ANAK MENTERI SEKOLAH DAN UNIVERSITI LUAR NEGARA ..PENYOKONG MOTONG GETAH IKUT CUACA HARI HARI..MAKAN PUN SUSAH

 

NORSHIDAH MOHD DAUD


Hoi Melayu bodoh

Anak beranak pemimpin kesayangan korang anto anak=anak dia study kat oversea
Abis-abis cikai pun yang study dalam Msia, masuk sekolah International
Ade diorang tau masalah pembelajaran, pelajar & guru kat Melaysia ni?
Korang merungut la camne pun, ade diorang peduli?
Pegi mampos korang la
Pastu menyalak-nyalak macam anjing kurap salahkan Cina
Bodo sejak lahir ke?
Beg berat?
Subjek overdose?
Buku teks tebal tp langsung x guna? (ni zaman aku dulu. Buku teks tebal, habuk ape jadah pun xtau isi dlm tu. Merapu-rapu... Cikgu-cikgu pun mengajar suh beli buku lain untuk rujukan)
Cikgu yg bersuara pasal hal ni pun dipanggil mengadap baru-baru ni
Xleh langsung nak kritik sistem sedia ada
So Melayu bodoh rase camne?
Nak salahkan Cina lagi?
Teruskan la bodo korang tu smpai anak cucu

YANG LEBIH BAHAYA DARI OMICRON*

 28 Jamadilakhir 1443H 

Juma'at 2.15pm


 *YANG LEBIH BAHAYA DARI OMICRON* 


▶️ Varian Omicron tidak merbahaya, demikian kenyataan pakar² dan saintis dari Jepun, Afrika Selatan dan United Kingdom. 


▶️ Yang bahaya adalah golongan yang memiliki Paten Covid-19 (sejak 2014) dan menyebarkannya kepada dunia. 


▶️ Yang bahaya adalah golongan yang berkuasa dan memaksa masyarakat menyuntik cecair beracun ke tubuh yang sihat. 


▶️ Yang bahaya adalah golongan yang menjadi alat kepada golongan² di atas dan mengeluarkan pelbagai kenyataan tidak masuk akal, bodoh dan fitnah di dalam media, ceramah dan khutbah² Juma'at. 


Golongan² tersebut jauh lebih bahaya dari Covid-19 atau pelbagai virus semulajadi atau ciptaan manusia. 


Golongan tersebut jauh lebih bahaya dari bom atom, nuklear dan pelbagai senjata pemusnah besar-besaran lain. 


https://www.facebook.com/zamzuri.mohamedtahir.9/posts/672644387058186



ANWAR DI SONG SARAWAK MEMULAKAN KEMPEN PILIHANRAYA NEGERI

 


Hari ini saya memulakan jelajah ke negeri Sarawak bagi bertemu pimpinan, anggota dan aktivis parti serta rakyat.

Saya tiba di kota Song di Kapit bagi menyuntik semangat kepada jentera dan aktivis KEADILAN di sana. Terharu dengan kehadiran yang cukup padu meski diberi notis yang singkat.
InshaAllah, kita akan berusaha sedaya mungkin menambat hati warga Sarawak dalam usaha melaksana agenda reformasi dan perubahan.

ANWAR DI MIRI

 

Setelah di Song, saya bertemu warga Miri. Saya salut semangat jitu mereka yang mahu bawa perubahan pada negeri tercinta.

Negeri ini kaya dengan khazanah negeri, dan ia mesti membawa kesejahteraan kepada rakyat.
KEADILAN menawarkan prinsip tadbir urus yang baik, dan kami yakin negeri ini mesti dilonjakkan ke satu tahap baru dengan semangat dan tekad yang jelas.

ANWAR : BERKEMPEN UNTUK CALON PKR DUN MARUDI

 

Berkempen untuk calon KEADILAN untuk N76 Dun Marudi saudara Elias Lipi Anak Mat tadi.

KEADILAN menawarkan saudara Elias untuk bangkit dan terjemah nurani dan hasrat rakyat Sarawak terutamanya di Dun Marudi.
Saya mohon warga dan pengundi di Dun Marudi untuk pilih calon KEADILAN!

