10 Gambar Koleksi Kereta Mewah Sultan Johor???
10 Gambar Koleksi Kereta Mewah Sultan Johor
10 Gambar Koleksi Kereta Mewah Sultan Johor | Pada tahun yang
lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berjaya membida
nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM 748,000.00 dan diletakkan
pada Proton Suprima S.
Di sebalik ‘keghairahan’ Sultan Johor membida nombor-nombor istimewa
itu, pastinya baginda memiliki koleksi kereta-kereta mewah yang menarik.
Di bawah adalah antara kereta kepunyaan baginda antaranya Bentley,
Hummer, dan Bugatti Veyron merupakan kereta paling laju di dunia setakat
ini (pengiktirafan daripada Guinness Of World Record). Jom tengok
kereta-kereta mahal di bawah :
Terkini: 'Good night Malaysian three seven zero'
Terkini: 'Good night Malaysian three seven zero'
'Good night Malaysian three seven zero'. Ucapan itu disahkah oleh Jabatan
Penerbangan Awam (DCA) sebagai perbualan terakhir di dalam transkrip
antara menara kawalan trafik udara dan kokpit MH370.
Siapakah yang menuturkan ucapan tersebut? Jika dirujuk kepada
jawapan sebelum ini, komunikasi terakhir antara kokpit MH370 dan menara
kawalan trafik datangnya dari pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid,
27 dan berbunyi 'Allright good night'.
Namun, Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan lewat malam ini
memberitahu, perbualan terakhir antara kokpit dan menara kawalan
direkodkan pada pukul 1.19 pagi waktu Malaysia adalah 'Good night
Malaysian three seven zero' dan penuturnya masih disiasat.
"Pihak berkuasa masih lagi menjalankan penyiasatan forensik untuk
memastikan penutur ucapan selamat malam dari kokpit itu sama ada dibuat
oleh juruterbang atau pembantunya.
"Menteri telah mengarahkan pasukan penyiasat untuk mengeluarkan
transkrip penuh perbualan antara menara kawalan dan kokpit pada taklimat
ahli keluarga yang akan diadakan dalam masa terdekat ini," kata
kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan ekoran soalan yang dibangkitkan semasa
sidang media petang tadi mengenai komunikasi terakhir antara kokpit dan
menara kawalan trafik udara di Kuala Lumpur.
Kakitangan Awam Buat Bisnes Online @ Perniagaan Internet? Ini Surat Amaran “Keras” JPA!
Kakitangan Awam Buat Bisnes Online @ Perniagaan Internet? Ini Surat Amaran “Keras” JPA!
by Staff Berita Semasa
Kakitangan Awam Buat Bisnes Online @
Perniagaan Internet? Ini Surat Amaran “Keras” JPA : Kenaikan kos sara
hidup terus melambung tinggi. Baik kepada penjawat awam mahupun
kakitangan swasta. Suka atau tidak, mereka tiada pilihan lain. Mereka
perlu mencari alternatif bagi mendapatkan pendapatan sampingan bagi
menampung perbelanjaan bulanan mereka.
Termasuklah menyertai bisnes MLM (SEPERTI DI SINI), perniagaan Internet atau bisnes online…..dengan harapan ada “rezeki” disebalik usaha mereka….
Melihatkan senario ini, Jabatan
Perkhidmatan Awam mula memerhatikan senario melibatkan kakitangan awam
sehingga dilihat mula mengabaikan tugas hakiki yang tidak boleh
diabaikan dan pelru dilaksanakan dnegan penuh tanggungjawab :
Atas alasan ini Jabatan Perkhdimatan
Awam (JPA) mula mengambil langkah yang lebih drastik bagi mengelakkan
kakitangan awam menyalahgunakan kemudahan yang disediakan di sektor
awam, satu surat khas telah pun dihantar oleh JPA kepada Ketua Jabatan
masing-masing bagi memantau kakitangan awam yang melakukan pernigaaan
internet @ bisnes online ketika waktu pejabat. INi adalah surat amaran
yang dikeluarkan oleh JPA
Punca Surat Amaran JPA Kepada Kakitangan Awam?
- JPA mendapati terdapat kakitangan awam yang menggunakan media sosial dan Internet untuk perniagaan Internet atau bisnes online
- Tindakan kakitangan awam yang menyalahgunakan tanggugjawab dan amanah yang diberikan boleh menjejaskan imej kakitangan awam dan kerajaan
- Perbuatan kakitangan awam melakukan perniagaan Internet atau bisnes online menyalahi peraturan
- Jika kakitangan awam ingin melakukan bisnes online atau perniagaan Internet mereka perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu
P/S : Apa respon balas kakitangan awam
mengenai tindakan JPA terhadap mana-mana daripada anda yang terlibat
dengan perniagaan online tanpa pengetahuan mereka?
Subscribe to:
Posts (Atom)