WALAUN SEBAR BERITA FITNAH LAGI



Mohd Shah Rim

Walaun sebar gambar Menteri Agama Ds Mujahid Rawa sedang mengangkat keranda bukan Islam..

CERITA SEBENARNYA..👇👇 NAMPAK TAK BETAPA JAHATNYA WALAUN PAS YANG MENDAKWA BERJUANG DEMI ISLAM..TAPI MENJADIKAN FITNAH AMALAN MEREKA ??

DSAI 12 DAN 13 FEBRUARY 2020

12/02/2020

Menyingkap perkembangan dunia terkait kebangkitan gerombolan pelampau identiti yang mengesankan kewujudan bersama, terutamanya di Malaysia.
Tamadun yang kita dambakan tidak akan berhasil jika prasangka kian menebal dan persefahaman tidak cuba diwujudkan.
Saya gesa supaya konsep Lita’arafu dicambah sesuai dengan masyarakat yang bineka seperti Malaysia.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalamanImej mungkin mengandungi: 5 orang, dalaman

Imej mungkin mengandungi: 14 orang, orang berdiri



Petang ini saya menikmati alam sekitar dengan aktiviti riadah bersama staf-staf pejabat mendaki Bukit Gasing. Sesibuk manapun urusan harian demi rakyat, jangan lupa amalkan gaya hidup sihat.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, pokok, tumbuhan, luaran dan alam
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, tumbuhan, pokok, luaran dan alam

13/02/2020


Wabak Coronavirus ternyata memberi dampak ekonomi yang membimbangkan. Kita harus insaf dengan musibah ini yang bukan sahaja di China malah ia turut mengesankan dunia.
Saya sebut juga perihal kemiskinan yang mesti diberi fokus yang sebaiknya, samada di bandar mahupun di desa.

Sekalung penghargaan buat Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang menerima kunjungan. Saya boleh beri arahan dan peruntukan, tetapi tanpa bantuan dan sokongan MPPD maka hal-hal mustahak tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan efisien.
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang berdiri dan sutImej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, gelanggang bola keranjang dan dalaman


Menggesa usahawan profesional atau syarikat-syarikat besar untuk turun ke bawah dan ke desa, terutama ke sekolah-sekolah untuk bantu ringankan beban dan baiki prasarana.
Aspek pendidikan yang harus ditumpu adalah dalam meningkatkan mutu pendidikan, penguasaan ilmu dan bahasa; bukan soal perbedaan kaum dan percanggahan bahasa.
Penguasaan Bahasa Melayu sangat penting namun jangan diremehkan penguasaan bahasa-bahasa lain yang juga penting untuk masa depan. Anak-anak harus ingat bahawa masa depan kita bergantung kepada tahap penguasaan ilmu.

Saya juga ingatkan nilai kemanusiaan mesti diterapkan dalam proses pembelajaran dan pendidikan di sekolah.

Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 6 orang
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai dan dalaman

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA:Saya bertemu Perdana Menteri di Putrajaya sekembalinya saya dari Port Dickson.


13 Februari 2020

Saya bertemu Perdana Menteri di Putrajaya sekembalinya saya dari Port Dickson.

Dalam pertemuan tersebut saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad membincangkan mengenai peralihan kuasa. Saya bangkitkan isu tersebut kerana ada usaha daripada PAS, sekumpulan dari UMNO dan sebilangan kecil dari KEADILAN sendiri yang dipercayai berusaha mendapatkan tandatangan menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir sehingga akhir penggal.

Perdana Menteri tidak terlibat dalam usaha tersebut malah mengulangi kenyataan tegas bahawa beliau akan melepaskan jawatan seperti yang telah dijanjikan.

Saya cenderung agar beliau terus menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Namun perkara ini akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 21 Februari ini.

Saya turut memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa memandangkan wujud muslihat licik sedemikian maka pimpinan PH dan beberapa rakan lain akan tetap mempertahankan perjanjian Muafakat PH yang dimeterai pada 7 Januari 2018, yakni tegas menyokong kepimpinannya selaku Perdana Menteri Ke-7 dan saya sebagai Perdana Menteri Ke-8.

