sindiran Anthony Loke Bikin Ahmad Fadhli ‘Panas’

 

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berusaha agar kemalangan ngeri seperti di Teluk Intan dan Gerik, Perak yang meragut nyawa anggota-anggota FRU dan penuntut UPSI tidak lagi berlaku.

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Dewan Rakyat hari ini ‘gamat’ apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyindir Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang didakwa gagal berhujah menggunakan fakta.

Sindiran Loke itu menyebabkan Ahmad Fadhli bangun mempertikaikan kewajaran nama beliau secara tiba-tiba disebut dalam isu lantikan pembangkang dalam pasukan petugas khas kementerian itu.

Pasukan petugas khas itu bagi menyiasat kemalangan di Teluk Intan dan Gerik, Perak yang meragut nyawa sembilan anggota FRU dan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Apa pula kait saya ni,” tanya Ahmad Fadhli.

Sindiran Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menyebabkan Ahmad Fadhli ‘kepanasan’ dalam sidang Dewan Rakyat pada 13 Ogos 2025.

Terdahulu pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) menzahirkan ucapan terima kasih kepada Loke dan Kementerian Pengangkutan (MoT) kerana memberikan peluang kepada beliau selaku pembangkang dari Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai pasukan petugas khas itu.

Loke kemudian menjelaskan pelantikan Jerantut dalam pasukan petugas khas itu menunjukkan keterbukaan dan ketelusan Kerajaan MADANI.

“Untuk maklumkan Yang Berhormat (YB), saya sendiri yang menamakan YB Jerantut dalam pasukan petugas khas ini kerana saya menghormati YB sebagai Ahli Parlimen yang profesional dan berpegang kepada fakta.

“Ini yang kita harap dan ini yang akan kita hormati. Ini akan jadi contoh kepada yang lain-lain. Jadi yang lain-lain tu, ikutlah Jerantut…. macam Pasir Mas tu, kena belajar sedikitlah. Pasir Mas itu saya tidak akan lantik sebab Pasir Mas itu kurang sikit,” katanya.

Pada sesi itu, beliau turut menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) berhubung langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan kemalangan ngeri seperti di Teluk Intan dan Gerik, Perak yang meragut nyawa anggota-anggota FRU dan penuntut UPSI tidak lagi berlaku.

Loke berkata, satu pasukan petugas khas ditubuhkan bagi menyiasat kemalangan di Teluk Intan dan Gerik yang meragut nyawa sembilan anggota FRU dan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Katanya, objektif utama penubuhan pasukan petugas khas itu adalah untuk mengenal pasti punca kejadian, kelemahan sistemik dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya.

Katanya, selaras dengan dasar ketelusan MoT wakil kerajaan dan pembangkang turut dibabitkan dalam pasukan berkenaan.

Remuk hati seluruh rakyat Malaysia, seremuk hati keluarga mangsa nahas bas membawa mahasiswa UPSI yang mengorbankan 15 bakal pendidik di Tasik Banding, Gerik, Perak pada 9 Jun 2025.

“MoT mengambil serius semua cadangan yang akan dikemukakan apabila laporan akhir disiapkan. Pada masa sama MoT sudah mengambil langkah awal termasuk pelaksanaan audit keselamatan (JISA) dan pemeriksaan teknikal ke atas kenderaan yang terbabit,” katanya.

Tambahnya, dalam insiden Teluk Intan dan Gerik, lesen pengendali syarikat-syarikat yang terbabit sudah dibatalkan.

Loke juga berkata, ketika ini pihaknya sedang cuba mewujudkan pangkalan data pemandu.

“Ia untuk melihat sama ada mereka mempunyai rekod-rekod lampau, terutamanya yang memandu secara bahaya dan sebagainya, di mana mereka akan diasingkan.

“Saya harap semua pihak menyokong supaya sama-sama kita melahirkan pemandu yang lebih profesional dan kompeten,” katanya.




KENA PI HONGGAQ TIANG RUMAH..NOHHH HAAAIH....



 Mohd Asri Bakar


Jom...24/10/2025. Takpe...kami akan sokong sesape jer calon2 dari PAS @ BERSATU yang boleh menggantikan tempat MB honggaq "Kepala bapak hang!" sekoq nih. 


