DSAI 12 DAN 13 FEBRUARY 2020
12/02/2020
Menyingkap perkembangan dunia terkait kebangkitan gerombolan pelampau identiti yang mengesankan kewujudan bersama, terutamanya di Malaysia.
Tamadun yang kita dambakan tidak akan berhasil jika prasangka kian menebal dan persefahaman tidak cuba diwujudkan.
Saya gesa supaya konsep Lita’arafu dicambah sesuai dengan masyarakat yang bineka seperti Malaysia.
Petang ini saya menikmati alam sekitar dengan aktiviti riadah bersama staf-staf pejabat mendaki Bukit Gasing. Sesibuk manapun urusan harian demi rakyat, jangan lupa amalkan gaya hidup sihat.
13/02/2020
Wabak Coronavirus ternyata memberi dampak ekonomi yang membimbangkan. Kita harus insaf dengan musibah ini yang bukan sahaja di China malah ia turut mengesankan dunia.
Saya sebut juga perihal kemiskinan yang mesti diberi fokus yang sebaiknya, samada di bandar mahupun di desa.
Sekalung penghargaan buat Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang menerima kunjungan. Saya boleh beri arahan dan peruntukan, tetapi tanpa bantuan dan sokongan MPPD maka hal-hal mustahak tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan efisien.
Menggesa usahawan profesional atau syarikat-syarikat besar untuk turun ke bawah dan ke desa, terutama ke sekolah-sekolah untuk bantu ringankan beban dan baiki prasarana.
Aspek pendidikan yang harus ditumpu adalah dalam meningkatkan mutu pendidikan, penguasaan ilmu dan bahasa; bukan soal perbedaan kaum dan percanggahan bahasa.
Penguasaan Bahasa Melayu sangat penting namun jangan diremehkan penguasaan bahasa-bahasa lain yang juga penting untuk masa depan. Anak-anak harus ingat bahawa masa depan kita bergantung kepada tahap penguasaan ilmu.
Saya juga ingatkan nilai kemanusiaan mesti diterapkan dalam proses pembelajaran dan pendidikan di sekolah.
KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA:Saya bertemu Perdana Menteri di Putrajaya sekembalinya saya dari Port Dickson.
13 Februari 2020
Saya bertemu Perdana Menteri di Putrajaya sekembalinya saya dari Port Dickson.
Dalam pertemuan tersebut saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad membincangkan mengenai peralihan kuasa. Saya bangkitkan isu tersebut kerana ada usaha daripada PAS, sekumpulan dari UMNO dan sebilangan kecil dari KEADILAN sendiri yang dipercayai berusaha mendapatkan tandatangan menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir sehingga akhir penggal.
Perdana Menteri tidak terlibat dalam usaha tersebut malah mengulangi kenyataan tegas bahawa beliau akan melepaskan jawatan seperti yang telah dijanjikan.
Saya cenderung agar beliau terus menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Namun perkara ini akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 21 Februari ini.
Saya turut memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa memandangkan wujud muslihat licik sedemikian maka pimpinan PH dan beberapa rakan lain akan tetap mempertahankan perjanjian Muafakat PH yang dimeterai pada 7 Januari 2018, yakni tegas menyokong kepimpinannya selaku Perdana Menteri Ke-7 dan saya sebagai Perdana Menteri Ke-8.
Saya juga ingatkan bahawa selama hampir dua tahun usia PH, muafakat yang termeterai tersebut tidak pernah digugat oleh mana-mana parti bersekutu – KEADILAN, DAP, AMANAH dan PPBM.
ANWAR IBRAHIM
MAHATHIR MESTI BERTERUS TERANG JIKA MASIH BERPEGANG PADA JANJI.
Selepas gagal membuatkan janji peralihan kuasa terbatal dengan rancangan pembentukan Pakatan Nasional, kini muncul satu lagi usaha lain bagi tujuan yang sama.
Kali ini dilaporkan suatu usaha terancang menghimpunkan Akuan Bersumpah Ahli-Ahli Parlimen telah muncul yang tujuannya adalah untuk menyokong Tun Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.
Adalah jelas usaha ini menggambarkan ketakutan mereka yang terbabit berhubung ketibaan bulan Mei di mana peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim mungkin tidak dapat dielakkan lagi.
Maka, seboleh-bolehnya sebelum Mei, sesuatu yang munasabah mesti dilakukan yang boleh mendorong Tun Mahathir terpengaruh dan bersetuju memungkiri janji peralihan kuasa dengan terus berada di Putrajaya sehingga habis penggal.
