TAK SERUPA BIKIN PUNYA CAKAP


 

KOYAK RABAK


 

TEMURAMAH PM BERSAMA WARTAWAN CHINA


 

BERKOBAR KOBAR BERCAKAP- BERDEPAN PM TAK BERANI


 

FAKTA PEMIMPIN PAS RAMAI KAKI FITNAH DAN JUGA CAKAP DULU MINTA MAAF KEMUDIAN


 

PM KE PASAR RAMADHAN


 

KISAH MOHON PENGAMPUNAN UNTUK NAJIB


 

KENAPA LAH ENGKAU TAK DIBERIKAN SEDIKIT KECERDIKAN SELAIN NAK KOREK DUIT KWSP ? MEMANG MALANGLAH SESIAPA YANG MEMILIH DIA INI SEBAGAI PEMIMPIN YANG MUFLIS IDEA



Itujerla yang mampu dia buat... Korek.. korek.. korek .. selagi boleh... Macamla selesai masalah rakyat... Buta kau punya mentaliti.. dulu zaman gawat simpanan rakyat still ada .. utk hari tua ... Tapi jika dapat pemimpin yg hanya tahu nak buat kerja mudah dan modal utk dia utk berpolitik isu ni akan terus dia mainkan... Pemuda yang tiada idea... Ideanya idea sampah ...







 

MAHATHIR MASUK PERANGKAP ANWAR PART 2

 


KERJA PRO BONO INI LEBIH BAIK DARI DIIKAT HIDUNG- SEDARLAH WAHAI PEJUANG SEMUA- JANGAN KECEWA JIKA APA YANG ADA LAKUKAN KINI TIDAK DIHARGAI. ANDA BEBAS MENGKRITIK SESIAPA SAHAJA. KERANA ANDA ADALAH PENGARAH,PENERBIT MENULIS,PENCIPLAK DAN SEMUANYA ANDA....BERTABAHLAH WAHAI TEMAN TEMAN

 


MAN TOBA


Ada kawan berjawatan dalam kerajaan ajak berbual. Dia minta bantuan saya untuk PRN yang terdekat ini.

Saya agak ketawa juga. Sebab, sejak saya masuk parti KEADILAN, apabila diarahkan oleh pemimpin tertinggi melakukan sesuatu perkara, tidak pernah saya tolak untuk dibuat. Saya akan buat sekadar yang saya mampu. Tiba-tiba kawan itu minta saya bantu. Jadi saya tanya balik:

"sejak bila aku tak bantu?

"Sebelum PRU, ada pimpinan suruh aku tulis nota ringkas berkenaan Ibn Khaldun untuk dia nak bercakap, aku buat.

"Ada pimpinan minta tolong untuk sediakan bahan agama untuk nak bercakap dalam sidang dewan rakyat, aku bagi je.

"Bulan ramadan ini pun, ada pimpinan suruh aku buat ucapannya berkenaan al-Quran, tiga hari aku mengadap laptop untuk buat benda itu. Aku bukan dapat apa-apa bayaran pun. Aku buat itu sebab pimpinan minta tolong, aku tolong je la

"lagi pula, semua benda yang dorang suruh aku buat ini, benda yang memang senang je untuk aku nak buat".

Dalam perbualan kami, dia membangkitkan soal PAS. Mungkin saya bekas ahli PAS yang masuk parti KEADILAN, dengan sebab itu hal itu dibangkitkan kepada saya.

Dia menyatakan, dari sudut isu, Naratif PAS lebih mendominasi. ia berlaku sejak PRU sehingga hari ini.

Sambil ketawa saya menyampuk: "PRN ini, silap haribulan banyak kerusi KEADILAN kat selangor dan Negeri Sembilan yang akan jatuh ke tangan PAS".

Saya memberikan pandangan peribadi saya seperti berikut;

[a]

Media kita hancus. Media umpama kereta kebal dan senjata dalam perang. kerajaan Perpaduan ini telah serahkan media negara kita kepada dua jenis manusia dan abaikan satu perkara;

1. orang yang tidak berminat untuk "berperang"

2. Orang yang tidak pandai pegang senjata dan tidak pandai bawa kereta kebal.

3. ahli-ahli parti yang hebat dan istiqamah dalam memberi penjelasan berkenaan PH dan DS Anwar Ibrahim sejak sekian lama diabaikan. dalam pada begitu pun, mereka masih terus dengan menjawab isu-isu melalui live FB dan sebagainya.

