(LIVE) MALAM ESOK Ezam Mohd Nor: Kerjasama PKR - UMNO?- MALAM ESOK LIVE DI FB...YOU TUBE..

INGAT BERI AIR SELUT ITU BUKAN PERBUATAN KEJI? BUSUK PERUT.....



Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya tetap menyatakan pendirian untuk mempertahankan hak riparian sumber air bagi negeri tersebut di mahkamah. “Pulau Pinang mengabstrak air mentah dari sempadan negeri Pulau Pinang yang terletak di tengah-tengah Sungai Muda yang mana ia adalah selari dengan undang-undang antarabangsa bahawa hak riparian iaitu hak untuk mendapatkan sumber air mentah dari sungai di sempadan walaupun hulunya berada di negeri atau negara lain,” tegas Kon Yeow




KAH.....APA GUNA JADI KERAJAAN?

 

May be an image of 1 person and text that says "KALAU HANYA MAMPU RAYU PERTAHANKAN KALIMAH PERTAHANKKLHLL ALLAH malaysiakini ANWAR BRAHIM RUNT FHNe ALLAN BERITA KAMI Mukhrzazim malaysiakini KERANA ALLAH Merayu kepada kerajaan bukan lagi tugas tugas Umno dan PAS Pembela Shakira Buang APA GUNA JADI KERAJAAN?"


Sepatutnya Umno dan PAS tidak perlu membuat rayuan atau gesaan kepada kerajaan agar penghakiman penggunaan kalimah Allah ke Mahkamah Rayuan, kata Pertubuhan Pembela Islam (Pembela).

Hal itu kerana, kata Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya, berkata kedua-dua parti terbabit menyertai kerajaan Perikatan Nasional, justeru apa yang perlu dilakukan ialah bertindak segera.

“Mereka sebahagian daripada kerajaan, jadi sepatutnya mereka terus ambil tindakan, tak payah nak suruh-suruh lagi.

“Menteri agama orang dia (kerajaan) dan banyak menteri-menteri (lain juga wakil PAS dan Umno). Jadi mereka sepatutnya dengan segera (mengambil tindakan), tak perlu merayu-rayu lagi," katanya.

Menurut Aminuddin pihak yang sepatutnya membuat rayuan ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pembela sebaliknya Umno dan PAS patut mengambil tindakan secepat mungkin.

 




Kahwin campur agama tiada kaitan dengan kalimah Allah, berhenti berbohong lah ustaz!

 Kahwin campur agama tiada kaitan dengan kalimah Allah, berhenti berbohong lah ustaz!

Tadi ada seorang sahabat share video Ustaz yang suka melebong,Melawak dan menyanyi dalam Kuliah , Dia Bagi tahu, Tengok Indon sana, Sebab benarkan Kalimah Allah berapa ramai yang Kahwin Campur tak kira Muslim atau tidak.. Lagi teruk Ustaz tu kata,Gempa Bumi, Bencana Negara tu disebabkan perbuatan membenarkan Kalimah Allah ini..

Ni nak Bagi tahu Ustaz Jahil di Manjoi tu.. Di India, Banyak berlaku perkahwinan campur.. Antara Hindu dan Muslim.. Ramai dari Pelakon filem Bollywood pun sama amalkan perkahwinan Campur.., seolah olah sana mengamalkan Pluralisme.. Apakah Kitab Hindu, Kuil dan Tok sami depa guna Kalimah Allah ? jawapannya tidak… Jadi apa hakikatnya ?

Apakah baru baru ini Perkahwinan anak kenamaan dengan Pemain hoki India di Gurdwara Sikh disebabkan Kalimah Allah ? Tidak.. Apakah yang dangkal sangat Ustaz ni..Nasib takda Tok Sami, Paderi kata banyak Negara Islam mundur dan Miskin sebab Islam..

Hakikatnya di Indonesia.. Berlakunya perkahwinan campur disebabkan Sosio Budaya sesuatu tempat.. Di Indonesia sebagai contohnya.. Melayu disana belum tentu Muslim, Jawa di sana belum tentu Islam.. Malah Dasar Pancasila juga ada kelemahan bilamana ada keturunan Tionghua menggunakan nama suku dan etnik di Indonesia..

Seperti Gabenor Jakarta dulu yang dikenal dengan panggilan Ahok, Nama sebenarnya basuki tjahaja purnama, Dia Kristian walaupun belajar di Pesantren.. Tu sebab si Zakir Naik bila datang Indon dia kritik Aqidah Ummat Islam Indonesia disebabkan Perkahwinan Campur tanpa dia sedar diri, ia juga berlaku di India.. Apa yg dia lakukan ?

Ramai di Indonesia biarpun dengan nama jawa, Melayu tetapi mereka itu Kristian.. sama dengan Iban,Bajau atau Melayu di Sarawak dan Sabah..Di dalam satu rumah ,satu keluarga kadang2 berbeza Agama.. sebabnya Sosio Budaya itu berbeza…

Begitu jugalah di India.. Ada India yang Muslim dan Tidak biarpun Depa satu rumpun satu bahasa.. sebab apa ? Kita bersyukur Alhamdulillah, 99% Melayu adalah muslim, Jawa adalah Muslim..bugis adalah muslim..Takrifan melayu di Malaysia adalah muslim….

