LAWATAN PMX KE PERAK

 








Tiba di Ipoh, Perak hari ini dalam lawatan singkat dan langsung ke Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mendengar taklimat disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad terkait program pembangunan di negeri ini.


Antara yang disentuh adalah berkenaan projek Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) membabitkan keperluan infra elektrik dan bekalan air, Automotive High Technology Valley (AHTV) Daerah Muallim, Silver Valley Technology Park (SVTP) Daerah Kinta dan hala tuju pembangunan industri NR-REE Perak.


Turut dibicarakan adalah keperluan pembinaan sekolah baharu di Meru Raya dan klinik kesihatan di Chemor dan Tanjung Rambutan selain penambahan kuarters bagi pembinaan ibu pejabat polis kontinjen Perak baharu.


Beberapa program ini saya percaya, boleh dipercepatkan kelulusannya tanpa melalui tempoh permohonan yang panjang hatta mesti dimulakan sepenuhnya.


Ayuh terus bekerja sebagai satu pasukan dan berusaha lonjakkan ekonomi negeri dan negara kita ke tahap yang lebih laju serta maju, InsyaAllah. 


#MalaysiaMADANI



KERAJAAN SARAWAK TAKNAK PADU, RAKYATNYA BAGAIMANA?


Zusdin






TPM DS Fadillah Yusof kata Kerajaan Persekutuan menghormati keputusan Sarawak utk tangguh (baca : hentikan pendaftaran) PADU dan mahu memahami dulu sebab musababnya.


Pada saya, lantak pi lah Kerajaan Sarawak taknak. Individu boleh mendaftar sendiri. Kalau yg tak mampu daftar tidak pula dibantu Kerajaan Sarawak, tak akan dpt bantuanlah. Blame it on Kerajaan Sarawak. Ini CONTOH KLASIK, takut kepada sesuatu yg tidak difahami.


Timbalan Menteri Ekonomi tu ialah MP GPS, kenapa dia GAGAL menjelaskan bab PADU pd geng dia sendiri? Saya kira kalau dia terus berdiam diri, PMX wajar tukar shj ke potfolio berbeza atau pecat shj org yg mcmni.


Yg akan rugi adalah Rakyat Sarawak. Bagi mereka yg susah, nak londeh, nak bogel apanya sbb takde apa-apa? Bagi nombor akaun bank sangat bagus, biar Kerajaan transfer cash jika mereka layak dpt bantuan dan subsidi bersasar. Ia merupakan bantuan sosial terbaharu yg belum pernah diperkenalkan di Malaysia.


Data PADU jauh lebih selamat. Lupa ke bhw Cyber Security Malaysia adalah antara yg terbaik di Malaysia?? Ia milik kerajaan. Setakat tulis nombor akaun bank tanpa pin, tanpa card, tanpa nombor debit card, tanpa 3 access code, tanpa username dan password online banking, apa yg nak takut? 


Org yg hilg duit dlm acc tu sbb dia click sesuatu yg membolehkan data utk akses akaun dia diambil dr hp atau komputer dia. Kalau tak klik *apk file, tak masuk website merapu nak takut apa?


MANUSIA AKAN TAKUT KEPADA SESUATU YG MEREKA TIDAK FAHAM.


- Zus Din 

25032024


Youtube link : https://youtu.be/ZKMxFcNJeWc?si=vhYkfuZZuhCoNsM-



TERUS TERANG EP 03 | Tolak Pindaan Perlembagaan Isu Kewarganegaraan



Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantah sekeras-kerasnya cadangan kerajaan Madani untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung peruntukan mengenai hak kewarganegaraan. PSM telah mengendalikan berpuluh kes isu kewarganegaraan sejak bertahun-tahun lamanya. Oleh itu, PSM tahu apa kesan yang dihadapi. Jika pindaan ini dibenarkan, maka ratusan kanak-kanak yang terdampar/dijumpai (abandoned/foundlings) di rumah kanak-kanak di seluruh negara dan individu tanpa kewarganegaraan (stateless) akan dinafikan peluang untuk memperolehi kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang sedia ada. Apa yang rakyat Malaysia boleh lakukan? Gesa Ahli Parlimen/Wakil Rakyat anda untuk tidak menyokong pindaan ini. ----------------------------------------------- Moderator: Soh Sook Hwa, Aktivis PSM merangkap Bendahari Kehormat PSM Panelis: Dr.Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Nasional PSM