Saya juga ingatkan bahawa selama hampir dua tahun usia PH, muafakat yang termeterai tersebut tidak pernah digugat oleh mana-mana parti bersekutu – KEADILAN, DAP, AMANAH dan PPBM.

ANWAR IBRAHIM

MAHATHIR MESTI BERTERUS TERANG JIKA MASIH BERPEGANG PADA JANJI.



Selepas gagal membuatkan janji peralihan kuasa terbatal dengan rancangan pembentukan Pakatan Nasional, kini muncul satu lagi usaha lain bagi tujuan yang sama.
Kali ini dilaporkan suatu usaha terancang menghimpunkan Akuan Bersumpah Ahli-Ahli Parlimen telah muncul yang tujuannya adalah untuk menyokong Tun Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.
Adalah jelas usaha ini menggambarkan ketakutan mereka yang terbabit berhubung ketibaan bulan Mei di mana peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim mungkin tidak dapat dielakkan lagi.
Maka, seboleh-bolehnya sebelum Mei, sesuatu yang munasabah mesti dilakukan yang boleh mendorong Tun Mahathir terpengaruh dan bersetuju memungkiri janji peralihan kuasa dengan terus berada di Putrajaya sehingga habis penggal.
Dengan semua Ahli Parlimen Pas dilaporkan sudah bersetuju menandatangani Akuan Bersumpah itu, usaha sekarang ini sedang giat dilakukan terhadap Ahli-Ahli Parlimen dalam UMNO.
Menurut dakwaan Lokman Noor Adam, Zahid Hamidi adalah di belakang gerakan mengumpul Akuan Bersumpah untuk Ahli-Ahli Parlimen itu.
Kiranya benar, ini adalah usaha kedua Zahid Hamidi dalam waktu terdekat ini untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir setelah rakaman audionya menzahirkan keinginan yang sama didedahkan Lokman, baru-baru ini.
Dengan berdepan 87 kes mahkamah yang memungkinkannya menghuni penjara bagi tempoh yang lama, keinginan Zahid Hamidi untuk terus bekerjasama dengan Tun Mahathir tidaklah sukar difahami.
Tetapi, sebagai orang perjuangan yang memegang jawatan Presiden UMNO dengan 3.7 juta ahli di belakangnya, keinginan bekerjasama dengan tujuan peribadi yang jelas di belakangnya itu tentunya saja sesuatu yang memalukan.
Dilaporkan juga, turut menerima Akuan Bersumpah itu adalah Najib Razak sendiri yang hampir pasti beliau tidak akan menandatanganinya.
Sejauh mana usaha mengumpul Akuan Bersumpah ini berjaya mencapai tujuan mengekalkan jawatan Tun Mahathir sehingga habis penggal masih lagi sukar dipastikan.
Ini kerana, oleh kerana Tun Mahathir dipilih sebagai Perdana Menteri melalui PH, beliau sebenarnya masih terikat dengan perjanjian peralihan kuasa yang sudah dipersetujuinya melalui gabungan itu.
Pihak-pihak lain, terutama pembangkang, tiada hak sama sekali untuk campurtangan, malah membatalkan perjanjian itu, sama ada melalui penubuhan Pakatan Nasional atau mewujudkan Akuan Bersumpah.
Peralihan kuasa Perdana di pertengahan penggal bukan perkara asing bagi negara kita, ia telah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi mengapa kali ini ia begitu ditakuti dan tidak mahu dijadikan kenyataan?
Yang pasti, semua usaha ini, apalagi jika Tun Mahathir terus berdiam diri tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan, hanya akan menampakkan sikap tamak dan keinginannya untuk mungkir janji secara diam-diam.
Untuk mempastikan tiada lagi perkara yang seumpamanya muncul selepas ini, adalah penting untuk Tun Mahathir segera berterus-terang menolak semua usaha untuk mengekalkannya sehingga tamat penggal itu.
Tun Mahathir mesti kembali berpegang kepada janji awalnya sebelum ini untuk memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun saja dan menyerahkan kepada Anwar menggantikannya sebelum PRU15 bagi menunjukkan dirinya sebagai pemimpin, masih ada harga diri, wibawa dan intergriti untuk diteladani.
Pemimpin tanpa janji, apatah lagi terang-terang mudah memungkiri janji, tidak lebih hanya seperti kayu mati.
Apakah Tun Mahathir mahu ditanggap rakyat seperti itu?
Hanya satu kenyataan daripada Tun Mahathir untuk menolak dikekalkan sehingga habis penggal, sebaliknya patuh kepada janjinya sendiri, sudah cukup sebenarnya untuk menutup semua episod ini yang jika dibiarkan berterusan lebih memalukan dirinya sebagai sebagai seorang negarawan. (ShahbudinHusin 13/02/2020)

