Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)



Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif



Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak penyertaan pertama parti Pas dalam politik di Tanah Melayu, kita sering mendengar ucapan yang keluar dari mulut pimpinan mereka bahawa memilih atau mengundi Pas nescaya Islam akan didaulatkan dan akan selamatlah umat Melayu di Malaysia ini.



Pas selalu menyakinkan para pengikutnya dan orang ramai bahawa apabila mereka dapat mengambil alih Putrajaya maka umat Islam dan orang Melayu tidak lagi perlu risau akan keterancaman mereka dari orang-orang selain Melayu dan Islam akan kembali berdaulat.



Apa yang dibanggakan dengan Pas?



Ditakdirkan oleh Allah swt Pas telah berjaya ke Putrajaya setelah bertungkus lumus menyokong usaha-usaha pembentukan sebuah kerajaan yang diwujudkan bukan atas dasar kemenangan dalam pilihan raya umum, tetapi atas dasar “keinganan berkuasa” dan tanpa mempedulikan soal maruah serta rasa malu.



Pas bersetuju menjadi pemerintah bersama-sama kumpulan pengkhianat KEADILAN dan Bersatu. Hampir satu Malaysia tahu bahawa Perdana Menteri sekarang yang mengetuai Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pernah berkata Pas adalah ‘Parti Ajaran Sesat’ dan Pas sedikitpun tanpa rasa malu bersama dengan Perdana Menteri tersebut.



Syed Mohd Al Amin Tuan Sharif



Sesungguhnya apa yang berlaku pada hari ini apabila Pas telah menjadi sebahagian kerajaan persekutuan Perikatan Nasional walaupun secara tebuk atap, tidak ada suatu perkara yang benar-benar boleh dibanggakan dengan perjuangan Pas dalam usaha mendaulatkan Islam.



Malah sebagai pemerintah yang telah menyokong ‘Kerajaan Melayu Islam’ kononnya, Pas telah membiarkan Islam diperlekehkan tanpa pembelaan tegas. Beberapa isu dan situasi yang telah berlaku membuktikan Pas bukanlah pejuang Islam yang tulen dan ikhlas.



Kekerapan cabutan judi bertambah



Pertama, apabila pentadbiran PN yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi persetujuan menambah jumlah kekerapan cabutan khas judi dari 8 kali setahun (yang ditetapkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini) kepada 22 kali setahun, Dewan Pemuda Pas hanya berani menzahirkan rasa kebimbangan terhadap keputusan yang dibuat oleh Kerajaan PN tersebut.



Apa yang jelas kehadiran Pas dalam kerajaan PN sedikit pun tidak memungkinkan penambahan kekerapan 22 kali cabutan khas judi tersebut ditarik balik malah terpaksa merelakan sahaja ia berlaku.



Adalah diyakini bahawa para ulamak dan ustaz sama ada di dalam dan di luar Pas cukup arif bahawa judi adalah antara perkara yang dilarang dan dibenci dalam Islam. Seorang penceramah agama tersohor Terengganu, Ustaz Azhar Idris pernah menyebut tentang perkara judi ini dalam kuliah-kuliahnya. Menurut Ustaz Azhar, judi boleh membawa kepada kerosakan masyarakat dan membenihkan lebih banyak masalah sosial.



Usaha mendaulatkan Islam dengan mengawal perjudian dari lebih membarah bukan sahaja gagal ditangani Pas malah pemimpin parti yang mendakwa sentiasa mendaulatkan Islam itu tidak berani bertegas untuk Islam demi menjaga “kerusi dan kuasa”.



Untuk rekod, cabutan khas judi Magnum, Sport Toto, Da Ma Cai sebanyak 22 kali setahun tetap diteruskan mulai Januari 2021 dan Pas gagal mempertahankan kemungkaran “lebih besar” tersebut dari berlaku.



Pas pejam mata pertandingan ratu cantik?