Sanusi telah gagal dengan teruk...& kita perlu turunkan dia sebelum acara2 KARAOKE memenuhi jadual hariannya.





BAGAIMANA CARA NAK TAKUTKAN WALAUN

 


MB KAMI SEMPOI...AYAQ NAIK SEMUA BANGSA KENA BAYAQ..


 

KALAU TAK BERFUNGSI BAIK LAH JADI BERFUNGSI.


 

NOH HAIIHH...PI MELEBOQ NOHH


 

DIA NI DAH MOHON MAAF..TAPI KALAU DOK BERHIMPUN DWPAN SEKOLAH RASANYA GANGGU GURU DAN PELAJAR KOT. BIAR LAH POLIS SIASAT.


 

TUNGGANG ISU NAK PILIHANRAYA. LEPAS TU BILA DAPAT TENGOK CONTOH 4 NEGERI YANG MEREKA PEGANG...KIOKKKK


 

Gangguan Politik: Pembangkang Terus Cuba Gugat Perjalanan Negara

 KENYATAAN MEDIA



Gangguan Politik: Pembangkang Terus Cuba Gugat Perjalanan Negara


1. Isu Lama, Motif Politik


Tindakan Waytha Moorthi yang di dukung oleh parti pembangkang PN termasuk Pas Bersatu dan Pejuang mempersoalkan kelayakan Perdana Menteri selepas hampir tiga tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui pentadbiran negara Malaysia jelas bermotifkan politik, bukan untuk kepentingan rakyat dan negara.


Proses pelantikan PM telah dibuat mengikut Perlembagaan, disahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan tidak pernah dipertikai di Parlimen.


2. Ganggu Fokus Kerajaan Dan Rakyat


Ketika kerajaan sibuk merangka dan membentang seterusnya akan melaksanakan RMK-13, mengawal kos sara hidup dan menarik pelaburan, pembangkang memilih untuk mengheret negara ke kancah polemik perundangan yang memecah-belahkan rakyat.


Rakyat perlukan kestabilan dan tindakan segera dalam isu ekonomi, bukan drama politik bersiri yang mengalih perhatian negara daripada kerja membina masa depan.


3. Penghormatan Kepada Institusi Diraja & Perlembagaan


Pengampunan Diraja adalah kuasa mutlak di bawah Perlembagaan dan telah dilaksanakan mengikut proses sah.


Yang menghairankan saya sewaktu Waytha Moorthy menjadi menteri Di JPM tidak pula beliau membantah Anwar bertanding PRK Port Dickson dan beliau juga tidak membantah Anwar mengangkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.Agaknya selepas Doa dari  Ulamak Pas menembusi telinga Waytha Moorthy baru terbuka hatinya.


Cubaan mempertikai pengampunan ini hakikatnya adalah cubaan mencabar keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


Saya menghormati kebebasan mahkamah, tetapi menegaskan bahawa tindakan saman ini bermotif politik untuk menggugat kestabilan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat dan disahkan oleh institusi diraja.


4. Fokus Masa Depan, Bukan Dendam Silam


Negara memerlukan tenaga, buah fikiran, masa dan sumber untuk memacu ekonomi, membina infrastruktur dan memperkukuh kesejahteraan rakyat.


Pembangkang sepatutnya bertindak sebagai semak dan imbang dengan cadangan membina, bukan mencari peluang memecah-belahkan negara melalui isu yang telah lama selesai secara sah.


“Negara perlukan kestabilan untuk maju. Saman politik ini bukan demi rakyat.Ia hanya helah pembangkang untuk mengganggu perjalanan negara.Kerajaan tetap kekal fokus pada kerja, bukan drama Politik bersiri".


MAHFUZ OMAR

Naib Presiden 

Parti Amanah Negara

13 Ogos 2025

Alor Setar,Kedah




TAHNIAH.. POLIS TENGAH CARI. SWMOGA BERTABAH.. SAMAN PUN BOLEH KENA KERJA PUN MUNGKIN MELAYANG BYE BYE

 

Seronok menfitnah..??

Anda layak untuk jadi pemenang tawaran di MCMC.. Tahniah..!!






