LAWATAN PMX KE PERAK
Tiba di Ipoh, Perak hari ini dalam lawatan singkat dan langsung ke Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mendengar taklimat disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad terkait program pembangunan di negeri ini.
Antara yang disentuh adalah berkenaan projek Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) membabitkan keperluan infra elektrik dan bekalan air, Automotive High Technology Valley (AHTV) Daerah Muallim, Silver Valley Technology Park (SVTP) Daerah Kinta dan hala tuju pembangunan industri NR-REE Perak.
Turut dibicarakan adalah keperluan pembinaan sekolah baharu di Meru Raya dan klinik kesihatan di Chemor dan Tanjung Rambutan selain penambahan kuarters bagi pembinaan ibu pejabat polis kontinjen Perak baharu.
Beberapa program ini saya percaya, boleh dipercepatkan kelulusannya tanpa melalui tempoh permohonan yang panjang hatta mesti dimulakan sepenuhnya.
Ayuh terus bekerja sebagai satu pasukan dan berusaha lonjakkan ekonomi negeri dan negara kita ke tahap yang lebih laju serta maju, InsyaAllah.
#MalaysiaMADANI
KERAJAAN SARAWAK TAKNAK PADU, RAKYATNYA BAGAIMANA?
Zusdin
TPM DS Fadillah Yusof kata Kerajaan Persekutuan menghormati keputusan Sarawak utk tangguh (baca : hentikan pendaftaran) PADU dan mahu memahami dulu sebab musababnya.
Pada saya, lantak pi lah Kerajaan Sarawak taknak. Individu boleh mendaftar sendiri. Kalau yg tak mampu daftar tidak pula dibantu Kerajaan Sarawak, tak akan dpt bantuanlah. Blame it on Kerajaan Sarawak. Ini CONTOH KLASIK, takut kepada sesuatu yg tidak difahami.
Timbalan Menteri Ekonomi tu ialah MP GPS, kenapa dia GAGAL menjelaskan bab PADU pd geng dia sendiri? Saya kira kalau dia terus berdiam diri, PMX wajar tukar shj ke potfolio berbeza atau pecat shj org yg mcmni.
Yg akan rugi adalah Rakyat Sarawak. Bagi mereka yg susah, nak londeh, nak bogel apanya sbb takde apa-apa? Bagi nombor akaun bank sangat bagus, biar Kerajaan transfer cash jika mereka layak dpt bantuan dan subsidi bersasar. Ia merupakan bantuan sosial terbaharu yg belum pernah diperkenalkan di Malaysia.
Data PADU jauh lebih selamat. Lupa ke bhw Cyber Security Malaysia adalah antara yg terbaik di Malaysia?? Ia milik kerajaan. Setakat tulis nombor akaun bank tanpa pin, tanpa card, tanpa nombor debit card, tanpa 3 access code, tanpa username dan password online banking, apa yg nak takut?
Org yg hilg duit dlm acc tu sbb dia click sesuatu yg membolehkan data utk akses akaun dia diambil dr hp atau komputer dia. Kalau tak klik *apk file, tak masuk website merapu nak takut apa?
MANUSIA AKAN TAKUT KEPADA SESUATU YG MEREKA TIDAK FAHAM.
- Zus Din
25032024
Youtube link : https://youtu.be/ZKMxFcNJeWc?si=vhYkfuZZuhCoNsM-
TERUS TERANG EP 03 | Tolak Pindaan Perlembagaan Isu Kewarganegaraan
KISAH BACA BUKU PUN WALAUN JADIKAN KISAH PENUH SENSASI.KALAU JENIS MALAS MEMBACA, SATU HAPA PUN TAK TAU.
Terima kasih tuan, Mohsin Abdullah. Baru perasan ada sebut tentang coretan saya beberapa hari lepas.
[Kata beliau menerusi Facebook: “Anwar tidak membaca buku lucah apabila menghabiskan Until August. Bukan begitu tumpuan Marquez walau selalu muncul cerita anak haram, hubungan sulit, kecurangan atau pelacur dalam karyanya”.
