TIADA SEMUA MUDAH DALAM SEKELIP MATA.



Mat Man


Dulu kalau kedai tak laku, org Melayu salahkan santau, buatan org, dan perkara-perkara sewaktu dengannya.


Skrg kalau ada apa apa masalah, semuanya salah kerajaan perpaduan Malaysia Madani.


Kah3.


Masa rakyat angkat bendera putih, ayam RM12 sekilo, minyak masak mahal, rakyat kena kunci tak boleh pergi kerja, dewan rakyat ditutup dan masalah rakyat tak boleh dibahas, titah YDPA tidak dilaksana, penguasa berbagi ghanimah sesama sendiri sewaktu rakyat susah, semua ni dilupakan hari ini.


Tak mungkin masalah yg dah berakar dapat diselesaikan dalam masa singkat. Skim Ali Baba, penguasaan kartel, gaji rendah, dan rasuah, salahguna kuasa kronik dan byk lagi masalah yg dah berakar di Malaysia ini pasti perlukan masa utk diselesaikan.


As it stands, kerajaan ini are right on track. Satu persatu masalah diselesai. Masalah berbangkit terus diberi perhatian.


Kerajaan ini tak guna dalil untuk redakan kemarahan rakyat. Kerajaan ini tak penjarakan sesiapa kerana mengkritik.


Percayalah, selepas tiga tahun, ramai akan menghela nafas lega.

Percayalah selepas tiga tahun, penyokong PN tidak akan lagi menyokong PN setelah merasa nikmat berkerajaan yang betul-betul bekerja untuk rakyat.

Percayalah, atas sebab itulah pembangkang terdesak menjatuhkan kerajaan sebelum habis penggal. Lepas satu satu isu dimainkan. Dunia memuji dan memandang tinggi Anwar Ibrahim, mereka disini tak habis-habis merendahkan usaha usaha dibuat.

Sebab jika kerajaan ini habiskan satu penggal, semua politik dan polemik lama tidak akan laku lagi.


Bangga lihat busana baju melayu dipakai PMX di pentas dunia. Sebelum merdeka dulu, Raja Raja Melayu pergi ke London juga berbusana Baju Melayu.


Dirgahayu Anwar Ibrahim, semoga perjalanan dan perjuangan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.


#anwaribrahim #PMX #malaysiamadani #amktambun



No comments: