TAK PERNAH CERDIK PANDANGAN DIA NI
Jamzuri Ardani
Ini pandangan seorang Exco Pertanian Terengganu.
Bagi saya idea beliau ini hanya akan menyebabkan pesawah kita terus miskin dan industri padi negara tidak berdaya maju.
Ini pandangan ahli politik populis yang tidak punya wawasan untuk memajukan sektor pengeluaran padi negara.
4,752 lokaliti belum mendaftar PADU, Townhall tambah bilangan pendaftar
Oleh: Abdullah Zaid
Sebanyak 4,752 lokaliti masih tidak mempunyai sebarang pendaftaran
sistem Pangkalan Data Utama (PADU), mahupun apa-apa program bantuan kerajaan
yang disediakan sebelum ini.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pihaknya sedaya upaya
meluaskan penyertaan rakyat Malaysia mendaftar PADU sebelum dijangka berakhir
pada 31 Mac ini.
Katanya, pihak kementerian ketika ini tertumpu di lokaliti seperti
Perumahan Awam, Kondominium, Pangsapuri, Rumah Kos Rendah, Kuarters, Rumah
Kedai, Rumah Air dan Panjang.
"Dalam konteks pelaksanaan PADU, pengemaskinian oleh rakyat
atau rekod pentadbiran individu divisualisasi sehingga di peringkat lokaliti.
"Ia bagi memastikan semua kawasan diliputi, mempunyai
perwakilan dan tidak berlaku keciciran," katanya pada sidang media di
Putrajaya, hari ini.
Tambah Rafizi, penduduk di lokaliti dikenalpasti itu adalah
rata-rata daripada golongan B40 dan B60.
"Penduduk di lokaliti ini berisiko tercicir daripada menerima
ataupun dilibatkan dalam apa-apa program atau bantuan kerajaan yang akan
datang.
"Oleh itu, tumpuan Kementerian dalam tempoh dua minggu ini
adalah untuk mempertingkatkan pendaftaran individu dan isi rumah, terutamanya
meliputi kawasan yang dikenal pasti berisiko terbesar pengecualian,"
ujarnya.
Bagi memberi penerangan lanjut, Rafizi berkata, satu sesi Townhall
akan diadakan pada 23 Mac ini di Pusat Konvensyen MBSA bagi memberi penerangan
mengenai manfaat PADU.
"Ia juga akan mendapatkan kerjasama pihak berkaitan membantu
meningkatkan pendaftaran dalam kalangan rakyat, terutamanya di lokaliti
Selangor dan Wilayah Persekutuan.
"Sesi ini akan dihadiri oleh Ahli Parlimen, Ahli Dewan
Negeri, Pegawai Daerah, Datuk Bandar serta YDP, Ketua Bahagian Pesuruhjaya
Bangunan (COB) bagi setiap pihak berkuasa tempatan dan wakil Badan Pengurusan
Bersama (JMB)," jelasnya.
Dalam pada itu, Rafizi turut meminta Kerajaan Negeri mengambil
langkah yang sama, mengumpulkan wakil-wakil penduduk dari lokaliti berisiko
tinggi keciciran, untuk menggalakkan pendaftaran PADU penduduk kawasan
tersebut.
"Jika anda tidak mendaftar dan mengemaskini data dalam PADU,
kerajaan akan menggunakan data yang didapati dari jabatan-jabatan kerajaan
sedia ada yang berisiko tidak tepat atau tidak terkini.
"Daftar dan kemaskini data anda di PADU sebelum 31 Mac 2024
untuk mengelakkan risiko keciciran berterusan. Anda mungkin tidak mendapat
bantuan kerajaan sebelum ini, kini walau peluang itu telah dibuka, oleh kerana
data anda tidak dikemaskini, anda mungkin terus tercicir," kata Rafizi.
PADU yang telah dilancarkan pada 2 Januari 2024 adalah antara
komitmen kerajaan untuk membangunkan dan mewujudkan satu pangkalan data yang
akan menjadi sumber rujukan utama kepada semua agensi Kerajaan dalam membuat
keputusan berpandukan data yang tepat, disamping menambah baik kecekapan
penyampaian perkhidmatan Kerajaan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Selain itu, PADU juga akan dapat membantu kerajaan untuk
mengukuhkan kemampanan fiskal negara serta memberi ruang untuk melaksanakan
reformasi fiskal bagi meningkatkan kecekapan perbelanjaan.
Ramadan cakupi persoalan etika meluas, bukan sekadar ibadah khusus
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu
umat Islam menghayati pengajaran di bulan Ramadan bukan sekadar melibatkan
ibadah khusus malah mencakupi soal akhlak lebih luas seperti menyantuni
golongan miskin dan membicarakan soal keadilan.
Perdana Menteri berkata bulan
suci tersebut merupakan satu pusat pengajian atau madrasah yang membolehkan
umat Islam meningkatkan keimanan, disiplin dan akhlak.
"Saya lontarkan betapa
pentingnya umat Islam untuk menghayati semangat Ramadan dengan memperkukuh
disiplin diri dan menyantuni golongan yang kurang bernasib baik.
"Adalah penting untuk kita
menghayati madrasah Ramadan sebagai wahana menyucikan jiwa dan menghentikan
fitnah serta kerja yang sia-sia dan yang tidak membawa manfaat, selain
menggarap “the larger ethical question of Ramadan” yakni tentang kebebasan,
keadilan dan kesaksamaan," katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau mengulas mengenai
ucapannya dalam perhimpunan bulanan bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri
di Putrajaya hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya
Perdana Menteri menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau tidak
mengambil berat soal ibadah apabila berbicara hal-hal Ramadan berkaitan
kesedaran, masalah kemiskinan, soal disiplin dan tatakelola.
"Sebab itu ada kupasan
alim ulama yang menyatakan Ramadan ini mengupas permasalahan etika yang lebih
luas, ia tentunya disiplin diri, benda yang (kita) boleh makan, benda kita tak
boleh makan, benda harus yang kita boleh buat, tapi kita tak buat.
"Kekuatan induk hadapi rintahan
dan percubaan, kemudian ia juga harus mengetuk pintu hati nurani kita untuk
berbicarakan hal-hal yang terkait dengan Ramadan, maknanya usaha yang lebih
untuk menambah sedekah amal jariah dan masing-masing yang punyai sedikit
keupayaan untuk menyantuni masyarakat kurang bernasib baik,” katanya.
Anwar yang baru pulang daripada
lawatan rasmi selama enam hari ke Jerman berkata sekiranya ada semangat Ramadan
dalam kehidupan, masalah negara akan lebih terkawal seterusnya kejayaan itu
dapat disampaikan kepada dunia luar.
"Islam tidak boleh lari
dari hukum yang tetap tapi ibadah itu harus memberi makna lebih luas, bagaimana
boleh kita sempurnakan Ramadan kemudian sambut dengan pembaziran luar biasa,
tidak mempedulikan nasib masyarakat miskin?
"Bagaimana dalam Ramadan
masih lagi kita teruskan amalan mengambil komisen dan rasuah? Maknanya
penghayatan tidak ada," kata beliau.
Sementara itu, Anwar berkata
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut menitahkan supaya tidak melakukan
pembaziran pada bulan Ramadan.
HANYA 17% RAKYAT MALAYSIA MENDAFTAR PADU – APA SUDAH JADI?
SEHINGGA setakat jam 11.59 malam Sabtu lalu,
dilaporkan hanya 5.22 juta rakyat Malaysia telah berdaftar kepada Sistem
Pangkalan Data Utama (PADU).
Ini adalah hanya sekitar 17.3% daripada 30.08
juta jumlah keseluruhan rakyat Malaysia dan adalah angka yang agak rendah lebih
dua bulan sejak dilancarkan pada bulan Januari lalu.
Jumlah pendaftaran yang rendah menjadi isu
kerana data yang dikumpul akan digunakan untuk penyampaian subsidi tersasar
serta pelbagai lagi inisiatif kerajaan.
Antara rungutan yang didengari ialah ia tidak
cukup mesra pengguna yang berusia dan sistem pengesahan identiti yang perlahan.
Kerisauan orang ramai mengenai sebuah pangkalan data utama yang menyimpan semua maklumat juga gagal diredakan oleh pihak PADU.
Pelbagai kes ketirisan data sebelum ini tidak
diambil serius oleh pihak berwajib dengan tiada pihak dikenakan tindakan
membuatkan kepercayaan orang ramai akan keselamatan data di Malaysia agak
rendah.
Tindakan menutup mulut tanpa sebarang
kenyataan rasmi membuatkan kepercayaan ini semakin terhakis.
Jika PADU ingin berjaya, usaha yang lebih giat
untuk menguar-uarkan kelebihan mendaftar harus dilakukan.
Laporannya di sini –
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/padu-hanya-17-penduduk-malaysia-daftar-setakat-ini-462773
Apa sudah jadi dengan PADU?
Mengapa begitu rendah rakyat yang mendaftar
dengannya?
Apakah rakyat Malaysia tidak mahu subsidi
bersasar?
Adakah ini suatu isyarat mereka inginkan
subsidi seperti sedia ada – kaya atau miskin sama-sama merasa?
Dan benarkah keengganan ramai mendaftar dengan
PADU kerana bimbang data peribadi mereka bocor atau diselewengkan?
Jika begitu, kenapa tidak dilipatgandakan
usaha meredakan kebimbangan rakyat mengenainya?
Selain itu, mengapa sejak kebelakangan ini
sudah tidak begitu agresif promosi dan gerakan pendaftaran PADU?
Paling dibimbangi, mungkinkah peratusan yang
rendah ini petanda rakyat sudah mula tidak menyukai lagi kerajaan madani ini?
Apakah mungkin PADU bakal menemui kegagalan
sebelum sempat fungsinya berperanan? – ShahbudinHusin18/03/2024.
MP PAS usik Anwar di Dewan Rakyat, 'Saya terpaksa bukan suka', Dr M kelu...
MANA PI DUIT??
Bila orang cerdik bertanya, ia sarat dengan fakta yang perlu dibawa.
Berbeza dengan orang kurang cerdik bertanya, kadang tu 'wang asing' dan 'pekerja asing' pun dianggap sama.
Apapun..
Ke mana duit² kerajaan Terengganu dibelanjakan sebelum ini..?
Kenapa sampai beratus juta habis duit kerajaan negeri bayar elaun dan gaji kepada lantikan politik yang begitu ramai..?
Kadar kemiskinan di Terengganu kenapa masih tidak menurun..?
Dan paling ketara, kenapa program Parti atas nama PAS lebih besar dari program kerajaan Negeri..?
🤗🤗
KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH
KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NASIONAL
18 Mac 2024
KK MART PERLU LEBIH SENSITIF ISU UMAT ISLAM ATAU BERDEPAN DENGAN BOIKOT UMAT ISLAM
1. Pemuda AMANAH memandang serius berhubung isu penjualan stokin yang tertulis kalimah Allah yang dijual di tiga cawangan KK Mart. Pemuda AMANAH ingin menegaskan kepada pengilang, mahupun pengedar, mahupun peruncit, untuk lebih sensitif terhadap isu-isu agama, terutamanya berkaitan dengan kalimah Allah.
2. Hal ini adalah penting dalam mengekalkan keharmonian agama di Malaysia. Pemuda AMANAH menyeru KK Mart dan mana mana syarikat lain perlu mengambil pendekatan yang lebih berhemah dalam pengurusan produk-produk.
3. Pemuda AMANAH mengambil maklum KK MART telah memohon maaf mengenai isu ini namun demikian berpandangan isu ini tidak harus dipandang ringan.
4. Pemuda AMANAH ingin mengingatkan bahawa dalam era globalisasi dan media sosial yang pesat, setiap tindakan syarikat akan disorot dan boleh memberi impak yang besar terhadap reputasi mereka. Oleh itu, penting bagi syarikat-syarikat untuk lebih berhati hati dan menghormati nilai-nilai agama tempatan dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengelakkan kemungkinan konflik dengan pelanggan mereka.
5. Pemuda AMANAH juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk memperkuatkan undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan sensitiviti agama, termasuk dalam bidang perniagaan. Langkah-langkah undang-undang yang lebih tegas akan memberi isyarat yang jelas kepada syarikat-syarikat bahawa pelanggaran sensitiviti agama akan diambil tindakan dengan serius, mendorong mereka untuk mengambil langkah-langkah proaktif dalam mencegah kejadian serupa di masa depan.
'ASIM 'ABDULLAH BIN AINULLOTFI
Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Nasional
TANGKAP PENYAMUN NEGARA
Zuwairi Md Yusof
Selain pemilik SPANCO ROBERT TAN HUA CHOON selaku BFF DAIM,AKBAR KHAN adelah BFF DAIM yang rapat juga menyakau melalui CLOB suatu ketika dulu.
