HATI-HATI BERBAHAS DENGAN PMX, PESAN KJ KEPADA AHLI PARLIMEN PN




Bekas ketua pemuda Umno yang dipecat Khairy Jamaluddin menasihatkan anggota parlimen Perikatan Nasional (PN) supaya berhati-hati ketika berdebat dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Katanya, Anwar berbeza dengan perdana-perdana menteri sebelum ini yang menunjukkan penampilan “seperti negarawan” walaupun ketika diprovokasi dalam parlimen.

“Tetapi PMX dia antara perdana menteri yang suka provokasi balik, kerana latar belakang pejuang jalanannya,” katanya dalam rancangan bual bicaranya di Youtube.

Khairy merujuk kepada perang mulut di parlimen setelah Radzi Jidin (PN-Putrajaya) tidak puas hati dengan tuduhan Anwar terhadapnya.




(Selagi bebas ,hang jangan gelojoh sangat makan. Kalau belum rasa duduk lokap ka penjara ,jangan angkuh dan sombong. Anda sedang berhadapan dengan bukan calang calang PM yang selalu hang hina. Hang kena ingat, Sebagai PM yang dok kena maki, dia punya banyak akses kepada sumber kalau hangpa kaki songlap. Kalau Mahathir dia sanggup lawan, sebab tu dia kata hangpa cicak mengkarung) - WRLR.



Insiden itu berlaku selepas Anwar didakwa membuat kenyataan provokasi terhadap Radzi dengan ketawa semasa menjelaskan keputusan mahkamah melepas  tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy berkata bahawa Radzi “jatuh dalam perangkap” Anwar.

“Pada pandangan saya perbahasan yang serius begitu yang dibincangkan di seluruh negara sepatutnya perlu sebagai satu sesi pembahasan yang lebih bertamadun. 

“Tapi, nak salahkan satu pihak tak adil. Sebab ada provokasi kedua-dua bela pihak dan sangat malangnya, ia  menjadi begitu,” katanya.

Hos bersama Khairy, dalam program ‘Keluar Sekejab’ itu, Shahril Hamdan turut bersetuju. Katanya, Radzi mungkin menjaringkan “gol sendiri”, apabila bertindak seperti apa yang berlaku di Dewan Rakyat.

“Dalam episod ini, kalau Radzi buat seperti mana Khairy cadangkan iaitu memberikan jawapan yang pantas dan duduk diam sahaja, banyak fokus akan pergi kepada provokasi PM itu sendiri,” katanya.

Mengenai DNAA, Khairy berkata isu berkenaan kini berada di pandangan umum kerana kebanyakan pihak berkaitan, termasuk Anwar, telah mengupasnya.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/680570





VIDEO TEMURAMAH - 'Hati hati berdebat dengan Anwar' - KJ nasihat MP PN



Bekas ketua pemuda Umno yang dipecat Khairy Jamaluddin menasihatkan anggota parlimen Perikatan Nasional (PN) supaya berhati-hati ketika berdebat dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Katanya, Anwar berbeza dengan perdana-perdana menteri sebelum ini yang menunjukkan penampilan “seperti negarawan” walaupun ketika diprovokasi dalam parlimen.

“Tetapi PMX dia antara perdana menteri yang suka provokasi balik, kerana latar belakang pejuang jalanannya,” katanya dalam rancangan bual bicaranya di Youtube.





Bekas ketua pemuda Umno yang dipecat Khairy Jamaluddin menasihatkan ahli parlimen PN supaya berhati-hati ketika berdebat dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Menurut Khairy, Anwar berbeza dengan beberapa perdana menteri sebelum ini yang berpenampilan 'seperti negarawan' walaupun ketika diprovokasi dalam parlimen.


Khairy merujuk kepada perang mulut di parlimen setelah Radzi Jidin (PN-Putrajaya) tidak puas hati dengan tuduhan Anwar terhadapnya.

Insiden itu berlaku selepas Anwar didakwa membuat kenyataan provokasi terhadap Radzi dengan ketawa semasa menjelaskan keputusan mahkamah melepas  tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy berkata bahawa Radzi “jatuh dalam perangkap” Anwar.

“Pada pandangan saya perbahasan yang serius begitu yang dibincangkan di seluruh negara sepatutnya perlu sebagai satu sesi pembahasan yang lebih bertamadun. 