Dengan semua Ahli Parlimen Pas dilaporkan sudah bersetuju menandatangani Akuan Bersumpah itu, usaha sekarang ini sedang giat dilakukan terhadap Ahli-Ahli Parlimen dalam UMNO.
Menurut dakwaan Lokman Noor Adam, Zahid Hamidi adalah di belakang gerakan mengumpul Akuan Bersumpah untuk Ahli-Ahli Parlimen itu.
Kiranya benar, ini adalah usaha kedua Zahid Hamidi dalam waktu terdekat ini untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir setelah rakaman audionya menzahirkan keinginan yang sama didedahkan Lokman, baru-baru ini.
Dengan berdepan 87 kes mahkamah yang memungkinkannya menghuni penjara bagi tempoh yang lama, keinginan Zahid Hamidi untuk terus bekerjasama dengan Tun Mahathir tidaklah sukar difahami.
Tetapi, sebagai orang perjuangan yang memegang jawatan Presiden UMNO dengan 3.7 juta ahli di belakangnya, keinginan bekerjasama dengan tujuan peribadi yang jelas di belakangnya itu tentunya saja sesuatu yang memalukan.
Dilaporkan juga, turut menerima Akuan Bersumpah itu adalah Najib Razak sendiri yang hampir pasti beliau tidak akan menandatanganinya.
Sejauh mana usaha mengumpul Akuan Bersumpah ini berjaya mencapai tujuan mengekalkan jawatan Tun Mahathir sehingga habis penggal masih lagi sukar dipastikan.
Ini kerana, oleh kerana Tun Mahathir dipilih sebagai Perdana Menteri melalui PH, beliau sebenarnya masih terikat dengan perjanjian peralihan kuasa yang sudah dipersetujuinya melalui gabungan itu.
Pihak-pihak lain, terutama pembangkang, tiada hak sama sekali untuk campurtangan, malah membatalkan perjanjian itu, sama ada melalui penubuhan Pakatan Nasional atau mewujudkan Akuan Bersumpah.
Peralihan kuasa Perdana di pertengahan penggal bukan perkara asing bagi negara kita, ia telah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi mengapa kali ini ia begitu ditakuti dan tidak mahu dijadikan kenyataan?
Yang pasti, semua usaha ini, apalagi jika Tun Mahathir terus berdiam diri tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan, hanya akan menampakkan sikap tamak dan keinginannya untuk mungkir janji secara diam-diam.
Untuk mempastikan tiada lagi perkara yang seumpamanya muncul selepas ini, adalah penting untuk Tun Mahathir segera berterus-terang menolak semua usaha untuk mengekalkannya sehingga tamat penggal itu.
Tun Mahathir mesti kembali berpegang kepada janji awalnya sebelum ini untuk memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun saja dan menyerahkan kepada Anwar menggantikannya sebelum PRU15 bagi menunjukkan dirinya sebagai pemimpin, masih ada harga diri, wibawa dan intergriti untuk diteladani.
Pemimpin tanpa janji, apatah lagi terang-terang mudah memungkiri janji, tidak lebih hanya seperti kayu mati.
Apakah Tun Mahathir mahu ditanggap rakyat seperti itu?
Hanya satu kenyataan daripada Tun Mahathir untuk menolak dikekalkan sehingga habis penggal, sebaliknya patuh kepada janjinya sendiri, sudah cukup sebenarnya untuk menutup semua episod ini yang jika dibiarkan berterusan lebih memalukan dirinya sebagai sebagai seorang negarawan. (ShahbudinHusin 13/02/2020)
ALMARHUM US FADZIL NOOR DAN TOK GURU NIK AZIZ SUKA KALAU ANWAR JADI PM, TETAPI TIDAK BUAT HADI
Kenapa Hadi amat tidak suka Anwar jadi PM, sedangkan Anwar adalah nama yang disebut oleh Almarhum Us Fadzil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz sebagai calon PM yang terbaik?
Sebenarnya semua keluarga Anwar tidak disukai oleh bekas MB Terengganu sepenggal ini. Ada yang kata kerana kes liwat yang difitnah terhadap Anwar menyebabkan beliau tidak suka Anwar. Sebenarnya, bukan itu sebabnya. Jika itu sebabnya, mengapa sewaktu isteri Anwar, Kak Wan mahu dicalonkan oleh PR untuk menjadi MB Selangor, Hadi tetap tidak setuju atas alasan Kak Wan tidak layak jadi MB. Anwar dia tidak suka, Kak Wan pun dia tidak berkenan.
Berkat kesabaran Kak Wan yang tidak sepatah pun beri komen di atas penghinaan yang diterima dari Hadi itu, Alhamdulillah, bukan sahaja MB, bahkan Kak Wan kini telah menjadi TPM. Di mana kedudukan Hadi? Kedudukannya terhina bukan semakin tinggi darjatnya, bahkan semakin rendah di tapak kaki pemimpin Umno sekarang. Dihinakan lagi apabila tokoh yang dia hina sebelum PRU14 iaitu Tun M dikatakan hanya layak jadi doktor klinik 1Malaysia, kini telah menjadi PM. Terhina bukan kepalang apabila Hadi terhegeh2 ketuk pintu pejabat Tun M untuk mohon bantuan.
Semua yang pernah Hadi hina, semuanya lebih tinggi kedudukan dari Hadi. Hadi pula bertambah rendah kedudukannya apabila terpaksa melutut kepada Umno yang pernah dikatakan kapir melalui amanatnya dulu.
Itulah punca Hadi amat jaki Anwar menjadi PM. Padanya, kalau dia tidak boleh jadi PM, Anwar pun tidak boleh jadi PM. Tapi Hadi tiada kuasa. Allah berkuasa yang merancang kesemuanya. Hadi hanya boleh jadi pegawai veterinar kerana dia hafal banyak nama2 binatang.
WFAUZDIN NS
PATUT NAJIB SELALU KANTOI, PEGAWAI KHAS CAP AYAM RUPANYA.
ISHAM JALIL MEREPEK APA TU?
Bekas pegawai khas Najib mendakwa Tun M atau Anwar tiada asas untuk menjadi PM. Beliau mendakwa seperti dipetik dalam akhbar Sinar Harian;
" Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Isham Jalil mendakwa, pandangan itu berasaskan faktor kedua-dua pemimpin itu tidak boleh membuktikan kepada rakyat dan meyakinkan Yang di-Pertuan Agong bahawa salah seorang daripada mereka mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen.".
Memang patut pun Najib jadi kleptokrasi kerana ada pegawai khas sebodoh Isham ni. Kalau tiada sokongan majoriti, YDP Agong yang telah melantik Tun M selepas PRU14 yang lalu berasaskan apa? Oleh kerana telah dibuktikan melalui sokongan majoriti Ahli Parlimen di dalam PH termasuk Warisan Sabah, maka Tun M diangkat menjadi PM sekarang.
Kalau Isham yakin dengan apa yang beliau katakan iaitu tiada sokongan majoriti untuk Tun M atau Anwar, Isham kena bawa bukti atau fakta melalui angka. Baru nampak cerdik sikit. Kalau setakat cakap saja, saya pun boleh kata Hadi Awang sekarang layak jadi PM kerana majoriti sokong dia. Tentu walaun melompat gembira mendengarnya.
WFAUZDIN NS
NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA
Disember
13, 2019
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli.
“Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara).
“Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid.
Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN.
Rata-rata mereka rasa terkilan dan kecewa dengan keputusan yang dibuatnya beberapa hari lalu untuk bersara sepenuhnya daripada politik.
Kata mereka, keputusan itu adalah mengejutkan dan tidak sepatutnya diambil, lebih-lebih lagi dalam suasana politik semasa sekarang memperlihatkan keberadaan Rafizi dalam PKR khususnya, masih lagi diperlukan.
Rafizi selama ini banyak membuka mata masyarakat berhubung pendedahannya dalam kes NFC, Tabung Haji, 1MDB, Yapeim dan beberapa skandal yang lain.
Dalam semua pendedahannya itu, Rafizi telah berjaya mengemukakan fakta-fakta yang mengejutkan, sekaligus menyebabkan rakyat semakin sedar betapa bobroknya kerajaan yang ditadbir oleh BN dan perubahan mesti dilakukan.
Dalam PRU14 lalu pula, meskipun dilarang bertanding kerana dijatuhi hukuman di bawah Akta BAFIA kerana mendedahkan skandal NFC, Rafizi tetap bekerja keras berkempen ke seluruh negara bersama trak bergeraknya.
Harus diakui, melalui trak bergerak dan beberapa siri pendedahan skandal dalam BN itulah yang tidak harus dinafikan turut sama menyumbang kepada kemenangan PH dan seterusnya hari ini berjaya menjadi kerajaan.
Maka itu, meskipun sumbangan dan peranan Rafizi seolah-olah tidak dihagai oleh kerajaan PH hari ini, sebaliknya mereka yang pernah menolak Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sebelum PRU14 lalu lebih diberikan laba jawatan dan kedudukan, beliau tidak seharusnya mudah mengalah, lemah dan patah semangat.
Dunia memang selalu begitu, kaca lebih menyerlah cahayanya berbanding permata.
Lagi pun, mereka yang masih menyokong dan menghargai sumbangannya tidak pernah sama sekali melupakannya.
Dengan usianya yang masih muda, Rafizi ada masa depan yang cerah di hadapannya, lebih daripada itu, berbanding ramai pemimpin dan menteri yang ada sekarang, negara lebih memerlukan kebolehannya berbanding mereka itu.
Oleh itu, Rafizi harus menilai kembali keputusan bersara yang dibuatnya itu agar dalam dia gembira kerana bebas dan lepas sepenuhnya, ramai yang lain juga dapat bergembira sama dengan sumbangan dan khidmat baktinya kepada masyarakat.
Tidak lama lagi, peranan beliau pasti akan lebih diperlukan dalam negara ini.
ISU PERALIHAN KUASA PERLU DIMUKTAMADKAN
Isu peralihan kuasa perlu dimuktamadkan
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menggesa Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) supaya memuktamadkan segera tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri di antara TunDr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, isu peralihan kuasa Perdana Menteri yang menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat merupakan isu sangat penting dan ia perlu diselesaikan segera demi memastikan ekonomi negara terus terjejas susulan ketidaktentuan politik.
“Pelabur termasuk pelabur dalam negara enggan melabur kerana isu peralihan kuasa Perdana Menteri masih gagal dimuktamadkan dengan rancangan peralihan itu masih tidak jelas.
“Saya menggesa Majlis Presiden HARAPAN segera memuktamadkan tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri dan menjelaskannya kepada rakyat. Ini bagi memastikan keyakinan pelabur kepada Malaysia kembali pulih,” katanya dipetik satu laporan sebelum ini.
Sebagai rekod, pada Oktober lalu, Dr Mahathir berkata, beliau bersetuju jika isu peralihan jawatan Perdana Menteri dibincangkan dalam Majlis Presiden HARAPAN.
“Kalau nak bincang, boleh bincang dalam Majlis Presiden,” katanya.
Tambah Mahathir, Majlis Presiden adalah tempat dimana cadangan untuk melantik para pemimpin HARAPAN dibuat dahulu.
Seorang Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi sebelum ini pernah memberi pandangan bahawa Anwar Ibrahim merupakan individu paling layak menjadi penganti Dr Mahathir.
Dr Awang turut menegaskan bahawa proses peralihan kuasa yang dipersetujui sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) juga perlu berjalan dengan lancar bagi menjamin situasi politik dalam negara terus stabil.
“Jika terdapat pertangguhan peralihan kuasa, sudah pasti komponen HARAPAN akan bergolak dan krisis politik akan berlaku,” tegasnya.
USUL UNDI PERCAYA TIDAK NORMAL – BEKAS HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN
Usul Undi Percaya tidak normal – Bekas hakim Mahkamah Persekutuan
Oleh: Redzuan
Cadangan Pas mahu mengemukakan usul undi menyokong Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad di Parlimen tidak perlu kerana tiada kesan.
Bekas hakim, Gopal Sri Ram berkata, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Peraturan Mesyuarat Parlimen atau melalui persidangan untuk undi percaya dibawa ke Dewan Rakyat.
“Terpulang kepada speaker Dewan Rakyat sama ada mahu membenarkan penyelesaian sedemikian
“Undi percaya adalah tidak normal dan tidak pernah berlaku dalam sistem Parlimen Westminster,” jelasnya.
Sebagai rekod, terdapat hanya 19 kerusi diwakili Ahli Parlimen Pas dalam Dewan Rakyat, bilangan itu tidak sampai 10 peratus dari jumlah keseluruhan 222 kerusi dalam dewan itu.
Cadangan itu yang dikemuka Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dianggap lucu, anak kepada perdana menteri, Muhriz Mahathir sebelum ini membidas sambil mempersoal niat sebenar dibalik usaha yang mahu dilakukan itu.
Usul yang mahu dikemukakan itu tambah pelik kerana sebelum Pilihan Raya Umum (PRU). Presiden Pas dalam satu ceramah di Jertih pernah menolak mengajak rakyat kepimpinan Dr Mahathir yang menurutnya merbahaya buat negara.
“Buat apa pilih Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, sedangkan sepanjang 22 tahun menjadi pemimpin negara, beliau banyak menimbulkan masalah kepada rakyat,” katanya ketika berceramah di PDM Kampung Cerang Meliling ketika itu.
PAS LEBIH ISLAM TAPI FITNAH POWER?
Pas lebih Islam tapi fitnah power?
Oleh: Pentadbir
Ketika tanah kubur RM 200K masih merah, Ketua Penerangan PAS Perak pula berdepan saman jika tidak memohon maaf dalam tempoh tujuh hari kerana kenyataan fitnah.
Aku pun kurang faham, apa sebenarnya perkara yang bersarang dalam otak dan hati pemimpin dan pengikut PAS. Jika sebut Islam, mereka mendakwa mereka lebih Islam daripada pihak lain.
Disebut usrah, merekalah paling kuat usrah. Andai berserban, merekalah paling kejap lilitannya. Diajak berdemo, habis Merbuk Sepadang berterbangan lantaran demo mereka.
Sana-sini bising DAP anti Islam. Bersipongang kerajaan PH liberal, membiarkan maksiat hinggakan Sajat yang berumrah sebagai perempuan pun disalahkan Menteri Agama.
Demikianlah, betapa padu, kukuh, mantapnya keislaman mereka kononnya. Semua orang kurang Islam, kecuali mereka saja berislam dengan sempurna.
Tup tup, fitnah lagi…! Aduh. Ada seorang lagi di Selangor, berketayap, mengata Menteri Wilayah menyokong burger babi. Pengata bertitle haji dan berketayap, berlatar belakang lambang PAS dengan slogan, Kita Pilih Hijau.
Bagi aku, mereka jadi begitu kerana pemikiran Khawarij begitu mengakar dalam otak mereka. Neo Khawarij. Maruah orang lain halal dirobek, seperti Khawarij zaman dulu, darah orang lain halal ditumpah.
#PasZamanHadi
MAHDZIR DAKWA TAK AMBIL RASUAH, IKUT ARAHAN NAJIB
Mahdzir dakwa tak ambil rasuah, ikut arahan Najib
Oleh: Redzuan
Bekas Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid mendakwa beliau tidak pernah meminta atau pun menerima rasuah daripada Jepak Holdings bagi meluluskan projek solar di Sarawak.
Pengakuan itu dibuat ketika membaca keterangan bertulisnya di mahkamah semalam.
Sebaliknya Mahdzir memaklumkan beliau menganugerahkan kontrak projek tersebut kepada syarikat itu selepas menerima arahan daripada bekas perdana menteri, Najib Razak.
“Saya tidak pernah menerima atau meminta wang rasuah daripada Saidi berkenaan urusan permohonan projek solar hibrid. Saya tidak mempunyai keperluan mendesak untuk meminta atau meneirma wang Saidi.
“Saya hanya menuruti arahan Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakan projek solar hibrid dan memberikannya kepada Jepak,” katanya di hadapan Hakim, Mohamed Zaini Mazlan.
Malah menurutnya, wujud desakan daripada ‘pasukan Saidi’ yang turut menggesannya untuk mempercepatkan urusan penganugerahan kontrak kepada syarikat itu.
Mahdzir sebelum ini merujuk pasukan Saidi sebagai kumpulan disertai Rayyan Radzwill Abdullah, isteri Najib, Rosmah Mansor; bekas pembantu khas Najib Razak, Datuk Rizal Mansor dan Aazmey.
“Saya juga mendapat desakan daripada ‘team Saidi’ berkenaan permohonan solar hibrid,” tambahnya dipetik satu laporan media.
Ekoran itu Mahdzir mendedahkan beliau telah dihubungi oleh Rizal Mansor yang merupakan pegawai khas kepada Datin Seri Rosmah Mansor meminta agar memudahkan perihal kontrak syarikat tersebut atas hujah perkara ini dalam pengetahuan isteri bekas Perdana Menteri pada masa itu.
“Rizal kemudian memberitahu saya supaya tidak menyukarkan keadaan, dan projek itu adalah dalam pengetahuan “mem”,” katanya lagi pada perbicaraan hari ketiga di sini.
Pembantu Rosmah juga pernah meminta Mahadzir menulis surat agar Najib yang pada masa itu Perdana Menteri dalam masa yang sama Menteri Kewangan memberi pengecualian syarat yang perlu dipatuhi Jepak Holdings, khususnya dalam kontrak.
Najib, ujarnya, telah menyatakan persetujuan untuk memberikan pengecualian kepada Jepak dalam satu minit mesyuarat.
Mahdzir tampil sebagai saksi dalam kes pertuduhan keatas Rosmah yang dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.
Sebelum ini, seorang pemandu, Shamsul Rizal Sharbini mendakwa diarahkan Saidi untuk memasukkan wang kedalam dua buah beg sebelum ia dihantar ke kediaman Rosmah.