MENCALONKAN SHAFIE BUKTI MAHATHIR DALAM KECELARUAN MINDA YANG KRONIK



Sejak awal memang difahami, baik oleh manusia di bumi mahupun malaikat di langit, Tun Mahathir Mohamad adalah seorang yang begitu berdendam dan tidak mahu melihat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Langkah terbarunya mencalonkan Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri hanya mengesahkan lagi hakikat tersebut.

Setelah usahanya menonjolkan diri sendiri untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi selama enam bulan ditolak oleh Anwar Ibrahim serta PKR dan gagal mencapai kata sepakat dalam PH Plus, Tun Mahathir atas kapasiti peribadinya yang tidak berparti lantas memilih Shafie, Presiden Parti Warisan sebagai calon baru Perdana Menteri dalam cubaan berterusannya untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin.

Dalam pilihannya itu, Tun Mahathir turut meletakkan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan anaknya, Mukhriz Mahathir yang sama tidak berparti sepertinya sebagai Timbalan Perdana Menteri 2.

Keputusan Tun Mahathir memilih Shafie, selain menyerlahkan hakikat dendamnya yang tidak pernah padam untuk mengenepikan Anwar, juga terlihat amat janggal dan memperlihatkan kecelaruan mindanya yang sangat kronik.

Ini kerana Shafie selaku Presiden Warisan adalah pemimpin parti pelbagai kaum di mana sebelum ini Tun Mahathir mengatakan Anwar tidak boleh diterima sebagai calon Perdana Menteri kerana kedudukannya yang mengetuai PKR, sebuah parti pelbagai kaum.

Oleh itu, jelas Tun Mahathir, beliau perlu menjadi calon Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum berjanji akan melakukan peralihan kuasa kepada Anwar selepas enam bulan kemudiannya.

Helahnya itu jelas menunjukkan beliau ingin “mengencing” Anwar sekali lagi kerana dalam tempoh enam bulan akan datang, Ahli Parlimen Port Dickson itu tentu saja masih lagi memimpin PKR.

Makna kata, selepas enam bulan memegang jawatan Perdana Menteri, Tun Mahathir sekali lagi tidak akan menunaikan janjinya, sama seperti janji dua tahun yang dimungkirinya kepada Anwar sebelum ini.

Soalnya, jika Anwar selaku Presiden PKR, sebuah parti pelbagai kaum dianggapnya tidak boleh diterima untuk menjadi Perdana Menteri, kenapa sekarang tiba-tiba Shafie boleh pula diterima dan dijadikan pilihan untuk menjadi Perdana Menteri?

Bukankah ini menunjukkan kroniknya kecelaruan fikiran yang dialami Tun Mahathir?

Lebih daripada itu, selain mewakili parti pelbagai kaum, Warisan juga dari segi keanggotaan hanya untuk kaum-kaum di Sabah saja.

Adakah kedudukan Shafie dan kaum yang diwakili Warisan lebih baik berbanding Anwar dan PKR yang tumbuh melata di seluruh negara?

Sekali lagi, kalau bukan mindanya sedang celaru yang kronik, apa lagi label atau gelaran yang sesuai untuk Tun Mahathir?

Bukankah dua hari lepas Tun Mahathir juga berkata tujuannya menjadi Perdana Menteri semula ialah untuk membantu Anwar mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri?

Kalau ingin membantu Anwar, mengapa nama Shafie yang dinaikkan?

Kecelaruan minda yang kronik ini tidak lain adalah disebabnya ratib di mulut dan di kepala Tun Mahathir sepanjang masa, siang dan malam tidak lain hanyalah untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

Jika berniat ikhlas, setelah beliau tidak berhasrat lagi mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir sepatutnya kembali kepada opsyen 1 PH Plus iaitu mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Kalau beliau boleh berjanji untuk memberi penerangan dan berkempen untuk Shafie, malah mengatakan menyokong Shafie sama seperti menyokongnya, kenapa Tun Mahathir tidak boleh melakukan perkara yang sama untuk Anwar?

