AKAI TAK DAK




 Kadang-kadang aku tak faham macamana otak mereka yang termakan fitnah PN ni berfungsi. Kebanyakan fitnah yang mereka buat tu benda yang tak masuk akal pun.


Jenis yang kalau pakai otak fikirkan, kita tahu benda tu mengarut. Tak payah belajar sampai universiti pun boleh tahu benda tu fitnah. Tapi masih ada lagi yang nak percaya.


Kadang benda tu mudah je nak periksa. Contohnya isu kenaikan bayaran hospital kerajaan. Tak susah mana pun nak check. Tapi mereka lebih suka nak terima dari berfikir.


Benda macam tu, kalau betul, dah tentu heboh di media arus perdana. Dah tentu masuk berita di tv. Tak mungkin akan naik senyap-senyap je.


Kalau tak puas hati, boleh pergi hospital dan klinik dan tanya sendiri. Bukan kena bayar pun kalau setakat tanya. Tapi entahlah. Makan apa agaknya jadi lembab dan pemalas begitu.


Kerajaan Madani siap buat Skim Perubatan Madani, tanggung kos rawatan begi mereka yang layak di klinik swasta. Yang itu tak ada nak cerita pulak tapi yang palsu ni sibuk nak share.


Orang yang buat fitnah ni seolah tak percaya hari akhirat. Macam tak percaya akan ada pembalasan di sana nanti. Awas! Rukun iman tu. Jangan sampai gugur iman. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.