KISAH BUDAK MELAYU NAK PULUN BELAJAR?



 Megat Hisemudin Megat Kasim


Semalam saya tulis orang Cina simpan duit utk pendidikan, orang Melayu ramai yg culas byr yuran PIBG. Post saya paling bnyk kena "bantai" kerana mereka menyebut saya memperlekehkan bangsa sendiri. Namun hanya dgn sindiran yg begini juga akan "menyedarkan" kita dari tidur.


Megat Hisemudin Megat Kasim



Dah 4-5 kali dah saya dapat tahu kisah tentang kaum bukan Bumiputra yang pergi lanjutkan pelajaran ke luar negara.

Anak tu yg buat research, cari universiti sendiri, buat anggaran kos, gigih nak masuk jurusan tertentu.
Tunjuk kat mak bapak.
Mak bapak cakap, "Boleh tapi kami mampu bayar hanya untuk satu tahun sahaja. Lepas tu kamu kenalah pandai sendiri2."
Masuk tahun kedua, dia ambil kerja, jadi waiter, waitress, kerja basuh pinggan, kerja susun buku kat library, ada yang kerja jaga anak mat salleh pun ada, bagi tiusyen. Seorang tu ajar anak mat salleh main piano.
Ada yang bernasib baik, dapat biasiswa atau bantuan kewangan dari pihak universiti.
Kalau di US, mereka pulun sebanyak-banyak kredit setiap semester sebab nak habis cepat, 3 years, instead of four.

(Budak2 biasiswa Melayu kita? 12-15 kredit je... buat apa nak rush? Malam2 ada kat snooker center - student lelaki lerrr. Student perempuan a bit more responsible).

Maka, graduan2 bukan Bumi ini sudah belajar lasak, kental, dan juga belajar social skills deal dengan kaum yang bukan sekaum dgn dirinya (budak Melayu hidup overseas dalam bubble Melayu).

Saya tahu ada yang nasib baik, kerja di restoran, makanlah makanan yang restoran bagi tuu. Ada yang makan nasi dengan sayur kobis sahaja sebabkan bayar yuran universiti.