Sudah tentu jawapannya mudah saja iaitu Tun Mahathir memang tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri.

Bahkan, tindakannya mencalonkan Shafie lebih bertujuan membalas dendam berikutan Anwar telah menolaknya sebagai calon Perdana Menteri PH Plus sebelum ini.

Sebelum ini, pada 1998, apabila melihat kemaraan Anwar yang berpotensi menyingkirkannya, Tun Mahathir telah memecat Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan sebagai ahli UMNO yang menyebabkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO terlucut dengan sendirinya.

Tindakan itu jelas semata-mata untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri dan tidak mampu berlawan secara sihat melalui proses demokrasi parti.

Pada 2016, setelah keluar UMNO kerana gagal menyingkirkan Najib dan melihat PH berpeluang cerah untuk menjadi kerajaan, seterusnya memungkinkan laluan terbuka semula untuk Anwar menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir telah mengambil langkah mengejutkan berbaik semula dengan musuh politiknya itu.

Hasil kunjungan pertamanya terhadap Anwar di mahkamah, diikuti pertemuan Tun Daim Zainuddin sebanyak enam kali dengan Anwar di Penjara Sungai Buloh, Tun Mahathir akhirnya diterima baik oleh PH dan dijadikan calon Perdana Menteri menjelang PRU pada 2018.

Jika diimbas balik, berikutan isu 1MDB dan penolakan rakyat yang serius terhadap Najib Razak, kerajaan pimpinannya serta karenah Rosmah Mansor di mana ruang untuk PH mengalahkan BN adalah cerah, tindakan Tun Mahathir berbaik semula dengan Anwar dan kemudian berjaya meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri, ia adalah semata-mata untuk menyekat kemaraan Anwar daripada mendapat laluan mudah menjadi Perdana Menteri.

Hal itu terbukti apabila Tun Mahathir telah melengah-lengahkan janji peralihan kuasa yang sepatutnya dua tahun dengan pelbagai helah, alasan serta mengkucar-kacirkan PKR melalui tindakan memperalatkan Azmin, menjalin hubungan dengan Pas dan membawa masuk pemimpin UMNO yang diketahui anti Anwar ke dalam Bersatu.

Sehinggalah PH tumbang pada 24 Februari 2020, kejayaan utama Tun Mahathir selama 22 bulan menjadi Perdana Menteri di bawah PH ialah berjaya memungkiri janjinya terhadap Anwar.

Selepas meletakkan jawatan dan dilantik sebagai Perdana Menteri interim, Tun Mahathir berusaha untuk kembali sebagai Perdana Menteri dengan idea membentuk kerajaan perpaduan tanpa parti.

Agenda tersirat di sebalik kerajaan perpaduan tanpa parti itu ialah Tun Mahathir selepas itu tidak terikat lagi untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Kemudian apabila PN menjadi kerajaan dan Muhyiddin selaku Perdana Menteri berdepan ketidaktentuan dan melalui PH, Anwar tetap ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri, dendam dan niatnya menghalang kemaraan Presiden PKR itu kembali membara.

Walaupun tidak lagi mempunyai parti dan diperlekehkan oleh Muhyiddin dalam Bersatu, Tun Mahathir kembali membuat kacau dengan cuba menonjolkan dirinya sekali lagi sebagai calon Perdana Menteri dalam gabungan tidak rasmi, PH Plus.

Tujuannya yang tidak henti-henti mahu menjadi Perdana Menteri dan terbaru mencalonkan Shafie, itu pun setelah dirinya ditolak oleh Anwar, hakikatnya cuma satu – selagi bernyawa di mana ketika semua orang yang seusia dengannya lebih memikirkan amal ibadat dan mencari syurga, Tun Mahathir sebaliknya terus dengan dendam kesumat mencari jalan menghalang Anwar.