Kata beliau, Marquez seperti sasterawan besar abad ke-20 mengupas persoalan budaya dan politik lebih besar melalui watak dan ceritanya. Mendiang bercerita tentang kolonialisme Eropah dan ingatan kolektif.
Lantas Fathi berkata kepada pengecam PMX “saya cadang elok mereka berkenalan dengan buku ini untuk mengenali siapa manusia bernama Gabriel Garcia Marquez”.]
Buku yang dimaksudkan itu judulnya Gabriel García Márquez: A Life (2010) kajian penyelidik terkenal Gerald Martin selama 17 tahun. Buku ini disifatkan biografi yang disahkan sendiri oleh Marquez.
Untuk memahami novel pendek Until August dan mengenali secara ringkas pengarang Colombia ini, baca pandangan seorang lagi penyelidik.
PAUTAN pada bahagian komen.
Anwar Ibrahim mendapat pujian hasil kenyataan tegasnya mengenai
konflik di Gaza diluahnya semasa lawatannya ke Jerman tempoh hari. Apa yang
dikatakan perdana menteri tidak perlu saya perinci di sini kerana pasti ramai
sudah tahu. Cukup untuk dinyatakan bahawa Anwar “diasak” wartawan Jerman pada sidang
media di Berlin mengenai pendirian keras Malaysia terhadap Israel dan
keengganan menggelar Hamas kumpulan pengganas.
Ringkasan reaksi Anwar begini. Dasar Malaysia kata beliau adalah
konsisten – menentang penjajahan, aparteid, penghapusan etnik dan rampasan
harta di mana-mana negara tidak kira Ukraine atau di Gaza.
“Kita tidak boleh padam 40 tahun kezaliman dan pengusiran yang
mengakibatkan reaksi dan kemarahan pihak yang menjadi mangsa. Hubungan kami
dengan Hamas adalah dengan sayap politiknya dan kami tidak perlu rasa bersalah
atau perlu minta maaf tentang hal ini,” kata beliau.
Sememangnya kata kata Anwar berapi dan tidak apologetik. Sidang
media beliau masih boleh ditonton di YouTube secara keseluruhan atau pun
sedutan beberapa klip. Yang jelas naratif media Jerman malah antarabangsa
berbunyi “Malaysia lectures Germany on human rights”. Satu lagi “Malaysia
condemns West hypocrisy”.
Paling menarik kenyataan keras itu dibuat di hadapan Canselor
Jerman Olaf Scholz pada sidang media bersama di Berlin itu. Kita tahu Jerman
menyokong Israel dan menyifatkan serangan ganas Israel ke atas rakyat Palestin
di Gaza sebagai hak Israel mempertahankan diri setelah diserang Hamas 7 Okt
lalu. Pendirian Jerman, Olaf diulangi pada sidang media itu sebelum Anwar
berkata apa yang beliau kata.
Podcast Keluar Sekejap dikendali Khairy Jamaluddin dan Shahril
Hamdan baru- baru ini mengulas kenyataan Anwar. Kata KJ perlu diingat sidang
media diadakan di Jerman yakni “di gelanggang lawan” tetapi beliau kagum dan
bangga perdana menteri “tidak berlapik, tidak beralas malah respons beliau
bukan sekadar satu dua ayat tetapi respons yang komprehensif”.
Kata Shahril “dalam konteks ini PM kita tidak takut dan tidak
terbawa-bawa dengan suasana sesuatu tempat. Maksud saya bila kita pergi ke
tempat orang kita dikelilingi dengan suasana tertentu. ‘Mindset’ kita mungkin macam
mana nak sesuaikan diri dengan keadaan dan kita boleh kompromi dengan apa yang
kita percaya. Dalam hal ini saya yakin jika pemimpin yang tidak tegas dalam
pendiriannya akan ‘just follow the flow’ dia akan keluarkan kenyataan yang ok
ok untuk selesaikan soalan ini dan pergi ke soalan seterusnya”.