200 kontena ayam sejuk beku: ‘Jika anak jantan, bentangkan siapa penerima AP’

 


Oleh ZAMIR GHAZALI / December 3, 2021

Giat kita bercakap tentang sekuriti makanan. Program tanaman skala kecil atau besar. Program pengupayaan petani dan penternak. Reformasi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan koperasi. Kawalan harga input. Subsidi bersasar dan konsisten.

Namun, ketika itulah akan datang idea dan kelulusan import besar-besaran.

Ini bukanlah kitaran baru. Sejujurnya, saya tidak nampak lagi jalan penyelesaian melalui rundingan kononnya dengan ‘stakeholder’ iaitu pengusaha. Kertas cadangan. Townhall. Apa nama sekalipun.

Perdana Menteri Keluarga Malaysia sekarang adalah mantan Menteri Pertanian dahulunya.
Jika kesedaran dan kemahuannya tinggi, beliau sendiri boleh melakukan sesuatu. Angka dan dapatan apa lagi yang perlu dibentang?

Yang tiada ialah iltizam politik untuk mengubah. 200 kontena ayam sejuk beku?

Jika anak jantan, bentangkanlah siapa penerima permit import (AP) ini. Dan siapa pula peniaga yang bawa masuk.

Berniaga kertas permit import adalah keuntungan pasif malar segar dan relevan untuk perjuangan Ketuanan Melayu.

*ZAMIR GHAZALI merupakan Ketua Pemuda AMANAH Terengganu.


Terbaik & Good luck pada Calon2 PKR yg terpilih @ PRN Sarawak. Jumlah kerusi tak penting yg penting KITA LAWAN TETAP LAWAN!

 Terbaik & Good luck pada Calon2 PKR yg terpilih @ PRN Sarawak. Jumlah kerusi tak penting yg penting KITA LAWAN TETAP LAWAN!


Tahniah kepada 27 calon Keadilan Sarawak. Selamat berjuang pada PRN kali ni :- N01 Opar - Meneng Anak Biris N06 Tupong - Ahmad Nazib Johari N08 Satok - Nor Dahlia Esapian Eyau N11 Batu Lintang - Chrishe Ng N15 Asajaya - Mahmud Epah N18 Serembu - Michael Sawing N20 Tarat - Christo Michael N21 Tebedu - Senior William Rade N24 Sadong Jaya - Piee Bin Ling N28 Lingga - Abang Abd Kasim Abd Bujang N29 Beting Maro - Abang Zulkifli Abang Engkeh N35 Saribas - Patrick Kamis N37 Bukit Saban - Mikail Mathew Abdullah N49 Ngemah - Satu Anak Anchom N50 Machan - M Fauzi @ Joseph Usit N57 Telian - Mohd Arwin Abdullah N58 Balingian - Abdul Ajil Bujang N60 Kakus - Joshua Jabeng N62 Katibas - Munan Anak Laja N66 Murum - Anie Amat N71 Bekenu - Norhafizah Johari N72 Lambir - Zolhaidah Suboh N76 Marudi - Elias Lipi N77 Telang Usan - Philip Jau Ding N78 Mulu - Roland Engan N80 Batu Danau - Racha Balang N81 Ba’Kelalan - Martin Samuel Labo
0:09 / 0:15

MANA DIA WALAUN YANG SURUH TUTUP SEMPADAN DULU...


MOHD MUKHLIS


 Omicron ka, Deceptacon ka, Megatron ka itu belakang kira.

Ana mahu mencari walaun hilang yang pakat suruh tutup sempadan sebab pelancong dari China masa zaman PH. Un tadi sama tsiqah dengan taraf perawi sohih Makcik Teksi Langkawi.
Harap mereka belum di kebumi, kalau sudah di kebumi, mana kuburnya? Nak buat kenduri tahlil arwah 44 hari.

Masa ada pemimpin yang qawwi dan amin hendak buat islah @ reform, awak tuduh dia rakus walaupun nama dia ada dalam perjanjian. Awak suruh orang khianat pada perjanjian siap suruh istikharah lagi. Kini bila Allah tunjuk dahsyatnya akibat daripada khianat perjanjian, awak mau cuci tangan pula.
Demikianlah serba tahu.....