Kedua, ketika timbul isu pertandingan ratu cantik Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 pada awal Januari 2021 lepas yang turut disertai oleh wanita Islam, pentadbiran PN yang disertai oleh Pas tidak menghalang apatah lagi mengarahkan pembatalan pertandingan ratu cantik tersebut. Umat Islam di Malaysia sebahagian besarnya sedia maklum akan adanya fatwa tentang larangan pertandingan ratu cantik dan perkara yang berkaitan dengannya.



Fatwa yang diwarta pada 11 Mei 1995 di Selangor jelas menyebut ‘Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik’. Begitu juga fatwa yang diwartakan di Wilayah Persekutuan pada 8 Februari 1996 yang menyatakan ‘Adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik’.



Kehebatan Pas dalam isu ini hanyalah sekadar memberi laluan kepada mantan Ketua Pemudanya yang kini dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) untuk menyuarakan bantahan kepada penganjur! Beliau bukannya menyuarakan bantahan kepada kerajaan PN yang mempunyai kuasa untuk membatalkan pertandingan tersebut tetapi sekadar menyatakan bantahan kepada penganjur pertandingan sahaja.



Sebagai seorang pemuda hebat yang dulunya sangat vokal dalam “mempertahankan” Islam bersama partinya, itu sahajalah “kemampuan” beliau sekarang dalam menangani isu pertandingan ratu cantik tersebut.



Apakah fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri sebelum ini “tidak mempunyai nilai dan tidak berbaloi” untuk dipertahankan oleh pimpinan ulamak Pas atau ustaz-ustaz Pas dengan tegas dan bersungguh-sungguh? Apakah kelunakan dan keselesaan mereka terhadap “kuasa pemerintahan” yang Allah pinjamkan kepada mereka menjadikan diri mereka "sejuk" dalam mendaulatkan dan mempertahankan Islam?



Mereka sepertinya jauh sekali untuk bersungguh-sungguh, tegas, lantang seperti sebelum mereka berkuasa? Dengan segala macam himpunan bantahan itu dan bantahan ini sebelumnya, tetapi kali ini apabila setelah berkuasa tidak menggunakan kuasa itu untuk mencegahnya.



RUU 355 tinggal sejarah?



Ketiga, pembentangan kali kedua Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) atau lebih terkenal dengan singkatan RUU355, sebagaimana Pindaan Usul yang dikemukan pertama kali oleh Ahli Parlimen Marang dari Pas pada 24 November 2016 dulu, sehingga ke hari ini masih belum berlaku. Selepas setahun kerajaan persekutuan PN dokongan Pas bersama 2 buah parti utama “Orang Melayu-Islam”, usaha ke arah pembentangan RUU355 tidak menampakkan sebarang kemajuan yang jelas.



Bila diajukan soalan, Menteri Agama kerajaan PN hanya mampu berharap ianya dapat dibentangkan sebelum beliau meninggal dunia. Manakala Timbalan Menteri Agama dari Pas menyatakan ia perlu mengikut tertib tertentu dan banyak prosedur sebelum dibentangkan. Kata Timbalan Menteri Agama lagi proses tersebut termasuklah mengadakan perbincangan dengan semua negeri, kemudian dibawa ke Muzakarah Kebangsaan Hal Ehwal Islam, seterusnya dibawa kepada Majlis Raja-Raja, selepas itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum pembentangan di Parlimen. Ia sepertinya “sungguh susah dan lama lagi”.



Ketika ditanya soalan kepada Perdana Menteri di Parlimen sebelum ini oleh wakil Tampin Datuk Dr Hasan Bahrom berhubung tempoh masa pembentangan kali kedua RUU355 tersebut, Timbalan Menteri Agama yang menjawab bagi pihak Perdana Menteri hanya mampu berkata “kerajaan sentiasa terbuka terhadap cadangan penambahbaikan berkaitan penggubalan undang-undang daripada pelbagai pihak..dan cadangan ini (RUU355) memerlukan pertimbangan dan penelitian secara menyeluruh..” tanpa berani dan bersedia untuk memaklumkan masa sebenar atau jangka masa ianya akan dibentangkan.



Ini dengan jelas menunjukkan bahawa penyertaan Pas dalam kerajaan persekutuan PN tidak menjadikan mereka lebih ke hadapan dan lebih berkuasa membawa RUU355 ke Parlimen untuk bacaan kali kedua.