TU DIA NOH...

 


BEZA TADIKA DAN PASTI






 Perbezaan yuran antara Tadika berdaftar dan PASTI berpunca daripada status pendaftaran dan tanggungjawab undang-undang. Tadika berdaftar menanggung kos operasi tinggi kerana mematuhi lesen, cukai, zakat, gaji minimum, KWSP, dan PERKESO, sekali gus memberi perlindungan serta kebajikan kepada guru.


PASTI pula beroperasi di bawah label “program parti politik” untuk mengelak kos-kos ini, menjadikan yurannya murah tetapi guru tidak dilindungi undang-undang. Lebih membimbangkan, pendekatan ini berpotensi melahirkan generasi yang pemikirannya terikat sepenuhnya kepada agenda politik kepartian, bukannya kemahiran hidup dan ilmu yang seimbang.


Sokongan wajar diberikan kepada tadika berdaftar kerana ia menyumbang kepada zakat, cukai, dan pembangunan ekonomi negara, serta mendidik anak-anak secara lebih bebas dan profesional.


😁😁😁


p/s sumber info dari Aman Muhammad




TAK PA.. PADANG SERAI MAJU DAH... MINTA BANTUAN APA PUN TARAK. KIOK


 

LAMA LAMA ORANG MELUAT DENGAN PERANGAI PIMPINAN PAS.


 

PAS ,DEMI KUASA TUNGGANG AGAMA HALALKAN FITNAH TERHADAP KERAJAAN PHBN MADANI.

 



PAS ,DEMI KUASA TUNGGANG AGAMA HALALKAN FITNAH TERHADAP KERAJAAN PHBN MADANI.

DENGAN DALIL WALI,WAJIB BOHONG DEMI MASLAHAT. JAWAB LA NANTI KAT AKHIRAT.





KERAJAAN PUSAT ZALIM.???


Ini antara bait bait serangan di pentas politik dan media sosial 😁😁 kemain ...


1. Kerajaan Pusat anak tirikan Kelantan.  

2. Tidak beri peruntukan dan hak

3. Mengabaikan negeri  pembangkang

4. Peruntukan negeri disekat.


Dan macam-macam lagi ...


Namun hari ni MB Kelantan buka cerita ...


https://vt.tiktok.com/ZSr9X1yhw/


Kantoi semua kaki adu domba, kaki fitnah dan mulut jahat .... mereka palatau semata.


KERAJAAN PUSAT MELULUSKAN SEMUA PERMOHONAN PERUNTUKAN KELANTAN - MB


Alahai bangsaku .... di mana letaknya akal?


.

IDUP DAP..KAMI PERTAHAN NEGARA TAPI TIDAK BERMUKA MUKA.

 


DAP Pulau Pinang teguh mempertahankan keamanan dan keharmonian di negeri ini, selaras dengan semangat patriotisme yang menjadi kebanggaan kita semua.




Isu bendera terbalik di Kepala Batas telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk disiasat dan diurus mengikut undang-undang. Tiada ruang untuk mana-mana pihak ketiga mengambil kesempatan atau mengapi-apikan keadaan.


Sekiranya ada pihak yang hadir untuk mengugut atau mengganggu penduduk Pulau Pinang dalam isu ini, DAP Pulau Pinang akan turun ke lapangan, berdiri bersama rakyat, menyambut puak yang membuat provokasi dengan mengedarkan Jalur Gemilang sebagai simbol perpaduan dan kasih sayang kepada negara.


Jalan ke hadapan bukanlah melalui keganasan, provokasi perkauman, atau maki hamun, tetapi melalui tekad bersama setiap rakyat Malaysia, tidak kira kaum dan agama, untuk memelihara perpaduan, mengukuhkan keharmonian, dan menyuburkan rasa cinta kepada tanah air tercinta, Malaysia.




Isu kelayakan Anwar: Saman Waytha tidak relevan, pelantikan Anwar sebaga...

Malaysia Hargai Sumbangan Bangladesh Perkukuh Kerjasama – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof. Dr. Muhammad Yunus sempena lawatan tiga hari ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada 12 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 12 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menghargai sumbangan besar tenaga kerja dari Bangladesh terhadap pembangunan negara, di samping memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai sektor strategik.