ALMARHUM US FADZIL NOOR DAN TOK GURU NIK AZIZ SUKA KALAU ANWAR JADI PM, TETAPI TIDAK BUAT HADI



Kenapa Hadi amat tidak suka Anwar jadi PM, sedangkan Anwar adalah nama yang disebut oleh Almarhum Us Fadzil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz sebagai calon PM yang terbaik? 

Sebenarnya semua keluarga Anwar tidak disukai oleh bekas MB Terengganu sepenggal ini.  Ada yang kata kerana kes liwat yang difitnah terhadap Anwar menyebabkan beliau tidak suka Anwar.  Sebenarnya, bukan itu sebabnya.  Jika itu sebabnya, mengapa sewaktu isteri Anwar, Kak Wan mahu dicalonkan oleh PR untuk menjadi MB Selangor, Hadi tetap tidak setuju atas alasan Kak Wan tidak layak jadi MB.  Anwar dia tidak suka, Kak Wan pun dia tidak berkenan. 

Berkat kesabaran Kak Wan yang tidak sepatah pun beri komen di atas penghinaan yang diterima dari Hadi itu, Alhamdulillah, bukan sahaja MB, bahkan Kak Wan kini telah menjadi TPM.  Di mana kedudukan Hadi?  Kedudukannya terhina bukan semakin tinggi darjatnya, bahkan semakin rendah di tapak kaki pemimpin Umno sekarang.  Dihinakan lagi apabila tokoh yang dia hina sebelum PRU14 iaitu Tun M dikatakan hanya layak jadi doktor klinik 1Malaysia, kini telah menjadi PM.  Terhina bukan kepalang apabila Hadi terhegeh2 ketuk pintu pejabat Tun M untuk mohon bantuan.

Semua yang pernah Hadi hina, semuanya lebih tinggi kedudukan dari Hadi.  Hadi pula bertambah rendah kedudukannya apabila terpaksa melutut kepada Umno yang pernah dikatakan kapir melalui amanatnya dulu. 

Itulah punca Hadi amat jaki Anwar menjadi PM.  Padanya, kalau dia tidak boleh jadi PM, Anwar pun tidak boleh jadi PM.  Tapi Hadi tiada kuasa.  Allah berkuasa yang merancang kesemuanya.  Hadi hanya boleh jadi pegawai veterinar kerana dia hafal banyak nama2 binatang. 

WFAUZDIN NS


Bersederhanalah bila datang BODO..



Mohd Shah Rim


Bersederhanalah bila datang BODO..

Konsep pelaburan bukan mengumpul aset, tapi menggunakan aset untuk mendapat ke untungan, Beli RM360 juta dan jual pada harga RM520 juta..apa sebenarnya masalah nko Najib..??



PATUT NAJIB SELALU KANTOI, PEGAWAI KHAS CAP AYAM RUPANYA.




ISHAM JALIL MEREPEK APA TU? 

Bekas pegawai khas Najib mendakwa Tun M atau Anwar tiada asas untuk menjadi PM.  Beliau mendakwa seperti dipetik dalam akhbar Sinar Harian; 

" Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Isham Jalil mendakwa, pandangan itu berasaskan faktor kedua-dua pemimpin itu tidak boleh membuktikan kepada rakyat dan meyakinkan Yang di-Pertuan Agong bahawa salah seorang daripada mereka mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen.".

Memang patut pun Najib jadi kleptokrasi kerana ada pegawai khas sebodoh Isham ni.  Kalau tiada sokongan majoriti, YDP Agong yang telah melantik Tun M selepas PRU14 yang lalu berasaskan apa?  Oleh kerana telah dibuktikan melalui sokongan majoriti Ahli Parlimen di dalam PH termasuk Warisan Sabah, maka Tun M diangkat menjadi PM sekarang.

Kalau Isham yakin dengan apa yang beliau katakan iaitu tiada sokongan majoriti untuk Tun M atau Anwar, Isham kena bawa bukti atau fakta melalui angka.  Baru nampak cerdik sikit.  Kalau setakat cakap saja, saya pun boleh kata Hadi Awang sekarang layak jadi PM kerana majoriti sokong dia.  Tentu walaun melompat gembira mendengarnya.  

WFAUZDIN NS


NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA





Disember


 13, 2019



Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli.

Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA.

“Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara).
“Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid.

Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN.

Rata-rata mereka rasa terkilan dan kecewa dengan keputusan yang dibuatnya beberapa hari lalu untuk bersara sepenuhnya daripada politik.
Kata mereka, keputusan itu adalah mengejutkan dan tidak sepatutnya diambil, lebih-lebih lagi dalam suasana politik semasa sekarang memperlihatkan keberadaan Rafizi dalam PKR khususnya, masih lagi diperlukan.

Rafizi selama ini banyak membuka mata masyarakat berhubung pendedahannya dalam kes NFC, Tabung Haji, 1MDB, Yapeim dan beberapa skandal yang lain.

Dalam semua pendedahannya itu, Rafizi telah berjaya mengemukakan fakta-fakta yang mengejutkan, sekaligus menyebabkan rakyat semakin sedar betapa bobroknya kerajaan yang ditadbir oleh BN dan perubahan mesti dilakukan.

Dalam PRU14 lalu pula, meskipun dilarang bertanding kerana dijatuhi hukuman di bawah Akta BAFIA kerana mendedahkan skandal NFC, Rafizi tetap bekerja keras berkempen ke seluruh negara bersama trak bergeraknya.

Harus diakui, melalui trak bergerak dan beberapa siri pendedahan skandal dalam BN itulah yang tidak harus dinafikan turut sama menyumbang kepada kemenangan PH dan seterusnya hari ini berjaya menjadi kerajaan.

Maka itu, meskipun sumbangan dan peranan Rafizi seolah-olah tidak dihagai oleh kerajaan PH hari ini, sebaliknya mereka yang pernah menolak Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sebelum PRU14 lalu lebih diberikan laba jawatan dan kedudukan, beliau tidak seharusnya mudah mengalah, lemah dan patah semangat.
Dunia memang selalu begitu, kaca lebih menyerlah cahayanya berbanding permata.

Lagi pun, mereka yang masih menyokong dan menghargai sumbangannya tidak pernah sama sekali melupakannya.
Dengan usianya yang masih muda, Rafizi ada masa depan yang cerah di hadapannya, lebih daripada itu, berbanding ramai pemimpin dan menteri yang ada sekarang, negara lebih memerlukan kebolehannya berbanding mereka itu.

Oleh itu, Rafizi harus menilai kembali keputusan bersara yang dibuatnya itu agar dalam dia gembira kerana bebas dan lepas sepenuhnya, ramai yang lain juga dapat bergembira sama dengan sumbangan dan khidmat baktinya kepada masyarakat.

Tidak lama lagi, peranan beliau pasti akan lebih diperlukan dalam negara ini.



ISU PERALIHAN KUASA PERLU DIMUKTAMADKAN

USUL UNDI PERCAYA TIDAK NORMAL – BEKAS HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN

PAS LEBIH ISLAM TAPI FITNAH POWER?

MAHDZIR DAKWA TAK AMBIL RASUAH, IKUT ARAHAN NAJIB