[viral] GISBH KATA MEREKA SUDAH BERTAUBAT! BENARKAH? MARI DENGAR PENDEDA...
PERBAHASAN ISU GISBH! MARI TONTON KUALITI MP KERAJAAN vs MP PAS PEMBANGK...
SINDIRAN BERSIFAT QAZAF
Fairul Al Qasas
Apabila timbul isu siasatan SPRM melibatkan bekas MB Selangor..
Ramai komen kabur..
Kabur ni apa maksudnya?
Kenapa tulis kabur?
Jangan macam-macam kawan-kawan.
Kabur ke planta ke..atau apa-apa kinayah (sindiran) atau takriz (kiasan) yang sebenarnya dimaksudkan untuk menuduh seseorang zina atau liwat..
Hukumnya haram
Dosa besar.
Jangan miskinkan akhirat kita.
Takutlah Allah.
Fairul al Qasas
KETIBAAN TENTERA LAUT RUSSIA DI PENANG... HUH...
Kelab Melayu P. Pinang
Ok...
Ketibaan kapal Tentera Laut Rusia di Terminal, Pulau Pinang semalam, berlabuh hingga khamis ni.
📷 Tentera Laut Diraja Malaysia
PAS DALAM KAPAL YANG TENGGELAM.
Desa HM
May Day!
May Day!...
PAS dalam bahaya. Lampu emergency, banyak yang dah menyala.
Pilot dan Co Pilot sedang menggelabah. Tekan button sana sini... tapi beberapa button 'operation system' masih tidak padam... Menunjukkan ada beberapa kabel dan sambungan sedang bermasalah...
Hanya ada dua pilihan... memohon membuat pendaratan kecemasan, atau terhempas!
Antara suis yang menyala
✅️ Suis dana.
Kabel dana, semakin hari semakin kusut. Sudah banyak akaun-akaun untuk mengisi lubuk dana, sudah dibekukan..
Sebelum ini, dari tabung Jana Wibawa, dari tabung 1Bestarinet, dari Menara Ilham.. semuanya dibekukan. Terkini dana dari beberapa 'safehouse', 15 akaun juga telah dibekukan.
Survival PAS selepas ini, sudah tidak lagi semewah sewaktu mereka meredah arus kempen PRU15. Dikala itu, PAS persis sebuah parti multi-milionaire yang punya dana yang melimpah ruah.
Kini semuanya tinggal nostalgia. Untuk melalui PRU16, tanpa tabung-tabung yang disebutkan.. adalah mustahil bagi PAS untuk mengulangi semula zaman mewah mereka.
Ditambah lagi dengan situasi PAS akan melangkah masuk Praya sebagai pembangkang. Sudah tentu akan ada beberapa kekangan berbanding PRU 15, PAS masuk praya sebagai kerajaan.
Untuk mengharapkan dana dari 'tin milo', rasanya zaman sudah berubah. Kalau di zaman TG Nik Aziz atau Ustaz Fadzil Noor, mungkin sewaktu itu, kesedaran infaq bagi perjuangan agak tinggi berbanding pasca PAS pernah bersama menjadi kerajaan di peringkat pusat.
Itu satu. Keduanya,
✅️ PN yang semakin berpecah.
Hampir di setiap peringkat, perpecahan antara Bersatu dan PAS seperti tidak dapat ditutup lagi. Ketidakpuasan hati dan perpecahan di kalangan penyokong dan ahli2 bawahan, terutama di negeri2 di bawah SG4, semakin ketara.
Slogan 'Bersih dan Stabil' sudah tidak relevan lagi untuk diangkat sebagai propaganda.
Ketiganya,
✅️ Peruntukan Ahli Parlimen.
Rata2 MP2 baru dari PAS dan sebahagian Bersatu, sememangnya bercita2 agar pucuk pimpinan PN menandatangani MOU bersama Kerajaan Madani seperti yang disyaratkan oleh kepimpinan kerajaan perpaduan, sebagai syarat untuk membolehkan peruntukan disalurkan melalui mereka.
Malangnya, di sebabkan terikat dengan syarat 'mengisytiharkan harta' yang menjadi tembok penghalang besar daripada beberapa pimpinan Bersatu yang bertaraf MahaKaya, telah menyebabkan keseluruhan MP pembangkan 'terpaksa' menerima keputusan walaupun perit untuk dilalui.