Perdana Menteri berkata, Bangladesh merupakan rakan penting kepada Malaysia bukan sahaja dari aspek tenaga kerja, malah dalam potensi kerjasama baharu seperti tenaga, industri halal, Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), penyelidikan serta semikonduktor.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof. Dr. Muhammad Yunus sempena lawatan tiga hari ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada 12 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kami meletakkan Bangladesh sebagai rakan penting kerana tenaga kerja anda turut memainkan peranan besar dalam bekerjasama dan menyumbang kepada pembangunan kami.

“Itu sebab saya berpendapat Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia telah bersetuju untuk memperkenalkan kemudahan visa kemasukan berganda (MEV), terutamanya bagi membantu pekerja supaya mereka dapat pulang bertemu keluarga dan merasa terjamin dalam pekerjaan mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof. Dr. Muhammad Yunus sempena lawatan tiga hari ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada 12 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Anda telah mengemukakan beberapa cadangan, dan kami telah memberi keutamaan khususnya untuk membantu para pekerja yang terkandas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof. Dr. Muhammad Yunus sempena lawatan tiga hari ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof. Dr. Muhammad Yunus sempena lawatan tiga hari ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada 12 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kemudahan MEV mula diberikan kepada pekerja warga Bangladesh berkuat kuasa Jumaat lalu dalam usaha memperkukuh pengurusan keluar masuk pekerja asing yang sah.

Pelaksanaan visa itu juga akan dapat mengurangkan risiko penyalahgunaan pas imigresen menerusi sistem pemantauan yang lebih sistematik apabila ia akan diselaraskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di pintu-pintu masuk antarabangsa bagi pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof. Dr. Muhammad Yunus sempena lawatan tiga hari ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada 12 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

DATO LOKMAN JAWAB FADHLI , SEMAKIN DEKAT PERASUAH AKAN KE SG BULOH

WOIII AKHMAL HANG TAK PI SEKOLAHKAN PEMUDA UMNNO TERENGGANU NIH? KO NI LEKEH LA ...Pemuda UMNO Terengganu Tersalah Pamer Jalur Gemilang Tidak Sempurna

Kerajaan Perkasa Pembangunan Sabah

 

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Putrajaya pada 14 Julai 2025. Foto Afiq HambaliI/Pejabat Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 12 Ogos – Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) terus mencipta pelbagai pencapaian terbaik seiring dengan usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk meningkatkan pembangunan sektor ekonomi negeri ini.

Melalui Hala Tuju SMJ 1.0, Sabah merekodkan pencapaian memberangsangkan dengan purata pelaksanaan pembangunan mencecah 94 peratus daripada 467 inisiatif yang dirancang setakat Mei tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, antara sektor yang terus menjadi keutamaan adalah pertanian, perindustrian dan pelancongan.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Putrajaya pada 14 Julai 2025. Foto Afiq HambaliI/Pejabat Perdana Menteri

Selain itu katanya, usaha memperkukuh modal insan, kesejahteraan rakyat, jaringan infrastruktur dan kelestarian alam sekitar juga terus diperkasakan.

Dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian, pelbagai bentuk bantuan rakyat turut disalurkan.

Menurutnya, ia termasuk memperkukuh akses pendidikan serta pengenalan Skim Insurans Perlindungan Rakyat Sabah yang memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat.

Dalam pada itu jelasnya, program pembangunan dan peruntukan yang diumumkan untuk Sabah di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) disifatkan sejajar dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ.

“Kerajaan negeri menyambut baik komitmen kerajaan Persekutuan yang diterjemahkan melalui pembentangan RMK13 yang menyokong aspirasi pembangunan Sabah.

“Ia jelas mencerminkan sokongan padu kerajaan Persekutuan terhadap Sabah di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kerajaan negeri turut berpuas hati apabila beberapa projek berimpak tinggi yang dicadangkan telah dimasukkan dalam pelan pembangunan jangka panjang itu,” katanya.

Beliau berkata, antara projek yang dicadangkan termasuk perluasan utiliti kritikal seperti bekalan air, sistem pembetungan dan pemindahan air, pembinaan infrastruktur strategik seperti jalan raya, tebatan banjir dan kemudahan kesihatan, serta pembangunan Hab Ekonomi Biru.