“Tapi, nak salahkan satu pihak tak adil. Sebab ada provokasi kedua-dua bela pihak dan sangat malangnya, ia  menjadi begitu,” katanya.

Hos bersama Khairy, dalam program ‘Keluar Sekejab’ itu, Shahril Hamdan turut bersetuju. Katanya, Radzi mungkin menjaringkan “gol sendiri”, apabila bertindak seperti apa yang berlaku di Dewan Rakyat.

“Dalam episod ini, kalau Radzi buat seperti mana Khairy cadangkan iaitu memberikan jawapan yang pantas dan duduk diam sahaja, banyak fokus akan pergi kepada provokasi PM itu sendiri,” katanya.

Mengenai DNAA, Khairy berkata isu berkenaan kini berada di pandangan umum kerana kebanyakan pihak berkaitan, termasuk Anwar, telah mengupasnya.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/680570





ZAMAN INI LAIN DARI ZAMAN MAHIADDIN.

 

AHMAD FAHMI

Fakta:




Zaman Mahiaddin, memperuntukkan RM 38.5 juta untuk ubahsuai rumah kediaman Perdana Menteri.


Zaman Anwar Ibrahim, memperuntukkan  RM 70ribu kepada semua sekolah di bawah KPM untuk baiki tandas pelajar berjumlah 8354 buah sekolah.


Kebaikan:


Zaman Mahiaddin, yang sedap Perdana Menteri sorang.


Zaman Anwar Ibrahim, yang sedap adalah semua anak-anak pelajar di seluruh Malaysia. Berjuta pelajar.


Fun fact: 


1. Peruntukan ubahsuai lulus zaman Mahiaddin, renovasi zaman Ismail, siap boleh guna zaman Anwar.


2. Peruntukan tandas lulus zaman Anwar, diberi masa renovasi tandas 3 bulan zaman Anwar, siap 3 bulan zaman Anwar.



CARI MODAI LAIN PULAK.

 

Tak sempat nk angkat bendera putih .. dh start berlambak dh stok beras kt pasaran … kena  kena  

 Kena cari modal lain la lepas ni walaun …





KEH..KEH...


Anak Saribas.


Lobai tak bawa cermin ..Kelantan sejak dulu hingga kini apa cerita 😂😂




KATA BERSIH DAN STABIL.


Mmms


 Kata bersih dan stabil, macam ini chukuppp jhemlah lagi tak?




PEMBANGKANG DIAM SERIBU BAHASA



Norman Radzuan.


Ustaz Wan Ji yang saya kenali

WAN JI ADA ACCESS DGN PMX TAPI KE PENJARA


Saya mengenali Wan Ji ketika saya di Sabah lagi. Ketika itu kami di dlm satu group whastapp bersama Iswardy, Pak Mus dan Syed.


Saya hanya bertemu Ustaz Wan Ji ketika bertugas di KL 7 bulan lalu. Kami semakin rapat dan Ustaz Wanji jemput saya bersamanya ke Kota Bharu bersama dgnnya.


Sebulan sekali kebiasaan Ustaz Wanji ajak minum teh bersama. Port lepak kami di restoran RSMY dkt Medan Tuanku. Selalunya bila Wan Ji call saya, pasti ada berita terkini ingin disampaikan dan waktu kami antara Asar hingga ke Maghrib.


Ustaz Wanji bagi saya seorang pakar strategi politik yg baik walaupun dilihat sebagai tokoh agama oleh masyarakat di luar sana. Cuma kadang2 prinsipnya yg kurang disenangi sesetengah pihak. Hanya dgn Ustaz Wan Ji saya bercakap “ Ana … anta” di KL ni.


Saya tahu beliau mempunyai access dgn PMX malah pimpinan samada Menteri atau pihak2 berpengaruh dlm kerajaan dan parti. Jadi apabila Wan Ji dipenjarakan 9 bulan atas keterlanjuran dirinya… apa indikator yg dpt kita atau rakyat Malaysia lihat?


Ia membuktikan PMX tidak campur tangan dlm kes Ustaz Wan Ji. Sebelum ini pelbagai fitnah dilontar kpd PMX konon ada campurtangan Perdana Menteri apabila pemimpin kerajaan terlepas dari kes mahkamah tetapi berdiam apabila melibatkan pemimpin mereka.


