APA KAH INI NORMA BARU ? - OLEH TAMBRIN TUN GHAFAR

 APA KAH INI NORMA BARU  ? 


Tamrin Tun Ghafar 

Sabtu - 06/03/2021
( 1 -  23 )


1.  'The Ends 
      Justify
      The Means' 

      BERMAKSUD 

     'Matlamat
      Menghalalkan
      Apa Cara
      Sekali Pun' 

2.   Baru - baru ini 2 Ahli Parlimen, Julau di Sarawak dan Tebrau diJohor  dari PKR  telah 'berhijrah' atau mungkin TERPAKSA  MENYELAMATKAN  DIRI  dari segala jenis 'ugutan',  dan  mungkin juga dalam masa yang sama bagi kesenangan mereka dan keluarga di sogok dengan 'tawaran' yang amat lumayan seperti   berjuta wang ringgit dan projek  

3.   Selang beberapa hari  Shafie Apdal , mantan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Warisan  telah MEMBONGKAR   usaha yang sedang rancak dilakukan oleh beberapa orang tertentu , bagi tujuan  yang sama dengan  menggunakan taktik yang sama  juga seperti yang dilakukan terhadap 2 Ahli Parlimen tersebut 

4.  Siapa kah DALANG  SEBENAR  yang  bak kata pepatah : 

       Baling Batu
       Sembunyi  Tangan 

             ATAU 

siapakah  yang  sebenarnya  menarik  tali di belakang tabir 

5.  Logik kah ikan bilis menangkap jerung ? ; siapa yang membayai atau finance operasi ini dan dari mana sumber kewangan  mereka ; kepada mereka yang TERLIBAT  nasihat saya BERHATI - HATI  lah kerana  anda semua  BOLEH  disiasat sehingga ke akar umbi  bila hilang kuasa kelak 

6.  Cerita  4 - 5  Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah  dari Parti Warisan dan beberapa orang Ahli Parlimen nya  termasuk Shafie sendiri AKAN  MENYEBERANG  menyokong Muhyiddin  telah berlegar di Kuala Lumpur sejak seminggu  dua yang lepas 

7.   POLITIC  OF  GANGSTARISM  AND  POLITIC  OF  BUYING  SUPPORT   atau  POLITIK  UGUTAN  DAN  POLITIK  MEMBELI  SOKONGAN  sememang nya berlaku  sejak penubuhan  KERAJAAN  PINTU BELAKANG ekoran  RAMPASAN  KUASA yang  di ketuai Muhyiddin dengan SOKONGAN UMNO dan PAS , Parti yang beliau  benci  dan meminta rakyat menolak mereka 

8.   Sebelum Parlimen Bersidang semula  Muhyiddin PERLU  MENENTUKAN  jumlah undi atau sokongan terhadap  beliau  cukup untuk mengekalkan jawatan yang disandang ; jestru  beliau , Hamzah dan Azmin MISTI  MELAKUKAN apa sahaja termasuk kata nya MENGUGUT  DAN  MEMBELI  seberapa ramai Ahli Parlimen yang boleh 

9.  Walaupun PERNAH  MENASIHATKAN   Parti - Parti dan ahli politik   TIDAK  BERMAIN politik tetapi sebenarnya  rakyat  nampak dengan jelas seperti : 

     Dah Terang
     Lagi Bersuluh 

siapa sebenarnya yang tak henti - henti  berpolitik 

10.   Oleh kerana TAKUTKAN  kedudukan beliau TERJEJAS , maka DARURAT di gunakan  dengan MENGGANTUNG  Parlimen atas alasan yang bodoh ; ia tidak  kena mengena dengan wabak COVID 19 yang terus meningkat SELEPAS Perintah Darurat di laksanakan 

11.  Tolong sebutkan berapa buah negara dalam dunia yang  telah MENGISTHIARKAN  DARURAT  dan pada masa yang sama MENGGANTUNG  PARLIMEN  semata - mata kerana wabak COVID ? 

12.   Baru - baru ini Istana Negara setelah TEKANAN  atau PRESSURE  rakyat  mengumumkan bahawa Agong akan memanggil Persidangan Dewan Parlimen  DIWAKTU  YANG  DI FIKIRKAN  SESUAI  DAN  SELEPAS  MENDAPAT  NASIHAT  PERDANA  MENTERI  ?? 