UMNO HARUS KEKAL BERSAMA PH. PN KINI TIADA KEKUATAN





 SAMA ADA SOLO ATAU BERSAMA PH, KEDUA-DUANYA BUKAN JALAN SELAMAT BUAT UMNO


21 April 2026


Parti paling dilema untuk membawa diri pada PRU16 akan datang adalah UMNO.
Meski terlihat selesa duduk bersama PH dalam kerajaan, tetapi UMNO masih belum berani memutuskan untuk terus bekerjasama dengan gabungan parti pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim itu pada PRU16 akan datang.
Suatu ketika UMNO mengatakan mereka akan tetap bekerjasama dengan PH dalam pilihan raya sebagaimana kerjasama telah terjalin dalam kerajaan, tetapi di selang seli itu kerap pula kedengaran suara mahu bertanding secara solo.
Pelbagai teori dan analisa cuba dibentangkan untuk mewajarkan UMNO bertanding solo, dengan paling kerap ialah agar parti itu dapat menjadi dominan kembali.
Berbeza dengan PH, meski ada DAP yang merupakan parti kaum Cina di dalamnya, gabungan itu bukan saja tiada masalah dan tidak membantah untuk terus bekerjasama dengan UMNO dalam politik, bahkan tidak pernah terdengar ada yang bersuara mahu bertanding solo sebagaimana kerapnya suara seperti itu keluar daripada mulut para pemimpin UMNO.
Untuk apa sebenarnya UMNO mahu bertanding solo dan kembali dominan, apakah mereka tidak cukup selesa berada di bawah Anwar dan PH setelah hilang kuasa pada 2018 lalu?
Apakah dengan bertanding solo benar-benar mampu meletakkan UMNO kembali dominan dan menang lebih banyak kerusi Parlimen?
Bertanding solo sebenarnya hanya menjamin UMNO dapat meletakkan calon di banyak kerusi, tetapi tidak menjamin banyak kerusi dapat dimenangi.
Dengan bertanding solo pada PRU akan datang, bermakna ia adalah ulangan pertandingan tiga penjuru - PH, BN dan PN - seperti dalam PRU15 lalu.
Keadaan itu akan meletakkan UMNO terhimpit antara PN yang lebih disokong oleh majoriti pengundi Melayu dan PH yang lebih disokong oleh pengundi bukan Melayu.
Pertandingan tiga penjuru akan banyak menguntungkan PN kerana pengundi Melayu memang lebih cenderung menyokong PAS berbanding UMNO sebagaimana terbukti pada PRU lepas dan masih berterusan dirasai di lapangan.
Selain itu, PN yang dipimpin oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kini dilihat berwajah lebih segar dan ada daya tarikan berbanding UMNO atau BN yang sejak 2018 diterajui oleh Ahmad Zahid Hamidi.
Bagi PH pula, sebagaimana hanya sedikit sokongan Melayu diperolehinya pada PRU15 lalu, peratusan itu dijangka akan tambah berkurangan lagi pada PRU16 akan datang.
Dalam keadaan tersebut, UMNO tidak mungkin mampu menang lebih banyak kerusi, bahkan diperkatakan banyak pihak bahawa parti itu tidak mungkin juga mampu mengatasi pencapaian 26 kerusi Parlimen sebagaimana dimenanginya pada PRU15 lepas.
Pun begitu, UMNO juga tidak selamat jika bekerjasama dengan PH dan menjadikan pertandingan pada PRU16 akan datang sebagai pertempuran dua penjuru iaitu PH/BN menentang PN.
Selain prestasi tidak memuaskan hati dan banyak janji gagal ditepati sejak PH menerajui kerajaan yang akan memberi simbahan tempias secara langsung membuatkan UMNO lebih basah kena mandi, keadaan itu diburukkan lagi dengan sentimen UMDAP yang tentunya akan lebih kuat dimainkan kepada pengundi-pengundi Melayu.
Akhinya, di samping PN akan menjadi lebih pilihan bagi pengundi
Melayu, UMNO sebaliknya terus menjunam prestasi sokongan yang diperolehinya.
Lalu, apa pilihan terbaik buat UMNO?
UMNO tiada pilihan lain selain harus bekerjasama dan berpakat dengan PN bagi mencapai kedudukan menang-menang dan saling berbahagi kemenangan.
Dengan berpakat dan berbahagi kerusi bersama PN, UMNO bukan saja mampu menang antara 35 hingga 40 kerusi Parlimen, lebih tinggi daripada 26 yang dimenanginya sekarang, bahkan mampu kekal berkuasa di Melaka, Johor, Pahang dan Perak.
Bagi negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, sama ada bekerjasama dengan UMNO atau tidak, empat negeri berkenaan memang tetap milik PAS.
Bagi negeri yang lain, penubuhan kerajaan di negeri berkaitan boleh diputuskan selepas PRU diadakan berdasarkan siapa yang menang lebih banyak kerusi.
Yang penting, dengan kemenangan 35 hingga 40 kerusi Parlimen selepas PRU16 akan datang, UMNO mampu menjadi kuasa penting dalam pentadbiran negara dan kekal menguasai beberapa negeri, di samping dapat memisahkan dirinya daripada kepungan sentimen UMDAP dan kembali menjadi parti Melayu yang tidak lagi dipertikaikan keMelayuannya.
Berbanding jika pergi solo atau bersama PH, potensi masa depan UMNO tetap tidak selamat.
Berbeza dengan PN, walaupun solo, potensinya menang paling banyak kerusi mengatasi PH dan BN adalah cukup cerah berdasarkan situasi poltiik semasa dan akan datang yang terus tidak memihak kepada parti-parti dalam kerajaan.
Dalam hal ini, sebaik-baiknya UMNO mesti memulakan kerjasama dengan PN itu pada PRN Melaka yang akan diadakan tidak lama lagi jika benar memikirkan hidup matinya.
Bahkan, sebagai permulaan di PRN Melaka, PN dirasakan tiada masalah untuk membantu merealisasikan kemenangan dua pertiga UMNO di negeri tersebut. - ShahbudinHusin 21April2026.

JOM PAHAM

 


BETUL.

 




KENA DENGAR TEGURAN


 

KITA TIDAK JUAL


 

KULIAH 2 MINIT-JANGAN JADI BURUNG UNTA


 

ACARA BULANAN



Ahmad Mursi








 



PIJAK KEPALA


 

Berikut adalah prosedur utama:



 Prosedur terhadap penjawat awam yang terlibat dalam kes rasuah di Malaysia melibatkan siasatan jenayah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tindakan tatatertib oleh pihak berkuasa disiplin jabatan.