May be an image of 1 person and text that says "Sinar Sinar Harian Favorites Orang agama perlu kerjasama daripada orang politik dengan tujuan melakukan islah pembaharuan, memperbetulkan keadaan, maka kita akan kuat' Dr Mohd Asri Sinar Harian juga ada akaun Twitter. Jom follow https://twitter.com SinarOnline PREMIUM.SINARHARIAN.COM.MY Kita tumpu pada isu yang tak selesaikan masalah [MUKADIMAH] Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh politik seharusny... Sinar"



Sekarang harga barang naik...program BMF ni kira gagal ke macam mana..??ka mampoih dah ...

 May be an image of 2 people and text that says "DALAM NEGERI ANALISIS Kurangkan UMA 6000 tingkatkan kualiti ukuran kejayaan Buy Muslim First KUALALUMPURSEPT BMF berjaya turunkan harga barang kempen Akshitis TAMAN PERTAMA INDAH, MUAR, JOHOR RUMAH TERES TINGKAT 5 UNIT LOT BUMIPUTERA UNTUK DIJUAL JOHOR. 0230"

Perhatian semua AJK DUN Marudi.

 mohd shah rim


03 December 2021.(Thursday)

Perhatian semua AJK DUN Marudi.
Kita DUN Marudi / Cabang Baram menjadi penganjur Program lawatan Datuk Sri Anwar Ibrahim pada 03.12.2021 di Rh Wilson Juna,Bukit Song,Bakong,Baram
Masa : 01:00 PM - 04:00 PM
Date : 03 .12 . 2021
Di minta semua hadir ke program lawatan DSAI esok.
Terima kasih
Elias Lipi







Calon N76 Marudi

Mencipta sejarah TPM wanita yang pertama di Malaysia.

 

Mencipta sejarah TPM wanita yang pertama di Malaysia. Mengukir sejarah TPM dan kerajaannya yang dijatuhkan bukan oleh rakyat, tetapi oleh pengkhianat diketuai oleh PM sendiri, Muhyidin, semburit dan sekutunya umno dan Pas.

Jasamu dikenang. Selamat Hari Ulangtahun, Kak Wan.
May be an image of 1 person, headscarf and text that says "Happy Cirlhday YAB Dato Seri Dr Wan Azizah Binti Wan Ismail"

Siri Kembali Kepada Rakyat. PRU15 Menentukan Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa. – yassinsalleh

 

May be an image of text that says "Kembali kepada kuasa rakyat PRU15 MENENTUKAN Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa Esok masihkah kita Ikan Ikan Di Kaca"