13.   MENGAPA  PERSETUJUAN  ITU   BERSYARAT  ? ; bukankah  Sejak RAMPASAN  KUASA   Muhyiddin  atau Abahcow yang bermaksud 'bapa lembu' telah berusaha  agar Persidangan Parlimen ditiadakan ,  dan  Undi Tidak Percaya  TIDAK  DIBENARKAN  atas berbagai alasan Speaker Parlimen yang senantiasa MENGIKUT  TELUNJUK 

14.  Walaupun Muhyiddin berjaya MENGUGUT  DAN MEMBELI  2 Ahli Parlimen  itu dan mungkin akan membeli beberapa orang lagi , namun majoriti beliau maseh boleh dipertikai dan di persoalkan : 

     Nyawa Beliau 
     Berada
     Di Hujung  Pedang 

beliau senantiasa   MEMERLUKAN  oksigen  untuk terus bernafas seperti ikan tercungap - cungap  didarat 

15.  Oleh kerana keadaan dan kedudukan beliau tidak menentu , Menteri - Menteri , Timbalan dan Pengurusi - Pengurusi GLC  BOLEH  LAKUKAN  apa saja kerana Mahyuddin yang TAKUT HILANG  SOKONGAN  TIDAK  AKAN  BERANI  MENGGAMBIL  TINDAKAN terhadap mereka ; jestru amalan  rasuah terus meningkat seperti kajian yang dilakukan oleh Transperancy International ,  Badan Bangsa - Bangsa Bersatu 

16.   Sedar kah Agong dan  Raja - Raja Melayu ,  sejak  menggambil alih  kuasa  setahun yang lepas  Kerajaan PN yang tidak ada majoriti ini GAGAL  mengatasi  beberapa perkara : 

i.    Ekonomi negara susut 5.6% 

ii.    Pelaburan Terus Luar Negara atau Foreign Direct Investment ( FDI )  susut  68% 

iii.  Pengganguran kini telah mencecah  ke 773, 000 orang 

iv.  Hampir 200, 000 orang telah hilang pekerjaan 

v.   Hutang dan liabiliti Kerajaan  berada pada tahap yang paling tenat iatu RM 1.3 trillion 

namun apa yang dilakukan  ATAS  PERSETUJUAN  BERSAMA  AGONG  dan  RAJA - RAJA  Melayu , Darurat berkuatkuasa sehingga 1hb Ogos 2021 dan dalam masa yang sama Parlimen digantung 

17.  Rakyat PERCAYA  Agong  AKAN  senantiasa  BERSAMA  32 juta rakyat BUKAN seorang  yang TERBUKTI  TIDAK  ADA  sokongan  majoriti Ahli Parlimen 

18. Raja - Raja Melayu faham : 

TIDAK  ADA  RAJA  JIKA  TIDAK  ADA   RAKYAT 

19.  Apakah  PERLEMBAGAAN  DI KETEPIKAN  begitu  sahaja  WALAUPUN  Muhyiddin SEBENARNYA SUDAH  TIDAK  ADA  SOKONGAN  MAJORITY lagi ? 

20.  Apakah  SCHEMES  OF THING  yang digunapakai Muhyiddin sejak RAMPASAN  KUASA itu  TERMASUK  MENGUGUT  dan MEMBELI  Ahli - Ahli Parlimen  yang belum lagi menyokong beliau 

21.  RAKYAT YAKIN AGONG  YANG TELAH  BERSUMPAH  DENGAN  NAMA  ALLAH SWT MEMELIHARA  DAN  MENJUNJUNG  PERLEMBAGAAN   TIDAK AKAN SEKALI - KALI   MENGGUNAKAN  KEDUDUKAN  UNTUK MERAIH   SEBARANG  KEUNTUNGAN  DAN  TIDAK AKAN  MEMBENARKAN  DIRI DAN  KELUARGA  DI PENGARUHI  OLEH   'SCHEME OF THING'  Muhyiddin 

22.  JADI LAH  AGONG  KEPADA  KERAJAAN  MAJORITI   BUKAN  KERAJAAN   MINORITI 

23.   Semoga pesan datuk nenek kita dijadikan pedoman dan pegangan hidup kita dulu , kini dan selama - lamanya : 

JANGAN  SEBAB  NILA  SETITIK  ROSAK  SUSU   SEBELANGA 

Wassalam
Terima Kasih