Realiti kita di semenanjung Sosio Budaya berbeza dengan Indonesia,Hatta dengan Sabah dan Sarawak.. Ada ketika seperti aku tulis sebelum ini.. bila ada pemisahan sistem pendidikan, meraikan Budaya tulisan dan Bahasa pelbagai Kaum..ada juga sudut Positifnya.. bayangkan Negara kita amalkan Pancasila seperti Indonesia..? Inilah Waqi’ dan Uruf kita di Malaysia..

Itu sebab dalam Quran, Ketika Allah befirman menyentuh tentang Bangsa,Suku kaum Allah sebut لِتَعَارَفُوا ۚ Untuk Kamu kenal mengenal..

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ ..

” Wahai manusia, sesungguhnya Kami..menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. ”

Ni Nak bagi tahu, Ustaz tu pernah baca tak Kisah Murtad melibatkan Sahabat dan Pejuang Islam ? salah satunya cerita Abdah bin Abd rahim yang tergoda dan jatuh cinta kepada Wanita Nasrani dari Rom.. Kisah ini pernah disampaikan Ibnu jauzi..Disebutkan dalam Bidayah Wal Nihayah..

Maka ketika tentera Muslimin berjaya mengepung kawasan dan benteng Tentera Rom , dan mendapati Abdah Bin Abd Rahim ada bersama dengan wanita tersebut bersama tentera Kristian.. Apa kata tentera Muslim kepada Abdah Abd Rahim ?

فقالوا:

يا فلان ما فعل قرآنك ؟ ما فعل علمك ؟ ما فعل صيامك ؟ ما فعل جهادك ؟ ما فعلت صلاتك ؟

Dan Telah bertanya kepada Abdah,

” Apa Yang telah terjadi terhadap Quran yang kamu hafaz..? Apa yang terjadi dengan Ilmu kamu ? Apa Yang Terjadi dengan Puasa Kamu ? Dan apa yang jadi dengan Jihad kamu ? Apa yang Jadi dengan Solat Kamu ? ( Yang membuat Kamu Tergoda)”

Jadi soal Perkahwinan ini soal ujian Cinta dan Wanita.. Sebagai contoh ramai pengikut Rasul Melayu, atau Ayah Pin dari kalangan sarjana cerdik pandai dan lulusan Al Azhar..Bukan orang biasa.. Jadi Takda kena mengena dengan Kalimah Allah berlakunya Perkahwinan Campur..Itu sebab Allah ingatkan kita, jangan kata kita Beriman, jika tidak diuji..

Ustaz pun kalau nak tunjuk semangat sangat Pertahankan Islam da Kalimah Allah pun..Mengaji lah bagi habis.. berhujjah lah atas dalil dan Ilmu..Sampaikan Bencana, gempa Bumi pun dikatakan sebab kesalahan Aqidah..Sama dengan tuduhan Dusuki ketika Bencana gempa bumi di Palu dikaitkan dengan perbuatan Syirik…

Cuma aku nak tanya Ustaz tu.. Kenapa Allah datangkan bencana Tsunami di Acheh..Tempat Ummat Islam dan ramainya orang Alim..Tidak di Bali Tempat Hiburan dan Segala penyembahan Berhala.. Apakah Sebab Islam atau Kalimah Allah ker ?

Ipohmali

Tazkirah Zohor

18 Mac 2021




ADOI..MALANGNYA

 

AIPMR


Apa ke malang nasib rakyat.

Ada PM - takut berhadapan media. Asyik buat perutusan sahaja.

Ada kerajaan - takut berhadapan wakil rakyat pembangkang. Tutup parlimen.

Ada YDP Dewan Negara - takut dengan anak muda. Tak beri mengundi.

Serba takut.

 May be an image of 2 people and text that says "Saman budak 17 tahun RM10,000 boleh. Nak bagi 18 tahun mengundi takut pulak. Berita Remaja 17 tahun dikompaun RM10,000 tak daftar masuk kedai runcit Isnin, 15 Mac 2021 9:30 PM Oleh: RSN MURALI f Hatnoor Hussain Undi 18 tidak boleh dilaksanakan sekarang, kata Rais Yang dipertua Dewan Negara berkata terlalu banyak kekangan, masa dan sumber diperlukan untuk pelaksanaannya pada masa ini. jam yang lalu Berita"

MANA BOLEH KERJASAMA PUN..LEBAI PUN KAKI KENCING...

 

Eh tiba-tiba saja ni?

Pingan tak retak, nasi tak dingin

Orang tak hendak, kami pun tak ingin

Masa mana pulak sebut?

Tak ada pun….asyik nak layan pak lebai..kemudian kencing kawan kawan…banyak tempat pulak selepas setuju menyebabkan Umno yang menang…lihat sejarah lah mudah….


May be an image of 1 person, sitting and text that says "astro BHONLINE Tiada lagi kerjasama PAS-PKR: Hadi Awang lehOlehZatuliffahZollkiply 3:37PTG MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu kekal dengan pendirian untuk tidak mengulangi kerjasama dengan PKR."




Lintas Langsung dari Lebai Pa Selera Utara Nilai...Uniq Band

Sembang Santai Syed Ibrahim Sensasi

Keadilan Bergabung Dgn UMNO ehh? 😱

KELAKARNYA AHLI PARLIMEN MALAYSIA

 

FAEZUDDIN PUAD


Lari dalam parlimen boleh.

Sidang parlimen tak boleh.
Kelakar.