Berikut adalah prosedur utama:







1. Siasatan dan Penahanan (SPRM)

Aduan/Laporan: Aduan rasuah disiasat oleh SPRM, dan jika terdapat bukti asas, siasatan akan dijalankan.
Tahanan Reman: Penjawat awam yang disyaki boleh ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Kesalahan: Jika didapati bersalah oleh mahkamah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara dan denda di bawah Akta SPRM 2009.
2. Tindakan Tatatertib (Jabatan/Suruhanjaya Perkhidmatan)
Tahan Kerja/Gantung Kerja: Penjawat awam yang ditahan reman atau dituduh di mahkamah biasanya akan ditahan kerja atau digantung perkhidmatan serta-merta.
Prosedur Disiplin: Pihak berkuasa tatatertib akan mengambil tindakan berdasarkan laporan siasatan SPRM.
Pembuangan Kerja: Jika didapati bersalah oleh mahkamah, penjawat awam tersebut boleh ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja selaras dengan peraturan tatatertib perkhidmatan awam.
3. Tindakan Lanjutan
Semakan Kehakiman: Penjawat awam yang diberhentikan mempunyai hak untuk membuat semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi dalam masa 90 hari dari tarikh keputusan tindakan tatatertib.
Penting: Melaporkan rasuah adalah satu kewajipan; kegagalan melaporkan aktiviti rasuah juga merupakan kesalahan jenayah.
Syam Ghaz mana hasil saisatan tu bro. Apa lagi kau nak menipu lepas ni.



Syam Ghaz FAIL SAMAN KEATAS Tam RJebat




 



1. Tam Jebat menuduh Syam Ghaz sebagai Penderhaka Sultan kononnya dengan disertakan gambar Syam Ghaz pada Link berikut:
2. Tetuan Saiful Ambar telah dihubungi oleh Syam Ghaz untuk hantar L.O.D kepada Tam Jebat dalam kadar segera, juga saman kepada akaun² yang sebar hantaran tuduhan tersebut.
4. Menuduh Sham Ghaz sebagai “penderhaka” adalah melampau, bahkan kelakuan itu boleh dianggap sebagai mahu mengheret imej institusi beraja ke dalam pertelingahan politik.
5. Kelakuan Tam Jebat itu boleh disabit dengan beberapa akta:
I. Seksyen 499 & 500 (Fitnah Jenayah)
II. Seksyen 504 (Sengaja Mengaibkan dengan Niat Memecahkan Keamanan)
III. Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957)
Sham Ghaz turut menasihati supaya kita semua berpolitik dengan matang dan elak kaitkan institusi beraja ke kancah pertembungan blok politik.
Saya Ahmad Hussein menyeru supaya kita semua memberi sokongan moral kepada Syam Ghaz khasnya rakan-rakan peguam dari AMANAH seperti Faiz Fadzil Noor.




CACAT HATI


 

KERJA.....JANGAN PERASAN KUAT. DAPAT JAWATAN, SENYAP. TENGAH BAWA KERETA DULU...SANGGUP BERHENTI KERETA NAK DAPAT INTERVIEW


 

Tiba-tiba hantaran ni dikongsi semula oleh warga FB. Sekejap saja dah hampir tiga tahun ya.

 

NAJIB BAKAR




RZA TERBARU.


 

Polis Kulim Disyaki Pijak Suspek Ditukar Ke Bahagian Pentadbiran Sementara Tunggu Siasatan JIPS



SYAM GHAZ





 

DEWAN SELANGOR KECOH


 

THE POWER OF QUNUT NAZILAH! BERBALIK KEPADA DIRI SENDIRI RAKYAT BALUN KAW2!


 

RAKYAT MALAYSIA TERUS MENGECAM WANITA BERHATI HATIM DAN PENGHASUT NASIONAL


 

JAMUAN RAYA


 

BETAPA HIPOKRITNYA SANUSI.


 

MP Pas sah fitnah, akhirnya akui sekolah-sekolah dibenar laung takbir dan baca Qunut Nazilah


 


Ahli Parlimen Jasin Zulkifli Ismail dari Pas akhirnya memohon maaf kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berhubung fitnah kononnya kementerian telah melarang laungan takbir dan bacaan doa di sekolah-sekolah seluruh negara semasa Minggu Solidariti Palestin pada 2023.

Selain Zulkifli, turut memohon maaf di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini adalah lidah rasmi Pas, Harakah.

Zulkifli yang juga Pesuruhjaya Pas Melaka membacakan kenyataan permohonan maaf itu kepada Fadhlina di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

“Selepas meneliti semula kenyataan-kenyataan tersebut, kami mengakui ia telah mengundang pelbagai tafsiran dan menyebabkan salah faham orang ramai terhadap Fadhlina yang menjejaskan nama beliau.