[b]

Nak lawan PAS perlu ada kekuatan pada institusi islam. Masalah kita pula, kalangan yang menjaga Institusi Islam negara bermula dari Kementerian Agama sehingga ke YADIM;

1. lebih seronok kuliah agama di kediaman rasmi perdana Menteri yang dihadiri hanya beberapa orang yang sudah pasti mereka sokong kerajaan perpaduan, sedangkan pengundi-pengundi yang perlu kita kempen ini berada di kampung2.

2. Tidak ada kemampuan untuk membawa naratif Islam dalam pendekatan Madani. Ekoran itu, di media hanya popular dengan istilah Madani, tetapi apa kandungan Madani, rata-rata tidak tahu pun.

3. Kita hanya mampu menghalang Ustaz-ustaz PAS dari ceramah agama dan kuliah agama atas alasan tauliah, dalam pada institusi Islam kerajaan perpaduan masih terhegeh-hegeh menganjurkan kuliah dan ceramah agama alternatif. Tambahan pula, sudah ada komen-komen dari dalam banyak FB yang simpati terhadap ustaz-ustaz PAS yang dihalang kuliah agama.

4. Nak lawan hujah agama Haji Hadi pun, masih terkial-kial. Sebab, tak baca buku dan malas buat kajian agama.

Apabila sampai part ini, saya cakap kepadanya: "kita dah jadi kerajaan. Kita dah lantik orang dalam institusi agama Islam. Sepatutnya, suruh dorang la yang bantu, bukan kau minta bantuan aku.

"Aku sepatutnya kena fokus kuliah live FB aku je. aku mohon tauliah nak mengajar kat masjid dan surau pun, dua kali mohon pun, korang tak mau usahakan agar aku dapat tauliah".

Banyak perkara yang kami bualkan. Cuma dalam perbualan kami itu, saya simpulkan mudah kepadanya dua perkara sahaja.

1. kalau PRN ini, PH tidak mendapat keputusan yang membanggakan. Pada saya, Ia berpunca dari apa yang Nabi saw pernah kata: "apabila sesuatu urusan diberikan kepada orang yang tidak layak, maka tunggulah saat kehancuran".

2. Kalau kita menang selesa kali ini juga, itu anugerah Tuhan ekoran aura DS Anwar Ibrahim sahaja. maka kuatkanlah solat hajat dan doa banyak2 agar kita menang selesa.

Kredit FB Herjunot Ali

 

SEMAK DAN KIRA BETUL BETUL



 

ADIF F


Walaun jangan dengar sangat lebai kedaong tu...depa tu mana tau bab mengira ni,sbb tu kena tipu pun puas hati...





MAHATHIR MASUK PERANGKAP ANWAR PART 1


 

Pengampunan Najib ditentukan oleh keputusan Agong - Anwar


 

Proses pengampunan ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak hanya boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.



Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun beliau akan terlibat dalam proses itu namun bukanlah membuat keputusan akhir.



"Proses permohonan pengampunan dibenarkan dan boleh dibawa sesiapa saja.



"Tentunya kita akan patuh kepada peraturan dan syarat...dan saya akan ada dalam proses itu," katanya dipetik Malaysiakini usai melancarkan program Kita-Untuk-Kita di Shah Alam, Selangor.



Semalam, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara memutuskan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh buat Najib.



Ia selepas permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta ditolak Mahkamah Persekutuan dengan keputusan 4-1, pada 31 Mac lalu.



Bagaimanapun, kata Anwar, masih terlalu awal untuk mengulas hal berkenaan kerana proses pengampunan belum dimulai.



"Saya belum lihat apa-apa kecuali resolusi Umno. Pihak dan individu, termasuk mereka yang disabit bersalah, ada hak untuk merayu.



"Saya tidak mahu halang sesiapa dalam hal ini. Ia terperinci dan perlu dipatuhi.



"Keputusan akhir adalah di bawah bidang kuasa Agong sahaja," katanya lagi.



Prosedur pengampunan diraja akan dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dianggotai Peguam Negara, Menteri Wilayah Persekutuan dan tiga anggota yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.



Anwar merupakan pemangku Menteri Wilayah Persekutuan pada ketika ini.

