Desa HM
May Day!
May Day!...
PAS dalam bahaya. Lampu emergency, banyak yang dah menyala.
Pilot dan Co Pilot sedang menggelabah. Tekan button sana sini... tapi beberapa button 'operation system' masih tidak padam... Menunjukkan ada beberapa kabel dan sambungan sedang bermasalah...
Hanya ada dua pilihan... memohon membuat pendaratan kecemasan, atau terhempas!
Antara suis yang menyala
✅️ Suis dana.
Kabel dana, semakin hari semakin kusut. Sudah banyak akaun-akaun untuk mengisi lubuk dana, sudah dibekukan..
Sebelum ini, dari tabung Jana Wibawa, dari tabung 1Bestarinet, dari Menara Ilham.. semuanya dibekukan. Terkini dana dari beberapa 'safehouse', 15 akaun juga telah dibekukan.
Survival PAS selepas ini, sudah tidak lagi semewah sewaktu mereka meredah arus kempen PRU15. Dikala itu, PAS persis sebuah parti multi-milionaire yang punya dana yang melimpah ruah.
Kini semuanya tinggal nostalgia. Untuk melalui PRU16, tanpa tabung-tabung yang disebutkan.. adalah mustahil bagi PAS untuk mengulangi semula zaman mewah mereka.
Ditambah lagi dengan situasi PAS akan melangkah masuk Praya sebagai pembangkang. Sudah tentu akan ada beberapa kekangan berbanding PRU 15, PAS masuk praya sebagai kerajaan.
Untuk mengharapkan dana dari 'tin milo', rasanya zaman sudah berubah. Kalau di zaman TG Nik Aziz atau Ustaz Fadzil Noor, mungkin sewaktu itu, kesedaran infaq bagi perjuangan agak tinggi berbanding pasca PAS pernah bersama menjadi kerajaan di peringkat pusat.
Itu satu. Keduanya,
✅️ PN yang semakin berpecah.
Hampir di setiap peringkat, perpecahan antara Bersatu dan PAS seperti tidak dapat ditutup lagi. Ketidakpuasan hati dan perpecahan di kalangan penyokong dan ahli2 bawahan, terutama di negeri2 di bawah SG4, semakin ketara.
Slogan 'Bersih dan Stabil' sudah tidak relevan lagi untuk diangkat sebagai propaganda.
Ketiganya,
✅️ Peruntukan Ahli Parlimen.
Rata2 MP2 baru dari PAS dan sebahagian Bersatu, sememangnya bercita2 agar pucuk pimpinan PN menandatangani MOU bersama Kerajaan Madani seperti yang disyaratkan oleh kepimpinan kerajaan perpaduan, sebagai syarat untuk membolehkan peruntukan disalurkan melalui mereka.
Malangnya, di sebabkan terikat dengan syarat 'mengisytiharkan harta' yang menjadi tembok penghalang besar daripada beberapa pimpinan Bersatu yang bertaraf MahaKaya, telah menyebabkan keseluruhan MP pembangkan 'terpaksa' menerima keputusan walaupun perit untuk dilalui.
Sememangnya, tanpa dana dari peruntukan tsb, banyak permintaan dan harapan rakyat di kawasan masing2 tidak dapat ditunaikan.
Sudahlah jutaan dana2 haram dibekukan, dana2 halal yang sepatutnya diterima buat menyantuni penyokong dan pengundi, tidak dapat ditunaikan dengan sewajarnya...
Sudah jatuh, ditimpa tangga...
May day!
May day!