Kesimpulannya KJ dan Shahil berpendapat PMX “mengharumkan nama
Malaysia dan tegas di hadapan pemimpin Jerman dalam isu Palestin”.
Dalam penerbangan pulang ke tanah air dari Hamburg setelah apa
yang Anwar sifatkan “a hectic, punishing but highly productive official visit
to Germany”, beliau mungkin untuk relaks membaca buku berjudul “Until August”.
Gambar beliau membaca buku dalam ‘flight’ dipos di Facebook.
Bukan sesuatu yang pelik Anwar baca buku. Beliau dikenali
penggemar dan pembaca tegar buku khususnya karya besar sasterawan dan penulis
terkenal dunia. Buku “Until August” dikarang Gabriel Garcia Marquez sasterawan
“luar biasa”, kata penggemar buku.
Anwar dikata banyak membaca karya Marquez atau Gabo. Tetapi karya
kali ini agak berbeza. ‘For starters’ ia nipis. Cuma lebih kurang 130 muka
surat. Menurut hantaran Facebook Anwar menyifatkan buku itu sebagai “a fine
read” walaupun tidak mencapai kehebatan karya Gabo terdahulu. “But I am not
complaining” kata beliau sambil menyifatkan buku itu sesuatu yang menarik dan
sukar untuk berhenti baca.
“Until August” dicetak setelah Gabo meninggal dunia. Sebenarnya
mendiang tidak mahu lantas tidak izin buku itu dicetak. Bagaimanapun
anak-anaknya tidak pedulikan pesan si ayah. Lahirlah “Until August” untuk
sajian seluruh dunia.
Sebaik hantaran di Facebook Anwar membaca buku itu seorang kawan
menghantar mesej melalui WhatsApp untuk memberitahu mengikut ulasan di media
sosial isinya “boleh tahan cabulnya”. Dan “jika ada musuh politik yang selidik
tentang isi novel ini tentu riuh-rendah jadinya”.
Memang betul jangkaan kawan saya. Bukan sekadar riuh-rendah. Anwar
dikecam dan diserang hebat. “Until August” menceritakan perihal seorang wanita
yang sudah bersuami pergi ke Pulau Caribbean setiap bulan Ogos mencari cinta
baharu dengan lelaki lain.
Pengkritik Anwar melihat buku itu bagai “porno”. Mereka pantas dan
tangkas membidas, mengkritik dan menyerang. Pelbagai tuduhan dilempar di media
sosial menggunakan bahasa kasar dan kesat yang saya tidak cadang mengulanginya.
Sekadar menyatakan mereka mencemuh Anwar kerana membaca “Until August” terutama
pada bulan Ramadan.
“Amalan membaca memang mulia dan sepatutnya diteladani.
Menunjukkan kepada masyarakat kepentingan membaca juga sesuatu yang harus
dipuji. Tetapi bukan semua buku sesuai dibaca oleh semua orang. Tak semua yang
kita baca boleh ditayang kepada umum. Malah apa keperluan?” kata salah seorang
pengkritik Anwar. Kritikan beliau adalah antara yang “sopan”. Tidak ramai yang
sesopan itu.
Seorang kawan lama yang amat meminati presiden PAS menyiarkan di
Facebooknya gambar Hadi Awang membaca buku mengenai takwa untuk dibandingkan
dengan gambar Anwar membaca “Until August”. Mengiringi gambar ditulis kapsyen
“dua-dua suka buku”. Rasanya boleh difahami mesej apa yang mahu disampaikan.
Saya tampilkan Fathi Aris Omar aktivis media yang umum tahu
penggemar dan pembaca tegar buku-buku hebat. Kata beliau menerusi Facebook:
“Anwar tidak membaca buku lucah apabila menghabiskan Until August. Bukan begitu
tumpuan Marquez walau selalu muncul cerita anak haram, hubungan sulit,
kecurangan atau pelacur dalam karyanya”.
Kata beliau, Marquez seperti sasterawan besar abad ke-20 mengupas
persoalan budaya dan politik lebih besar melalui watak dan ceritanya. Mendiang
bercerita tentang kolonialisme Eropah dan ingatan kolektif.