Apa pembangkang ingin katakan? Mereka diam takut dilihat benarlah PMX tidak campurtangan urusan mahkamah.   


Tetapi apabila pemimpin mereka disiasat mulalah menabur fitnah ada campurtangan PMX, kes terpilih, sekadar persepsi politik dan sebagainya. Habis dihasut rakyat utk bermain politik bagi menghalalkan kesalahan mereka terutama bab fitnah.


Nampak tak bezanya PH dan pembangkang apabila penyokong PH dan pimpinan tidak menyerang mahkamah tetapi mengambil langkah proaktif membantu keluarga Ustaz Wanji. Itu BEZANYA ORG BERILMU DAN TIDAK.



RAKYAT INDONESIA HARGAI ANWAR


#AnwarIbrahim #PMX dpt pujian besar paper Indonesia.?? Hishhhh..tak sabar nak tengok #PUSyed , lebai petir #Dusuki dan #badut #PAS #kedah #sanusi mengeleparrr gayaa mana pu
lakkkk..harharr355 🤣🤣🤣..




TANGKAPAN TERBARU CURI REE BUKTI KUKUH IA MASIH BERLAKU.



Peewegedah Sanusi- hang mohong kuat.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa tangkapan terbaharu berkaitan unsur nadir bumi (REE) mengesahkan kecurian masih berlaku dalam hutan di Sik, Kedah.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah atas tangkapan sembilan individu membabitkan kecurian REE.

“Syabas polis Kedah! Tangkapan bulan Jun masih dalam proses dilengkapkan siasatan. Belum terhenti.

“Tangkapan terbaru mengesahkan kecurian masih berlaku,” katanya mengulas laporan mengenai penahanan sembilan individu yang dituduh menceroboh Hutan Simpan Rimba Teloi di Sik pada 14 September lalu, disyaki menjalankan penerokaan REE.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, kumpulan penceroboh terbabit melakukan kegiataan penerokaan di Kompartmen 35 hutan simpan itu sejak empat bulan lalu dan aktiviti mereka masih di peringkat awal.



JANGAN BAWA KE NEGERI PN. NANTI ATOK CLAIM DIA BAWA MASUK.

 

Bertambah2 lagi lah sakit hati geng2 PASPN..!!!


Terbaik PMX..




AKAI TAK DAK




 Kadang-kadang aku tak faham macamana otak mereka yang termakan fitnah PN ni berfungsi. Kebanyakan fitnah yang mereka buat tu benda yang tak masuk akal pun.


Jenis yang kalau pakai otak fikirkan, kita tahu benda tu mengarut. Tak payah belajar sampai universiti pun boleh tahu benda tu fitnah. Tapi masih ada lagi yang nak percaya.


Kadang benda tu mudah je nak periksa. Contohnya isu kenaikan bayaran hospital kerajaan. Tak susah mana pun nak check. Tapi mereka lebih suka nak terima dari berfikir.


Benda macam tu, kalau betul, dah tentu heboh di media arus perdana. Dah tentu masuk berita di tv. Tak mungkin akan naik senyap-senyap je.


Kalau tak puas hati, boleh pergi hospital dan klinik dan tanya sendiri. Bukan kena bayar pun kalau setakat tanya. Tapi entahlah. Makan apa agaknya jadi lembab dan pemalas begitu.


Kerajaan Madani siap buat Skim Perubatan Madani, tanggung kos rawatan begi mereka yang layak di klinik swasta. Yang itu tak ada nak cerita pulak tapi yang palsu ni sibuk nak share.


Orang yang buat fitnah ni seolah tak percaya hari akhirat. Macam tak percaya akan ada pembalasan di sana nanti. Awas! Rukun iman tu. Jangan sampai gugur iman. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KAYA KOT LEBAI NI

 

Mukhlis Eddie


DASAR & SOP mender ? Kaya kot mamat ni ...



HANG JAGA SANUSI. KES BANYAK MENANTI.


 

KETIKA ZAMAN JAHILLIAH PN MEMERINTAH

 


Apa hal nak kena MoU dulu baru dapat peruntukan ni? Mana punya undang-undang? Ini tak adil! PMX nafikan hak rakyat!


