Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy memfailkan saman pemula terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dengan mendakwa pelantikan Anwar sebagai ahli parlimen dan perdana menteri melanggar berperlembagaan.
Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Waytha memohon deklarasi bahawa kehilangan kelayakan Anwar sebagai ahli Dewan Rakyat “tidak pernah dibatalkan” oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 48(3) Perlembagaan Persekutuan.
============================================================================
September 21, 2021 @ 7:03pm
Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan saman difailkan seorang peguam yang mempersoal kesahan pengampunan diraja yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi sabitan kes liwatnya.
Semasa membatalkan saman oleh Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, mahkamah membenarkan rayuan Anwar dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka, untuk membatalkan saman itu.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Indera Mohd Sofian Abd Razak dan Datuk Lee Heng Cheong memutuskan dakwaan Mohd Khairul Azam terhadap perayu jelas tidak kukuh kerana beliau tidak menyatakan sebarang alasan, tindakan terhadap mereka.
Dalam penghakimannya, Hakim Has Zanah yang mengetuai panel hakim itu berkata, Mohd Khairul Azam tidak mempunyai hak untuk mempersoal pengampunan atau nasihat yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan itu kepada Yang-di Pertuan Agong dalam memberi pengampunan.
No comments:
Post a Comment