Lantas Fathi berkata kepada pengecam PMX “saya cadang elok mereka
berkenalan dengan buku ini untuk mengenali siapa manusia bernama Gabriel Garcia
Marquez”.
Nasihat yang bagus pada hemat saya. Cuma bagi pengecam Anwar
mereka lihat apa yang mahu dilihat dan percaya apa yang mereka mahu percaya.
IMPIAN SAIFUDDIN MAHU ANWAR DUA PENGGAL JADI PM BARANGKALI AMAT SUKAR MENJADI KENYATAAN
Setiausaha Agung PKR merangkap Menteri Dalam
Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengimpikan Anwar Ibrahim akan bertahan
sebagai Perdana Menteri selama dua penggal.
“Sekarang dalam penggal pertama, insya-Allah
dah ada kejelasan untuk memasuki penggal kedua. Itulah impian kita,” katanya
dalam episod terbaru Keluar Sekejap.
Saifuddin juga menyifatkan Anwar mempunyai
kesihatan yang ‘tip-top’ walaupun sudah berusia 77 tahun.
Malah tambah beliau, “dia lebih sihat daripada
saya.”
Berpijak di bumi nyata, impian Saifuddin itu
yang sebenarnya mewakili impian PH, barangkali teramat sukar untuk
direalisasikan menjadi kenyataan.
Pertama, Anwar menjadi Perdana Menteri
bukanlah melalui kekuatan PH secara mutlak kerana gabungan itu hanya menang 82
kerusi Parlimen saja pada PRU15 lalu.
Termenjadinya Anwar menduduki kerusi Perdana
Menteri adalah, pertama sekali, kerana disokong oleh UMNO/BN yang mempunyai 30
kerusi.
Setelah sokongan UMNO itu, barulah kemudian
menyusul sokongan daripada Sabah dan Sarawak.
Persoalannya, berapa kerusi PH boleh menang
pada PRU16 akan datang dan masih mampukah UMNO/BN bertahan sekurang-kurangnya
memenangi 30 kerusi Parlimen?
Berdasarkan penolakan segmen pengundi Melayu
kepada PH dan juga kepada UMNO/BN, bahkan hakikat itu boleh dilihat pada
keputusan PRN enam negeri Ogos lalu, bukan saja kemenangan PH dijangka
menyusut, bahkan nasib UMNO juga diramalkan lebih buruk lagi dalam PRU16 nanti.
Ramai yang menjangkakan, kalau pun tidak
tinggal enam kerusi, UMNO boleh jadi hanya mampu menang 20 atau 16 kerusi saja
selepas ini.
Dengan kedudukan itu, bagaimana UMNO/BN mampu
menyokong untuk mengekalkan kedudukan Anwar bagi penggal seterusnya?
Kedua, hubungan UMNO dan DAP dan UMNO dan PKR
masih tidak menunjukkan keserasian, meskipun mereka sama-sama berada dalam
kerajaan.
Beberapa pemimpin UMNO – tak perlu disebutkan
nama mereka – didapati masih suka menyerang DAP dan pemimpin tertentu dalam PKR
dalam isu-isu tertentu berkaitan kerajaan.
Semua ini menimbulkan ketidakyakinan kepada
rakyat untuk terus mengekalkan kerajaan madan dan Anwar sebagai Perdana Menteri
lagi.
Lebih daripada itu, berikutan sentimen
Melayu/Islam terus dimainkan oleh blok pembangkang, keberadaan UMNO bersama DAP
dalam kerajaan tidak langsung menambahkan sokongan pengundi Melayu kepada parti
itu.
Ketiga, sokongan rakyat kepada parti-parti
yang membentuk kerajaan, termasuk kepada Anwar sendiri, tidak dilihat bertambah
baik sejak terbentuknya kerajaan lebih setahun yang lalu.
Kecaman, rasa tidak puas hati dan pertikaian
terhadap Perdana Menteri serta kerajaan, selain semakin ketara di pelbagai
platform media sosial sejak kebelakangan ini, malah boleh didengar di
merata-rata saja secara terbuka.
Selain janji reformasi dirasakan begitu
perlahan, semua janji-janji Anwar untuk melakukan itu dan ini yang diucapkannya
sebelum beliau bergelar Perdana Menteri dahulu, belum ada satu pun yang menjadi
kenyataan.
Sebenarnya janji-janji itulah yang mengikat
hati sebahagian besar rakyat untuk terus berjuang dan menyokong bagi menjadikannya
sebagai Perdana Menteri selama lebih 25 tahun lamanya, namun kini ramai yang
mula bersuara hampa.
Sokongan rakyat kepada Anwar juga didapati
tidak bertambah setelah enam Ahli Parlimen Bersatu mengalihkan sokongan
kepadanya.
Yang bertambah hanyalah sokongan kepada Anwar
di Parlimen, tetapi tidak menbawa sokongan rakyat di lapangan.
Keempat dan paling buruk, jentera penerangan
dan komunikasi kerajaan masih lagi berada di tahap sangat lemah dan seperti
tidak memiliki deria rasa.
Di sebalik serangan dan kecaman kepada Perdana
Menteri dan kerajaan makin mengasak di semua platform media sosial, tetapi
jentera penerangan dan komunikasi kerajaan, malah jentera peperangan, masih
lagi goyang kaki, relaks dan tidak terpanggil untuk melakukan serangan balas.
Hampir tidak ada jawapan dan penjelasan
daripada terhadap semua isu yang dijadikan modal serangan kepada kerajaan,
khususnya terhadap Anwar, malah ia seolah-olah dibiarkan menjari makanan yang
enak untuk ditelan oleh rakyat setiap hari sehingga tarikh pengundian akan
datang.
Jika semua keadaan ini berterusan sehingga
PRU16, celah mana Anwar mampu diimpikan dapat melintasi garisan penggal kedua?
– ShahbudinHusin 25/03/2024.
TIADA ‘DERAF PERJANJIAN’ KERAJAAN – PEMBANGKANG – TPM
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof
berkata ‘draf perjanjian’ yang diperkatakan pembangkang mutakhir ini tidak
wujud.
Fadillah, yang diberi tanggungjawab berunding
dengan pembangkang berhubung peruntukan untuk Ahli Parlimen, berkata beliau
tidak ada menyerahkan sebarang draf seperti didakwa, dalam pertemuan dengan
Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.
“Dalam pertemuan di Parlimen pada 19 Mac lalu,
saya hanya mendengar permohonan Perikatan Nasional (PN) dan mendengar apa yang
mereka tawarkan. Tiada sebarang dokumen diberi mahupun diterima.
“Justeru tidak wujud satu dokumen ‘draf
perjanjian’ di antara kerajaan dan pembangkang seperti dakwa,” katanya dalam
kenyataan.
Menjelaskan pertemuan itu, Fadillah berkata ia
sekadar sesi mendengar permintaan dan tawaran mereka.
“Malah tiada perbincangan mengenai
‘perjanjian’ pun,” tambahnya.
Di Dewan Rakyat pada Khamis lalu, Hamzah
berkata pihaknya sudah menerima suatu draf dokumen yang memperincikan cadangan
pemberian peruntukan daripada Fadillah.
Ahli Parlimen Bersatu, Rosol Wahid, hari ini
dilapor berkata Ahli Parlimen PN menuntut peruntukan RM3.5 juta setahun untuk
wakil rakyat pembangkang dalam “draf tawaran perjanjian baharu”.
“Adakah Rosol sudah lihat ‘draf’ itu?” soal
Fadillah.
“Jika belum, mintalah ‘draf’ itu dari ketua
pembangkang. Cuba lihat ‘draf’ itu wujud atau tidak.”
Dalam pada itu, jurucakap kerajaan Fahmi
Fadzil berkata, kerajaan belum mendapat “apa-apa yang substantif” daripada
pembangkang pada waktu ini.