Eh jap. Tajuk berita tu tahun 2021 la. Adoi! Tu masa Ismail jadi PM tu. Masa tu PAS dalam kerajaan ek? Owh... Tak salah la ek?


Eh masa tu lain. Sekarang lain. Ismail tak bercakap soal reformasi macam DS Anwar. Tak kira. Nak tak peruntukan tu! Nangis kang! Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BUKAN CAM SANUSI. RAKYAT 1 JUTA JA TAK TAU NAK PUSING DUIT. MINTABKERAJAAN JUGA....


 

SANUSI KATA HANGPA BODOWW



BETUL ADA KENAIKAN HARGA...


 

KISAH MAHYIDDIN DAN MUSA AMAN


 *APA MAKSUD PMX KERAJAAN RADZI JIDIN YANG BEBASKAN PERASUAH? KISAH BAGAIMANA MUHYIDIN DAN KERAJAAN RADZI TERIMA RM500 JUTA DARI MUSA AMAN*

1. Pada November 2019 Musa Aman di tahan SPRM dan akhirnya pada 23 Mei 2019, Musa Aman didakwa dengan 35 tuduhan berhubung penganugerahan kontrak konsensi balak negeri itu.

2. Beliau akhirnya di dakwa dengan 46 Pertuduhan melibatkan salah guna kuasa dan rasuah seperti yang di sebutkan di atas.

3. Selepas Langkah Sheraton, setelah Muhyidin menjadi Perdana Menteri, beliau tahu beliau perlukan sokongan dari lebih ramai ahli parlimen untuk kekal berkuasa. Dia tahu UMNO tidak boleh dipercayai dan sekiranya UMNO tarik diri, maka Kerajaan Muhyidin Yassin akan benar menjadi gelaran Kerajaan Gagal.

4. Pada masa yang sama, UMNO juga berkomplot tidak mahu bersama dengan Bersatu, tetapi menjadi Kerajaan adalah lebih baik dari jadi pembangkang. Maka mereka bersetuju.

5. Untuk itu, Muhyiddin Yassin perlukan seseorang di Sabah bagi meyakinkan semua di sabah sama ada dari PH, BN, Kerajaan dan pembangkang, bagi menyokong Muhyidin Yassin dan Kerajaan pada ketika itu.

6. Seorang yang diketahui mempunyai dana dan kekuatan tersebut tidak lain tidak bukan ialah Musa Aman.

7. Maka dengan kes tersebut, Musa Aman berunding dengan Muhyidin. Bukan sekadar dia akan membantu “membeli” ahli Parlimen dan Kerajaan negeri Sabah, dia juga akan membayar sejumlah wang kepada Muhyidin Yassin.

8. Jumlah yang di maksudkan ialah RM500 juta. Pecahan jumlah tersebut ialah RM200 juta bagi tujuan membeli ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan selebihnya akan diberikan kepada Muhyidin Yassin untuk menggugurkan 46 kes Musa Aman.

9. Dari sini beberapa peristiwa berlaku.

10. Pada 9 Jun 2020, Musa Aman dibebaskan dari 46 pertuduhan. Mahkamah tinggi membebas dan melepaskan (DAA) Musa Aman setelah “Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid, bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa.”

11. Bermakna, AGC telah memberi arahan agar semua pertuduhan DITARIK BALIK, sebelum kes tersebut di bicara.

12. AGC adalah Idrus Harun dilantik pada 6 Mac 2020 oleh Muhyidin Yassin.

13. Setelah Langkah Pertama itu berlaku, maka berlaku Langkah Kedua, iaitu perlu mengambil alih Sabah.

14. Sebulan selepas itu, pada 30 Julai 2020, Musa Aman mendapat 33 Akuan Bersumpah (SD) menyatakan bahawa dia ada majoriti dan Kerajaan Shafie Afdal telah tumbang.

15. Shafie Apdal enggan tunduk kepada perkara tersebut dan akhirnya mengumumkan pilihanraya Sabah pada September 2020

16. RM300 Juta tersebut diserahkan SECARA TUNAI kepada Hamzah Zainuddin yang pada waktu itu menaiki jet peribadi pada Jun 2020 pergi ke Sabah, kononnya ada pertemuan atas urusan rasmi.

17. Ia berlaku, beberapa hari selepas kes Musa Aman digugurkan. Hamzah ke Sabah, bukan sekadar untuk melihat sendiri perkembangan pembelian tersebut, malah membawa wang tunai kembali kepada Presidennya di Kuala Lumpur.