May be an image of 1 person, standing, car, outdoors and text that says "Hj Rashid Hasnon 3h.â … Saya merasmikan Parliament Virtual Run 2021 yang dianjurkan pihak KESPA dan PUSPANITA Parlimen. Acara dalaman ini akan dilaksanakan secara maya selama 10 hari. Pada perasmian hari ini, kita lakukan gimik dengan berlari kira-kira 1.1 kilometer sekitar Parlimen. Ketaq lutut bhai! #TYPDR #parlimenmalaysia #virtualrun #parliamentvirtualrun PVR"

KENYATAAN MEDIA

 KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
18 Mac 2021
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat berkala hari ini, dan membincangkan beberapa perkara seperti berikut:
1. Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan hadir ke taklimat berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada hari Isnin, 22hb Mac 2021.
2. Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan pembangkang akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang di Parlimen pada hari Isnin, 22hb Mac 2021. Pertemuan ini akan menyaksikan pembentangan serta perbincangan berkenaan isu vaksin, ekonomi, isu-isu semasa serta menegaskan bahawasanya Parlimen boleh dan perlu bersidang tatkala Darurat berkuatkuasa.
3. Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mengadakan satu pertemuan tertutup bersama wakil-wakil kedutaan asing pada 24hb Mac 2021.
4. Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan pelantikan YB Chong Eng sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan.
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)


May be an image of 4 people, people standing and people sitting










KEH..KEH..HEBAT MB KEDAH..JOM KITA BELAT AYAQ SUNGAI

 May be an image of 1 person, sitting and text that says "PENCAPAIAN MB KEDAH UGUT SEKAT SUNGAI UGUT KERUHKAN AIR SUNGAI BATALKAN CUTI THAIPUSAM TRANSFORMASI KEDAH JADI WAKANDA UMUM NADIR BUMI RM43 TRILION LEBIH BESAR DARIPADA EKONOMI JEPUN"


HAI BERANI MALAYSIA NI YA...

 

MALEK HUSSEIN

Malaysia halau diplomat Korea Utara. Mereka diarah keluar dalam tempoh 48 jam.

‪Harap Kim Jong-un tak buat gila arahkan ujian peluru berpandunya ke arah perairan di sebelah sini.

‪Itu baru betul-betul Darurat!

 May be an image of outdoors

KENAPA MASIH MELAMBUNG LAMBUNG SAKA TUA?

 

Persoalannya sekarang adakah benar AKAN WUJUD Kluster-kluster sedemikian seandainya DSAI yang jadi Perdana Menteri?? Jika mereka yakin tiada, kenapa #K3 tidak dapat menyokong DSAI sepenuh hati? Kenapa masih mereka mahu melambung-lambung SAKATua seolah-olah mahu dia diberikan "tongkat" utk sailang DSAI?Description: 🤔

Wallahualam

- Zus Din

19 March 2021

 

MEMPERJELASKAN SIAPA PAN, #K3 DAN KENAPA KAMI LAWAN...??

 

Ramai yg terkeliru dan menganggap kami sengaja memanggil Amanah sebagai PAN walhal kami perlu memisahkan golongan MINORITI #K3 yg jahat dari kelompok MAJORITI yg baik dan mesra PH dalam Amanah dan DAP.

Amanah adalah OREN MANIS yg menjadi shbt sejati dalam PH. PAN adalah OREN MASAM yg mensabotaj PH dari dalam dgn setiap hari menyerang DSAI Pengerusi PH di SocMed. Ini pernah dialami PKR suatu ketika dulu apabila KARTEL Azmin masih berleluasa dlm PKR dan PH.

Ada di kalangan pengkhianat dlm PH kata KUNUNnya DSAI tidak berbekas atau berkudis pun dgn serangan PANtuk yg sudah hampir setahun itu, tapi mereka menyembunyikan hakikat bahawa AKHLAK, ETIKA dan ADAB bermuafakat dlm sebuah pakatan telah dilanggar dgn menyerang pemimpin tertinggi PAKATAN.

Tiada ahli berjawatan dalam PA$ dan PPBM yg menyerang Abah Kau Mooyiddin dalam PN. Tiada ahli berjawatan dalam UMNO, MIC dan MCA yg saban hari menyerang Zahid Hamidi Pengerusi BN.

Tapi dalam PH, kita ada Anai2 PANtuk Kartel Oren Masam #K3 PANDAP yg menyerang DSAI SETIAP HARI di SocMed. Adakah ini Norma Baharu? Pembela mereka itu akan kata ia hanya "PERBEZAAN PENDAPAT".

Mereka ingat kita bodoh tidak boleh bezakan antara "perbezaan pendapat" dgn "serangan jahat" yg dilakukan setiap hari? Ini adalah "WRONG SIGNAL" kpd pengundi atas pagar yg akan merasa hairan akan serangan dalam PH terhadap Pengerusi PH sendiri. Ada yg menganggap sesuatu yg tidak kena dgn PH atau Pengerusi PH itu sendiri.

Mereka itu, yg menyerang DSAI bimbang beliau jadi Perdana Menteri sekaligus membawa suara dan kemahuan Org Tua "TERTENTU". Apanama tu? KUNUNnya?

Baca betul-betul semua yg tertulis dlm Screenshots disertakan, mungkin anda akan mendapat serba sedikit kejelasan ke atas kekeliruan itu?

Wallahualam.