Islam sekali lagi tidak mampu didaulatkan melalui kuasa politik dan pemerintahan yang dimiliki Pas ketika ini. Pas terpaksa berhadapan dengan Umno dan Bersatu jika ingin menyegera dan merealisasikan perkara ini.



Walaupun ketiga-tiga Pas-Umno-Bersatu adalah ‘Kerajaan Melayu Islam’ tetapi lakonan politik mereka khususnya dalam perkara RUU355 suatu hari akan memakan diri mereka sendiri.



Mengenang kembali kesungguhan luar biasa Pas yang menganjur dan mengumpulkan 50,000 orang di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Februari 2017 termasuklah Timbalan Presiden Pas sendiri yang menjadi Pengerusi Sekretariat perhimpunan tersebut, berbanding dengan “kesungguhan” 3 orang pimpinan tertinggi Pas (termasuk Timbalan Presiden Pas sendiri) yang menjadi Menteri Kabinet ketika ini, perbezaan itu amat ketara.



Dengan tiada satu pun kertas kabinet berhubung RUU355 diusahakan oleh mereka bertiga sejak setahun lepas, kita mula meragui dan persoalkan komitmen serta motif mereka sebenarnya. Mereka dengan jelas hanya menagih undi untuk habuan yang sedang dikecapi ketika ini. Yang jelas, lain dimulut, lain yang dibuat.



Jika dulu Pasberkobar-kobar inginkan RUU355 ini disegerakan, sekarang semua berubah.



Berapa segerakah Pas ingin RUU355 dibentangkan? Apakah RUU355 akan dibentang dalam tempoh selepas setahun ini? Atau tahun depan? Atau tahun depan selepas tahun depan? Atau selepas tumbangnya PN dalam PRU15? Atau tumbang lebih awal. Wallahualam. Yang pasti sekarang ini tiada komitmen sahih tentang masa. Atau benarkah Kerajaan PN telah kehilangan majoriti yang ketara?



Islam tidak didaulatkan



Rumusan yang boleh diutarakan di sini wajar didahului dengan satu soalan mudah : Apakah Islam telah didaulatkan sewajarnya dalam tempoh setahun Pas menyertai dan menjadi Kerajaan Persekutan bersama Umno dan Bersatu? Sudah pasti tidak!



Rupanya mendaulatkan Islam itu bukannya dengan menumpang bahtera nasionalisme Umno dan bahtera ketuanan Bersatu.



Sesudah segala perlekehan terhadap Islam (seperti tambah judi, izin ratu cantik, janji RUU355 belum tertunai) yang terus berlaku walaupun di bawah pemerintahan bersama Pas, iaitu sebuah parti yang mengaku mendaulatkan Islam, barulah diketahui bahawa mendaulatkan Islam itu sesekali bukan dengan menumpang jawatan menteri dan habuan GLC.



Mendaulatkan Islam itu sebenarnya hanya berlaku dengan keikhlasan dan ketakwaan hambaNya terhadap Allah, serta amat takut akan pembalasan dan pengadilan-Nya yang Maha Adil.



Apa yang nyata sekarang, memilih Pas bukanlah jaminan bahawa Islam didaulatkan!

__________________________________________________________________________________



Penulis merupakan Ketua Penerangan KEADILAN Terengganu

 

SPRM harus siasat laporan yang dibuat, buktikan ketelusan - Anwar

 


Penafian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa mereka tidak dijadikan alat politik oleh parti pemerintah menyiasat ahli-ahli politik pembangkang tertentu sebagaimana didakwa beberapa pihak, diterima baik oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, menurut Anwar, SPRM perlu membuktikan ketelusan mereka dengan menyiasat laporan-laporan yang telah dibuat selama ini berhubung usaha sogokan politik.

"Kenyataan itu umum, saya percaya SPRM boleh telus jalankan tugas kerana orang-orang ini (Ahli Parlimen pembangkang) juga dipanggil oleh orang tertentu dan diberikan maklumat atau percubaan untuk menyogok.

