Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata ‘draf perjanjian’ yang diperkatakan pembangkang mutakhir ini tidak wujud.
Fadillah, yang diberi tanggungjawab berunding dengan pembangkang berhubung peruntukan untuk Ahli Parlimen, berkata beliau tidak ada menyerahkan sebarang draf seperti didakwa, dalam pertemuan dengan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.
“Dalam pertemuan di Parlimen pada 19 Mac lalu, saya hanya mendengar permohonan Perikatan Nasional (PN) dan mendengar apa yang mereka tawarkan. Tiada sebarang dokumen diberi mahupun diterima.
“Justeru tidak wujud satu dokumen ‘draf perjanjian’ di antara kerajaan dan pembangkang seperti dakwa,” katanya dalam kenyataan
Sumber Berita
1. https://www.freemalaysiatoday.com/cat...