Menurutnya, RMK13 juga memberi keutamaan kepada pembangunan rangkaian jalan raya yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Kalimantan, sejajar dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara di Kalimantan Timur.

Sejak menerajui pentadbiran kerajaan negeri dalam tempoh lima tahun ini, Hajiji berjaya membawa anjakan signifikan kepada landskap pembangunan Sabah.

Dengan berpandukan Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ, setiap inisiatif pembangunan dilaksanakan secara tersusun antaranya melibatkan struktur hasil dan dagangan, pembaikan infrastruktur, pemerkasaan pelabuhan, pembangunan insan, reformasi tadbir urus serta penjagaan budaya.

Tidak hairanlah apabila Sabah meraih pencapaian paling membanggakan dengan mencatat jumlah dagangan melebihi RM100 bilion untuk tiga tahun berturut-turut dari 2022 hingga 2024, dengan nilai tertinggi sebanyak RM118.1 bilion pada 2023.


Lima Tonggak Utama Tentukan Hala Tuju AI Negara – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Lima tonggak utama bagi menggerak dan menentukan hala tuju teknologi kecerdasan buatan (AI) di Malaysia, digariskan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menggunakan Rangka Kerja Negara AI yang akan menentukan hala tuju merealisasikan aspirasi menjadikan Malaysia sebuah Negara AI, Perdana Menteri berkata, lima tonggak utama itu ialah dasar berpandangan jauh; tenaga kerja tangkas dan celik digital serta infrastruktur digital yang selamat dan boleh dipercayai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ini termasuk kemajuan kepercayaan digital serta pelaburan strategik yang membangunkan ekosistem AI menerusi kerjasama awam-swasta dan kolaborasi global.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menggariskan lima tonggak berkenaan yang akan menggerakkan Ekonomi MADANI dengan penekanan terhadap aspek keterangkuman, kebolehpercayaan dan kesediaan AI bagi kegunaan sebenar serta membawa kemajuan teknologi yang bersifat inklusif dan berdaya saing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Malaysia tidak boleh membiarkan AI hanya dikuasai oleh negara atau syarikat tertentu kerana ia berpotensi menjadi pemangkin perubahan sosioekonomi yang meluas jika digunakan secara bertanggungjawab.

“Pendekatan kita ialah membina kapasiti rakyat supaya mampu memanfaatkan AI, sambil memastikan perlindungan dan kepercayaan digital terus diperkukuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“AI tidak akan menjadi alat untuk segelintir pihak, ia akan menjadi kuasa untuk semua, memacu tadbir urus yang lebih baik, mencetus inovasi dan meningkatkan kualiti hidup. Menerusi Rangka Kerja Negara AI, kita akan pastikan teknologi ini berfungsi untuk setiap rakyat Malaysia di setiap pelosok negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucap tama pada majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN AI Malaysia, di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar turut menegaskan, jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, termasuk dalam kalangan pelajar institusi agama tradisional adalah cabaran utama yang perlu ditangani negara bagi memastikan transformasi digital memberi manfaat kepada semua rakyat.

Jika tidak diatasi, katanya, jurang itu akan mewujudkan perbezaan besar antara mereka yang menguasai disiplin baharu dan mereka yang langsung tidak mengetahuinya, sekali gus tidak mampu meningkatkan taraf hidup atau kekal relevan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mengenai ASEAN, Anwar berkata, dengan lebih 700 juta penduduk, ekonomi digital yang berkembang pesat serta kepelbagaian budaya dan bahasa yang luar biasa, rantau ini berada pada kedudukan unik untuk membentuk AI dengan cara yang inklusif, beretika dan selaras dengan nilai-nilai bersama.

Tambahnya, jika rantau ini mendepani detik berkenaan dengan pandangan jauh dan keberanian, AI mampu merapatkan jurang pembangunan, memperkasa perusahaan kecil, memajukan komuniti luar bandar, mengukuhkan perkhidmatan awam serta memperluas akses kepada penjagaan kesihatan, pendidikan dan keadilan untuk semua.