- Zus Din

19 March 2021

 

May be an image of text

May be an image of text that says "Norshidah Mohd Daud 1h Dak2 Amana jgn sentap aku pgg segelintir dlm parti tu PAN PAN tu merujuk kepada team PANdir yg didalangi Din Punai, KS Broker, Mahfuz Mahfiz dan ahli2 babil mereka yg terdiri daripada Pyol Din, Ostad PAN Marang PAN Ledang dll AMANAH mcm Mujahid tu aku X pggl PAN pun Malah Mujahid tu pun team PANdir X bekap bila jd sesuatu isu Punya sial team PANdir ni Jgn nk sentap membabi buta ok"

May be an image of text that says "Daniel Zairin 3h Istilah klauster mahkamah ini dimulakan oleh PN dan disambung oleh PAN. Tapi puak2 PAN ni tak tahu, nasib mereka agak baik kerana tidak tersenarai dalam "klauster mahkamah" setelah berakhir pemerintahan PH kerana madey dgn cermat menyimpan segala rahsia utk digunakan bila perlu. Kalau tidak sudah ada "klauster mahkamah tanah kg baru, klauster mahkamah daging import sijil jakim cilok,klauster mahkamah tender kementerian pertahanan dan juga klauster mahkamah terowong & bungalow" Jangan kuat mendabik dada. Esok satu hari pasti keluar apa yg kini disorok. Itu yg buat mereka meronta2 tidak mahukan susuk bernama Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri."

May be an image of textMay be an image of text that says "Sohaimi Ali 28 February at 22:18 Amboi sedap mulut jantan oren bedal.. yang like pun boleh tahan gak laju.. Oo gitu sipir nya.. sebab Anwar dalam penjara bohjan2 korang dapat jadi YB dan YAB menteri.. Anwar keluar penjara bohjan2 korang kemaruk hilang jawatan?? Kalau Anwar jadi PM dan buat reform bohjan korang pulak masuk penjara?? Canteek sifirr Mohd Fuad Anwar 43m Anwar ni elok duduk dalam penjara! Dia keluar je abih pecah PKR dan PH..tumbang kerajaan.. PH menang PRU 14 dia masih dok dlm penjara lg.."





HAYATI KENYATAAN DR MUJAHID DAN BELAJAR BIJAK SIASAH DARIPADANYA.

 

Kenyataan Naib Presiden Amanah Dr Mujahid Yusof yang dikeluarkan hari ini menjelaskan, sikap pendirian dan boleh dijadikan bingkai politik Amanah sebenarnya. Kenyataan Dr Mujahid itu memberi penjelasan kepada suatu kekeliruan yang dibuat oleh segelintir mereka yang daya politik rendah dan tidak muhid siasah.

Kenyataan dikeluarkan Dr Mujahid dilihat terbangkit daripada kenyataan beberapa ahli parlimen pembangkang termasuk oleh Timbalan Presiden Amanah sendiri.

Sekaligus kenyataan itu Dr Mujahid mengajar dan menyekolah mereka yang dilihat tumpul (bukan kemetot) minda politik.

Dr Mujahid atas sifatnya sebagai pemimpin dan mempunyai pegangan yang mampan cuba memberi peringatan kepada pelopor Politik Grekok (Grand Coalition) sebelum ini. Apabila pelopor politik Grekok seakan melupai apakah yang mahu dicapai disebalik agenda itu, tetapi dalam masa sama menolak untuk bersama Umno menjelaskan kedangkalan dan kesundalan minda politiknya.

Sebelum ini pelopor Politik Grekok itu juga mahu menghimpunkan semua parti politik bagi mendepani kerajaan PN, tetapi dalam masa sama mereka tidak mahu memasukkan Umno dalam Politik Grekok itu sedang aset dimiliki Umno besar. Apakah kerana melihat Umno itu terlalu jijik dan kita pula terlalu putih? Putihkah diri kita berbanding dengan diri orang Umno?

Apabila ada ahli parlimen pembangkang yang menyatakan penolakan mereka kepada Umno untuk dibawa sama ia seolah bertentangan dengan agenda dan nawaitu politik Grekok itu. Ini agak pelik dan mungkin menyedari kepelikan ini maka Mujhid membuat penjelasan dan penegasan.

Bagi Dr Mujahid membawa dan mengajak bersama Umno ke dalam persepakatan politik untuk menjatuhkan kerajaan PN, bukan bermakna bersekongkol dengan kleptokrat yang ada dalam Umno. Mujhid tahu ia bertentantang dengan nilai Amanah, tetapi ia tidak boleh ditolak kalau kerjasama itu boleh bantu membawa nilai itu. Cara Mujahid berfikir itulah cara berpolitik sebenarnya. Menambah rakan mengurangkan musuh mengutamakan isi bukan kulit

Dr Mujahid menuntut kejelasan dalam bertindak dan seterusnya bijak dalam politik. Mereka yang tolak untuk bersama Umno, dan dalam masa sama membentuk Politik Grekok adalah mereka yang dangkal dan tohor ilmu politik kerana ia kontradik. Mereka ini adalah penimba lautan yang tidak mungkin kering sampai ke bila-bila.

Dalam tilikan saya berdasarkan kenyataan dan solusi dalam sesuatu isu serta meletakkan Amanah sebagai sebuah parti berkualiti Dr Mujahid sepatutnya diangkat menjadi presiden Amanah atau diberikan peranan khusus untuk menjawab dan mengulas apa-apa isu politik berhubung dengan parti itu. Ini bagi mengelakkan parti itu tidak blur dan lemas disebabkan beberapa aksi pemimpin yang kehilangan punca dan meroyan dan gabra setelah kehilangan jawatan. Trims.