Sememangnya, tanpa dana dari peruntukan tsb, banyak permintaan dan harapan rakyat di kawasan masing2 tidak dapat ditunaikan.
Sudahlah jutaan dana2 haram dibekukan, dana2 halal yang sepatutnya diterima buat menyantuni penyokong dan pengundi, tidak dapat ditunaikan dengan sewajarnya...
Sudah jatuh, ditimpa tangga...
May day!
May day!
PM Anwar Ibrahim jawab soalan mengenai Sidang Kemuncak ASEAN, isu Laut C...
SOALAN BODO DARI PASIR MAS- PM Anwar Ibrahim jawab isu dakwaan Bloomberg bahawa Perdana Menteri campurtangan dalam perundanan.
[dewan rakyat] MP PENDANG PAS CUBA PROVOKE YB BUNG! AKHIRNYA KOYAK DENGA...
KITA TUNGGU DAN LIHAT BETUL ATAU TIDAK ADA ANGIN POKOK BERGOYANG
SAYA TAK PERCAYA AHLI
POLITIK BERPENGARUH ITU AZMIN…
14 October 2024
Semalam, media gempar melaporkan bahawa SPRM telah
menggeledah sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan “safe house” seorang ahli
politik berpengaruh di negeri Selangor.
Dilaporkan di dalam serbuan itu telah ditemui wang
tunai Singpura berjumlah SGD1.5 juta atau kira-kira RM5 juta mengikut nilai
mata wang Malaysia.
Difahamkan wang tunai itu adalah untuk tujuan
pelbagai guna, termasuk untuk tujuan politik oleh ahli politik berpengaruh
berkenaan.
Hari ini pula dilaporkan dua buah lagi “safe house” diserbu dan
digeledah oleh SPRM dan ditemui wang tunai berjumlah SGD74,000 (RM243,000) dan
SGD78,000 (RM256,000) atau keseluruahnnya sebanyak RM321,000 di dua
lokasi berasingan di Lembah Klang.
Dengan tiga “safe house” sudah diserbu dan digeledah SPRM,
nampaknya “safe house” tidak lagi “safe” sekarang ini.
Operasi yang dilakukan SPRM ini adalah susulan siasatan skandal
rasuah jutaan ringgit membabitkan Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI)
berkaitan konsesi perlombongan pasir yang dilakukan syarikat cabang pelaburan
kerajaan negeri itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki ketika
mengulas penemuan wang tunai berkenaan mengesahkan pihaknya telah menahan bekas
pegawai kanan di MBI, ahli perniagaan yang rapat dengan seorang pemimpin
politik, seorang pemandu serta pegawai syarikat penerima konsesi.
Difahamkan juga setakag ini seramai 15 orang telah dipanggil untuk
diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Azam turut mengesahkan SPRM akan memanggil ahli politik
berpengaruh yang dikaitkan dengan penemuan wang tunai itu.
“Dia akan dipanggil pada satu masa yang difikirkan sesuai oleh
pegawai penyiasat saya,” kata Azam.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama
ahli politik tersebut.
“Saya akan beritahu bila tiba masa yang sesuai,” tambahnya lagi.
Berikutan laporan demi laporan berkaitan serbuan SPRM itu,
beberapa akaun media sosial, khususnya Tik Tok dan FB dengan berani membuat
dakwaan kononnya ahli politik berpengaruh yang dikaitkan dengan penemuan
kesemua wang tunai itu ialah Azmin Ali.
Bagaimanapun, kesahihan dakwaan akuan-akaun tersebut tidak dapat
disahkan sama ada benar atau palsu.
Kesemuanya hanya membuat dakwaan rambang tanpa menampilkan
sebarang bukti.
Segala dakwaan itu hanya boleh diterima sebagai berita yang sahih
jika SPRM sendiri tampil mengesahkannya, tetapi agensi penyiasat itu sendiri
belum mahu mendedahkannya.
Dengan itu, dakwaan akaun-akaun media sosial yang mengaitkan Azmin
itu, sesetengahnya merupakan akaun hantu, bolehlah dianggap sebagai khabar
angin, fitnah dan berita palsu semata-mata.
Saya sendiri sehingga ini tidak percaya ahli politik berpengaruh
yang dikaitkan dengan penemuan wang tunai RM5 juta dan RM321 ribu itu
adalah Azmin, bekas MB Selangor dan bekas menteri MITI.
