Pertahan hutan: Orang Asli dibawa ke mahkamah pagi ini


Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan JKOAK Mustafa Along antara yang akan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk diremanSetiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan JKOAK Mustafa Along antara yang akan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk direman
Kesemua Orang Asli yang disumbat ke lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang malam tadi akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk direman pada 8 pagi hari ini.
Penyelaras Biro Orang Asli Parti Sosialis Malaysia (PSM), Suresh Kumar berkata, tiga pihak dikenal pasti sebagai menyalahguna kuasa iaitu polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.
“Hasil daripada perbincangan peguam, kami telah menyoal apa kuasa polis untuk membenarkan Jabatan Perhutanan menahan kesemua Orang Asli di lokas polis.
“Bila kami minta supaya ditunjukkan seksyen mana ada peruntukan itu, kami mendapat jawapan bahawa penahanan mereka dibuat berdasarkan persefahaman antara Jabatan Perhutanan Kelantan dengan polis.
“Kami pasti ini tidak boleh dibuktikan di mahkamah esok (hari ini). Kami tidak tahu mereka ditahan di bawah seksyen apa?” katanya dipetik dari rakaman video ketika ditemubual aktivis di perkarangan IPD Gua Musang lewat malam tadi.
Sehubungan itu, beliau memberitahu pihaknya telah membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Polis Daerah, Ketua Operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Ketua Operasi Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan berhubung salah guna kuasa membenarkan penahanan oleh Jabatan Perhutanan di lokap polis.
Bagaimanapun, polis mendakwa kehadiran mereka bagi mengawasi keadaan manakala operasi meroboh sekatan balak di lokasi berkenaan diketuai oleh Jabatan Perhutanan Kelantan.
Terdahulu, Suresh bertemu dengan Timbalan Ketua Balai Polis Gua Musang dan kumpulan Orang Asli di lokap polis.
“Mereka dibawa ke lokap kira-kira pukul 8 malam. Ada 38 orang termasuk Mustafa Along (Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan), Azmi Badul (Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan) dan seorang batin dari Pos Bihai ditahan,” jelasnya lagi.
Dalam hal berkaitan, beliau turut memberitahu satu solidariti bantahan akan diadakan di hadapan bangunan Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut di ibu negara diikuti laporan polis terhadap Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang di Bukit Aman di ibu negara pagi ini.

Sekali dia mahu, 10 kali kita sambut, kata Zahid dalam PAU 2016



Tidak perlu tahaluf siasi, sekadar tabayyun pun tidak apa, kata Zahid Hamidi di PAU 2016Tidak perlu tahaluf siasi, sekadar tabayyun pun tidak apa, kata Zahid Hamidi di PAU 2016
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno (yang menjalankan tugas Timbalan Presiden) mengajak sebuah parti politik agar merapatkan hubungan silaturahim bersama mereka.
Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno untuk Pemuda, Wanita dan Puteri Umno malam tadi, Zahid berkata, "Kita sesama kita, buka buku baru, kita rapatkanlah silaturahim, kita hendaklah berlapang dada dan hulurkan tangan sesama kita".
Tanpa menyebut nama parti itu, Zahid berkata, beliau bersyukur kerana parti itu telah mula memahami Umno.
"Ada satu ketika, ada rakan kita yang berada di luar sana, tidak begitu berkenan dengan kita. Tetapi kita bersyukur kerana mereka telah mula memahami keadaan kita," katanya yang dipercayai ditujukan kepada Pas.
Zahid juga berkata, kedua-duanya tidak perlu bertahaluf siasi, istilah yang digunakan oleh Pas dalam kerjasama politik, tetapi cukup kalau sekadar tabayyun (mendapatkan pencerahan) atau saling memahami.
"Tidak perlu tahaluf siyasi (political collaboration atau kerjasama politik), biar apa namanya hatta tabayyun (mendapatkan pencerahan), Umno ikhlas," kata Zahid dalam ucapan itu.
Beliau juga berkata, jika pihak berkenaan sekali mahu bekerjasama, Umno akan menerimanya dengan tangan terbuka.
"Kalau ada orang menghulurkan tangan, kita juga 10 kali menghulurkan tangan kepada mereka," kata Zahid lagi.

KERAJAAN NEGERI "ISLAMIK" LAWAN RAKYAT TERTINDAS?



OLEH: IBRAHIM MAT ISA

Mungkin ada dalil hadith atau alquran yang membenarkan hal ini...!
Ini berlaku di negeri yang kaya dengan slogan agama terutamanya "Membangun Bersama Islam"
Kelihatan di gambar ialah "BALA TENTERA" sedang disusun seperti yang diarahkan oleh pemerintah negeri berlabel Islam untuk menuju ke kawasan penempatan Orang Asal memasang blocked yang menghalang taukeh balak mengangkut hasil balak keluar dari kawasan itu. Mungkin akan berlaku kejadian yang tidak dijangka!
Bila melihat suasana begini, apa yang anda fikirkan?
Anda bandingkan cara pemerintahan parti PARA LEBAI DAN HAJI dengan PARTI DAPig yang memerintah sebuah pulau di utara semenanjung. Mana yang mempunyai pendekatan Islamik dan kelihatan Islamik?


SAPU BALAK SEBELUM HILANG KUASA?