- MSO

Dibawah adalah kenyataan Dr Mujahid.

*******************************

KUKUHKAN KEJELASAN KITA

1. Semua sedia maklum prinsip 'kesatuan melahirkan kekuatan'. Tidak salah untuk mengingatkan supaya kukuhkan kita kerana sekian lama dalam politik itulah slogan yang didengungkan. Demikian yang dilakukan oleh beberapa di kalangan MP pembangkang dari AMANAH, DAP, MUDA dan WARISAN mengingatkan Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi Majlis Presiden PH.

2. Namun demikian, kita perlu menjangkau lewat slogan dan retorik kepada soalan lebih mendasar, iaitu apakah tujuan utama seruan pengukuhan pembangkang? Kita harus menghayati apakah dia 'big picture' yang kita perlu nampak sebalik seruan kukuhkan kita. Jelaskah kita?

3. Kita sebagai rakan setia dalam Amanah, Keadilan dan DAP telah membuktikan kesatuan kita. Kita menjayakan usaha mengambil mandat kembali di kalangan 220 MP yang diputuskan oleh Majlis Presiden PH dan saya yakin semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan bersungguh-sungguh.

4. Kenapa semasa usaha kembalikan mandat itu, kita juga mensasarkan ahli-ahli parlimen UMNO demi meyakinkan mereka keperluan ambil mandat semula? Apakah kita mengajak mereka sebagai ahli parti kleptokrat ataukah kita mengajak mereka untuk selamatkan prinsip demokrasi? Kita juga meyakinkan WARISAN dan PEJUANG atas nada dan nafas yang sama walaupun parti tersebut ada isu dengan DSAI.

5. Kenapa semasa kita bercakap tentang 'Grand Coalition' (Kerjasama Besar Politik) kita cuba kesampingkan potensi pihak lain termasuk UMNO? Ataukah kita sempitkan yang 'Grand' itu kepada pilihan tertentu sahaja? Mana kejelasan kita dalam membawa agenda yang kerananya kita memerlukan Kerjasama Besar-besaran Politik?

6. Kita bukan hendak menjatuhkan PN tetapi kita hendak menamatkan politik jelik, kotor dan rasuah jijik yang diamalkan oleh PN untuk kekalkan pengkhiantan mereka. Kita melawan atas prinsip nilai bukan membabi-buta! Kejelasan inilah yang merupakan prinsip yang tidak boleh dikompromi dalam membina kerjasama kita dengan semua pihak termasuk UMNO. Kita bertemu dengan agenda besar bukan agenda peribadi. Begitulah juga kita mendekati BERSATU diambang PRU ke 14. Kini jelas siapa yang membelakangkan agenda besar kita.

7. Dengan mengisyaratkan fokus kukuhkan pembangkang kita telah membuat percanggahan kepada kenyataan Grand Coalition kita yang awal. Bukankah dengan berjumpa semua pihak itu mampu mengkukuhkan kita dan akan menjayakan Grand Coalition kita? Kenapa kita disekat dengan istilah parti kleptokrasi dan kluster mahkamah? Bukankah perkara ini telah ditegaskan beberapa kali dalam kenyataan bersama Majlis Presiden PH bahawa tiada kompromi kepada kes mahkamah yang sedang berjalan dan perlu menerima asas reformasi yang kita aspirasikan bersama.

8. Sebab itu saya bertanya apa tujuan semua ini? Jika kita meletakkan pembangkang lawan PN kita tidak akan meramaikan penyokong, tetapi jika kita letakkan landasan 'ayuh bersama tamatkan kejelikan politik dan pulihkan demokrasi' maka pasti ada di kalangan parti politik lain yang akan bersama kita termasuk UMNO. Itulah semangat Grand Coalition.

9. Untuk rekod, sepanjang sejarah BA, PR dan PH tidak ada kerjasama politik yang termetrai melainkan dengan syarat dan komitmen agenda reform yang menjadi teras perjanjian. PAS, BERSATU tinggalkan kita kerana tidak ada iltizam dengan semangat reform dan tidak istiqamah. AMANAH, DAP dan KEADILAN solid kerana meyakini agenda reform. Kenapa kita isyaratkan tidak mahu kerjasama dengan parti kleptokrasi? Apakah kita lebih lemah dari kleptokrasi hari ini? Bukankah kita telah membuktikan agenda kita lebih besar dari agenda kleptokrasi?

10. Kita harus jujur pada cita-cita kita, sebesar kejayaan kita adalah membangkitkan dhomir hati manusia kepada menolak pengkhianatan, kefasadan politik dan membangkitkan dhomir menyokong sikap Adil, Ihsan dan Islah.

Semoga kebangkitan dhomir dalam hati-hati orang UMNO dan rakan-rakan lain akan mengukuhkan semua kita demi kita pulihkan demokrasi dan sembuhkan negara dari para perosak negara dan pencabul prinsip demokrasi.

Kukuhkan kejelasan kita dahulu!