Dengan itu, tidak menghairankan jika kecelaruan mindanya tambah kronik lagi di hari dan minggu-minggu mendatang nanti, terutama jika selepas ini DAP dan Amanah yang didakwanya bersetuju dengan pencalonan Shafie, bertindak menolak mentah-mentah perkara itu. (Shahbudindotcom 27/06/2020)

‘Rakyat akan hukum Adun khianat’ – DAP Perak













Rakyat akan menghukum Adun yang mengkhianati mandat rakyat dan menggadaikan maruah mereka demi kepentingan politik, tegas DAP Perak dalam kenyataan, hari ini. 
Kenyataan itu mengulas tindakan Adun Buntong, A Sivasubramaniam dan Adun Tronoh, Paul Yong Choo Kiong yang bertindak menyokong pihak lawan sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang di Perak. 
A Sivasubramaniam dilaporkan menyertai Gerakan dalam satu sidang media hari ini, sementara Choo Kiong kekal bebas. 
“A Sivasubramaniam telahpun dipecat oleh Jawatankuasa Disiplin DAP pusat bersama-sama dengan Choo Kiong yang mengkhianati mandat rakyat pada Mac tahun ini. 
“Beliau merupakan satu beban (liabiliti) apabila beliau masih berada dalam DAP,” kata kenyataan itu.
Berikutan itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar dilantik untuk menyelaras aktiviti DAP di DUN Buntong bagi meneruskan perkhidmatan parti kepada rakyat. 
“Usaha murni DAP untuk berkhidmat kepada penduduk Buntong tidak pernah terhenti dan sumbangan bantuan kepada rakyat yang memerlukan bantuan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) telah dijalankan secara tersusun dan berjadual,” ujarnya. 
Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menegaskan bahawa mana-mana ahli DAP yang menyertai sidang media A Sivasubramaniam hari ini akan dilucutkan keahliannya serta merta. 
“Organisasi akar umbi DAP di kawasan Buntong kekal kukuh dan teguh. Pimpinan cawangan yang ada tidak akan terjejas dengan pengumuman A. Sivasubramaniam tadi. 
“DAP akan terus berjuang demi membentuk Malaysia Baharu yang bersih, telus dan adil untuk semua kaum dan DAP akan terus bertanding di kawasan DUN Buntong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk mempertahankan mandat rakyat,” ujarnya. 

JAGA JAGA DENGAN MAINAN SAKA TUA


HAMSINA HAMZAH

Dap kukuh bersama PH/DSAI. Kita mahukan pemimpin yang berkarisma bukan yang bakal dicucuk hidung oleh saka tua tu. Shafie Afdal bakal di aniaya oleh saka Kita lihat Dan tunggu, sifat saka tua tu Tak ada orang betul bila sanggah kehendak dia.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'Teng Chang Khim @tengchangkhim Saya akan menganggap barang siapa yang masih mendakwa dirinya berpandangan besar, pragmatik dan menyokong Dr M menjadi PM PH++ sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti. Translate Tweet 10:35 am 27 Jun 20 Twitter for iPhone'