Pada pandangan saya, setelah meneliti perjalanan politik Azmin
sejak sekian lama di mana beliau adalah anak didik Anwar Ibrahim, meskipun
kedua-duanya kini berlainan haluan dalam politik, bukanlah jenis sebegitu yang
mudah terlibat dengan perkara-perkara yang tidak baik serta melanggar
undang-undang.
Tengok wajahnya yang jernih dan bersih saja
sudah cukup untuk meyakinkan bahawa Azmin adalah jenis orang baik-baik.
Untuk itu, saya sama sekali tidak percaya dengan segala dakwaan di
media sosial yang mengaitkan Azmin dengan penemuan wang tunai itu.
Kawan-kawan yang menghubungi saya dan bertanyakan sama ada benar
ahli politik berpengaruh itu ialah Azmin, saya juga tidak ragu-ragu
menyanggahnya.
Keyakinan saya ahli politik berpengaruh itu bukan Azmin dan cubaan
mengaitkan beliau hanya bertujuan untuk memburuk-burukkan namanya.
Lagi pun, ramai lagi ahli politik berpengaruh ada di Selamgor.
Saya hanya akan percaya tentangnya jika setelah SPRM sendiri
mengesahkannya dan seterusnya benar-benar mendakwa Azmin ke mahkamah.
Selagi semua itu tidak berlaku – sekali lagi saya ulang – saya
tidak percaya ia adalah Azmin.
Dan selagi belum ada kepastian, berhentilah memfitnah Azmin. – ShahbudinHusin 14Oktober2024.
INI MELAYU BANYAK ADA DAN BUAT
Desa HM.
Anak melayu, loan RM140k, beli RXZ. Hjg mnggu konvoi ramai2 ...
Anak cina, loan 140k, beli rumah flat. Hjg mnggu pun buka kedai...
10 th lagi.. anak melayu pakat nyanyi lagu..
🎶 🎵"...
Anak kecil main api..
Terbakar hatinya yang sepi..
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang..
Nenek moyang kaya-raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman...🎵
Nyanyi ramai2 sambil menangis,.. konon mengenang nasib bangsa..
Tu semua, salah kerajaan!
🙄🙄🙄🙄🙄
TANYA PENCURI TOBAT LAHUM NAK MENGAKU DIA CURI.
Ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd tidak lagi mengikuti Aurad Muhammadiyah atau amalan dalam Al-Arqam yang diisytiharkan sesat sebelum ini.
Pengarah salah sebuah anak syarikat GISB, Khaulah Asaari menegaskan, ahli juga tidak mengamalkan sebarang perbuatan yang disifatkan sebagai sesat dan salah.
Bahkan, kata anak kepada pengasas Al-Arqam, Asaari Muhammad itu, ahli GISB juga sudah menghadiri kursus selama 500 jam dengan pihak penguasa.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
KAKI PONTENG DAN HASUT DATANG KE TIDAK?
Hari ini Bang Mat hadir Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 yang bermula pada hari ini, 14 Oktober 2024.
Mesyuarat Ketiga kali ini lebih berfokuskan kepada Belanjawan 2025 yang menekankan kesejahteraan dan kemaslahatan rakyat.
KENAPA ISTERI TIDAK TUNTUT NAFKAH
Isteri aku jumpa video ni di TikTok pagi tadi. Apa yang menarik, Menteri Agama, Dato' Setia Dr. Naim sendiri turut memberi komen. Terima kasih Menteri Agama kita yang 𝗽𝗿𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶𝗻 dengan rungutan rakyat walaupun di media sosial.
Tapi aku pelik, kenapa kes tuntutan begini sampai nak ke mahkamah. Sebenarnya ramai orang yang 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵. Bukan takut apa tapi takut sebab kosnya bukan murah. Nak bayar peguam bukan murah. Bukan semua orang mampu.
Kenapa tak boleh kes tuntutan nafkah ni buat macam 𝘁𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁𝗮𝗻 𝙎𝙊𝘾𝙎𝙊. Ada 𝘁𝗶𝗴𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗻𝗲𝗹 (khadi) untuk buat penilaian dan keputusan. 𝗧𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺. Biar yang terlibat cerita sendiri kepada panel apa yang berlaku antara mereka.