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

18hb March 2021

 May be an image of text that says "Mohd Sayuti Omar Favourites 7h HAYATI KENYATAAN DR MUJAHID DAN BELAJAR BIJAK SIASAH DARIPADANYA. Kenyataan Naib Presiden Amanah Dr Mujahid Yusof yang dikeluarkan hari ini menjelaskan, sikap pendirian dan boleh dijadikan bingkai politik Amanah sebenarnya. KenyataanDr Mujahid itu memberi penjelasan kepada suatu kekeliruan yang dibuat oleh segelintir mereka yang daya politik rendah dan tidak muhid siasah. Kenyataan dikeluarkan Dr Mujahid dilihat terbangkit daripada kenyataar beberapa ahli parlimen pembangkang termasuk oleh Timbalan Presiden Amanah sendiri."

May be an image of text

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎الرياة HAR PAN IATAN Amanah " Kita melawan atas prinsip nilai bukan membabi-buta! buta! Kejelasan inilah yang merupakan prinsip yang tidak boleh dikompromi dalam membina kerjasama kita dengan semua pihak termasuk UMNO " DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF RAWA Naib Presiden AMANAH Ahli Parlimen Parit Buntar DRMUJAHID DrMujahid Rawa @muja DR‎"‎‎


SHAHIDAN SUDAH BERANI UGUT, APAKAH UMNO MAHU BERDIAM DIRI SAJA?

 

Orang kuat Umno Perlis, Shahidan Kassim mengugut untuk memutuskan hubungan dengan kepimpinan pusat sekiranya mereka tetap meneruskan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada perhimpunan agung Umno akhir bulan ini.

Shahidan berkata beliau tidak bimbang jika tindakan diambil terhadap Umno Perlis di bawah pimpinannya.

“Kalau Perlis buat keputusan, mereka nak buang Perlis, maka buang lah,” kata pengerusi Perhubungan Umno Perlis yang juga pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional, kepada Talk, Now, program temu bual isu semasa yang diterbitkan MalaysiaNow.

Perhimpunan agung Umno yang akan berlangsung pada 27 Mac akan diadakan di tengah-tengah desakan sebahagian pemimpinnya untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri, Najib Razak sejak akhir-akhir ini meningkatkan kritikan terhadap Bersatu sambil menuduh parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu mengenepikan Umno dalam pelantikan jawatan penting kerajaan.

Malah, kedua-dua pemimpin terpalit rasuah itu mendesak PAS mengikuti langkah mereka meninggalkan Bersatu.

PAS yang terikat dengan perjanjian dikenali sebagai “Muafakat Nasional” bersama Umno ketika kedua-duanya berada dalam pembangkang, berulang kali menyatakan komitmennya untuk menyokong pentadbiran Muhyiddin.

Shahidan, yang juga ahli Parlimen Arau, turut mempersoalkan seruan pemimpin Umno agar PAS meninggalkan Bersatu, sedangkan katanya parti Islam itu sudah bersama-sama dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

“PAS berdaftar dengan PN. Jadi bererti kalau kita mahu PAS, PAS mesti syaratkan kita mesti bersama Bersatu.

“Kalau kita nak Bersatu, kita tak nak PAS, tak boleh sebab PAS dalam PN,” kata ahli politik veteran itu.

“Bagi kami, biarlah berlaku perundingan supaya di mana BN, PN tak bertanding. Di mana PN bertanding, BN tak bertanding. Kita nak rundingan itu saja,” tambahnya.

Dalam temubual itu, Shahidan juga berkata Umno bukan lagi platform bagi ahli politik secara automatik menaiki tangga politik dengan mudah.

Ini kerana katanya, suatu ketika dulu, memang Umno sebuah parti yang tidak boleh diganti.

“Jadi dalam kalangan orang Umno itu yang orang kata yang hebatlah. Tidak boleh berubah, disentuh pun tak berubah. Parti itu adalah keutamaan.

“Sebab itu zaman itu sampai lah satu ketika 90-an begitu Umno adalah sebuah parti yang siapa bertanding atas nama Umno, kita akan menang.

“Itu contoh. Zaman itu lain. Sekarang zaman berubah. Lebih lebih lagi kita ada handphone, kita ada pandangan-pandangan yang dinamik, so berubah dari semasa ke semasa,” katanya kepada Talk, Now.

Sumber – https://www.malaysianow.com/berita/2021/03/19/umno-perlis-sedia-gerak-sendiri-jika-pusat-putuskan-hubungan-dengan-bersatu/





Panas! Tony Pua saman Chegu bard

 

Panas! Tony Pua saman Chegu bard

Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, mengemukakan saman fitnah terhadap bekas anggota PKR Chegubard berhubung isu pelantikan ketua pegawai eksekutif (CEO) Sime Darby Property.

Tindakan sivil itu membabitkan dua siaran tulisan Chegubard yang dimuat naik ke laman Facebook rasminya antara 23 Oktober 2019, dan 19 September 2019 ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.

Anggota parlimen DAP itu mengemukakan notis saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Januari lalu dengan menyebut Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin sebagai defendan.

Menurut surat yang dilihat oleh Malaysiakini, Pua mengemukakan saman berhubung tuduhan yang mendakwa dia berusaha untuk memastikan ahli perniagaan Voon Tin Yow dilantik sebagai CEO Sime Darby Property.

Plaintif merupakan setiausaha politik menteri kewangan ketika itu, Lim Guan Eng.

Pada 2019, media melaporkan khabar angin mengenai Voon bakal dilantik untuk jawatan CEO Sime Darby Property.

Namun, pemangku CEO Kumpulan Sime Darby Property, Wan Hashimi AlBakri Wan Ahmad Amin Jaffri menafikan khabar angin tersebut dan menyifatkannya sebagai spekulasi semata-mata.

Voon ketika itu adalah pengarah Eco World Development Group Bhd. Kemudian pada April 2020 dia meninggalkan syarikat itu untuk menjawat jawatan sebagai CEO IOI Properties Group.

Melalui tindakan undang-undang yang dikemukakan, Pua mendakwa meskipun telah mengeluarkan dua surat tuntutan pada 29 Oktober 2019 dan 15 Nov 2019, namun Chegubard masih enggan untuk menarik balik posting Facebooknya itu serta menerbitkan permohonan maaf.

Tuntutan itu meminta perintah untuk menyekat Chegubard daripada terus menerbitkan tuduhan tersebut.

Pua juga menuntut ganti rugi umum, ganti rugi teladan serta faedah tahunan 5 peratus ke atas jumlah ganti rugi yang diberikan dikira dari tarikh penghakiman hingga pembayaran penuh, kos, dan apa-apa pelepasan lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini hari ini, peguam Pua, Tan Cheng Leong mengesahkan writ saman telah diserahkan kepada Chegubard minggu lalu.

Peguam itu menambah perkara itu telah didaftar untuk pengurusan kes di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April ini. 





2,000 BOLEH MASUK STADIUM, 222 TETAP TAK BOLEH MASUK PARLIMEN….

 


Penonton bola sepak kini dibenarkan masuk stadium berkuat kuasa 1 April.

Antara syarat yang ditetapkan ialah 10 peratus kapasiti atau 2,000 penonton di kawasan PKPB manakala bagi kawasan PKPP pula adalah 25 peratus kapasiti atau 8,000 penonton.

Anggota Dewan Rakyat cuma 222 orang sahaja. Tapi masih tidak boleh masuk Parlimen. Nampaknya Parlimen kekal zon paling tinggi risiko Covid-19 di Malaysia.

Perdana Menteri ke 8 macam tidak merancang rapi dalam mengurus “peraturan” untuk memerangi COVID-19. Kerap U-turn. Contoh terbaik ialah kompoun RM10K.

Setelah dikritik hebat, sekarang Kerajaan PN kata itu semua salah faham dan boleh minta diskaun sampai 50 peratus. Kerajaan terpaksa buat pindaan terhadap ordinan kompoun itu.

Sebab itu Parlimen wajib bersidang supaya ada semak dan imbang.

Rakyat semakin sangsi kemampuan kerajaan PN memulihkan ekonomi dan melaksanakan undang undang dengan saksama.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO.




Kleptokrat: Salahuddin Ayub berubah-ubah pendirian tentang kerjasama dengan UMNO?

 Kleptokrat: Salahuddin Ayub berubah-ubah pendirian tentang kerjasama dengan UMNO?


Nampak ada sahabat jahil kata Salehuddin Ayyub berubah ubah pendirian, kejap kata tolak Kleptokrat..Kejap kata takda masalah perundingan dengan pemimpin UMNO.. ni masalah…Jenis geng baca Tajuk.. Tak reti beza antara Kleptokrat dan pemimpin UMNO…

Siapa yang baca kenyataan LGE, Mat Sabu,Salehuddin Ayyub hatta Khalid Samad..Depa konsisten menolak kerjasama Politik dengan UMNO tetapi terbuka berunding dengan mana mana pemimpin UMNO, Itulah gaya Politik pemimpin Amanah hatta zaman dari zaman bersama PAS dulu di era kepimpinan almarhum ustaz Fadzil Noor dan TG Nik Aziz..

Untuk mudah faham, Seperti Tok Guru Nik Aziz.. Berundingan dengan Individu individu UMNO Takpe..Bukan antara Parti dengan Parti.. Sebelum tu TG Nik Aziz pernah kata, Kerjasama antara federal dan Negeri Kelantan, Bukan dengan parti UMNO..UMNO tu pergi Jahannam la..

Sejarah Politik Negara, Anwar dan gerombolan PKR itu asalnya dari UMNO, Dulu Kuli dan gerombolan S46 itu dari UMNO… Sejarah penyertaan pemimpin UMNO berlaku dalam PAS hatta PKR sendiri.. dulu PKR lah rajin umumkan peyertaan Adun dan Ahli Parlimen UMNO… malah Tun Mahathir, Muhyidin dulu dalam Bersatu dari UMNO.. Itu semua orang tahu..

Malah waktu Belanjawan baru baru ini.. Tun berkerjasama dengan KULI menentang PN, Bukan kah Kuli tu dari UMNO..? Sebagai contoh..Dulu cerita Nurul Izzah, Rafizi berbaik dengan Khairy Jamaluddin ada sapa Marah ? Bukan kah Khary tu dari UMNO.. takda sapa Kisah..tapi jangan lah sampai sucikan Penyamun dan Penyangak macam Najib dan Zahid.. Itulah Kelptokrat..

apa yang herannya ? Tu sebab aku heran kalangan Pentaksub PKR dok main isu, Tun dulu tarik import MP UMNO masuk Bersatu.. Itu perkara biasa dalam Politik..Sejarah PKR itulah lubuk kemasukan MP UMNO..Ds Anwar sejarah Politik Crossover ni dia lah juara dulu..Pernah tarik S46 dari Angkatan Perpaduan Ummah.. Pernah buat Langkah 16 Sept sampai tumban Perak tahun 2009, sampaikan Karpal Singh suruh Anwar bertaubat.. adakah aku kata salah..Tidak..