ADAKAH ORANG TUA YANG TIADA PARTI BOLEH TENTUKAN ARAH TUJU PH? MASA UNTUK KITA PERTAHANKAN PH





Nampaknya kita di bawah yang masih sayangkan PH harus menggandakan usaha di dalam pertempuran dengan orang tua yang bernama Mahathir ini. Tingkah lakunya semakin melampau dan meloyakan.
Tindakan beliau mengheret Dap dan Amanah untuk berpakat menaikkan Shafie Apdal sebagai PM bagi menggantikan pencalonan namanya yang ditolak oleh Keadilan, adalah satu perbuatan membuli rakan-rakan di dalam PH terutama Dap dan Amanah.
Alasan, kononnya untuk mengembalikan mandat rakyat? Semua tahu, rakyat memberikan mandat kepada PH untuk menjadi kerajaan kerana kita menjanjikan dua nama ini sebagai PM untuk PH. Pertamanya, Mahathir sebagai PM apabila PH mengambil alih Putrajaya, TPM adalah Kak Wan, sehingga Anwar dibebaskan dari penjara (pengampunan Agong) dan dibolehkan untuk berpolitik, maka Anwar akan diangkat menjadi PM pula. Mandat itu diberikan oleh rakyat.
Jika mandat ini mahu dikembalikan semula, maka sewajarnya PH menamakan Anwar sebagai PM setelah era Mahathir berakhir apabila beliau sendiri meletakkan jawatan sehingga mengakibatkan ruang pengkhianatan berlaku dengan mudah. Ini dosa Mahathir yang rakyat tidak akan lupakan sehingga beliau mati kelak.
Apabila Mahathir gagal untuk membuli Anwar dan Keadilan, beliau kini cuba untuk membuli rakan Keadilan iaitu Dap dan Amanah. Tidak masuk akal, Mahathir yang tidak berparti setelah dipecat dari partinya sendiri bersama Shafie Apdal dari Warisan yang bukan gabungan PH boleh menentukan hala tuju PH.
Apakah kesemua MP dari Amanah atau Dap boleh tersenyum dengan situasi ini? Mungkin tidak semua, tetapi ada beberapa orang di kalangan mereka sanggup dibuli dan dihina sedemikian rupa oleh Mahathir kerana mereka terbayangkan kerusi empuk di Putrajaya yang pernah mereka duduki selama 22 bulan yang lalu. Memalukan.
Marilah kita berikrar bersama untuk menggandakan serangan kepada Mahathir, bapak penipu ini. Bahkan, sesiapa sahaja yang sanggup dilacurkan oleh orang tua penipu ini wajib kita tentang habis-habisan. Pertempuran kali ini di antara kita yang sayangkan PH dengan seorang manusia munafik yang bernama Mahathir Mohamed.


WFAUZDIN NS


DIA INGAT ORANG PAKAI LAGI CAKAP DIA


HAMDAN TAHA

Masa PH Dr M guna Azmin untuk hancurkan PKR....di berikan jawatan hebat dan di janjikan bakal PM ke berapa tak tau lah....Kemudian Dr M tarik pula MP Umno untuk hancurkan Umno...
Jumpa Pas dan cerita pada Pas dia tak tahan dengan Dap....dan dia nak kerajaan islam dan Melayu....Jumpa Dap dia kata LGE adalah menteri kewangan yang terbaik....Dia pi rumah Mat Sabu makan malam sebab nak rasa masakan Mat Sabu....Hari ni dia guna Shafie pula dan dia gelikan LGE dan Khalid Samad dan Mat Sabu....geli lah kawan kawan tu nak jadi menteri semula....
Maka bila Anwar tak setuju mula lah Dap team LGE kata ke PKR dan Anwar....Geng Amanah terutama Khalid Samad pula mula melatah dan balun Anwar.....tak sangka jadi macam ini....berat....
Dato Seri Anwar Ibrahim jika tak faham bahasa Dr M dan Amanah juga Dap....tak tahu lah saya...
Punya lah tak nak Dr M pada Anwar sampaikan calunkan Shafie....dan lebih menarik dia calunkan pula anak dia sebagai TPM 11...punya lah tak sedar diri lagi...
Rakyat dah menyampah dah Mahadhir oiiiiii hang sedar diri ke tak...Umno...Pas...PKR...rakyat atas pagar dah balun Dr M ni sekarang termasuk ahli BERSATU.....adoii kesian kat dia kerana dia ingat orang masih pakai cakap dia.