“Sebenarnya sekolah-sekolah dibenarkan melaungkan takbir dan membaca Qunut Nazilah sepanjang Minggu Solidariti Palestin.

“Oleh itu, kami memohon maaf kepada Fadhlina atas kenyataan itu dan bersetuju membayar kos sebanyak RM15,000 kepada Fadhlina,” kata wakil rakyat Pas berkenaan di mahkamah.

Dia turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa dirinya dan Harakah bersetuju menyelesaikan pertikaian dengan Fadhlina kerana ketika ini terdapat isu berkepentingan nasional yang lebih utama dan memerlukan perhatian.

Mereka juga berjanji tidak akan mengulangi, menerbitkan semula, menyebarkan atau mengulas kenyataan tersebut, atau membuat kenyataan lain yang membawa maksud serupa dalam apa jua cara dan bentuk.

Pada 5 November 2023, kerajaan MADANI dihujani cemuhan orang ramai selepas Zulkifli memfitnah kononnya kementerian telah melarang laungan takbir dan bacaan doa semasa Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah seluruh negara.

Fitnah wakil rakyat Pas itu dibuat dalam satu acara berasingan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin, dan diterbitkan oleh Harakahdaily serta akhbar Harakah pada keesokan harinya.



Kajian global dedah ibu bapa di Malaysia paling ramai sokong larangan media sosial bawah 16 tahun


 


Malaysia muncul sebagai negara paling tinggi dalam kalangan ibu bapa yang menyokong cadangan mengehadkan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak di bawah 16 tahun, menurut dapatan awal kajian.

Kajian global Family First oleh Varkey Foundation yang melibatkan 15 negara itu mendapati, sebanyak 77 peratus ibu bapa di Malaysia menyokong larangan tersebut.

Peratusan itu adalah tertinggi berbanding negara lain seperti India (75 peratus) dan Perancis (74 peratus). 

Secara keseluruhan, 60 peratus ibu bapa di peringkat global menyokong langkah itu, manakala 21 peratus menentang dan 19 peratus masih belum membuat keputusan.

Sokongan paling rendah direkodkan di Jepun (38 peratus), diikuti Nigeria (39 peratus) dan Amerika Syarikat (51 peratus). 

Menurut kajian awal yang dimuat naik di laman Varkey Foundation, Australia adalah negara pertama melaksanakan larangan media sosial untuk bawah 16 tahun dengan sebanyak 66 peratus ibu bapa menyokong dasar tersebut.

Namun, kajian itu turut mendedahkan jurang pandangan yang ketara antara generasi. 

Hanya 37 peratus golongan bawah 18 tahun menyokong larangan berkenaan, mewujudkan jurang sebanyak 23 mata peratusan berbanding ibu bapa mereka. Jurang terbesar direkodkan di Australia, Sweden dan Kanada.

Menariknya, sokongan dalam kalangan golongan muda juga tinggi di Malaysia, dengan 62 peratus remaja menyokong sekatan tersebut.

Sebaliknya, sokongan paling rendah dalam kalangan belia direkodkan di Jepun (20 peratus), Argentina dan Sweden.

Dalam kalangan Gen Z pula, sebanyak 51 peratus menyokong larangan media sosial untuk bawah 16 tahun. 

Malaysia juga mencatatkan antara negara dengan kadar tertinggi dalam kalangan Gen Z yang menyokong usaha ini iaitu 65 peratus. Namun yang menduduki tangga teratas adalah India (73 peratus) dan Emiriah Arab Bersatu (67 peratus).

Menurut Family First, dapatan ini mencerminkan kebimbangan global yang semakin meningkat dalam kalangan ibu bapa terhadap kesan media sosial ke atas perkembangan anak-anak. 

Laporan penuh kajian ini dijangka diterbitkan pada Jun, termasuk pengenalan Indeks Ikatan Keluarga pertama dunia yang akan menilai kekuatan hubungan kekeluargaan merentasi negara.



AKHIRNYA HADI AWANG MENGAKU AHLINYA SUDAH TIDAK WALA’ DAN GILA JAWATAN


 

KISAH ZRA TERBARU


 

JENIS GOLD DIGGER NI MEMANG WUJUD REEL...


 

AIHHHH...NAK SANTAU PULAK WALAUN PAS NI ?