18. Pada waktu itu, Hamzah Zainuddin adalah Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN)

19. Peristiwa “membeli ADUN” ini telah di dedahkan oleh Sahfie Apdal yang menuduh kehadiran Hamzah ke Sabah pada Jun 2020 itu adalah untuk membeli ahli dewan undangan negeri Sabah agar melompat. Tidak diketahui oleh Safie juga, bahawa sejumlah RM300 juta bertukar tangan dari Musa Aman kepada Hamzah kepada Muhyidin Yassin.

*20. Sebab itulah, bila PMX sebut bahawa inilah kerja Kerajaan Perikatan Nasional sewaktu mereka berkuasa, Radzi Jiddin terus marah dan koyak. Mereka tahu, rahsia mereka telah terbongkar !*

*21. Sekarang anda tahu kenapa Radzi Jiddin koyak.* Kerana dia juga mengetahui jumlah RM300 juta dan peristiwa pembebasan Musa Aman tersebut.

22. Kerana itu juga, mereka berani menuduh PMX campur tangan dalam urusan kehakiman, kerana mereka lah yang sebenarnya melaku6kan perkara tersebut. 

Nampak dah kan siapa sebenarnya campur tangan dalam kes pembebasan? Sebarkan!


GAJI PULOH RIBU...APA YANG BUAT UNTUK RAKYAT . PEMBOHONG SAJA PANDAI


 

KPDN KERJASAMA DENGAN KPKM PANTAU BEKALAN BERAS


 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal mengambil langkah drastik dalam memastikan rantaian pengedaran beras di semua peringkat berjalan lancar.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi melaksana penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan pemantauan makanan ruji itu.

“KPDN memberi jaminan akan terus membantu KPKM dalam melakukan pemeriksaan di bawah Ops Jamin di seluruh negara.

“Pada masa sama akan terus menggiatkan penguatkuasaan di bawah perundangan serta bidang kuasa KPDN terutamanya dalam menangani isu penukaran label kampit beras yang dikhuatiri berlaku susulan pelarasan harga baharu beras putih import,” katanya.

Dalam kenyataan sama juga Armizan memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis dan nama barangan.

“Di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 boleh dikenakan pelalti denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Syarikat boleh didenda sehingga RM250,000,”jelasnya sambil menegaskan kesalahan sama boleh didakwa di bawah Seksyen 12 (1)(q) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang membawa hukuman lebih berat.

Kenyataan tersebut turut menyebut KPDN sentiasa komited melaksana pemeriksaan dan pemantauan beras seluruh negara di samping barang keperluan lain.

Pengguna juga disaran menjadi mata dan telinga kerajaan dengan menyalur maklumat dan laporan lengkap terhadap mana-mana bentuk ketidakpatuhan terutamanya berkait isu beras melalui laman aduan Kawalselia Padi dan Beras di https://skpb.kpkm.gov.my/adu atau bahagian penguatkuasaan KPDN di http://eaduan.kpdn.gov.my atau talian whatapp 019-279 4317 / 019-848 8000.



KENA TIPU CAM NI PUN PERCAYA LAGI


 

HATI BUSUK SANUSI


 

LAGI BERITA PALESU- Kenaikan caj perkhidmatan klinik kerajaan berita palsu







 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan berlakunya kenaikan caj perkhidmatan di Klinik Kesihatan Kerajaan sebagaimana yang tular di media sosial.



Menurut kenyataan KKM, tiada maklumat mengenai kenaikan caj perkhidmatan yang telah dikeluarkan oleh kementerian itu.



"KKM memandang serius penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial baru-baru ini berhubung caj perkhidmatan di Klinik Kesihatan Kerajaan.



"Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM tidak pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berkaitan kenaikan caj perkhidmatan," kata kenyataan tersebut.



Sehubungan itu, KKM menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu mengenai sebarang kenaikan caj yang tidak dibuat oleh pihak kementerian.



"Orang ramai dinasihatkan agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat palsu, dan tidak menghebahkan maklumat yang tidak sah tersebut kerana boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.



"Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan mana-mana individu," kata kenyataan itu lagi.