Dasyat mereka menyakau di bawah MADEY sekian lama.Heret ja AKBAR ke MALAYSIA bicarakan dia DAIM di mahkamah yang sama biar sama-sama meringkuk dalam penjara jilaker.
NAK HARAP SIAPA
Sarjana Islam Eropah mahukan siapa rangka Strategi Tangani Islamofobia?
@MuhyiddinYassin❌
@abdulhadiawang❌
@DrAhmadSamsuri❌
@SanusiMNor❌
@anwaribrahim✅
Kelantangan dan Kebijaksaan PMX terkait isu Palestine - Israel membuka mata dunia terutama dunia Islam.Sesuai dengan ketokohannya sebagai pemimpin Islam ke-11 berpengaruh dunia (Muslim500).WALAUN PAS,MACAI BERSATU? Jangan koyak! 😁
Aku tercari-cari nama Hadi di dalam tangkap layar berikut.Nama yang paling hampir cumalah Mehdi,kehkehkeh.Selepas begitu garang dan lantang ANWAR IBRAHIM bersuara di depan Canselor Jerman isu PALESTIN-ISRAEL terus ISRAEL koyak rabak lalu menyerang kem OPS IHSAN MALAYSIA hantar bantuan bekalan makanan di PALESTIN https://twitter.com/MalaysiaMFA/status/1768567021841854536
PMX tular seluruh dunia... Ramai personaliti2 tersohor dari pimpinan politik,artis,ahli sukan dan wartawan terkenal RETWEET DAN KOMEN UCAPAN PMX semasa di GERMAN.. Itulah kehebatan seorang tokoh pemimpin.. Auranya tersebar ke seluruh dunia... MASHA ALLAH... https://twitter.com/lady_bugg11/status/1768663390615167168
Mujur MALAYSIA tak boleh hantar Angkatan Tentera Malaysia kalau tidak awal2 MALAYSIA sudah bertindak balas menyerang ISRAEL dalam masa terdekat.
JANGAN TIRU YAHUDI
MSO
Apabila zionis Israel serang Palestin dan membunuh rakyatnya yang tidak berdosa, kita di alam Melayu ini marah, murih dan kutuk Istael.
Pelbagai acara dilakukan untuk tunjukkan solidariti kepada Palatine, kita adakan, punggutan derma dan sebagainya walaupun derma itu disalah guna dijadikan modal perniagaan, beli emas jokong dan sebagainya.
Kita marah sungguh kepada Yahudi seakan akan kita akan bunuh dan membakar mereka hidup hidup.
Kita hanya lihat kepada aksi fizikal mereka ke atas rakyat Palestin saja tanpa melihat yang perangai dan budaya mereka yang DIwarisi ataupun mengguna pakai dalam kehidupan seharian baik urusan jual beli, berpolitik dan sebagainya.
Salah satu perangai dan kegemaran Yahudi yang disebut dalam Quran ialah mereka suka berbohong, menyebarkan fitnah dan melakukan rasuah. Perkara ini jelas dihurai dalam surah al Maidah ayat 42 yang bermaksud;
“Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram. Jika mereka (Yahudi) datang padamu (minta putusan) maka putuslah di antara mereka, atau berpaling dari mereka, jika kamu berpaling dari mereka, maka mereka tidak memberi mudarat kepada kamu sedikitpun.
“Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskan diantara mereka dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang adil.”
Di permulaan ayat itu menyebut menyukai pembohongan dan memakan yang haram, pembohongan disini samalah dengan menyebarkan berita palsu berbentuk fitnah.
Apakah ini tidak berlaku dalam kelompok kita. Iya kita tidak serang Palestin tetapi kita hari hari viralkan berita fitnah buat konten bohong sebagai strategi politik. Berbohong diserta tempat termasuk di dalam rumah Tuhan dan dalam medsos.
Ertinya, mereka melakukan kerja kerja itu adalah mereka yang praktikkan perangai Yahudi. Justeru untuk kecam zionis Yahudi bukan hanya kerana mereka berlaku kejam pada rakyat Palestin tetapi yang menyebarkan fitnah, memutar belitkan ayat ayat Tuhan berbohong itu sama dengan kelompok Yahudi yang aniaya rakyat Palestin itu. Walahu’alam. Trims.
ADA LAMA DAH
Tahukah anda tahun 2013 dulu waktu Muhyiddin jadi Menteri Pendidikan merangkap TPM, ada sekolah yang ingkar pekeliling kantin buka bulan Ramadan.Sekolah tu suruh murid yang tak puasa makan dalam tandas yg tak di gunakan.Bukan main marah Muhyiddin masa tu.Siap sound dalam tv tindakan tegas akan di kenakan pada Sekolah & Pengusaha Kantin.
Hari ni PAS politikkan isu kantin buka.Helloooo pekeliling Kantin buka waktu Ramadan dah ada sejak tahun 90-an.Tinggal lagi saiz operasi Ramadan dengan tak Ramadan dah tentulah tak sama - pekerja di kecilkan,menu juadah di kurangkan.Letih main dengan puak confirm Syurga.MAHIADDIN sakau pendidikan ikut BESTARINET punya SCAM kalian senyap sunyi tak kecoh marah geram pun?RADZI JIDIN sakau buku JQAF pra sekolah RM 15 JUTA jadi RM 80 JUTA mana marah anda?
RADZI JIDIN,MAHIADDIN buka tutup buka tutup sekolah kamu diam meniskus?Ratusan ribu budak2 sekolah keciciran pelajaran gagal menguasai kemahiran 3M sewaktu 33 bulan PAS,BERSATU tebuk atap di mana kemarahan kamu semua hilang?Kerajaan MADANI PH BN pimpinan PMX yang terpaksa cuci najis2 tinggalkan PN di bidang pendidikan.Punyalah caca merbanya PN ni perintah mangkuk jamban macam RADZI pun jadi MENTERI KPM 3 tahun dulu.Timbalan dia ada macam tarak ja belum lagi masuk KP KPM waktu itu yg juga isteri kepada ADHAM BABA air suam,kikiki.
Bersyukurlah anda semua tiada lagi lepasan SPM yg hilang arah lepas habis sekolah kerana MADANI cukup perkasakan TVET dan lain2 untuk anak2 meneruskan kehidupan lebih baik di alam dewasa.Kamu ingat PN peduli nasib anak2 kamu itu?
TAKKAN KEDAI KAMU SAHAJA... TOYAMATMIN BETOI.
Mengapa stokin ini hanya dapat dikesan di kedai ini sahaja?... Adakah ianya dibuat khas untuk diedar oleh KK Mart ini sahaja, tidak di KK Mart yang lain???
BERNIAGA DI BANDAR DAN BADARAYA BUKAN BOLEH PACAK KEDAI IKUT SUKA.
Asyraff Jeffery
Tertonton video peniaga mengamuk dengan penguatkuasa kerana rampas barang berniaga,kemudian ramai yang komen;
.
"Kesian orang Melayu ditindas oleh bangsa sendiri. Orang asing berniaga bebas,tidak diganggu."
.
Pertama sekali,saya tidak nafikan ada penguatkuasa yang tidak amanah dalam hal ini seperti semua sedia maklum. Tapi dalam masa yang sama,ramai penguatkuasa yang jalankan tugas dengan sebaik mungkin.
.
Yang kedua,tindakan ini adalah sangat bagus kerana orang yang menjaja di tempat awam tanpa kebenaran memang terbukti lakukan kesalahan dam adil kepada peniaga-peniaga yang membayar tapak. Belum lagi kita bandingkan dengan peniaga yang sewa kedai. Dan yang menarik, harga yang dijual adalah lebih kurang sama.
.
Yang ketiga,percayalah yang mentaliti orang tidak sama. Ada peniaga yang akan berkeras walaupun sudah diberi notis dan amaran. Mereka percaya yang itu adalah hak mereka walhal mereka sedang lakukan kesalahan yang nyata.
.
Kalau anda perhatikan, masalah sebegini jarang berlaku kepada peniaga yang ikut undang-undang dan peraturan. Peniaga yang bagus,bila diberi notis, mereka akan berusaha keras untuk penuhi tuntutan. Kalau tidak dapat,mereka akan keluar dengan baik walaupun hati tidak reda.
.
Percayalah,ini bukan isu rasis atau berat sebelah. Tetapi ini adalah isu undang-undang. Sekali lagi,saya tidak nafikan wujud penguatkuasa yang tidak amanah tetapi usahlah kita pukul rata semua kes adalah sama. Maka,bersangka baik adalah langkah yang mulia berbanding mengeji tanpa usul periksa.
.
Bye.