GERAK REFORMIS

*Saksikan LIVE Streaming Pelancaran GERAK98 Negeri Selangor pada 28/6/2020 jam 5 petang. Dengarkan kupasan halatuju dan Misi GERAK98 berhubung situasi politik Malaysia*
*Sebarkan info ini demi kelangsungan Gerakan Reformasi 98 dalam usaha menjadikan PRU15 medan realisasi Reformasi Negara*

SYAFIE HANYA KUDA TUNGGANGAN



TAUFIQ HALIM

Jangan serang Shafie,dia tak tau apa...
Dia hanya keldai tunggangan jer.
Atok ni dia angkat bukan krn bijak,wibawa tp siapa lebih ikut telunjuk..nnt dia gaduhlah,mcm paklah,najib,terbaru Muhyiddin..
.#jgn biar Atok terus pusing,skrg waktu kita perlu pusing2 Atok biar cepat terjun lombong.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks yang berkata 'i BORNEOTODAY.NET Mohd Shafie Bakal Calon Perdana Menteri PH'

Tun M bertanggungjawab kukuhkan kedudukan Azmin, kata Nik Nazmi

Tun M bertanggungjawab kukuhkan kedudukan Azmin, kata Nik Nazmi


Cadangan Shafie sebagai PM perlu dibawa ke Majlis Presiden PH

Cadangan Shafie sebagai PM perlu dibawa ke Majlis Presiden PH

Cadangan untuk menamakan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat AMANAH dan DAP terlebih dahulu.
Demikian menurut Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Katanya, cadangan itu seterusnya perlu dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diputuskan bersama.
AMANAH dan DAP berpandangan candang itu sebagai suatu opsyen baharu untuk merealisasikan usaha mengembalikan semula mandat rakyat yang telah diberikan kepada gabungan Pakatan Harapan dan Warisan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Terdahulu, dalam kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pertemuan tidak rasmi (informal) dua hari yang lalu dan cadangan untuk menamakan Dato Seri Shafie Apdal sebagai calon baharu Perdana Menteri.


KELAB PENYOKONG AMANAH-KEH..KEH..KEH......ASAL BUKAN MAHATHIR




Ini sebagai pesanan, lain kali kamu kena banyak berbincang dengan DSAI, bukannya banyak berbincang pada musuh dalam selimut tu. ingat setiakawan kita selama 20 tahun berbanding virus dua tahun itu.

JANGAN SOKONG SARANAN INI...SALAM JAHANAM




Imej mungkin mengandungi: teks Dah tau dah

PH dah berjanji lepas Mahathir, Anwar akan jadi PM.
Dah tau dah Mahathir dah letak jawatan dan parti dia cabut lari dari PH.
Dah tau dah PH kekal dengan tiga parti PKR Amanah dan DAP.
Dah tau dah Mahathir ditendang oleh partinya dengan beberapa yang lain.
Yang gatai Amanah dan DAP pi mesyuarat dengan Mahathir yang tak berparti tu kenapa?
Yang pi cadang option Shafie Apdal jadi PM dan setuju sebagai option tu kenapa?
Mandat rakyat bagi dalam PRU lepas ialah apa yang PH setuju untuk laksanakan.
Taulah politik ni dinamik, tapi merapu bermacam-macam option yang ganggu teras janji PH tu, menatang kejadah apa?
Mandat ke, pantat?
Salam jahanam siapa yang merepek meraban tak kira Amanah ke, DAP ke..
Abg Aim 😎


MACAM MACAM TRICK MOKHTAR SENIK


Hamsina Hamzah

Kenapa bila dah kantoi malam tu sampai buat Vellfire 'drift', tiba-tiba keesokannya Mokhtar Senik gelabah tukar plate no. belakang dlm bentuk lain?

HAHAHA... sendiri mau faham laaaa 😂😂🤣

Yang peliknya, Mokhtar Senik dakwa ada org salahguna no. tepon beliau dan ada org lain guna no. plate beliau digunakan pada Vellfire bukan miliknya.

Jika benarlah ada org lain salahguna no. tepon beliau & no. plate kenderaannya, 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗠𝗢𝗞𝗛𝗧𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗡𝗜𝗞 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜 𝗡𝗔𝗞 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗝𝗣𝗝 ‼️

JANGAN LETER GOLONGAN MUDA MALAS TAPI KERAJAAN TAK SEDIA PELUANG