 

TIADA DNAA DALAM ISLAM: AMBIL TINDAKAN TERHADAP HJ HADI








 Kenyataan Presiden Pas Hj Hadi Awang kononnya tiada kaedah melepas tanpa membebaskan (DNAA) dalam Islam ditegur oleh Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau yang juga mantan Naib Presiden Pas pada suatu ketika berkata, Hj Hadi tidak cermat dalam mengeluarkan hujah atau sememangnya ingin mengelirukan umat Islam Malaysia dalam isu DNAA tersebut.

Katanya, amat tidak wajar Hj Hadi yang mempunyai kedudukan di peringkat antarabangsa mengeluarkan pendapat tidak sejalan dengan undang undang syariah di negaranya sendiri.

“Apa yang mengejutkan Presiden Pas berkata DNAA itu tidak ada dalam Islam. Ini satu perkara mengejutkan apabila seorang ulama yang mempunyai kedudukan sangat besar, pernah mewakili negara di dunia Arab dan pernah berada di peringkat antarabangsa dalam Kesatuan Ulama Dunia tiba tiba membuat kecaman menyatakan dalam Islam tidak ada DNAA

“Sedangkan apa yang dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Agama bahawa DNAA ini wujud dalam kebanyakan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri, di sebahagian besar negeri termasuk di Terengganu.

“Pada saya kenyataan Hj Hadi itu memberikan gambaran bahawa seolah olah enakmen tatacara jenayah syariah negeri ini tidak Islamik apabila adanya DNAA itu,” katanya dalam siaran media Tiktok.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan Kedah itu lagi, pihak berkuasa agama negeri yang mempunyai kaedah DNAA di negeri mereka seharusnya bertindak ke atas Hj Hadi agar umat Islam di negeri masing masing tidak terkeliru dengan pendapat peribadi tokoh agama pujaan Pas itu.

“Bagi saya, pihak berkuasa agama negeri seharusnya mengambil tindakan terhadap Hj Hadi sebab ini satu tuduhan apabila dia menyatakan DNAA tidak wujud dalam Islam, sedangkan sebahagian besar enakmen tatatacara jenayah syariah wujud DNAA.

“Bagi membersihkan nama baik pihak berkuasa agama negeri, termasuk Terengganu, khususnya Ke Bawah Duli Tuanku (ketua agama Islam negeri) dan raja raja, seharusnya pihak berkuasa agama negeri mengambil tindakan terhadap presiden Pas ini,” katanya lagi. – Suara Keadilan


JADIKAN SARAWAK JELAPANG PADI NEGARA KEDUA – ABUN SUI


 Kekurangan beras putih tempatan yang dialami negara pada ketika ini memerlukan pelan jangka panjang pertanian melibatkan penanaman padi yang boleh menjadikan tahap sara diri beras (SSL) negara pada tahap 65% ketika ini ditingkatkan kepada 100% pada masa hadapan.

Bagi tujuan itu, Senator Abun Sui Anyit dalam perbahasan di Dewan Negara kelmarin telah mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menjadikan Sarawak sebagai Jelapang Padi Negara kedua memandangkan wujud muka bumi di wilayah berkenaan yang berpaya serta tidak sesuai untuk tanaman sawit atau getah.

“Belajar daripada pengalaman lampau, mungkin kita boleh bangkit dan menjadikan Sarawak sebagai Jelapang Padi Negara selain daripada Kedah atas dasar kawasan tanahnya yang luas untuk mengelak keadaan seperti sekarang di mana beras putih tempatan sangat kurang di pasaran.

“Untuk itu saya cadangkan Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) atau agensi berkaitan penanaman padi yang pakar melebarkan sayap ke Sarawak bagi memenuhi keperluan ini.

“Saya cadangkan kawasan kawasan tanah yang luas di Hulu Rajang dan Bintulu dijadikan hub pengeluaran beras, sama ada beras padi huma atau padi sawah di negara ini. Dengan kerjasama semua pihak dan tekad politik kerajaan, saya amat yakin ianya boleh dilaksanakan,” katanya.

Abun Sui turut menyentuh isu keseimbangan pembangunan antara Semenajung dan wilayah Malaysia Timur.

Katanya, pembangunan tanah adat (NCR) berdasarkan pendekatan pembangunan tanah secara bersepadu perlu diperkukuh melalui kerjasama antara agensi Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak swasta.