 

SANUSI NI TAK FAHAM UNDANG UNDANG . SEBAB TU MENGIDAM NAK MASUK PENJARA PULAK GAMAKNYA

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF






MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Jenis tak faham injuksi mahkamah. Elok-elok  kalah kes sivil terus jadi kes jenayah. Cerdik tak boleh di ajar. Mungkin denda tak cukup, dia nak penjara pula kut.



CUKUPLAH BERMAIN DENGAN SENTIMEN AGAMA YANG FAKTANYA KABUR


1. Dalam sebuah negara majmuk, sarjana bersetuju etnik majoriti harus menguasai kuasa politiknya. Namun, ini tidak bermakna etnik majoriti boleh menafikan hak etnik minoriti.

2. Ini telah lama di persetujui dan sudah termaktub jelas dalam perlembagaan kita. Sayangnya, realiti politik kita tidak begitu.

3. Setiap hari, ada sahaja mereka yang menggunakan isu perkauman untuk menakutkan etnik majoriti Melayu dengan mendakwa bangsa dan agama mereka terancam.

4. Sentimen sebegini jika diratibkan boleh menimbulkan ketegangan kaum. Negara kita telah melalui tragedi akibat ketegangan kaum ini seperti dalam peristiwa 13 Mei 1969, Memali 1985, dan Operasi Lalang 1986.

5. Apakah kita mahu tragedi hitam politik negara tersebut berulang lagi? Tentunya tidakkan?

6. Namun, kelmarin saya sedih membaca satu artikel dari Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) bertajuk Empangan Murtad Bakal Pecah.

7. Apa kandungan utamanya? Artikel ini menyatakan kedudukan Islam terancam kerana sejak kebelakangan ini, beberapa kes yang melibatkan kepentingan Islam telah difailkan di Mahkamah yang bakal menyaksikan beberapa enakmen pentadbiran Islam di negeri-negeri bakal dicabar untuk dibatalkan.

8. Sekiranya tuntutan ini berjaya, ia bakal menyaksikan semua Mualaf yang diislamkan melalui prosedur dan enakmen-enakmen yang dicabar tersebut, akan dimurtadkan secara besar-besaran.

9. Artikel ini tidak bertanggungjawab dan mengelirukan. Statistiknya tidak dinyatakan. Berapa kes mahkamah? Apakah yang kerajaan atau bukan Melayu telah buat sehingga Islam dikatakan terancam?

10. Tajuk empangan pecah pun menakutkan, digunakan semata-mata untuk membangkitkan emosi perkauman supaya orang Melayu menolak kerajaan sekarang yang didakwa tidak menjaga kepentingan Melayu dan Islam.

11. Reaksi pengomen yang menyokong artikel ini penuh emosi dan jelek. Antaranya mereka meminta kerajaan melindungi agama, bukannya ikut telunjuk kafir. Ada juga yang mendakwa kerajaan ini dengki terhadap kebangkitan Islam dan ini adalah tindakan pengkhianat negara. Lebih jauh lagi, ada yang bertanya di mana baginda raja. Akhirnya, mereka menyeru supaya orang Melayu bangkit kerana agama Islam terancam.

12. Sebagai pelajar politik, saya menolak politik perkauman. Saya impikan bangsa Malaysia yang bersatu. Saya bosan dengan naratif politik yang menimbulkan kebencian sesama kita.

13. Oleh itu, saya merayu anak muda dan rakyat Malaysia yang mahu melihat kita maju untuk menolak sentimen kaum dan agama ini, apa tah lagi sentimen tanpa fakta dan data. Bagi saya, ini pandangan mereka yang mindanya tertawan.

14. Akhirnya, marilah kita berganding bahu membangunkan Malaysia Madani yang bertoleransi, berkeadilan dan bersatu padu. Marilah kita sama-sama menjadi agen membawa kasih sayang dalam kehidupan bernegara.

15. In Shaa Allah, dengan cara ini, kita boleh hidup dalam keadaan harmoni dan saling menghormati. Negara kita pula boleh melangkah maju dan gagah untuk kembali perkasa di pentas dunia. Bukankah ini yang kita mahu?

 

DR AGUS  YUSOFF



WOIIII- HANGPA NDAK APA ???






 

TAK ADA PULA YANG BISING BAB NEPOTISME NI YA


 

RAMALAN PN MENANG BESAR HANYA CAKAP CAKAP YANG BELUM BOLEH DITERIMA SERATUS PERATUS TEPAT

 

PN akan menang besar di Kedah, Terengganu dan Kelantan. PH dapat majoriti mudah di Penang tapi kawasan majoriti Melayu PN akan rampas. DUN tergantung di Selangor dan di Negeri Sembilan, PH akan tumbang.

Itu ramalan yang dibuat oleh sesetengah so-called pakar politik. Pakar ni pulak bukan jenis ada agensi sendiri yang boleh buat poll atau kaji selidik akan sambutan dan sentimen rakyat terhadap satu-satu parti di Malaysia. Jadi mana dia dapat data ni kita tak pastilah.

Kalau perasan, naratif PN menang besar memang dah lama dimainkan. Tapi baru-baru ni jadi semakin meledak. Makin MP PH terbukti tak cerdik, makin DS Anwar bawa banyak pelaburan, makin dorang mainkan naratif ini. Kenapa?

Inilah yang dinamakan perang saraf. Sebab mereka dah kehabisan peluru. Jadi ayat PN akan memang besar ni dialunkan hanya untuk lemahkan semangat penyokong PH. Memang boleh nampak sesetengah penyokong PH mula rasa risau dan rasa tergugat.

Sebab itu ramai yang hujat menteri yang dikatakan lembab. Sebab penyokong dan cytro PH dah mula rasa bimbang dan letih. Itulah tanda bahawa perang saraf yang dilancarkan oleh PN ini sebenarnya dah berjaya.

Aku tak terkejut sangat dengan lebai lepas ke TV. Dan aku tak salahkan menteri 100%. Kena ingat ya, serangan puak pemfitnah ni bertali arus. Dan ada pula dalam agensi yang masih berkiblatkan lebai dan mat sakau.

Menteri nak hadapi semua ni memang tak menang tangan. Sebab tu aku lebih suka nilaikan prestasi menteri dari sisi respon, bukan pencegahan. Belum sampai masanya nak tengok preventive. Masa ini lebih penting nilai apa tindak balas menteri.

Perang saraf PN ni dah berjaya buat penyokong PH hilang kepercayaan kepada pemimpin sendiri. Ada pula yang terlajak nak suruh orang ni ganti orang tu, dah macam melagakan antara pemimpin malah antara parti pula.

Sebab tu bagi aku, usah layan dakwaan pakar-pakar politik self-proclaimed ni. Kenyataan yang mereka keluarkan merupakan serampang banyak mata. Mereka mungkin ada tujuan lain Jadi jangan mudah termakan umpan yang mereka taburkan.

Beri masa kepada menteri kita. Sekarang ni menteri kena buat pembersihan dalam agensi tertentu dulu. Deep state ada di mana-mana. Apa yang kita kena buat, kalau nampak yang tak patut, laporkan segera dan tengok apa tindakan menteri.

Kalau menteri tak bertindak, kita bikin bagi gerak. Tapi menteri pun kena la pandai promosi kerja yang dia buat. Kalau ada tindakan dah diambil, beritahu. Kurangkan gundah penyokong yang mahu kerajaan ini kekal. Guane boh?

Raja Gelap

 

PUNYA CELAKA- ORANG NI KATA- BUKAN AKU KATA- PADAN MUKA PENGUNDI ..KAH..KAH..KAH


 Apakah mungkin selama ini Malaysia kekurangan minyak sawit bersubsidi di sebabkan claim invois palsu tapi minyak tak di hantar ?

Ini bukan fitnah, tapi fakta. Anak kepada individu yang di dalam gambar inilah yang di kenakan tindakan mahkamah semalam di Seremban.

Dasyat kerja walaun pas Bersatu ni punya kerja. 


GINO MARVELA



URUSAN PENGANMPUNAN NAJIB ADALAH 100% DI TANGAN YDPA




Urusan pengampunan Najib ni adalah 100% urusan YDP Agong tanpa libatkan PM. YDP Agong boleh melantik Ahli Lembaga Pengampunan Diraja yang PM bukan ahlinya.

YDP Agong akan mempengerusikan mesyuarat ahli Lembaga ini dalam membuat keputusan berkaitan pengampunan yang dipohon. Ia sama sekali tidak melibatkan PM.

Jadi sama ada Najib dapat Pengampunan atau tak nanti, ianya hak YDP Agong. Aku cuma nak ingatkan kalaupun tak suka dengan keputusannya nanti, hati hati berkomentar.

Kerana silap haribulan, komentar yang tak bertapis boleh dianggap menghina YDP Agong. Nanti Najib lepas, korang yang ke dalam. Guane boh?

Raja Gelap

 

AYAHANDA RANI KULUP KUTUK PEGAWAI PEGAWAI DAN MENTERI LEMBAB SEDANGKAN ANWAR CEPAT GEAR 5


 

BENGKEL WALAUN DAN WALAUNTIT


 

BERSATU NI PARTI PEMBANGKANG- APA PASAL PULAK ADA JARINGAN DENGAN PKC ?


 

APA KATA BELALANG BILA DITANYA ORANG ISTANA


 

KENAPA KES HAKIM NAZLAN INI BEGITU MENGUJAKAN

 

Berkaitan dgn Hakim Nazlan yg umno cuba sentuh demi menyelamatkan Najib, GM ambil sisipan nukilan dr seorang peguam yg menarik dalam penulisannya, "kesalahan jenayah yg di lakukan oleh Najib juga tidak pula di katakan sebagai tidak wujud atau tiada bukti". 

Ramai yang bertanya kenapa Majlis Peguam dan bekas2 President membela sangat Hakim Nazlan itu? Adakah mereka (Bar Council dan bekas2 President) telah dilantik sebagai peguambela kepada Hakim Nazlan. Atau mereka telah juga dilantik sebagai peguambela untuk Tengku Maimun?

Bukan begitu....Bar Council ini mengambil tanggungjawab sebagaimana yang termaktub dalam Legal Profession Act 1976 terutama S.42 seperti dlm screenshot di bawah.

"To uphold the cause of justice without regard to its own

interests or that of its members, uninfluenced by fear or favour;"

Apabila ada berlaku sesuatu yang akan mengganggu gugat sistem keadilan negara, Bar Council akan berbunyi lah. Cara mana mereka berbunyi bergandung kepada keadaan.

Biasanya keadilan pada mereka ialah mempertikaikan apa yang dilakukan oleh kerajaan. Jarang sangat lah mereka memuji kerajaan itu. Itu lah nampak seolah2nya mereka itu anti kerajaan dan mereka menyokong pembangkang.

Dalam hal kes Hakim Nazlan ini, nampaknya BC dan bekas2 President nya bermati-matian mempertahankan. Apakah sebabnya?

Adakah kerana Hakim itu malaikat tidak melakukan apa2 kesalahan dan kesilapan atau adakah concept "the enemy to your enemy is your friend" digunakan?

Hakim Nazlan adalah hakim yang mula menjatuhkan hukuman kepada Najib. Disitu lah mulanya jenayah yang dilakukan oleh Najib diadili dan disabitkan. Description: ✅

Kemudian nya di sambut pula oleh 3 hakim lagi di Mahkamah Rayuan. Terus juga mengatakan Najib bersalah melakukan jenayah. Description: ✅

Selepas itu 5 hakim Mahkamah Persekutuan juga setuju semua bukti dan undang2 nya menjurus kpd Najib bersalah melakukan jenayah. Description: ✅

Panel lain pula yg terdiri dari 5 hakim lagi, 4 darinya mengatakan tiada apa salah atau silap nya mahkamah2 itu menjatuhkan hukuman terhadap Najib. Description: ✅

Description: 👉Hanya 1 hakim kata yg najib tidak di berikan keadilan dalam proses perbicaraan, tidak boleh tangguh kes dll, maka mensabitkan Najib itu tidak sepatutnya berlaku begitu.

Description: 👉Tidak menyentuh merit atau kesalahan yg dilakukan hanya berpendapat ada prinsip undang2 tidak dipatuhi. Kesalahan jenayah yang dilakukan tidak pula dikatakan sebagai tidak wujud atau tiada bukti. Description: 👈

Serangan terhadap kehakiman ini bukan perkara baru. Macam2 serangan telah berlaku. Ada yang Bar Council pun turut menyerang malah memboikot apa juga aktiviti selain perbicaraan dan pendengaran kes, yg di buat oleh mahkamah. Malah ada Ketua Hakim Negara yg tidak diiktiraf oleh Bar Council pun. Sampai meninggal pun masih tidak di iktiraf lagi.

Kenapa dgn Tengku Maimun ini Bar Council sokong sangat? Ini kita ulas di lain kesempatan....kalau ada rezeki.

Kredit: Shamsuddin Nawawi - Peguam & Firma Guaman


GINO MARVELO


 

FITNAH JAHAT AHMAD MARZUK

 

malaysiakini.com
Jurutera tepis dakwaan Anwar larikan gas Bachok ke Songkhla
Penjelasan berkaitan apa yang berlaku kira-kira 30 tahun, ketika Anwar menjadi menteri kewangan dalam kabinet Mahathir.




Yang ini aku galakkan baca sendiri. Panjang untuk aku ulas satu persatu.

Yang pasti, tuduhan Marzuk yang DS Anwar larikan pendaratan petroleum dari Kelantan ke Songkhla adalah fitnah jahat.

Kejadian berlaku ketika DS Anwar telah dipenjara. Mungkin boleh usulkan Marzuk dibawa ke JK Khas parlimen kerana mengelirukan dewan. Guane boh?

Raja Gelap

 

DALAM BULAN RAMADAN PUN BERBOHONG



Sementara itu Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi memperuntukan RM750 juta pada tahun ini untuk program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) iaitu: Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) bagi membantu 130,000 rakyat golongan termiskin. Menurut menterinya, Mohd Rafizi Ramli Program tersebut menyasarkan peserta meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan selepas itu dapat menjana pendapatan sendiri melalui hasil yang diperolehi.


TIDAK MEMANDANG BULU, TIDAK PULA MELIHAT RUPA/ SETAKAT INI TAK ADA...KAMI JUGA NAK SERTAI...


"Kami sudah hilang kepercayaan terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) dan ahli politik yang menabur janji palsu. Doktor kontrak ialah pekerjaan mulia, bukan kuli," katanya. Ditanya sama ada mereka tidak bimbang jika berdepan tindakan akibat mogok berkenaan, Dr Jamal berkata, tiada tindakan akan diambil jika doktor kontrak mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan.



RENTASAN 1348 | PANAS!! KINI PM10 BERTANGGUNGJAWAB MENAFIKAN HAK RAKYAT ...


MENARIK DALAM RENTASAN 1348 1. BENARKAH ANWAR LARIKAN GAS BACHOK KE SONGKHLA? 2. USAHA PEMBANGKANG REKA CERITA DONGENG JADI BAHAN KETAWA 3. USAH TUTUP BANGKAI FITNAH DENGAN FITNAH




HAK MEMBERI PENGAMPUNAN ADALAH BUDI BICARA AGONG, UMNO TIDAK WAJAR SAMA SEKALI CAMPURTANGAN

 

Keputusan mesyuarat MT UMNO malam tadi yang sebulat suara bersetuju untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh terhadap Najib Razak yang dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta adalah sesuatu yang paling tidak wajar sama sekali.

Dalam sejarah penubuhan UMNO, inilah keputusan paling pelik dan tidak munasabah yang pernah diputuskan.

Pertama, sebagai parti Melayu terbesar dan baru saja selesai memilih kepimpinan baru, parti itu sepatutnya membuat ketetapan yang penting untuk agenda orang-orang Melayu, bukan mengutamakan kepentingan seorang individu yang sudah disabitkan bersalah dengan keputusan majoriti 13-1.

Ternampak dalam hal ini, UMNO tidak lagi mengutamakan nasib orang Melayu teramai yang masih susah kebanyakannya, sebaliknya agenda Najib lebih besar daripada segala-galanya.

Kedua, daripada hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhkan mahkamah terbadap Najib, beliau belum pun sampai setahun menjalani hukuman tersebut.

Kenapa tidak ditunggu sehingga Najib menjalani satu pertiga atau separuh hukuman penjara atau di hujung tempoh baru berbuat demikian?

Ketiga, kesalahan Najib dalam kes SRC International adalah berkaitan salah guna kuasa dan penggubahan wang haram dan ini adalah suatu kesalahan jenayah yang serius?

Dengan memohon agar Agong memberi pengampunan penuh, sikap dan pendirian UMNO terhadap amalan rasuah dengan sendirinya akan menjadi momokan serta pertikaian rakyat.

Jika UMNO menentang dan membenci amalan rasuah, mereka patut malu untuk menghantar memorandum kepada Agung bagi pengampunan penuh Najib itu.

Keempat, asas dan sandaran dalam hal ini hanya semata-mata kepada hujah salah seorang hakim, Abdul Rahman Sebli yang didapati bertentangan dengan keputusan majoriti.

Kenapa hanya pandangan seorang hakim diambil kira dan bagaimana dengan hujah 13 hakim lain, termasuk Ketua Hakim Negara yang mendapati Najib bersalah dalam kes SRC International itu?

Kepada UMNO, sejak bila ilmu matematik sudah berubah dengan nombor 1 lebih besar daripada 13?

Keempat, hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan terhadap Najib adalah keputusan mahkamah yang perlu dihormati oleh semua.

Dengan memohon pengampuan penuh yang terlalu, apakah UMNO sebenarnya menolak keputusan mahkamah dan menolak sistem kehakiman?

Kelima dan paling penting sekali, kuasa Agong untuk memberi pengampunan berdasarkan Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah atas ihsan baginda selaku ketua negara.

Ini bermakna, ia adalah hak serta budi bicara baginda untuk memutuskannya, tanpa perlu ada campurtangan, apa lagi desakan daripada pihak lain.

Lebih tidak wajar jika campurtangan dan desakan itu datang daripada UMNO yang mempunyai kepentingan berkaitan dengannya.

Hello UMNO, hormat sikitlah kuasa dan budi bicara Agong dan jangan cuba-cuba nak campurtantan atau melakukan desakan.

Keenam, kenapa hanya Najib yang UMNO perjuangkan untuk diberi pengampunan penuh?

Kenapa tidak pesalah-pesalah lain yang ada dalam penjara, bahkan yang lebih lama menjalani kehidupan terkurung berbanding Najib turut diperjuangkan pengampunannya oleh UMNO?

Ketujuh, jika UMNO dibenar memohon kepada Agong untuk pengampunan penuh buat Najib, walaupun belum setahun menjalani hukuman penjara, ini bermakna pihak lain juga dibolehkan menghantar memorandum agar bekas Perdana Menteri kekal dipenjara sebagaimana hukuman 12 tahun yang telah dijatuhkan kepadanya.

Kalau ditanya seluruh rakyat Malaysia atau dibuat referandum terbuka, berapa ramai sebetulnya yang mahu Najib dibebaskan awal berbanding beliau dibiarkan menjalani hukuman penjara lebih lama?

Sejauh mana UMNO sedar akan hal ini? – ShahbudinHusin 08/04/2023.



Selamat Lebai & Salam Malaysia Madani



YDH Dato' PJP

YDH Dato Timb. PJP

YDH Tuan/Puan Ketua Jabatan/ Ketua Formasi/KPD

 

*AMANAT KETUA POLIS NEGARA SEMASA MESYUARAT IG’S UPDATE BIL.  4 TAHUN 2023*

 

1. YDH Ketua Polis Negara telah menyampaikan amanat semasa Mesyuarat IG’s Update Bilangan 4 Tahun 2023 pada 6 April 2023 di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara Aras 31, Menara 1, Bukit Aman bersama  Pesuruhjaya Polis/Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah secara tele-sidang.

 

2. Pendahuluan:

YDH Ketua Polis Negara mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Pesuruhjaya Polis/Ketua Polis Negeri yang telah menjayakan Perbarisan Sambutan Peringatan Hari Polis. YDH Ketua Polis Negara mengarahkan untuk mengenal pasti pesara polis yang mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan/negeri untuk dijemput ke majlis sambutan Peringatan Hari Polis untuk mengelakkan sebarang rungutan.

 

3. Antara perkara utama yang disampaikan dalam mesyuarat tersebut adalah dengan merujuk kepada 2 perkara yang dibincangkan dalam  Mesyuarat Pasca Kabinet :-

a.     *Dasar  mesra kepada pelajar-pelajar antarabangsa di Malaysia*. YDH Ketua Polis Negara menegaskan supaya pegawai dan anggota di bawah tidak menyalahgunakan kuasa dengan menjadikan mereka sebagai sasaran. 

 

b.     *Pemerkasaan Rondaan Komuniti antara PDRM dan RELA*. 

YDH Ketua Polis Negara mengarah PJP/ KP Negeri  berbincang dengan Pengarah RELA Negeri masing-masing untuk mewujudkan semula rondaan komuniti  yang bertujuan untuk menunjukkan kehadiran pihak berkuasa di kawasan-kawasan komuniti. 

 

4.     *Siasatan Khas berhubung Isu 3R (Rulers, Religion, Races)*

a.     YDH Ketua Polis Negara mengambil berat isu atau kes-kes melibatkan 3R  supaya tindakan siasatan hendaklah disiapkan dalam tempoh 7 hari (termasuk Sabtu dan Ahad) sebelum kertas siasatan dibawa ke YA TPR.

b.     Siasatan kes 3R akan dijalankan oleh Team Khas Bukit Aman.

 

5. *Isu Penyalahgunaan  dadah di kalangan warga PDRM*

a.     YDH Ketua Polis Negara menegaskan tidak akan berkompromi atau bertolak ansur terhadap isu dadah dalam PDRM. Tindakan undang-undang akan terus diambil kepada pegawai dan anggota yang terlibat dengan dadah. Proses undang-undang akan dijalankan sama seperti orang biasa dan tiada layanan luar biasa kepada warga PDRM.

b.     Penyalahgunaan dadah dikalangan warga PDRM dianggap telah mencemarkan imej pasukan dan wajar diambil tindakan yang tegas dalam memastikan persepsi baik masyarakat kepada PDRM.

c.     YDH Ketua Polis Negara mengarahkan mana-mana pegawai dan anggota yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah tidak dibenarkan menggunakan senjata api.

 

6.     *Isu pengemis warga asing*

a.     YDH Ketua Polis Negara mengarahkan supaya mengambil tindakan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap pengemis warga asing yang mengemis secara fizikal. Ia boleh merosakkan imej persekitaran bandar atau kawasan di negara kita.

b.     Tindakan proaktif juga perlu dilakukan untuk mengesan kesahihan sesetengah pihak yang meminta sumbangan secara atas talian.

 

7.     *Kes bunuh diri dalam kalangan warga PDRM*

a.     Bunuh diri dikalangan PDRM telah menjadi semakin serius. Sepanjang tahun 2019-2023, sebanyak 16 kes bunuh diri telah dilaporkan yang mana 1 kes adalah pegawai kanan polis dan 15 kes adalah anggota.

b.     Mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2022, kajian mendapati antara punca bunuh diri di kalangan PDRM adalah disebabkan kemurungan, tekanan dan kebimbangan tahap sederhana kesan daripada Covid-19. Laporan daripada Utusan Malaysia, kajian daripada PDRM sendiri mendapati kecenderungan terhadap bunuh diri ini adalah disebabkan persekitaran tempat kerja dan tahap kesihatan. Selain itu, juga disebabkan faktor bebanan kerja yang berlebihan, kesunyian, bebanan hutang yang tidak terkawal dan berjauhan dengan keluarga.

c.     YDH Ketua Polis Negara mengarahkan kepada semua  Pesuruhjaya Polis/ Ketua Polis Negeri untuk mengambil penekanan serius dalam perkara ini. Merangka dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan di tempat kerja. 

d.     YDH Ketua Polis Negara mengarahkan supaya mengesan mana-mana pegawai atau anggota yang mengalami masalah kesihatan mental atau kemurungan untuk dirujuk kepada Pegawai Psikologi bagi mendapatkan sesi kaunseling. Sekiranya gagal untuk hadir, tindakan tatatertib akan diambil.

 

8.     *Aduan awam terhadap agensi penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN)*

a.     Sehingga 3.4.2023, terdapat 518 kes pengaduan awam berkaitan kerenah agensi penguatkuasa dalam Kementerian Dalam Negeri. Sebanyak 475 kes telah selesai manakala baki 43 kes masih belum selesai. Daripada jumlah belum selesai itu, sebanyak 24 kes adalah melibatkan PDRM yang mana kes-kes aduan tersebut berkaitan aduan  siasatan dan aduan trafik.

 

9. *Police Volunteer Reserve (PVR) adalah warga PDRM*.  PVR diiktiraf dalam Akta Polis. PVR hendaklah dilayan seperti warga PDRM yang lain.

 

10. YDH Ketua Polis Negara mengarahkan supaya *pegawai/anggota polis yang telah menyalahgunakan senjata api, tidak boleh menggunakan senjata api* lagi termasuk tugas bit/rondaan.

 

11. Dalam IG's Update juga telah diadakan *pembentangan berhubung Kaji Selidik Persepsi Warga PDRM Terhadap Integriti dan Kesedaran Perlakuan Rasuah*. Kajian telah dibuat pada 21-28 Oktober 2022 terhadap 10,000 pegawai dan anggota polis.

 

Untuk Makluman YDH Dato'.  Terima kasih.