"Laporan banyak dibuat tentang kontrak-kontrak yang melibatkan menteri, Perdana Menteri (PM) belum ada maklumat siasatan sama sekali.

"Bagi saya harus telus, tak peduli siapa, harus ada tindakan. Kalau SPRM kata dia telus saya nak tanya apa yang berlaku kepada puluhan laporan melibatkan menteri yang mewah yang belanja terang-terang jutaan ringgit, yang menyogok orang.

"Maklumat ini sudah diketahui, sudah disampaikan dan laporan polis sudah dibuat," katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menegaskan, SPRM wajar bertindak tegas tanpa memilih mangsa sebagaimana yang didakwa berlaku dalam pentadbiran beberapa perdana menteri yang lepas.

"Saya ucap terima kasih kepada SPRM mengukuhkan pandangan mereka bertindak secara profesional, tetapi saya nak ini dibuktikan dengan tindakan yang tidak memilih bulu, sama ada pembangkang atau kerajaan

"Kita kena hentikan budaya ini. Bila BN perintah pembangkang kena. Bila PH perintah, dalam soal wang 1MDB Ahli Parlimen yang bersama Umno diambil tindakan, Ahli Parlimen Umno yang melompat ke Bersatu dilepaskan. Saya tidak setuju.

"Kemudian sekarang Perikatan Nasional, orang sekongkol di keliling, menteri semua tidak diambil tindakan. Ini rahsia umum. Kalau rahsia umum tidak diketahui SPRM, sila jumpa saya, kita boleh bincang," katanya.

Menjawab pertanyaan wartawan dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa bahawa Presiden KEADILAN mempengaruhi keputusan Umno untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu, Anwar menolak dakwaan tersebut.

"Annuar Musa ini saya tak tau dia wakili siapa dan maklumat dari mana. Nampak dia terdesak. Soal nak jaga jawatan dia jagalah, tetapi jangan sentuh orang lain.

"Saya ingat politik dia hanya nak jaga jawatan menteri. Dia tak peduli parti, tak peduli dia cakap benar atau tidak," katanya kepada wartawan selepas program pemantapan parti menjelang pilihan raya di Port Dickson semalam.

Kelmarin, Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan mengecam penyalahgunaan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk 'menekan' Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, pegawai-pegawai malah juga ahli-ahli keluarga mereka dalam usaha mengukuhkan parti pemerintah.

PH menyifatkan usaha itu sebagai tindakan tidak bermaruah serta mengenepikan nilai-nilai demokrasi.

 

SOSIAL: KAH..KAH...FUCK CIKGU PUNYA PASAL...JPJ CEKUP...HAMBIK KAU..BUKAN SALAH CIKGU BUKAN SALAH MAK BAPAK...BAGI NAIK MOTOR TU YANG SALAH.

 

JPJ ambil tindakan pelajar tular tak pakai topi keledar

Bernama
JPJ ambil tindakan pelajar tular tak pakai topi keledar
Gambar berkenaan menjadi tular apabila baju seragam sekolah yang dipakai oleh pembonceng itu diconteng dengan tulisan berunsur lucah yang mempersendakan guru. - Sinar Harian
KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap seorang pemilik motosikal, selepas gambar penunggang dan pembonceng yang tidak memaki topi keledar itu menjadi tular di media sosial semalam.
Gambar berkenaan menjadi tular apabila baju seragam sekolah yang dipakai oleh pembonceng itu diconteng dengan tulisan berunsur lucah yang mempersendakan guru, sehingga mendapat kecaman ramai pengguna laman media sosial, dan gambar itu dikongsi sehingga mencecah hampir 9,000 perkongsian.
Beliau berkata menunggang dan membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar adalah satu kesalahan yang boleh di dakwa di bawah kaedah 4 Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973.
"Bagi kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan juga boleh diambil tindakan di bawah kaedah 6 Kaedah- Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.
"Jika disabitkan kesalahan pelaku boleh dihukum mengikut seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA

KAH....WANITA MCA SAMA BANGGANG CAM SEKUTU JUGA BAGI SARANAN....ADA AKAI KA?