“Pemberian geran tanah memang penting untuk membolehkan rakyat bumiputera Sarawak menikmati program-program kerajaan yang mensyaratkan adanya pemilikan geran tanah untuk memohon sesuatu program

“Contohnya Program bantuan bina rumah bernilai sehingga RM60,000 di atas tanah sendiri atau tanah ahli keluarga oleh KPKT. Tanpa geran tanah, mustahil rakyat berjaya dalam permohonan mereka untuk menikmati program ini,” katanya.

Selain itu, beliau juga menyentuh isu pembinaan jalan raya yang amat ditunggu tunggu penduduk kawasan pedalaman.

“Saya berharap sangat pembangunan di pedalaman seperti menyediakan jalan raya persekutuan yang menghubungi Bintulu (Malaysia) dan Nusantara (Indonesia) yang melalui Daerah Belaga, DUN Murun dan DUN Belaga dalam Parlimen Hulu Rajang

“Saya menyokong permohonan wakil rakyat kawasan Tuan Kennedy Chukpai, Ahli Dewan Undangan Negeri Murum, Sarawak yang selari dengan permohonan saya dalam Dewan Negara yang mulia ini mencadangkan jalan baru melalui bekas jalan balak yang tidak aktif

“Jalan perlu dinaiktaraf dan dijadikan Jalan Persekutuan iaitu Borneo Spine Road to Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS)/Pos Lintas Batas Negara (PLBN) iaitu jalan baru ke Long Nawang, Kalimantan melalui Bintulu – Sungai Asap – Bakun – Murum Linau – Long Busang – Long Unai – ICQS Tapak Megah – PLBN Long Nawang yang terus dihubungkan ke Nusantara, Indonesia,” katanya.

Selain itu, Abun Sui membawa isu menaiktaraf jalan bekas laluan balak di kawasan N.66 Murum (P.216 Hulu Rajang) yang merangkumi Tubau – Jelalong (25 rumah panjang), Ulu Sungai Belaga (4 rumah panjang), Long Urun (15 rumah panjang), Metalun (4 rumah panjang), Tegulang (7 rumah panjang), Sungai Linau (5 rumah panjang) dan Sungai Asap (15 rumah panjang).



RENTASAN 1455 | GEMPAR!! KINI SANUSI MD NOR SENTAP DENGAN KEJAYAAN PM10 ...



MENARIK DALAM RENTASAN 1455

1. SILAP HOWARD LEE TIDAK BERTALAQQI DENGAN HAJI HADI 2. ELAUN EXCO KELANTAN RM27,922 SEORANG, APA YANG MEREKA BUAT? 3. TAHNIAH PMX 4. SIAPA SEBENARNYA YANG KUAT MUHONG DAN MEMALUKAN NEGARA?





HARAP SPRM BOLEH DATANG SEMAK BETUL ATAU TIDAK RM 80K ITU DIGUNAKAN SEBETULNYA. BOLEH SIASAT DI KAWASAN PEDALAMAN SAMA ADA SESUAI ATAU TIDAK DENGAN KOS PENGANGKUTAN.KONONNYA


Kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion bagi membaik pulih pelbagai kemudahan awam yang rosak di seluruh negara, termasuk tandas sekolah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, peruntukan tertinggi diperlukan ketika ini adalah bagi membaik pulih tandas sekolah yang menelan belanja RM1 bilion.





USTAZ RUPA YA GINI....

 

Che Ibrahim Mohamad.






Ab Shukur Azhar  ambo dulu  tahun 2015 pernah bercadang nak saman budak ni, tapi tengok ke latarbelakang dia, ambo rasa wat rugi masa jah, sah dia tak mampu nak bayar pampasan/gantirugi.

Ambo kenal bedo'ah nah budak ni, tahun 2013 dia dok beli pok getah di Kuala Tol, Pulau Setelu, Gua Musang. Kemudian jadi tauke pisang. Ngaji di Al Azhar, Cawangan Damanhur setakat tahun 2....


Abu Zaid Al-Harith @ Haji Yo Kok Lanas beso benar la dgn budak ni muga dekat jah dgn kampung orang tino dia di Kok Lanas.



TIADA SEMUA MUDAH DALAM SEKELIP MATA.



Mat Man


Dulu kalau kedai tak laku, org Melayu salahkan santau, buatan org, dan perkara-perkara sewaktu dengannya.