Bossku Kan Pemimpin Melayu.
Samunlah Lagi Bagi Kami Sikit. Pasir Masih Banyak Lagi Untuk Direbut. Binalah Banyak-Banyak Water Front Cities 2.0+3.0+Hingga7.0.
Maka janganlah nak malu malu
Apa malu jadi orang melayu yang tak tahu malu
Abdullah Munshi Pun Masih Hingga Kini Dimarah
Malah Dibenci Kerana Dia Pernah Menuliskan
Bahawa Orang Melayu Di Sebuah Negeri Adalah Pengotor
Perjuangan memerdekakan Tanah Air dari cengkaman penjajah
adalah perjuangan yang amat getir merentas waktu yang panjang
perjuangan itu memakan korban ramai pahlawan gugur tak berkubur ramai pahlawan tak didendang tak diingat nama apatah lagi jasa mereka dan pada suatu detik dalam satu ketika Merdekalah Tanah Air ini dimasyhurkan dengan laungan Merdeka!Merdeka! Merdeka! Merdeka! bergenta memintas angin merentas titiwangsa dari pangkal ke hujungnya.
Perjuangan memerdekakan Tanah Air dari cengkaman penjajah
rupa-rupanya tidaklah segetir mana sukarnya
rupa-rupanya lebih sukar memerdekakan Tanah Air ini
dari bangsa sendiri yang lebih penjarah dari penjajah itu sendiri
yang lebih bedebah dari aparat-aparat penjajah itu berdiri
yang lebih sukar dikenali kerana sang bedebah dan penjarah itu
terdiri dari diri kita sendiri yang ratusan tahun diternak berjiwa hamba
yang setia dalam dungu dan lugu diternak sebagai peminjam telinga,
otak dan mulut sang bedebah di mimbar biara sang penjarah di kepok bahara dalam dendang nyanyi lagu ketuanan tudung saji hanyut terapung
yang bertanam pohon nan condong yang ayamnya menang kampung tergadai yang baik budinya Emak Si Randang seiring Pak Pandir dan Lebai Malang ramai-ramailah menyanyikan biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu-labunya Biarkan! Biarkan! Biarkan.
Demikianlah Tanah Air ini rakyatnya hidup caca marba.
Bahasanya dibelit ular dan belut, budayanya kelam kabut.
Buminya gunung ditarah, bukit jadi lurah, belantara habis rebah
Sungai jernih jadi keruh, udara bersih jadi geruh
Dan pastinya dengan berkata begini
akan ada cerdik pandai yang akan marah-marah
kerana mereka merasakan aku menghina bangsaku melayu
yang selama ini jadi sang kuasawan dengan slogan hidup melayu.
mereka membuat bangsa Melayu ditimpa hina sebagai lanun dan penyamun jadi-musang-jadi-king-jadi-dewa-jadi-ular-sawa
demikian taksubnya mereka meraikan Apa Malu Bosssku.
Bossku kan pemimpin Melayu. Samunlah lagi bagi kami sikit.
Bila negara jadi bangkrap pasir masih banyak lagi untuk direbut.
Binalah banyak-banyak water front cities 2.0 +3.0+ hingga ke 7.0.
Abdullah Munshi Pun Masih Hingga Kini Dimarah
Malah Dibenci Kerana Dia Pernah Menuliskan
Bahawa Orang Melayu Di Sebuah Negeri Adalah Pengotor
Maka janganlah nak malu malu
Apa malu jadi orang melayu yang tak tahu malu
yassinsalleh
5.6.2020
(Edited 3.12.2021)
Galeri Ikan Ikan Di Kaca
Hak Cipta 2020 yassinsalleh
Semua Hak Terpelihara

Panas! Profesor Dr Adeeba tempelak Shahidan, pertikai umum cuti khas sempena kemenangan KL City

 

Panas! Profesor Dr Adeeba tempelak Shahidan, pertikai umum cuti khas sempena kemenangan KL City


Pakar penyakit berjangkit Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman tidak berpuas hati dengan pengumuman cuti umum bagi Jumaat ini.

Pengumuman itu bagi meraikan kemenangan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam kejohanan bola sepak Piala Malaysia, Selasa lalu.

Dalam ciapannya di Twitter, pakar itu berkata, keputusan berkenaan menjejaskan jadual peperiksaan perubatan profesional yang telahpun terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dan perintah kawalan pegerakan.

Terkini! Menteri umum berita gembira, PM bakal lantik seorang lagi penasihat khas

 

Terkini! Menteri umum berita gembira, PM bakal lantik seorang lagi penasihat khas


Seorang lagi penasihat khas kepada perdana menteri dijangka akan dilantik bagi membantu Ismail Sabri Yaakob.

Hal itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Dr Abdul Latiff Ahmad, melalui jawapan di Dewan Rakyat

Katanya penasihat khas itu adalah untuk hal-hal berkaitan kesihatan dan ia sedang dalam proses lantikan, manakala pelantikan dua penasihat lain sudah dibuat.

“Buat masa ini, hanya terdapat tiga orang penasihat khas kepada perdana menteri iaitu penasihat khas (mengenai) undang-undang dan hak asasi manusia, penasihat khas (mengenai) agama dan penasihat khas kesihatan yang masih dalam proses pelantikan,” katanya.

Ahli Parlimen Mersing itu berkata demikian dalam jawapan bagi pertanyaan lisan daripada Amiruddin Hamzah (Pejuang-Kubang Pasu).

Amiruddin meminta kerajaan menyatakan jumlah penasihat khas yang dilantik serta bidang keparakan mereka serta kesan kewangan atas setiap lantikan terbabit.

Abdul Latiff berkata kos keseluruhan bagi setiap satu pejabat penasihat khas berkenaan ialah sebanyak RM50,000 sebulan.

Perbelanjaan itu, katanya, termasuk untuk pegawai-pegawai yang bertugas di pejabat tersebut.

“Kos ini termasuklah bayaran gaji dan emolumen penasihat khas serta pegawai-pegawai yang dilantik bagi menguruskan hal ehwal dasar dan operasi di pejabat berkenaan,” katanya, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Penasihat terbabit, tambah Abdul Latiffm, dilantik daripada kalangan tokoh yang mempunyai jaringan hubungan, pengalaman dan kepakaran dalam hal-hal berkaitan tugas mereka.

Mereka juga katanya diyakini boleh memberi faedah kepada usaha-usaha pembangunan negara yang selari dengan konsep Keluarga Malaysia.

3 DISEMBER, BERMULANYA SEJARAH KEBANGKITAN ANAK2 MUDA MALAYSIA

 

Pada pagi 3 Disember 1974, empat puluh tujuh tahun yang lalu, beribu-ribu orang pelajar universiti dari seluruh negara telah berhimpun di ibukota Kuala Lumpur untuk menzahirkan sokongan kepada perjuangan petani-petani miskin di Baling, Kedah yang terhimpit dalam kemiskinan akibat kejatuhan harga getah.

Dalam tempoh hampir setengah abad itu, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh pergerakan anak-anak muda di Malaysia yang dipelopori oleh para pelajar universiti.

Antara yang nyata ialah mulai 15 Disember tahun 2021 ini, anak-anak muda Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas secara otomatik sudah boleh mengundi di dalam pilihanraya dan juga boleh bertanding sebagai calon ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri.

Peranan anak-anak muda sangat terserlah semasa tempoh hampir dua tahun negara mengharungi Pandemik Covid-19 di mana berlaku tiga kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika sebahagian rakyat miskin dari golongan B40 keputusan makanan di ambang kebuluran, anak-anak muda muncul dengan inisiatif, “Kibarkan Bendera Putih” di seluruh negara.

Begitu juga untuk menarik perhatian akan suasana cemas tentang kegagalan kerajaan menangani jumlah kematian angkara Covid-19 yang meningkat setiap hari, maka anak-anak muda tanpa rasa takut ditangkap atau dipenjara telah turun ke jalan-jalanraya mengisytiharkan gerakan “Kibarkan bendera hitam” di seluruh negara.

Perjuangan para pelajar universiti dan anak-anak muda Malaysia tidak pernah berhenti. Mereka sentiasa dapat mengesan denyut nadi kehidupan rakyat jelata.

Kini anak-anak muda dan para pelajar universiti tampil sekali lagi ke hadapan menyuarakan keresahan dan kebimbangan rakyat yang sedang menghadapi krisis harga barangan makanan seperti ayam, telor, sayur-sayuran dan roti naik melambung tinggi.

Apa yang berlaku 47 tahun lalu yang digerakkan oleh anak-anak muda di kampus-kampus universiti bukanlah satu perkara terpencil yang tidak meninggalkan kesan atau legasi.

Sejarah perjuangan adil dan berani para mahasiswa universiti hampir setengah abad yang lalu, berlanjutan hingga ke hari ini.

Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
3 Disember 2021 (Jumaat)



PKR mungkin tanding 25 kerusi pada PRN Sarawak, kata Anwar

 

Anwar Ibrahim berkata, PKR tidak bertanding banyak kerusi pada PRN Sarawak susulan persefahaman dengan DAP dan Amanah, selain beberapa kerusi yang mungkin diberikan kepada calon Parti Sarawak Bersatu.

PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan partinya akan bertanding di 25 daripada 82 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

Katanya, rundingan pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan (PH) belum dimuktamadkan lagi.

“Kita tidak banyak (tanding kerusi) sebab kita telah ada persefahaman dengan DAP dan Amanah, dan di beberapa kerusi mungkin dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

“Tetapi, tidak ada penyelesaian di situ (kerjasama dengan PSB), yang pentingnya PH.

“Jadi, saya fikir sekitar 25 kerusi begitu, tapi belum muktamad. Saya fikir lebih baik kita tumpu di kawasan-kawasan ini dan beri ruang kepada rakan-rakan parti kita lain untuk bersama dalam pertempuran,” katanya selepas lawatan ke Song di Kapit, Sarawak hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, semangat kerjasama dan muafakat antara PKR dan DAP perlu dimantapkan lagi untuk mengelakkan pertindihan kerusi.

“Ini saranan kepada tokoh-tokoh kecil nak bersuara, saya tidak ada masalah.

“Tetapi bagi kita yang pentingnya pimpinan PKR dan DAP itu percaya bahawa muafakat kerjasama ini harus mantap dan oleh itu kita elak pertindihan,” katanya menjawab soalan mengenai semangat setiakawan dengan DAP ketika ini.

MONEY FLOW IN NAJIB ACCOUNTS


 

*Kenapa DAP Dijadikan Sasaran Serangan PASUmno*




👉🏽S : *Kenapa Dap dimusuhi oleh PasUmno?*

🟣J : Sesuatu perlu dilakukan untuk menutup sesuatu kelemahan.

👉🏽S : *Maksudnya?*

🟣J : Orang Melayu mesti dihasut dan ditakutkan dengan sesuatu perkara yg sensitif.

👉🏽S : *Perkara apa?*

🟣J : Islam terancam, hak Melayu ingin dihapuskan.

👉🏽S : *Kerana apa?*

🟣J : Menarik sokongan mereka utk kembali menyokong Umno.

👉🏽S : *Kenapa begitu?*

🟣J : Kerana berpuluh tahun Umno memerintah...mereka menjarah, menyamun, menjual tanah rizab Melayu, wang negara, aset negara, saham Bumiputra, rasuah dan sebagainya.

👉🏽S : *Maka?*

🟣J : Kambing hitam perlu dicipta untuk menutup kesalahan ini.

👉🏽S : *Maksudnya?*

🟣J : Rakyat perlu ditutup mata dari membicarakan soal ini. Gantikan dengan isu baru bagi menimbulkan ketakutan terhadap Dap.

👉🏽S : *Adakah Dap benar2 lawan Islam?*

🟣J : Tidak. Kalau lawan boleh didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina Islam. Negara ada undang2 buat penghina islam.

👉🏽S : *Adakah Dap menolak hudud?*

🟣J : Mca, Gerakan, PBS, malah Umno sendiri pun menolak hudud. Bukan Dap saja.

👉🏽S : *Dap keras tentangannya?*

🟣J : Parti Gerakan membawa hudud ke mahkamah, pemimpin MCA mengadakan demo mengangkat sepanduk beramai2 menentang hudud. Dap menentang kerana ianya bertentangan dengan perlembagaan negara. Parti mana yg lebih keras tentangannya?

👉🏽S : *Dap menghina Nabi?*

🟣J : Berapa orang pemimpin Dap yg sudah didakwa menghina Nabi?

👉🏽S : *Dalam fb ramai Cina yg hina Nabi?*

🟣J : Pemimpin Dap ke tu? Kalau orang Melayu sokong Pas tapi dia mencuri, salah Pas juga ke?

👉🏽S : *Adakah Dap berlawan dgn Umno dan Pas?*

🟣J : Tidak. Dap hanya bertanding di kerusi yg ditandingi oleh MCA, MIC dan Gerakan.

👉🏽S : *Kalau Dap kalah....siapakah yg menang?*

🟣Sudah tentulah MCA, MIC ataupun Gerakan yg menang.

👉🏽S : *Dgn kemenangan MCA, MIC atau Gerakan...adakah menambahkan kerusi Melayu?*

🟣J : Sudah pasti tidak.

👉🏽S : *Habis tu....apa yg PASUmno dengki sgt?*

🟣J : Umno terutamanya tak boleh hidup tanpa KUASA. Bila takda kuasa mereka gelisah. Sumber kekayaan mereka terjejas.

👉🏽S : *Pas?*

🟣J : Pas hanya BARUA Umno saja. Tukang pacak bendera.

👉🏽S: *Klu menyalahi undang² perlembagaan kenape tidak haramkan DAP* ?