CUBAAN SOGOK SOKONG PM: MP SEKIJANG BUAT LAPORAN SPRM

 

KISAH DI MESIR DULU-DULU BOLEH DIJADIKAN IKTIBAR HARI INI..

 

SAIFUDDIN NASUTION 


DI Mesir

SISI pernah rampas kuasa daripada MORSI yg menang pilihanraya dgn undi rakyat.

MORSI dikurung di penjara sehingga meninggal dunia.

SISI pun pergi buat umrah! Senang sahaja kezaliman dibalut dgn”kebaikan” dan masih ada yg terpesona.

#staysafe

 

May be an image of 8 people and people standing







VIDEO : Datuk Kamal Amir 'Sekolahkan' Hamzah Zainudin Kerana Video Lama Dalam UMNO


Datuk Kamal mengulas mengenai rayuan DSAA supaya UMNO kaji semula keputusan untuk putuskan kerjasama dengan PN. Datuk Kamal juga mengulas mengenai video lama Hamzah Zainudin ketika berada di dalam UMNO dahuli. Komen Hamzah Zainudin seakan menceritakan perihal masa hadapan diri beliau sendiri.




PENYATUAN UMMAH BERTUJUAN HANCURKAN UMNO, KLUSTER MAHKAMAH INILAH YANG SETIA KEPADA PARTI – ZAHID HAMIDI



 Assalamualaikum dan salam sejahtera para ahli dan penyokong UMNO sekalian.

Saya menulis kali ini supaya saudara saudari ahli dan penyokong UMNO dapat memahami realiti ini.

Usaha untuk memulihkan UMNO selepas dilanda badai fitnah PRU14 bukanlah suatu kerja yang mudah.

Kiri kanan, depan belakang, atas bawah musuh tidak pernah berhenti cuba menyekat.

Musuh nyata sudah pasti. Musuh tidak nyata berselindung dalam kesamaran penuh hasutan.

Musuh tahu UMNO parti keramat bangsa, agama dan parti terbesar umat Melayu mampu bangkit semula.

Kerana itu mereka berusaha gigih menghancurkan UMNO ‘once and for all’ sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun usaha itu tidak pernah berjaya kerana kedegilan pemimpin dan ahlinya.

Untuk itu UMNO mahu dalam kawalan mereka pula selepas riwayatnya tidak mampu ditamatkan.

Menggunakan broker bertaraf jurucakap dan ‘claim’ merekalah penyatuan ummah.

Ironinya dasar penyatuan ummah perlu berlandaskan kepada kejujuran dan keikhlasan.

Bukan untuk menguasai supaya terus berkuasa. Bukan juga untuk kepentingan si polan dan si polan.

Andai berjaya, jenama UMNO boleh dipergunakan. Jutaan ahli UMNO boleh ‘diremote’ dan dikudakan.

Tanpa cabaran pemimpin dan ahli UMNO, kedudukan dan kekuasaan mereka lebih selesa dan terjamin.

Walaupun itu bermaksud kebajikan rakyat terabai, ekonomi merudum manakala demokrasi tercalar.

Adakah harus kita menyerah? Adakah perlu pasrah dan relakan sahaja cubaan ‘acquisition’ ini?

Sedangkan UMNO parti milik rakyat, milik lebih 3 juta ahli dan jutaan penyokongnya.

UMNO juga yang memayungi kaum-kaum lain secara adil sejak merdeka. Buktinya lihatlah sekeliling.

Kerana enggan menggadaikan UMNO, pemimpinnya dipropagandakan mahu menyelamatkan diri daripada pendakwaan mahkamah.

Sedangkan pemimpin UMNO ‘kluster mahkamah’ inilah yang berani dan setia memperjuangkan UMNO walau apa menimpa mereka.

Jika mahu lihat bagaimana kaedah menyelamatkan diri, boleh lihat katak yang kini selesa ‘di seberang jalan’.

Boleh juga lihat kepada burung belatuk yang sedang kekenyangan dapat dedak ‘di belakang rumah’.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO

7 Mac 2021.