HAMDAN TAHA
Melihat suasana politik semasa saya di maklumkan pru ke 15 akan di awalkan selewat lewatnya sebelum bulan 12 ini.
Jika PN dapat bersama dan kukuhkan hubungan mereka dan PRU kali ini masih beri jaminan TSMY akan kekal sebagai PM insyaAllah kerusi kerusi semua di kawasan mejoriti Melayu akan di menangi PN.
Menjelang bulan Januari tahun ini TSMY bagi pandangan saya masih di lihat sebagai X faktor kepada kekuatan PN. Tetapi X faktor itu belum tentu akan kekal sehingga habis tempoh pilihanraya pru ke 14 atau pun tiga tahun dari sekarang...jika faktor X itu penting jawapannya pru wajib di lakukan dalam tempoh terdekat.
Pandangan saya juga pru kali ini berbeza kerana ada beberapa negeri tidak akan turut membubarkan dewan negeri mereka. Selangor,Kelantan,Terengganu,Negeri Sembilan,perak,pahang saya jangka kan tidak akan membubarkan dewan negeri kerana tidak menguntungkan kecuali johor dan barangkali melaka. Sabah juga tidak akan membubarkan negeri mereka jika masih shafie menjadi CM...
Sekarang rakyat masih merasakan keadaan baik hutang kereta dan rumah masih tidak berbayar sehingga bulan 12. Tetapi jika masuk sahaja bulan januari keadaan dan pemikiran rakyat sudah berbeza. Tekanan kehidupan akan bermula terasa bermula bulan january.
PH pula mereka sedang berdepan dengan krisis kepimpinan dan sokongan. Saya merasakan PH berada dalan keadaan yang tidak cukup baik untuk berdepan dengan PN. Parti parti di dalam PH tidak cukup bersedia jika berdepan PN sekadar isu kerajaan ikut atap atau kerajaan rampas kuasa tidak cukup menarik buat rakyat malaysia.
Jika saya teliti secara adil parti paling parah sekali kali ini ialah Amanah. Setakat ini saya hanya yakin dan percaya hanya Mat Sabu sahaja boleh kekal menang itu pun tidak ada jaminan. Tun Dr M jika terus bertanding di langkawi dan mukriz juga di kerusi jerlun bagi saya kali ini mereka akan tahu langit itu tinggi tidak boleh di capai lagi.
Kerusi PD untuk dato seri anwar juga bukan semudah baru baru ini. Banyak sebab boleh kita bahas kenapa sukar buat PH kali ini....tapi saya lihat dua sebab paling berat untuk berdepan PN...
1. PH buat masa ini gagal menyakinkan pengundi Melayu,dan pengundi Melayu pula yang telah mengundi PH pada pru ke 14 ada yang tidak mahu lagi keluar mengundi kerana kerenah orang politik yang menjemukan. Gabungan PN itu sendiri adalah jentera yang kuat untuk menarik pengundi Melayu...
2. Pengundi Luar yang tidak lagi ghirah untuk mengundi PH. Orang cina dari luar negara tidak lagi bersedia untuk balik Malaysia semata mata untuk mengundi. Ramai juga orang muda dari bangsa India dan Cina tidak berminat lagi untuk keluar mengundi. Semua ini akan merugikan PH
Selain dari itu slogan kali ini ada kepada PN bukan PH contoh pru ke 14...jatuh kan Najib...jatuhkan perasuah...jatuhkan kerajaan Najib sangat popular di kalangan rakyat....sekarang sudah tidak ada slogan yang cukup menarik....
Menjual nama Dato Seri Anwar bakal PM bagi pihak PH juga sudah tidak cukup kuat....apatah lagi jika menjual nama Tun Dr M.....
Apapun syarat utama ialah PN dapat agihkan kerusi dengan baik dan adil. Kedua tidak berlaku pertandingan tiga penjuru. Ketiga PN perlu umum Perdana menteri ialah Tan Sri Muhyuddin dan TPM akan di ujudkan untuk Umno, jika Azmin tidak di lihat sebagai calun bakal PM saya yakin PN akan menang dengan penuh gaya dan menakjubkan.....