Pihak yang kalah, kalau tak puas hati, boleh 𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵. Begini kan lebih cepat kes dapat diselesaikan? Dan yang penting, tak ada peluang untuk satu pihak ambil kesempatan.
Kalau tidak, kalau si lelaki ada banyak duit, dia boleh je suruh si wanita bawa kes ke mahkamah. Si lelaki tu tak ada masalah la sebab dia banyak duit. Tapi yang wanita tu? Akhirnya 𝘨𝘪𝘷𝘦 𝘶𝘱 dan biarkan si lelaki lepas dari tanggungjawab.
Kes-kes sebegini pun sebenarnya 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗷𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 malah boleh membuatkan bukan Islam takut untuk memeluk Islam. Nanti ada yang salah anggapan seolah 𝘄𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗳𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺.
Betul dah nak memperkasakan mahkamah syariah. Tapi perkasakan saja tak cukup. Kena 𝗽𝗲𝗿𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Yang paling penting, berikan hak kepada pihak yang layak. Kerana Islam mementingkan keadilan. Sekadar buah fikiran aku.
Apa pun, kita doa agar urusan puan ini dipermudahkan Guane boh?
Raja Gelap II
.
JANGAN PERCAYA DENGAN GENG YANG BERTAQIYYAH
Zusdin
JANGAN PERCAYA DENGAN GENG YANG BERTAQIYYAH
Toksah percayalah dgn puak ni. Kuat bertaqiyyah. Haramkan Al Arqam, timbul Rufaqa'. Haram Rufaqa' timbul GISB dan GISBH. Mcm tu lah perangai depa. Bakar buku2 Al Arqam, cabut lari kemudian kata TAK AMAL?? Bertaubat lah puak GISBH weyy. 😅
KISAH SOROK DUIT SIVAJI THE BOSS
Desa HM
Dalam satu adegan filem Sivaji The Boss, ada babak yang para koruptor semua panik bila Sivaji call.
Habih kalut depa keluarkan duit haram yang disorok dalam guni, atas siling, dalam kolam, kat kandang lembu.
Semua sebab depa takut kantoi dengan Sivaji.
Tapi gambaq ni bukan dari filem Sivaji The Boss la.
Taktau babak filem apa sebab tak berapa clear.
ZAMAN NAJIB ADA , TAPI SAKAW DAN TAK PULANGKAN. SEBAB TU GAGAL.
GST ni satu isu yang 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯 tak mampu nak faham, takkan faham, tak mahu faham atau tak akan mahu faham. Bila sentuh je bab GST, laju dorang puji Najib. Terus ulang ayat "𝘥𝘶𝘭𝘶 𝘕𝘢𝘫𝘪𝘣 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘬𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘯𝘬𝘢𝘯𝘨".
GST ni memang sistem percukaian yang cekap. Yang biasa ikut penulisan aku, dari dulu lagi aku cakap GST memang bagus. Tapi alat yang bagus pun kalau 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵, 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗷𝘂𝗴𝗮.
Macam pisau. Beri pada suri rumah, mungkin dia akan guna untuk siang ikan dan potong sayur. Boleh masak makan yang sedap-sedap. Tapi kalau diberikan kepada 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝘂𝗻, dia guna pisau itu untuk 𝘀𝗮𝗺𝘂𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮.
Begitulah GST. Najib tu 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 dia sebagai 𝗽𝗲𝗿𝗼𝗺𝗽𝗮𝗸, 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝘂𝗻, 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗹𝘂𝗻𝗴. Macam mana nak percaya dia uruskan GST? Dia kutip cukai dari rakyat, lepas tu dia berjoli keliling dunia.
Satu lagi, masa dan suasananya belum sesuai. Waktu itu masih ramai rakyat susah. Najib pun akui sebab tu 𝗱𝗶𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗥1𝗠. Dah tahu rakyat ramai susah, dia tetap nak buat juga. Itu yang tak kena. Kenapa tak nak tunggu dulu?
Macam nak masak nasi lemak. Tapi bahan tak cukup. Telur tak ada. Kacang tak ada. Jadi tak nasi lemak tu? Memang jadi tapi tak sedap. Begitu juga GST. Boleh buat tapi tak 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁. Rakyat terseksa.