“Kita kena ‘back to drawing board’. Kalau ada
Ahli Parlimen pembangkang merasakan perjalanan perbincangan lambat atau lembab
jangan salahkan kerajaan.
“Kena tanya ketua pembangkang kenapa ia
lambat,” katanya yang juga menteri komunikasi.
Sumber –
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/24/draf-perjanjian-kerajaan-pembangkang-tak-wujud-kata-tpm/
KAH.. KAH.. KAH... TAK. CERDIK DIA NI
Yang ni kelakar wei. Apa yang dia risau sangat kena masukkan 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗯𝗮𝗻𝗸?
Dia tak pernah pakai e-wallet ke? Pergi la mana-mana kedai yang terima e-wallet. Selamba je dorang pamer 𝙌𝙍 𝘾𝙤𝙙𝙚 untuk 𝘣𝘢𝘯𝘬 𝘵𝘳𝘢𝘯𝘴𝘧𝘦𝘳. Dia ingat QR tu apa? Tu nombor akaun la tu.
Kalau 𝘴𝘩𝘰𝘱𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘯𝘭𝘪𝘯𝘦 di 𝗟𝗮𝘇𝗮𝗱𝗮 atau 𝗦𝗵𝗼𝗽𝗲𝗲 pun kena masukkan nombor akaun terutama kalau ada 𝘥𝘪𝘴𝘱𝘶𝘵𝘦 atau tuntutan bayaran balik.
Orang nak buat apa dengan nombor akaun bank ko? Yang kena rahsiakan 𝘭𝘰𝘨𝘪𝘯 info macam 𝘶𝘴𝘦𝘳𝘯𝘢𝘮𝘦 dan paling penting 𝘱𝘢𝘴𝘴𝘸𝘰𝘳𝘥 dan 𝘗𝘐𝘕. Setakat nombor akaun ni tak ada hal.
Habis kalau dah nombor akaun rahsia, ko nak 𝘵𝘳𝘢𝘯𝘴𝘧𝘦𝘳 duit macamana wei? Ko nak bisnes 𝘰𝘯𝘭𝘪𝘯𝘦 macamana kalau 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗴𝗶 nombor akaun ko ke orang lain? Munasabah la sikit.
Tu lebai 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗿𝗺𝗮 tu, selamba je solat tahajud sambil 𝘁𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻. Selamba je? Tak kena apa pun. Aku tengok makin kaya ada. Siap boleh beli kereta mahal lagi. Tak kena curi duit pun.
PADU ni salah satunya untuk 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿. Habis kalau tak ada nombor akaun, nak sasarkan ke mana subsidi tu? Susah sangat letak nombor akaun aku la. Biar aku dapat duit tu.
Ini yang orang kata 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸. Sengaja mereka-reka alasan dengan niat menghasut. Sebenarnya ini agenda memperbodohkan masyarakat. Secara tak langsung dipamerkan kebodohan diri.
Tak ada masalah la. Kalau rasa bahayalah kongsikan nombor akaun, jangan isi. Tapi dengan 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁. Bila tak dapat subsidi nanti jangan nak 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻 pulak ye. Sendiri yang tak guna akal. Guane boh?
Raja Gelap II
.
RAKYAT KELANTAN BERANG! KERAJAAN PAS GAGAL HABIS!!!
24.3.24 Sanusi gagal jaga 24 orang. Timb Menteri Ekonomi dr GPS. Puad ka...
[gempak] MP PN KANTOI MENIPU! PENDEDAHAN TERKINI TIMBALAN PERDANA MENTER...
KAN BAGUS KALAU IKUT GURU PASTI
Che Ibfahim
Alangkah terbaik lagi jika MP/Adun mereka pun ikut cara Guru Pasti juga... Ni macam tak beriman langsung dok minta peruntukan, belajarlah menerima dan reda dengan takdir Allah.
RAMAI JA KAT ECONSAVE
Mohad Fairul
Ke Econsave semalam. Ingatkan tak ramai orang. Ada kata rakyat tak ada duit...tapi ramai je...beratur nak bayar pun ramai..