KISAH BACA BUKU PUN WALAUN JADIKAN KISAH PENUH SENSASI.KALAU JENIS MALAS MEMBACA, SATU HAPA PUN TAK TAU.

 


Terima kasih tuan, Mohsin Abdullah. Baru perasan ada sebut tentang coretan saya beberapa hari lepas. 


[Kata beliau menerusi Facebook: “Anwar tidak membaca buku lucah apabila menghabiskan Until August. Bukan begitu tumpuan Marquez walau selalu muncul cerita anak haram, hubungan sulit, kecurangan atau pelacur dalam karyanya”.


Kata beliau, Marquez seperti sasterawan besar abad ke-20 mengupas persoalan budaya dan politik lebih besar melalui watak dan ceritanya. Mendiang bercerita tentang kolonialisme Eropah dan ingatan kolektif.


Lantas Fathi berkata kepada pengecam PMX “saya cadang elok mereka berkenalan dengan buku ini untuk mengenali siapa manusia bernama Gabriel Garcia Marquez”.]


Buku yang dimaksudkan itu judulnya Gabriel Garcรญa Mรกrquez: A Life (2010) kajian penyelidik terkenal Gerald Martin selama 17 tahun. Buku ini disifatkan biografi yang disahkan sendiri oleh Marquez. 


Untuk memahami novel pendek Until August dan mengenali secara ringkas pengarang Colombia ini, baca pandangan seorang lagi penyelidik. 


PAUTAN pada bahagian komen.

Anwar Ibrahim mendapat pujian hasil kenyataan tegasnya mengenai konflik di Gaza diluahnya semasa lawatannya ke Jerman tempoh hari. Apa yang dikatakan perdana menteri tidak perlu saya perinci di sini kerana pasti ramai sudah tahu. Cukup untuk dinyatakan bahawa Anwar “diasak” wartawan Jerman pada sidang media di Berlin mengenai pendirian keras Malaysia terhadap Israel dan keengganan menggelar Hamas kumpulan pengganas.

Ringkasan reaksi Anwar begini. Dasar Malaysia kata beliau adalah konsisten – menentang penjajahan, aparteid, penghapusan etnik dan rampasan harta di mana-mana negara tidak kira Ukraine atau di Gaza.

“Kita tidak boleh padam 40 tahun kezaliman dan pengusiran yang mengakibatkan reaksi dan kemarahan pihak yang menjadi mangsa. Hubungan kami dengan Hamas adalah dengan sayap politiknya dan kami tidak perlu rasa bersalah atau perlu minta maaf tentang hal ini,” kata beliau.

Sememangnya kata kata Anwar berapi dan tidak apologetik. Sidang media beliau masih boleh ditonton di YouTube secara keseluruhan atau pun sedutan beberapa klip. Yang jelas naratif media Jerman malah antarabangsa berbunyi “Malaysia lectures Germany on human rights”. Satu lagi “Malaysia condemns West hypocrisy”.

Paling menarik kenyataan keras itu dibuat di hadapan Canselor Jerman Olaf Scholz pada sidang media bersama di Berlin itu. Kita tahu Jerman menyokong Israel dan menyifatkan serangan ganas Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza sebagai hak Israel mempertahankan diri setelah diserang Hamas 7 Okt lalu. Pendirian Jerman, Olaf diulangi pada sidang media itu sebelum Anwar berkata apa yang beliau kata.

Podcast Keluar Sekejap dikendali Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan baru- baru ini mengulas kenyataan Anwar. Kata KJ perlu diingat sidang media diadakan di Jerman yakni “di gelanggang lawan” tetapi beliau kagum dan bangga perdana menteri “tidak berlapik, tidak beralas malah respons beliau bukan sekadar satu dua ayat tetapi respons yang komprehensif”.

Kata Shahril “dalam konteks ini PM kita tidak takut dan tidak terbawa-bawa dengan suasana sesuatu tempat. Maksud saya bila kita pergi ke tempat orang kita dikelilingi dengan suasana tertentu. ‘Mindset’ kita mungkin macam mana nak sesuaikan diri dengan keadaan dan kita boleh kompromi dengan apa yang kita percaya. Dalam hal ini saya yakin jika pemimpin yang tidak tegas dalam pendiriannya akan ‘just follow the flow’ dia akan keluarkan kenyataan yang ok ok untuk selesaikan soalan ini dan pergi ke soalan seterusnya”.

Kesimpulannya KJ dan Shahil berpendapat PMX “mengharumkan nama Malaysia dan tegas di hadapan pemimpin Jerman dalam isu Palestin”.

Dalam penerbangan pulang ke tanah air dari Hamburg setelah apa yang Anwar sifatkan “a hectic, punishing but highly productive official visit to Germany”, beliau mungkin untuk relaks membaca buku berjudul “Until August”. Gambar beliau membaca buku dalam ‘flight’ dipos di Facebook.

Bukan sesuatu yang pelik Anwar baca buku. Beliau dikenali penggemar dan pembaca tegar buku khususnya karya besar sasterawan dan penulis terkenal dunia. Buku “Until August” dikarang Gabriel Garcia Marquez sasterawan “luar biasa”, kata penggemar buku.

Anwar dikata banyak membaca karya Marquez atau Gabo. Tetapi karya kali ini agak berbeza. ‘For starters’ ia nipis. Cuma lebih kurang 130 muka surat. Menurut hantaran Facebook Anwar menyifatkan buku itu sebagai “a fine read” walaupun tidak mencapai kehebatan karya Gabo terdahulu. “But I am not complaining” kata beliau sambil menyifatkan buku itu sesuatu yang menarik dan sukar untuk berhenti baca.

“Until August” dicetak setelah Gabo meninggal dunia. Sebenarnya mendiang tidak mahu lantas tidak izin buku itu dicetak. Bagaimanapun anak-anaknya tidak pedulikan pesan si ayah. Lahirlah “Until August” untuk sajian seluruh dunia.

Sebaik hantaran di Facebook Anwar membaca buku itu seorang kawan menghantar mesej melalui WhatsApp untuk memberitahu mengikut ulasan di media sosial isinya “boleh tahan cabulnya”. Dan “jika ada musuh politik yang selidik tentang isi novel ini tentu riuh-rendah jadinya”.

Memang betul jangkaan kawan saya. Bukan sekadar riuh-rendah. Anwar dikecam dan diserang hebat. “Until August” menceritakan perihal seorang wanita yang sudah bersuami pergi ke Pulau Caribbean setiap bulan Ogos mencari cinta baharu dengan lelaki lain.

Pengkritik Anwar melihat buku itu bagai “porno”. Mereka pantas dan tangkas membidas, mengkritik dan menyerang. Pelbagai tuduhan dilempar di media sosial menggunakan bahasa kasar dan kesat yang saya tidak cadang mengulanginya. Sekadar menyatakan mereka mencemuh Anwar kerana membaca “Until August” terutama pada bulan Ramadan.

“Amalan membaca memang mulia dan sepatutnya diteladani. Menunjukkan kepada masyarakat kepentingan membaca juga sesuatu yang harus dipuji. Tetapi bukan semua buku sesuai dibaca oleh semua orang. Tak semua yang kita baca boleh ditayang kepada umum. Malah apa keperluan?” kata salah seorang pengkritik Anwar. Kritikan beliau adalah antara yang “sopan”. Tidak ramai yang sesopan itu.

Seorang kawan lama yang amat meminati presiden PAS menyiarkan di Facebooknya gambar Hadi Awang membaca buku mengenai takwa untuk dibandingkan dengan gambar Anwar membaca “Until August”. Mengiringi gambar ditulis kapsyen “dua-dua suka buku”. Rasanya boleh difahami mesej apa yang mahu disampaikan.

Saya tampilkan Fathi Aris Omar aktivis media yang umum tahu penggemar dan pembaca tegar buku-buku hebat. Kata beliau menerusi Facebook: “Anwar tidak membaca buku lucah apabila menghabiskan Until August. Bukan begitu tumpuan Marquez walau selalu muncul cerita anak haram, hubungan sulit, kecurangan atau pelacur dalam karyanya”.

Kata beliau, Marquez seperti sasterawan besar abad ke-20 mengupas persoalan budaya dan politik lebih besar melalui watak dan ceritanya. Mendiang bercerita tentang kolonialisme Eropah dan ingatan kolektif.

Lantas Fathi berkata kepada pengecam PMX “saya cadang elok mereka berkenalan dengan buku ini untuk mengenali siapa manusia bernama Gabriel Garcia Marquez”.

Nasihat yang bagus pada hemat saya. Cuma bagi pengecam Anwar mereka lihat apa yang mahu dilihat dan percaya apa yang mereka mahu percaya.

 

 


IMPIAN SAIFUDDIN MAHU ANWAR DUA PENGGAL JADI PM BARANGKALI AMAT SUKAR MENJADI KENYATAAN

 

Setiausaha Agung PKR merangkap Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengimpikan Anwar Ibrahim akan bertahan sebagai Perdana Menteri selama dua penggal.

“Sekarang dalam penggal pertama, insya-Allah dah ada kejelasan untuk memasuki penggal kedua. Itulah impian kita,” katanya dalam episod terbaru Keluar Sekejap.

Saifuddin juga menyifatkan Anwar mempunyai kesihatan yang ‘tip-top’ walaupun sudah berusia 77 tahun.

Malah tambah beliau, “dia lebih sihat daripada saya.”

Berpijak di bumi nyata, impian Saifuddin itu yang sebenarnya mewakili impian PH, barangkali teramat sukar untuk direalisasikan menjadi kenyataan.

Pertama, Anwar menjadi Perdana Menteri bukanlah melalui kekuatan PH secara mutlak kerana gabungan itu hanya menang 82 kerusi Parlimen saja pada PRU15 lalu.

Termenjadinya Anwar menduduki kerusi Perdana Menteri adalah, pertama sekali, kerana disokong oleh UMNO/BN yang mempunyai 30 kerusi.

Setelah sokongan UMNO itu, barulah kemudian menyusul sokongan daripada Sabah dan Sarawak.

Persoalannya, berapa kerusi PH boleh menang pada PRU16 akan datang dan masih mampukah UMNO/BN bertahan sekurang-kurangnya memenangi 30 kerusi Parlimen?

Berdasarkan penolakan segmen pengundi Melayu kepada PH dan juga kepada UMNO/BN, bahkan hakikat itu boleh dilihat pada keputusan PRN enam negeri Ogos lalu, bukan saja kemenangan PH dijangka menyusut, bahkan nasib UMNO juga diramalkan lebih buruk lagi dalam PRU16 nanti.

Ramai yang menjangkakan, kalau pun tidak tinggal enam kerusi, UMNO boleh jadi hanya mampu menang 20 atau 16 kerusi saja selepas ini.

Dengan kedudukan itu, bagaimana UMNO/BN mampu menyokong untuk mengekalkan kedudukan Anwar bagi penggal seterusnya?

Kedua, hubungan UMNO dan DAP dan UMNO dan PKR masih tidak menunjukkan keserasian, meskipun mereka sama-sama berada dalam kerajaan.

Beberapa pemimpin UMNO – tak perlu disebutkan nama mereka – didapati masih suka menyerang DAP dan pemimpin tertentu dalam PKR dalam isu-isu tertentu berkaitan kerajaan.

Semua ini menimbulkan ketidakyakinan kepada rakyat untuk terus mengekalkan kerajaan madan dan Anwar sebagai Perdana Menteri lagi.

Lebih daripada itu, berikutan sentimen Melayu/Islam terus dimainkan oleh blok pembangkang, keberadaan UMNO bersama DAP dalam kerajaan tidak langsung menambahkan sokongan pengundi Melayu kepada parti itu.

Ketiga, sokongan rakyat kepada parti-parti yang membentuk kerajaan, termasuk kepada Anwar sendiri, tidak dilihat bertambah baik sejak terbentuknya kerajaan lebih setahun yang lalu.

Kecaman, rasa tidak puas hati dan pertikaian terhadap Perdana Menteri serta kerajaan, selain semakin ketara di pelbagai platform media sosial sejak kebelakangan ini, malah boleh didengar di merata-rata saja secara terbuka.

Selain janji reformasi dirasakan begitu perlahan, semua janji-janji Anwar untuk melakukan itu dan ini yang diucapkannya sebelum beliau bergelar Perdana Menteri dahulu, belum ada satu pun yang menjadi kenyataan.

Sebenarnya janji-janji itulah yang mengikat hati sebahagian besar rakyat untuk terus berjuang dan menyokong bagi menjadikannya sebagai Perdana Menteri selama lebih 25 tahun lamanya, namun kini ramai yang mula bersuara hampa.

Sokongan rakyat kepada Anwar juga didapati tidak bertambah setelah enam Ahli Parlimen Bersatu mengalihkan sokongan kepadanya.

Yang bertambah hanyalah sokongan kepada Anwar di Parlimen, tetapi tidak menbawa sokongan rakyat di lapangan.

Keempat dan paling buruk, jentera penerangan dan komunikasi kerajaan masih lagi berada di tahap sangat lemah dan seperti tidak memiliki deria rasa.

Di sebalik serangan dan kecaman kepada Perdana Menteri dan kerajaan makin mengasak di semua platform media sosial, tetapi jentera penerangan dan komunikasi kerajaan, malah jentera peperangan, masih lagi goyang kaki, relaks dan tidak terpanggil untuk melakukan serangan balas.

Hampir tidak ada jawapan dan penjelasan daripada terhadap semua isu yang dijadikan modal serangan kepada kerajaan, khususnya terhadap Anwar, malah ia seolah-olah dibiarkan menjari makanan yang enak untuk ditelan oleh rakyat setiap hari sehingga tarikh pengundian akan datang.

Jika semua keadaan ini berterusan sehingga PRU16, celah mana Anwar mampu diimpikan dapat melintasi garisan penggal kedua? – ShahbudinHusin 25/03/2024.

 


TIADA ‘DERAF PERJANJIAN’ KERAJAAN – PEMBANGKANG – TPM

 


Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata ‘draf perjanjian’ yang diperkatakan pembangkang mutakhir ini tidak wujud.

Fadillah, yang diberi tanggungjawab berunding dengan pembangkang berhubung peruntukan untuk Ahli Parlimen, berkata beliau tidak ada menyerahkan sebarang draf seperti didakwa, dalam pertemuan dengan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

“Dalam pertemuan di Parlimen pada 19 Mac lalu, saya hanya mendengar permohonan Perikatan Nasional (PN) dan mendengar apa yang mereka tawarkan. Tiada sebarang dokumen diberi mahupun diterima.

“Justeru tidak wujud satu dokumen ‘draf perjanjian’ di antara kerajaan dan pembangkang seperti dakwa,” katanya dalam kenyataan.

Menjelaskan pertemuan itu, Fadillah berkata ia sekadar sesi mendengar permintaan dan tawaran mereka.

“Malah tiada perbincangan mengenai ‘perjanjian’ pun,” tambahnya.

Di Dewan Rakyat pada Khamis lalu, Hamzah berkata pihaknya sudah menerima suatu draf dokumen yang memperincikan cadangan pemberian peruntukan daripada Fadillah.

Ahli Parlimen Bersatu, Rosol Wahid, hari ini dilapor berkata Ahli Parlimen PN menuntut peruntukan RM3.5 juta setahun untuk wakil rakyat pembangkang dalam “draf tawaran perjanjian baharu”.

“Adakah Rosol sudah lihat ‘draf’ itu?” soal Fadillah.

“Jika belum, mintalah ‘draf’ itu dari ketua pembangkang. Cuba lihat ‘draf’ itu wujud atau tidak.”

Dalam pada itu, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata, kerajaan belum mendapat “apa-apa yang substantif” daripada pembangkang pada waktu ini.

“Kita kena ‘back to drawing board’. Kalau ada Ahli Parlimen pembangkang merasakan perjalanan perbincangan lambat atau lembab jangan salahkan kerajaan.

“Kena tanya ketua pembangkang kenapa ia lambat,” katanya yang juga menteri komunikasi.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/24/draf-perjanjian-kerajaan-pembangkang-tak-wujud-kata-tpm/

 


SAMPAI LA KENA MOHONG GITEW JA.


MMMS

                   Barang order                               


                   Barang sampai



Seronok berjanji macam ini, Un pula jenis dengar dan taat.



JOM BOIKOT


 Mohd Fairul Al Qasas


Lawan genocide, boikot produk chevron.


Henti guna Caltex.




KAH.. KAH.. KAH... TAK. CERDIK DIA NI





 Yang ni kelakar wei. Apa yang dia risau sangat kena masukkan ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ฏ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ธ?


Dia tak pernah pakai e-wallet ke? Pergi la mana-mana kedai yang terima e-wallet. Selamba je dorang pamer ๐™Œ๐™ ๐˜พ๐™ค๐™™๐™š untuk ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ ๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ด๐˜ง๐˜ฆ๐˜ณ. Dia ingat QR tu apa? Tu nombor akaun la tu.


Kalau ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ di ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ atau ๐—ฆ๐—ต๐—ผ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฒ pun kena masukkan nombor akaun terutama kalau ada ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ต๐˜ฆ atau tuntutan bayaran balik. 


Orang nak buat apa dengan nombor akaun bank ko? Yang kena rahsiakan ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ช๐˜ฏ info macam ๐˜ถ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฆ dan paling penting ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ด๐˜ด๐˜ธ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฅ dan ๐˜—๐˜๐˜•. Setakat nombor akaun ni tak ada hal.


Habis kalau dah nombor akaun rahsia, ko nak ๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ด๐˜ง๐˜ฆ๐˜ณ duit macamana wei? Ko nak bisnes ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ macamana kalau ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ nombor akaun ko ke orang lain? Munasabah la sikit.


Tu lebai ๐—บ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ tu, selamba je solat tahajud sambil ๐˜๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ฏ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ป. Selamba je? Tak kena apa pun. Aku tengok makin kaya ada. Siap boleh beli kereta mahal lagi. Tak kena curi duit pun.


PADU ni salah satunya untuk ๐˜€๐˜‚๐—ฏ๐˜€๐—ถ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ. Habis kalau tak ada nombor akaun, nak sasarkan ke mana subsidi tu? Susah sangat letak nombor akaun aku la. Biar aku dapat duit tu.


Ini yang orang kata ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ. Sengaja mereka-reka alasan dengan niat menghasut. Sebenarnya ini agenda memperbodohkan masyarakat. Secara tak langsung dipamerkan kebodohan diri.


Tak ada masalah la. Kalau rasa bahayalah  kongsikan nombor akaun, jangan isi. Tapi dengan ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜. Bila tak dapat subsidi nanti jangan nak ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐˜†๐—ฎ๐—ป pulak ye. Sendiri yang tak guna akal. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


RAKYAT KELANTAN BERANG! KERAJAAN PAS GAGAL HABIS!!!



Sekumpulan penduduk di Kuala Krai, Kelantan sudah hilang sabar dengan krisis air di daerah itu yang menghantui mereka sejak setahun lalu, termasuklah ketika Ramadan. “Bila buat aduan baru dapat bekalan air. Sampai bila?,” itu persoalan yang dilontarkan penduduk di Kampung Kemubu, Dabong apabila penghuni di 50 buah rumah di sana terpaksa menyambut Ramadan tanpa bekalan tersebut. Pengerusi Persatuan Warisan Anak Krai, Hamidi Hamzah berkata, mereka sudah hilang sabar selepas menerima ‘ugutan’ daripada anak-anak di perantauan yang enggan pulang beraya jika masalah itu gagal diselesaikan. “Sekarang ini kami hidup dalam tekanan kerana air hanya akan keluar seminggu sekali, itupun selepas aduan dibuat. “Bayangkan dari tahun lepas berapa banyak aduan yang kami terpaksa buat setiap kali mahukan air bersih. “Sampai kami sudah muak untuk membuat aduan kerana masalah ini tidak pernah selesai,” katanya menurut Sinar Harian. ================================================================================= Pemimpin Pas ‘kantoi’ beli respon ‘like’ termasuk dari Vietnam seperti didedahkan pengguna TikTok, @JimanKenzo. Dia mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man banyak menerima tanda ‘like’ dari negara itu sekaligus menggambarkan terdesaknya Timbalan Presiden Pas berkenaan. Untuk rekod, Tuan Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air semasa kerajaan ‘Tebuk Atap’, pada masa ini juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian di Kelantan. “YB (DUN) Cheka ni dah terdesak sangat nak jadi MB Pahang sampaikan ‘like’ pun nak beli. “Dia kalau ‘like’ tu dari orang Indonesia tak pelik, nampak masih Malaysia lagi. Ini ‘like’ dari Vietnam,” tempelaknya. Sumber Berita 1. https://harapandaily.com/2024/03/24/p... 2. https://harapandaily.com/2024/03/24/p...



24.3.24 Sanusi gagal jaga 24 orang. Timb Menteri Ekonomi dr GPS. Puad ka...



Sanusi gagal jaga 24 orang, macam mana nak jaga 2.2 juta orang? Puad kata Rafizi dan Padu gagal. Soalannya, Puad jugak gagal sebagai kerajaan? Timbalan Menteri ekonomi adalah Ahli parlimen GPS. Mengapa tidak mendapat penjelasan Timbalan? Adakah timbalan GPS Gagal dalam usaha PADU? Air di kelantan PAS desak PMX bagi 500 juta janji. Bagaimana nak kekalkan doktor disektor awam? Fadhilah nafi ada perjanjian dengan pembangkang.




[gempak] MP PN KANTOI MENIPU! PENDEDAHAN TERKINI TIMBALAN PERDANA MENTER...



Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata ‘draf perjanjian’ yang diperkatakan pembangkang mutakhir ini tidak wujud. Fadillah, yang diberi tanggungjawab berunding dengan pembangkang berhubung peruntukan untuk Ahli Parlimen, berkata beliau tidak ada menyerahkan sebarang draf seperti didakwa, dalam pertemuan dengan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin. “Dalam pertemuan di Parlimen pada 19 Mac lalu, saya hanya mendengar permohonan Perikatan Nasional (PN) dan mendengar apa yang mereka tawarkan. Tiada sebarang dokumen diberi mahupun diterima. “Justeru tidak wujud satu dokumen ‘draf perjanjian’ di antara kerajaan dan pembangkang seperti dakwa,” katanya dalam kenyataan Sumber Berita 1. https://www.freemalaysiatoday.com/cat...



KAN BAGUS KALAU IKUT GURU PASTI

 


Che Ibfahim


Alangkah terbaik lagi jika MP/Adun mereka pun ikut cara Guru Pasti juga... Ni macam tak beriman langsung dok minta peruntukan, belajarlah menerima dan reda dengan takdir Allah.

RAMAI JA KAT ECONSAVE


Mohad Fairul


 Ke Econsave semalam. Ingatkan tak ramai orang. Ada kata rakyat tak ada duit...tapi ramai je...beratur nak bayar pun ramai..



MALAM GAZA

 




MSO


Malam tadi berlangsung majlis Ramadhan Light for Gaza yang diadakan oleh International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) di Petaling Jaya. 


Majlis itu untuk meraikan komuniti Palestin di Malaysia dan menyatakan simpati mendalam kepada apa yang berlaku di Palestin pada masa ini.


Turut hadir beberapa pemimpin masyakarat Palestin di Malaysia dan juga pimpin Ngo dan simpatis yang mendukung Palestin. 


Sebelum iftar para tetamu dihidangkan dengan tayangan video dokumantari mengenai keganasan zionis di Palestin dan juga maklumat terkini apa yang berlaku di sini.


Selepas iftar para tetamu solat Terawih dan munajak untuk Palestin. Trims.



INI FUNGSI OTAK WALAUN

 Ni ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต. Penjelasan bagaimana otak walaun berfungsi. 



Harga getah naik, faktor luaran. ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฏ ๐—ฃ๐— ๐—ซ. Tapi ringgit jauh, atau katalah nanti harga getah turun semula, masa tu ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐— ๐—ซ,


Aku tak nak betulkan walaun. Memang otak walaun dah boleh nak ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜จ๐˜ฏ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต lagi dah. Cuma harap rakyat terbanyak nampak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MMMMM... DIA PUNYA KONAR.


Che Ibrahim. 

 Kerajaan melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTKSM) hanya bertindak berdasarkan ada aduan pekerja (baca guru Pasti) tidak dibayar gaji minimum, tidak carum kwsp dan tidak ada perlindungan PERKESO.


Tapi dia punya konar meh meh nak sesek cuping telinga atas jalan..... Kea gelupas palo lutut???






KENA SIASAT PUNCA

 



Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata Kerajaan Persekutuan mahu mendapatkan penjelasan mengapa keputusan itu dibuat menjelang tarikh akhir pendaftaran PADU pada 31 Mac ini.


Kenyataan Yb Fadhilah sangat rasional dan saya percaya beliau selaku menteri GPS boleh mendapat jawapan dari kerajaan Sarawak yang dipimpin GPS



AWAT NEGERI KAYA SANGAT KA. WALAUN SELALU KENA MOHONG.






Mohd Fairul Al Qasas


 Saya nak mintak maaf kepada kawan-kawan sebab ingat ampa dok fitnah MB Sanusi beli kereta baru dikala rakyat susah dan pekerja MBI tak dapat gaji berbulan. 


MB Sanusi akui dia beli kereta baru walaupun kereta zaman Ustaz Azizan dan Muhkriz dok ada lagi.


Malah kereta Velfire yang dibeli oleh SADA pun dok ada lagi.


Tak tau pasal apa kereta Mercedes MB Kedah boleh ranap, menurut MB Sanusi.


Pihak Mercedes mesti keluarkan kenyataan mengapa kereta depa lekeh sangat.


Awat jalan Kedah lagi teruk dari jalan di Sabah ka?


Siapa yang naik Mercedes MB Kedah tu? Berat sangat ka. KM Melaka tak ada pulak komplen kereta dia senget sana sini.


Lagi pula, Proton X90 tak layak ka nak bawak MB Kedah sampai nak kena import masuk Hyundai Palisade yang harga sampai RM400k?


Kurang-kurang sedaq lah sikit negeri tu tak kaya mana...pakai lah hat lokal. Murah pun murah dan dapat sapot lokal.


Dak gitu?



MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA RAKAN LAMA



W. FAUDZIN


 Semalam Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi turut menziarahi saudara Kamarul Hatta seorang otai reformis yang kini berdepan musibah kesihatan.


Mana mungkin saya lupa pengorbanan  Saudara Hatta yang menjadi pendukung utama perjuangan reformasi di saat sukar mahupun senang.


Dalam pertemuan ini, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan saudara Hatta. 


Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah. 


ANWAR IBRAHIM