Dan lagi, kenapa mula dengan 6% terus? Kenapa tak mulakan dengan 3% dulu. Naikkan lagi bila keadaan dah makin stabil. Ini terus terus 6%. Kesannya terlalu besar. Tapi Najib mana ada fikir semua tu.
Jadi betullah apa yang DS Anwar cakap. Naikkan dulu ekonomi. Naikkan pendapatan rakyat. Hapuskan dulu kemiskinan. Bila kehidupan rakyat dah stabil, barulah boleh cerita nak buat GST. Kena 𝗸𝗮𝗷𝗶 𝘀𝗶𝘁𝘂𝗮𝘀𝗶 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮.
Walajib satu hal. Walaun hal lain pulak. Dulu lebai pun sama lawan GST. Bila 𝗸𝗮𝗺𝗰𝗲𝗻𝗴 dengan Najib, lebai 𝘁𝗼𝗯𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶. Lebai 𝗸𝗹𝘂𝗸 𝗸𝗹𝗲𝗸. Tapi ada hati walaun nak mengejek penyokong PH.
𝘕𝘒 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘰𝘬 𝘮𝘶𝘬𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘺𝘰𝘬𝘰𝘯𝘨 𝘗𝘏 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘈𝘯𝘸𝘢𝘳 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘎𝘚𝘛. Nak tengok apa lagi? Muka kitorang tetap 𝗸𝗮𝗰𝗮𝗸, 𝘁𝗮𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗿𝗶. Tiada apa nak dirisaukan pun sebab bukannya DS Anwar kata buat sekarang. Kan beliau kata lepas gaji minimum 3 ke 4 ribu!
Kita pun bukan jenis 𝗽𝗿𝗲𝗺𝗮𝘁𝘂𝗿𝗲 𝗲𝗷𝗮𝗰𝘂𝗹𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻. Dengar berita je terus terlompat lompat. Kita ni jenis rasional yang pandai buat penilaian. Dan pada penilaian kami, betul sangat apa yang PMX katakan. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Mat Hasan jawab isu kedaulatan wilayah maritim Malaysia di perairan Laut...
Azalina Othman jawab isu sindiket scammer guna akaun syarikat sbg akaun ...
40 BILLION NI BERAPA HOSPITAL SEKOLAH DAN JET PEJUANG BOLEH BELI....
Zainuddin Omar
Dahsyat sungguh kes 1MDB sehingga Kerajaan terpaksa tampung RM40 billion untuk melunaskan hutang dan faedah.
Itu sebab Najib perlu masuk penjara kerana semuanya berlaku under his watch.
RM40 billion boleh bina 40 hospital besar dengan penuh kelengkapan moden.
RM40 billion adalah duit kita rakyat Malaysia.
**********
Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan geran berjumlah RM39.74 bilion kepada syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi tempoh 2019 hingga 2023.
Geran berkenaan adalah bertujuan untuk pelunasan prinsipal dan perbelanjaan lain termasuk faedah bon serta bayaran kupon, menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2023 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023.
"Selain pelunasan tersebut, Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan berjumlah RM9.46 bilion.
"Ia terdiri daripada sejumlah RM5.0 billion bagi prinsipal Sukuk Islamic Medium Term Notes (IMTN) yang akan matang pada Mei 27, 2039 dan RM4.46 bilion bagi bayaran kupon IMTN bagi tempoh 2024 sehingga 2039 (15 tahun 6 bulan)," kata laporan itu.
Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.
Laporan itu turut mengesyorkan supaya Kerajaan Persekutuan mendapatkan aset berkaitan syarikat 1MDB dan SRC International Sdn Bhd dari pelbagai pihak, termasuk dalam dan luar negara.
Kerajaan Persekutuan juga disyorkan untuk menggunakan dana tersebut bagi menampung perbelanjaan balik hutang syarikat 1MDB dan SRC serta perbelanjaan hutang lain.
"Ini kerana memandangkan Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (AAMKA) akan ditutup selewat-lewatnya pada 2028 seperti ditetapkan dalam Arahan Amanah AAMKA," kata laporan itu.
𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶?