Skrg kalau ada apa apa masalah, semuanya salah kerajaan perpaduan Malaysia Madani.


Kah3.


Masa rakyat angkat bendera putih, ayam RM12 sekilo, minyak masak mahal, rakyat kena kunci tak boleh pergi kerja, dewan rakyat ditutup dan masalah rakyat tak boleh dibahas, titah YDPA tidak dilaksana, penguasa berbagi ghanimah sesama sendiri sewaktu rakyat susah, semua ni dilupakan hari ini.


Tak mungkin masalah yg dah berakar dapat diselesaikan dalam masa singkat. Skim Ali Baba, penguasaan kartel, gaji rendah, dan rasuah, salahguna kuasa kronik dan byk lagi masalah yg dah berakar di Malaysia ini pasti perlukan masa utk diselesaikan.


As it stands, kerajaan ini are right on track. Satu persatu masalah diselesai. Masalah berbangkit terus diberi perhatian.


Kerajaan ini tak guna dalil untuk redakan kemarahan rakyat. Kerajaan ini tak penjarakan sesiapa kerana mengkritik.


Percayalah, selepas tiga tahun, ramai akan menghela nafas lega.

Percayalah selepas tiga tahun, penyokong PN tidak akan lagi menyokong PN setelah merasa nikmat berkerajaan yang betul-betul bekerja untuk rakyat.

Percayalah, atas sebab itulah pembangkang terdesak menjatuhkan kerajaan sebelum habis penggal. Lepas satu satu isu dimainkan. Dunia memuji dan memandang tinggi Anwar Ibrahim, mereka disini tak habis-habis merendahkan usaha usaha dibuat.

Sebab jika kerajaan ini habiskan satu penggal, semua politik dan polemik lama tidak akan laku lagi.


Bangga lihat busana baju melayu dipakai PMX di pentas dunia. Sebelum merdeka dulu, Raja Raja Melayu pergi ke London juga berbusana Baju Melayu.


Dirgahayu Anwar Ibrahim, semoga perjalanan dan perjuangan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.


#anwaribrahim #PMX #malaysiamadani #amktambun



KERANA SOMBONG , PERUNTUKKAN TIDAK DAPAT . JANGAN MELALAK JIKA TIADA ADAB .



Mohd Safuan Muhammad.


Walaun PAS meroyan kata zaman Ex PM Ismail Sabri , pembangkang PH ketika itu diberikan peruntukkan . 


Tetapi walaun PAS tahu atau tidak , 

hakikat sebenarnya , 

Peruntukkan diberikan kepada pembangkang ketika itu hasil daripada perbincangan antara wakil pembangkang PH bersama ex PM Ismail . 


Yup PERBINCANGAN !! 


Datang dengan ADAB , BINCANG demi kestabilan POLITIK dan sama sama MAJUKAN NEGARA . 


Kenapa PEMBANGKANG PNPAS tidak mahu datang berbincang dan hanya pandai melalak dlm parlimen minta peruntukkan ?? 


Jangan tuduh PMX bukak mulut itu berbohong andai hakikat sebenarnya pemimpin PAS PN hatta berjubah berkopiah bukak mulut suka mengfitnah dan caci maki 😄😄


Jangan salahkan PMX ANWAR , sebab apa yg PMX buat ketika jadi pembangkang , itulah yg dia amalkan ketika menjadi KERAJAAN & PMX ketika ini . ✅


Dalam hal peruntukkan parlimen , aku setuju cara PMX . 

Sebab itu cara yg dia amalkan ketika jadi pembangkang 😎😎


Jika PH mampu buat ketika jadi pembangkang , 

Kenapa PNPAS tidak mahu melakukan perkara yg sama ? 😎😎


Deep 😄


ZAMAN PAS SEBAGAI PARTI ISLE...

 

Zaman ni Pas masih ikut islam.

Tp segalanye dah jd sejarah.

Skrg mrk pulak berlumba2 fitnah anwar peliwat.




BANYAK LA KES KO- LAGI TUDUHAN TRRHADAP RADZI JIDIN.


 

Keh..keh


Zunar fans 



 “Study Sentimental, Score Heavy Metal”

Pantang Mundur Kecuali SPRM Panggil


Posted by Admin

Cartoon by Haili