Itu sebab aku sendiri terbuka pendekatan Strategik dengan UMNO.. Maksudnya terasnya PH.. Jika ada pertembungan UMNO dan PN, PH boleh ambil manfaat.. Itu biasa dalam Politik.. Yang masalah sampai terlebih lajak dari laju, sampai Najib kelompok Kleptokrat jadi sesuci lebaran..

Sampai ada Pemuda PKR yang comel itu marah dan suruh MP dia sendiri letak jawatan..bila MP PKR protes keluar dewan ketika ucapan Najib di Parlimen..sampai tahap tu depa sayang Najib.. hat ni baru tahap Gila.. 🙂

Ipohmali




Kata kata bijak buya hamka 2020 cermin diri

Terdedah Rahsia Besar Assmin...

[ TERKINI ] Perbicaraan Kes Zahid Hamidi : Pihak pendakwaan tutup kes se...



Perbicaraan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang melibatkan 12 kes pecahan amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram berlangsung selama 53 hari dengan 99 saksi pendakwaan.



Pengkhianatan tidak jejas semangat juang reformis tulen - GRM

 



Pengkhianatan 3 Ahli Parlimen KEADILAN sejak kebelakangan ini tidak akan menjejaskan semangat reformis tulen yang mahukan perubahan total dalam pemerintahan Malaysia sejak 1998.

Bagi Koordinator Gabungan Reformis Malaysia (GRM), Mustaffa Kamil Ayub, siri-siri pengkhianatan memang telah berlaku sejak KEADILAN ditubuhkan pada 1999.

Namun katanya, pengkhianatan tidak pernah melemahkan parti sebaliknya menambahkan kekuatan tahun demi tahun sehingga berjaya menumbangkan kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu.

"Sebenarnya pengkhianatan, keluar parti, sejak saya menjadi Ketua Pemuda KEADILAN, pemangku Ketua Pemuda, kemudian Setiausaha Agung dan Naib Presiden KEADILAN, siri keluar parti ini, dan serang balik parti sudah beberapa kali berlaku. Tetapi apakah kehebatan KEADILAN?

"Kehebatan KEADILAN ialah ia tetap bertahan. Ada orang kata, ketika itu Parti Keadilan Nasional paling kuat bertahan 2 pilihan raya. Namun alhamdulillah kita bukan sahaja bertahan (2 PRU) namun mara setelah 5 PRU.

"Ini kehebatan yang ada pada KEADILAN yang dicemburui kawan dan lawan. Saya ingin ungkapkan selaku mantan Setiausaha Agung dan juga Naib Presiden, KEADILAN ini bermula dengan puluhan ribu anggota dan kemudian naik kepada ratusan ribu. Sekarang angka anggota KEADILAN melebihi 1 juta. Maknanya pengkhianatan tidak melemahkan para reformis tulen. Tidak melemahkan orang lama yang setia bersama Datuk Seri Anwar, digabungkan dengan muka-muka baharu.

"Ini yang perlu kita gilap semula. Orang-orang lama, senior yang bertahan dan setia dengan perjuangan Reformasi. Saya tahu sebahagian besar reformis yang setia dengan perjuangan ini tak mahu tunjuk muka sangat.

"Ada sifat tawaduk, merendah diri. Jadi ini yang perlu ada dan mereka sebenarnya amat mendukung deklarasi Permatang Pauh," katanya dalam forum Facebook bertajuk: "Reformis tolak pengkhianatan, utamakan agenda reformasi", baru-baru ini.

Menurut Mastaffa lagi, selain semangat kental reformis yang mendukung perjuangan Reformasi, KEADILAN juga perlukan formula untuk menang PRU ke 15. Iaitu dengan mencetuskan agenda baharu di tengah-tengah kebuntuan politik yang dihadapi.

Katanya, seperti mana Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) pernah menggamit imaginasi rakyat berbilang kaum pada 2007, maka agenda ekonomi digital wajar diperkenalkan pada kali ini untuk diteliti oleh generasi muda yang amat terkesan menghadapi perubahan drastik teknologi dalam sedekad akan datang.

"Pandangan kita kepada pucuk pimpinan supaya ada kerangka pemikiran baharu. Kalau dahulu ada Agenda Ekonomi Malaysia pada 2007 yang menjadi milestone kepada perubahan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan reformasi.

"Saya kira untuk satu dua tahun akan datang ini soal digital, agenda digital ekonomi manusiawi perlu digarab sebaik mungkin oleh Datuk Seri Anwar dan satu pasukan khas bagi dipersembahkan kepada rakyat dalam menanggapi masalah pengangguran, juga menanggapi minda anak muda dan seumpamanya.

"DNA 23 yang beliau (Anwar) pernah mulakan (pada 2019) saya fikir perlu dikembangkan ke akar umbi dan dicatat sebagai manifesto kita," katanya lagi.

GRM dianggotai 12 NGO pro Reformasi; Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT), Pro98 Reformis, Otai Reformis 98, Jingga 13 Malaysia, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM), Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (PAHLAWAN), Gerakan Reformasi Veteran ATM (GRVATM), Persatuan Media Sosial (PEMASSA), Gerak Aktif Sosioekonomi Amal Kebajikan (GASAK), Pertubuhan Gerakan Pejuang Negara Malaysia (GMPN), Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MASSA) dan Pertubuhan Media Digital Malaysia (MEMO).