Dalam sejarah pepecahan ummah, tokoh agung akidah Ashairah iaitu Ibn Tumart merupakan antara penumpah darah terbesar dalam sejarah Umat Islam. Dia telah membunuh sesiapa sahaja di bawah pemerintahannya yang enggan menerima tafsiran akidah Ashairah yang dia pegang. Ashairah dijadikan undang-undang negara. Ratusan ribu nyawa Umat Islam menjadi korban. Pelbagai dakwaan pelik untuk mengukuhkan pemerintahannya dibuat seperti karamah, wali, Mahdi, tarekat dan lain-lain. Buku beliau sudah mula dicetak dan diedarkan di Malaysia oleh aktivis yang terlibat memperjuangkan idea sempit ini.
Soalan kita, apakah Menteri Agama hari ini ingin membawa Malaysia ke zaman Ibn Tumart dengan menjadikan tafsiran Islam yang bersifat sektarian menguasai pentadbiran negara moden ini?
Menteri Agama sepatutnya membawa agenda keluasan dan kesederhanaan yang selaras dengan idea Madani. Malangnya beliau seakan sedang membawa negara ini ke kancah kafir-mengkafir, sesat menyesatkan seperti yang pernah dilakukan oleh Ibn Tumart.
Apa kata jika media rasmi Kerajaan memberi ruang saya berdialog dengan Menteri Agama secara terbuka disaksikan rakyat tanda beliau berupaya mempertahankan ideanya?
Dr. MAZA
𝗞𝗥𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗧𝗠𝗝: 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗧𝗔𝗙𝗦𝗜𝗥 𝗡𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛
✍️ Ahmad Mursi
1. Dalam usaha PAS mengkritik keputusan TMJ menukar cuti Jumaat ke Ahad, Ustaz Dusuki Abd Rani tersalah menjelaskan konteks ayat Al-Quran.
2. Katanya: "Kita semua akan dipaksa untuk pindah ke negara akhirat, sebelum sampai di negara Mahsyar, 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 𝗱𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗮𝗿𝘇𝗮𝗸𝗵, 𝗱𝗶 𝗸𝗮𝗹𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮, لِمَنِ ٱلۡمُلۡكُ ٱلۡيَوۡمَۖ لِلَّهِ ٱلۡوَ ٰحِدِ ٱلۡقَهَّارِ Hari itu pasti akan ada tengkingan ALLAH. Di mana Raja raja atau penguasa dunia dahulu? Hari ini hanyalah ALLAH yang mempunyai kekuasaan. Dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal abadi, Jumaat adalah hari pengadilan ALLAH!!!"
3. Saya kira, Ustaz Dusuki telah buat kajian mendalam hal ehwal kubur kerana banyak juga bukunya dan ceramahnya dijual berkenaan topik ini.
4. Namun, ayat yang berupa soalan itu, bukan pertanyaan semasa alam Kubur seperti dakwaan Ustaz Dusuki.
5. Ulama Tafsir menjelaskan, hal itu berlaku semasa hari kebangkitan, keluar dari kubur. (Al-Qurtubi, Jalalain, Al-Baghawi).
6. Ayat ini merujuk kepada kekuasaan Allah yang mutlak pada hari kiamat, di mana Allah akan bertanya, "Limanil mulku yaum?" (Milik siapakah kerajaan pada hari ini?), dan jawapannya adalah "Lillah, Al-Wahid, Al-Qahhar" (Milik Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Perkasa). (Ghafir:16)
7. Soalan itu bukanlah memerlukan jawapan, tetapi lebih kepada penegasan bahawa tiada kekuasaan lain pada hari tersebut melainkan kekuasaan Allah yang tunggal dan tiada tandingan.
8. Diakui, ramai yang punyai pelbagai persepsi dari penegasan TMJ berkenaan perubahan hari cuti.
9. Namun, janganlah berlebih-lebihan mentafsir ayat dalam konteks yang salah tanpa merujuk tafsir muktabar.
10. Hal cuti ini adalah perkara ijtihadiyyah yang diberi keluasan untuk diputuskan oleh pemerintah berdasarkan maslahah. Tiada ketetapan khusus dalam agama.
WAN PAIZAL CABAR YB RAFIZI! SEORANG KENA GANTUNG & HADI MALAS MASUK PARL...
2 LAGI TEMPAT SIMPAN DUIT HARAM RASUAH DITEMUI
Dua lagi tempat yang dipercayai dijadikan 'safe house' oleh seorang ahli politik ternama digeledah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malam tadi.
Menurut Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, dalam operasi tersebut, pihaknya menemui wang tunai berjumlah lebih RM300,000.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews