LAWATAN PMX KE PERAK

 








Tiba di Ipoh, Perak hari ini dalam lawatan singkat dan langsung ke Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mendengar taklimat disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad terkait program pembangunan di negeri ini.


Antara yang disentuh adalah berkenaan projek Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) membabitkan keperluan infra elektrik dan bekalan air, Automotive High Technology Valley (AHTV) Daerah Muallim, Silver Valley Technology Park (SVTP) Daerah Kinta dan hala tuju pembangunan industri NR-REE Perak.


Turut dibicarakan adalah keperluan pembinaan sekolah baharu di Meru Raya dan klinik kesihatan di Chemor dan Tanjung Rambutan selain penambahan kuarters bagi pembinaan ibu pejabat polis kontinjen Perak baharu.


Beberapa program ini saya percaya, boleh dipercepatkan kelulusannya tanpa melalui tempoh permohonan yang panjang hatta mesti dimulakan sepenuhnya.


Ayuh terus bekerja sebagai satu pasukan dan berusaha lonjakkan ekonomi negeri dan negara kita ke tahap yang lebih laju serta maju, InsyaAllah. 


#MalaysiaMADANI