MALAM GAZA
MSO
Malam tadi berlangsung majlis Ramadhan Light for Gaza yang diadakan oleh International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) di Petaling Jaya.
Majlis itu untuk meraikan komuniti Palestin di Malaysia dan menyatakan simpati mendalam kepada apa yang berlaku di Palestin pada masa ini.
Turut hadir beberapa pemimpin masyakarat Palestin di Malaysia dan juga pimpin Ngo dan simpatis yang mendukung Palestin.
Sebelum iftar para tetamu dihidangkan dengan tayangan video dokumantari mengenai keganasan zionis di Palestin dan juga maklumat terkini apa yang berlaku di sini.
Selepas iftar para tetamu solat Terawih dan munajak untuk Palestin. Trims.
INI FUNGSI OTAK WALAUN
Ni 𝘣𝘦𝘴𝘵. Penjelasan bagaimana otak walaun berfungsi.
Harga getah naik, faktor luaran. 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗣𝗠𝗫. Tapi ringgit jauh, atau katalah nanti harga getah turun semula, masa tu 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗣𝗠𝗫,
Aku tak nak betulkan walaun. Memang otak walaun dah boleh nak 𝘢𝘭𝘪𝘨𝘯𝘮𝘦𝘯𝘵 lagi dah. Cuma harap rakyat terbanyak nampak. Guane boh?
Raja Gelap II
.
MMMMM... DIA PUNYA KONAR.
Che Ibrahim.
Kerajaan melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTKSM) hanya bertindak berdasarkan ada aduan pekerja (baca guru Pasti) tidak dibayar gaji minimum, tidak carum kwsp dan tidak ada perlindungan PERKESO.
Tapi dia punya konar meh meh nak sesek cuping telinga atas jalan..... Kea gelupas palo lutut???
KENA SIASAT PUNCA
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata Kerajaan Persekutuan mahu mendapatkan penjelasan mengapa keputusan itu dibuat menjelang tarikh akhir pendaftaran PADU pada 31 Mac ini.
Kenyataan Yb Fadhilah sangat rasional dan saya percaya beliau selaku menteri GPS boleh mendapat jawapan dari kerajaan Sarawak yang dipimpin GPS
AWAT NEGERI KAYA SANGAT KA. WALAUN SELALU KENA MOHONG.
Mohd Fairul Al Qasas
Saya nak mintak maaf kepada kawan-kawan sebab ingat ampa dok fitnah MB Sanusi beli kereta baru dikala rakyat susah dan pekerja MBI tak dapat gaji berbulan.
MB Sanusi akui dia beli kereta baru walaupun kereta zaman Ustaz Azizan dan Muhkriz dok ada lagi.
Malah kereta Velfire yang dibeli oleh SADA pun dok ada lagi.
Tak tau pasal apa kereta Mercedes MB Kedah boleh ranap, menurut MB Sanusi.
Pihak Mercedes mesti keluarkan kenyataan mengapa kereta depa lekeh sangat.
Awat jalan Kedah lagi teruk dari jalan di Sabah ka?
Siapa yang naik Mercedes MB Kedah tu? Berat sangat ka. KM Melaka tak ada pulak komplen kereta dia senget sana sini.
Lagi pula, Proton X90 tak layak ka nak bawak MB Kedah sampai nak kena import masuk Hyundai Palisade yang harga sampai RM400k?
Kurang-kurang sedaq lah sikit negeri tu tak kaya mana...pakai lah hat lokal. Murah pun murah dan dapat sapot lokal.
Dak gitu?
MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA RAKAN LAMA
W. FAUDZIN
Semalam Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi turut menziarahi saudara Kamarul Hatta seorang otai reformis yang kini berdepan musibah kesihatan.
Mana mungkin saya lupa pengorbanan Saudara Hatta yang menjadi pendukung utama perjuangan reformasi di saat sukar mahupun senang.
Dalam pertemuan ini, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan saudara Hatta.
Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM